Penjawat Awam – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 15 Apr 2026 10:59:19 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Penjawat Awam – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tiga penjawat awam direman disyaki terima rasuah RM500,000 https://sabahmedia.com/2026/04/15/tiga-penjawat-awam-direman-disyaki-terima-rasuah-rm500000/ https://sabahmedia.com/2026/04/15/tiga-penjawat-awam-direman-disyaki-terima-rasuah-rm500000/#respond Wed, 15 Apr 2026 10:59:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94948
Read Time:59 Second

TAWAU: Tiga penjawat awam sebuah agensi penguatkuasaan di sebuah daerah di Sabah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM500,000.

Perintah reman sehingga 22 April itu dikeluarkan Majistret Don Stiwin Malanjum selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Tawau, pagi tadi.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek lelaki berusia lingkungan 40-an hingga 50-an itu ditahan antara jam empat hingga lima petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM cawangan Tawau.

Katanya, siasatan awal mendapati semua suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2022 hingga 2024 sebagai balasan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap lori milik syarikat yang melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Ketiga-tiga suspek yang terdiri daripada dua pegawai dan seorang anggota penguat kuasa dipercayai menerima wang rasuah melalui pemindahan ke akaun bank peribadi masing-masing, selain bayaran bulanan antara kira-kira RM500 hingga RM30,000 daripada beberapa syarikat kenderaan berat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kanan (Kawalan dan Penyelarasan Operasi) Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Yuhafiz Mohd Salleh, ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/15/tiga-penjawat-awam-direman-disyaki-terima-rasuah-rm500000/feed/ 0 94948
Kes amang seksual: Penjawat awam dipenjara 11 tahun, 1 sebat https://sabahmedia.com/2025/10/30/kes-amang-seksual-penjawat-awam-dipenjara-11-tahun-1-sebat/ https://sabahmedia.com/2025/10/30/kes-amang-seksual-penjawat-awam-dipenjara-11-tahun-1-sebat/#respond Thu, 30 Oct 2025 09:33:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84505
Read Time:2 Minute, 0 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang staf Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dijatuhi hukuman penjara 11 tahun dan satu sebatan selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 15 tahun, empat tahun lalu.

Sharif Hardi Roman Sh. Miasin, 37, didapati bersalah melakukan kesalahan itu pada 4 Januari 2022, jam 4.40 petang, di dalam tandas VVIP, Block B, JPN di sini.

Tertuduh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (SOACA) 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus turut memerintahkan Sharif Hardi menjalani kaunseling pemulihan sepanjang tempoh pemenjaraan di bawah Seksyen 26 SOACA dan kemudiannya diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun mengikut Seksyen 27 akta yang sama, selepas selesai menjalani hukuman penjara.

Semasa menjatuhkan hukuman, Elsie menyatakan bahawa tertuduh telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai penjawat awam di JPN untuk mendekati mangsa yang ketika itu datang jauh dari Tawau selepas tertuduh menawarkan bantuan untuk mendapatkan dokumen.

Tambahnya, tertuduh kemudian memperdaya mangsa, yang ketika itu berusia 15 tahun, ke dalam tandas dan melakukan amang seksual fizikal terhadapnya.

Elsie berkata mahkamah telah mengambil kira kepentingan awam, tahap keseriusan kesalahan serta bukti kukuh yang memenuhi semua elemen di bawah Seksyen 14(d) SOACA.

Sharif Hardi diperintahkan menjalani hukuman bermula hari ini, namun mahkamah membenarkan permohonannya untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Semasa rayuan, peguam Datuk Seri Rakhbir Singh yang mewakili Sharif Hardi meminta hukuman ringan dengan alasan anak guamnya merupakan pesalah kali pertama dan hadir ke mahkamah pada setiap prosiding bagi membuktikan dirinya tidak bersalah.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shafeerah Mad Iskim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap tertuduh dengan mengambil kira keseriusan jenayah yang dilakukan, di mana tertuduh telah melakukan perbuatan keji terhadap mangsa.

Beliau berkata, kejadian itu telah meninggalkan trauma mendalam kepada mangsa dan akan kekal menjadi episod hitam sepanjang hidupnya.

Nurul Shafeerah turut memaklumkan bahawa kes tersebut telah melalui perbicaraan penuh dengan tujuh orang saksi dipanggil memberi keterangan, yang secara tidak langsung melibatkan masa dan sumber semua pihak.

“Hukuman berat perlu dijadikan pengajaran kepada tertuduh serta amaran kepada orang lain bahawa mana-mana individu yang melakukan perbuatan keji seperti ini akan berdepan akibatnya.

