Penjawat awam Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 10 Apr 2023 19:14:36 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Penjawat awam Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Penjawat awam Sabah terima RM700, pesara RM350 pada 17 April ini https://sabahmedia.com/2023/04/11/penjawat-awam-sabah-terima-rm700-pesara-rm350-pada-17-april-ini/ https://sabahmedia.com/2023/04/11/penjawat-awam-sabah-terima-rm700-pesara-rm350-pada-17-april-ini/#respond Mon, 10 Apr 2023 17:35:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32520
Read Time:31 Second

PUTRAJAYA: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan bantuan khas Aidilfitri dan Pesta Kaamatan sebanyak RM700 kepada penjawat awam negeri.

Hajiji berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Berbuka Puasa Ketua Menteri Sabah Bersama Mahasiswa Institut Pengajian Tinggi, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini pada Isnin.

Katanya, Kerajaan Negeri turut bersetuju mengagihkan bantuan sebanyak RM350 kepada pesara awam negeri.

“Bantuan khas itu akan diagihkan kepada penjawat awam negeri dan pesara pada 17 April depan,” katanya.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai majlis berbuka puasa itu, Hajiji berkata, program itu diadakan setiap tahun bagi meraikan mahasiswa Sabah yang menyambung pengajian di Semenanjung Malaysia.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/11/penjawat-awam-sabah-terima-rm700-pesara-rm350-pada-17-april-ini/feed/ 0 32520