Penjaja – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 25 Oct 2025 08:15:51 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Penjaja – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Ewon lancar Pusat Penjaja Moden Kundasang bernilai RM2.275 juta https://sabahmedia.com/2025/10/25/ewon-lancar-pusat-penjaja-moden-kundasang-bernilai-rm2-275-juta/ https://sabahmedia.com/2025/10/25/ewon-lancar-pusat-penjaja-moden-kundasang-bernilai-rm2-275-juta/#respond Sat, 25 Oct 2025 08:13:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84126
Read Time:2 Minute, 26 Second

KUNDASANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick menyempurnakan majlis Pecah Tanah Pusat Penjaja Moden Kundasang, bernilai RM2.275 juta yang dijangka siap Jun 2026 dan bakal memberi manfaat 90 usahawan tempatan.

Beliau berkata, projek di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui UDA Holdings Berhad dengan kerjasama Majlis Daerah Ranau itu akan dibangunkan di atas tanah seluas 1.5 ekar.

“Apabila siap kelak, ia akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden termasuk gerai jualan, tandas awam, medan selera, stor dan surau, untuk memberi keselesaan kepada para penjaja dan pengunjung tempatan dan luar daerah.

“Pembinaan pusat itu bukan sekadar projek fizikal tetapi merupakan cerminan tekad kerajaan memperkukuh ekonomi rakyat akar umbi, khususnya penjaja kecil, peniaga luar bandar dan usahawan mikro,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah Pusat Penjaja Moden Kundasang, di sini, hari ini.

Ewon berkata, projek itu adalah kesinambungan daripada konsep Tamu Desa yang diperkenalkan oleh KUSKOP, dengan penambahbaikan dari segi reka bentuk, kemudahan moden bercirikan identiti tempatan serta elemen kelestarian alam sekitar.

“Di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12), UDA melalui program Malaysian Entrepreneur Hub (MEH) telah diberikan mandat untuk menyediakan infrastruktur keusahawanan bagi memperkukuh ekosistem usahawan mikro dan penjaja di seluruh negara,” katanya.

Beliau merakamkan penghargaan kepada Majlis Daerah Ranau kerana menyediakan tapak strategik serta memberi sokongan teknikal di peringkat daerah.

“Terima kasih juga kepada Bank Rakyat kerana menjadi rakan strategik melalui pelaksanaan Skim Mikro-i Penjaja dan Peniaga Kecil (MPPK 2.0) dan Program Jajahan Bank Rakyat bagi membantu pembiayaan serta pendigitalan perniagaan.

“Inilah semangat konsep Whole of Government, gabungan usaha kerajaan persekutuan, negeri, agensi dan pihak berkuasa tempatan dalam menghasilkan penyelesaian inovatif yang memberi impak besar kepada rakyat,” katanya.

Ewon berkata, sinergi antara agensi kerajaan dan pihak berkepentingan perlu diperluas agar manfaat pembangunan benar-benar sampai kepada masyarakat luar bandar, khususnya di Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, pembangunan komuniti tidak hanya bergantung pada infrastruktur semata-mata, sebaliknya memerlukan pendekatan menyeluruh merangkumi akses pembiayaan, pendigitalan dan latihan keusahawanan.

“Dengan pendekatan menyeluruh ini, penjaja di Kundasang dan sekitarnya dapat berkembang menjadi usahawan berdaya saing serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi daerah.

“Saya berharap pembinaan pusat ini akan menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi setempat, meningkatkan pendapatan penduduk, membuka peluang pekerjaan, serta memperkukuh sektor pelancongan luar bandar menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026),” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin turut berterima kasih kepada Ewon kerana keprihatinan beliau membawa pembangunan tersebut ke daerah ini yang mampu membantu puluhan peniaga di sini.

Di majlis itu, Ewon turut menyampaikan Cek Cura Pembayaran Mikro-i Penjaja dan Peniaga Kecil (MPPK 2.0) oleh Bank Rakyat kepada lima orang usahawan di kawasan ini.

Turut hadir dalam majlis itu, Ketua Setiausaha KUSKOP, Datuk Seri Khairul Zaimee Daud, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Moira David, Pegawai Daerah Ranau, Tinus Manggam, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UDA Holding Bhd., Johari Shukri Jamil dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/25/ewon-lancar-pusat-penjaja-moden-kundasang-bernilai-rm2-275-juta/feed/ 0 84126
Kerajaan Akan Pastikan Penjaja & Peniaga Kecil Terus Berkembang Maju https://sabahmedia.com/2021/12/28/kerajaan-akan-pastikan-penjaja-peniaga-kecil-terus-berkembang-maju/ https://sabahmedia.com/2021/12/28/kerajaan-akan-pastikan-penjaja-peniaga-kecil-terus-berkembang-maju/#respond Tue, 28 Dec 2021 10:57:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10404
Read Time:1 Minute, 29 Second

TAMBUNAN: Kerajaan akan memastikan penjaja dan peniaga kecil di negeri ini terus berkembang maju seperti sebelum wabak COVID-19 melanda.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata beliau menyedari bahawa sejak dua tahun lalu sukar bagi perniagaan kecil malah ramai yang terpaksa menutup kedai kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berterusan dilaksanakan ketika kerajaan memerangi penularan virus itu.

“Sekarang sektor ekonomi telah dibenarkan dibuka semula, kita semua boleh bernafas lega.

“Justeru, acara hari ini adalah bertujuan untuk memulakan aktiviti komersial di daerah ini dan membantu perniagaan tempatan kita dengan cara yang terbaik,” katanya pada perasmian acara Tamu Besar Tambunan, di sini, hari ini.

Jeffrey yang juga Ahli Parlimen Keningau dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan berkata, acara itu adalah inisiatif kerajaan untuk menguji keadaan dan perlahan-lahan memudahkan orang ramai kembali menjalani kehidupan seperti biasa, walaupun dengan prosedur operasi standard (SOP) masih berkuat kuasa.

“Kita mahu memulihkan ekonomi domestik kita dengan pesat tetapi harus ingat bahawa wabak itu belum berakhir dan kesihatan awam mesti kekal sebagai keutamaan kita pada setiap masa,” katanya.

Dalam pada itu, Jeffrey berkata, pejabatnya berdedikasi untuk menjadikan Tambunan sebagai hab penting untuk pertanian dan pelancongan di Sabah. Ini kerana daerah ini dikurniakan tanah yang subur dan sumber asli yang unik yang tidak terdapat di daerah lain.

Dalam pada masa yang sama, Jeffrey turut menyatakan mengenai peningkatan dalam jumlah ternakan yang berkeliaran di jalan awam selain dalam beberapa kes mengakibatkan kemalangan dan kehilangan nyawa serta harta benda.

“Susulan dengan perkara itu, saya menyokong penuh keputusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menangkap kesemua ternakan yang ditinggalkan pemiliknya di jalan raya sebagai pengajaran untuk menjaga harta benda mereka dengan lebih baik,” tegasnya.

Beliau berkata, langkah itu akan memastikan Tambunan bersih ketika daerah itu bersiap sedia untuk menyambut kedatangan semula pelancong pada tahun depan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/28/kerajaan-akan-pastikan-penjaja-peniaga-kecil-terus-berkembang-maju/feed/ 0 10404