Mahkamah bertanggungjawab memastikan hukuman yang dijatuhkan menjadi pencegahan kepada mereka yang berniat melakukan kesalahan serupa, terutama apabila kes seumpama ini semakin meningkat,” katanya.

Sharif Hardi mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu pada 14 Januari 2022.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/30/kes-amang-seksual-penjawat-awam-dipenjara-11-tahun-1-sebat/feed/ 0 84505
Penjawat awam berdepan 30 pertuduhan rasuah melibatkan lebih RM87,000 https://sabahmedia.com/2025/10/08/penjawat-awam-berdepan-30-pertuduhan-rasuah-melibatkan-lebih-rm87000/ https://sabahmedia.com/2025/10/08/penjawat-awam-berdepan-30-pertuduhan-rasuah-melibatkan-lebih-rm87000/#respond Wed, 08 Oct 2025 03:30:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82761
Read Time:1 Minute, 32 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah atas 30 pertuduhan rasuah melibatkan lebih RM87,000.

Tertuduh, Normila Ladahali, 49, yang bertugas sebagai Pemangku Pegawai Tadbir Gred N41 di Pejabat Perpustakaan Negeri Sabah, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga.

Beliau berdepan 18 pertuduhan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan 12 pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Bagi 18 pertuduhan pertama, Normila didakwa secara rasuah cuba memperoleh suatu suapan berjumlah RM55,311.30 daripada seorang individu sebagai dorongan untuk memberikan kerja-kerja di Pejabat Perpustakaan Negeri Sabah kepada beberapa buah syarikat.

Wang tersebut didakwa dimasukkan ke dalam akaun bank milik dua anak tertuduh antara Nov 2022 dan Oktober 2023 di cawangan Maybank Alam Mesra, dekat sini.

Bagi 12 pertuduhan lain, Normila didakwa
telah mencuba untuk mendapatkan benda yang berharga berupa wang tunai berjumlah keseluruhan RM32,500 daripada dua individu yang mempunyai urusan rasmi dengannya.

Wang tersebut didakwa dimasukkan ke dalam akaun bank milik dua anak tertuduh antara April 2022 dan Jun 2023 di cawangan Maybank Alam Mesra, dekat sini.

Mahkamah menetapkan 27 November sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM20,000 dengan deposit RM2,000 serta seorang penjamin tempatan.

Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan, termasuk arahan melapor diri di pejabat SPRM setiap dua bulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah, serta larangan mengganggu saksi pendakwaan.

Tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SPRM Dzulkarnain Rousan Hasbi.

Seksyen 17 (a) boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama yang memperuntukkan penjara tidak melebihi 20 tahun, dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10, 000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Seksyen 165 Kanun Keseksaan memperuntukkan penjara sehingga dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/08/penjawat-awam-berdepan-30-pertuduhan-rasuah-melibatkan-lebih-rm87000/feed/ 0 82761
Penjawat awam bebas tuduhan rasuah https://sabahmedia.com/2025/08/29/penjawat-awam-bebas-tuduhan-rasuah/ https://sabahmedia.com/2025/08/29/penjawat-awam-bebas-tuduhan-rasuah/#respond Fri, 29 Aug 2025 10:07:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80302
Read Time:59 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang penjawat awam dibebaskan daripada tuduhan rasuah membabitkan wang tunai RM22,500 oleh Mahkamah Khas Rasuah di sini.

Hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga membebaskan dan melepaskan Shahrum Radzlee Mohd Samlih tanpa dipanggil membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Dalam penghakimannya kelmarin, Jason antara lain berkata selepas meneliti dan menilai secara maksimum semua keterangan dan bukti yang dikemukakan, mahkamah mendapati tidak selamat untuk mengandaikan bahawa tertuduh bersetuju menerima suapan seperti yang didakwa.

“Tertuduh dengan ini dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa dipanggil membela diri,” katanya.

Shahrum didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Mengikut pertuduhan, Shahrum yang ketika itu bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah Negeri Sabah, didakwa menerima wang tunai RM22,500 daripada seorang individu sebagai ganjaran untuk menandatangani surat pengesahan pengezonan tanpa kelulusan Lembaga Pusat Perancangan Bandar dan Desa serta Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Kesalahan itu didakwa berlaku pada tahun 2019 di Sembulan.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan telah memanggil 28 saksi untuk memberi keterangan di mahkamah.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nurul Izzati Sapifee, manakala tertuduh diwakili oleh peguam Hamid Ismail.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/29/penjawat-awam-bebas-tuduhan-rasuah/feed/ 0 80302
Penjawat awam bebas tuduhan rasuah RM1,838 https://sabahmedia.com/2025/08/19/penjawat-awam-bebas-tuduhan-rasuah-rm1838/ https://sabahmedia.com/2025/08/19/penjawat-awam-bebas-tuduhan-rasuah-rm1838/#respond Tue, 19 Aug 2025 13:12:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79664
Read Time:1 Minute, 20 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang penjawat awam dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Khas Rasuah di sini, hari ini daripada pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM1,838.

Hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga membuat keputusan itu terhadap Nurul Syazwanie Idris selepas mahkamah memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Dalam keputusannya, Jason mendapati adalah tidak selamat untuk mengatakan bahawa telah tertuduh menerima suapan yang didakwa sebagai upah kerana melakukan sebarang tindakan membantu syarikat mendapatkan kerja-kerja bekalan untuk program anjuran kelab seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan.

“Setelah meneliti pernyataan saksi, mendengar keterangan, menilai bukti yang dikemukakan pendakwaan, pemeriksaan balas pihak pembelaan, serta meneliti eksibit dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah berpendapat pihak pendakwaan gagal membuktikan pertuduhan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

“Tertuduh (Nurul) dengan ini dilepas dan dibebaskan tanpa perlu membela diri,” katanya.

Nurul didakwa , telah secara rasuah menerima suatu suapan, iaitu wang tunaiRM1,838 daripada seoarang lelaki sebagai upah untuk diri kamu sebagai seorang pegawai badan awam, iaitu Penolong Jurutera Gred JA29, dengan membantu Perniagaan Royal Sports untuk mendapatkan kerja-kerja pembekalan barang-barang bagi Program H2O Run anjuran Kelab Sukan dan Hiburan Jabatan Pengairan dan Saliran Kota Kinabalu, Sabah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 17 Mac 2017, antara jam 10.10 pagi hingga 10.20 pagi, di Pejabat JPS Sabah.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 21(1) akta sama.

Seramai 20 orang saksi dipanggil oleh pihak pendakwaan sepanjang perbicaraan kes.

Tertuduh diwakili oleh Datuk Ram Singh dan Prem Elmer Ganasan. Pegawai Pendakwa Rekraj Singh mengendalikan pendakwaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/19/penjawat-awam-bebas-tuduhan-rasuah-rm1838/feed/ 0 79664
Penjawat awam perlu tangkas, berdaya saing hadapi cabaran semasa https://sabahmedia.com/2025/07/18/penjawat-awam-perlu-tangkas-berdaya-saing-hadapi-cabaran-semasa/ https://sabahmedia.com/2025/07/18/penjawat-awam-perlu-tangkas-berdaya-saing-hadapi-cabaran-semasa/#respond Fri, 18 Jul 2025 06:49:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77514
Read Time:2 Minute, 33 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

Tawau: Penjawat awam masa kini tidak boleh berada di takuk lama, sebaliknya perlu memperkukuh keupayaan diri dan menyesuaikan diri dengan perubahan pantas landskap semasa yang didorong oleh teknologi dan jangkaan rakyat yang semakin tinggi.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, hanya dengan berdaya saing dan tangkas beradaptasi, penjawat awam mampu mengekalkan relevan serta terus menyumbang secara efektif dalam sistem penyampaian kerajaan.

“Dalam meniti arus kemodenan ini, kita berhadapan dengan era perubahan yang pantas, ledakan teknologi, kehendak rakyat yang semakin tinggi serta keperluan untuk perkhidmatan yang lebih efisien dan responsif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Majlis Perbandaran Tawau Tahun 2025 di Dewan Masyarakat Tawau, di sini malam tadi.

Turut hadir Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah merangkap ADUN Apas Datuk Nizaam Abu Bakar Titingan; Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui; Setiausaha Politik Kepada Menteri Kewangan Negeri Sabah merangkap ADUN Kukusan, Datuk Rina Haji Jainal; ADUN Balung, Datuk Hamild @ Hamid Awang dan Timbalan Presiden, Majlis Perbandaran Tawau, merangkap Penasihat II, APC 2025, Shoffian Mohd Said. 

Dr. Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, menegaskan bahawa pengalaman mencapai kejayaan dalam sektor perkhidmatan awam bukan sahaja memberikan kepuasan, malah menjadi pemangkin semangat dan motivasi untuk terus melaksanakan amanah dengan cemerlang.

“Pengalaman menerima pengiktirafan seperti APC ini memberi satu perasaan kepuasan dalam bekerja dan semangat motivasi yang amat besar kepada setiap penerima. Ia juga adalah detik yang cukup menggembirakan dan penuh makna dalam kerjaya penjawat awam,” katanya.

Dr. Joachim turut menyeru warga Majlis Perbandaran Tawau (MPT) agar terus memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi yang berteraskan integriti dan kecekapan perkhidmatan demi kesejahteraan rakyat.

“Saya menyeru agar warga MPT terus memperkukuh nilai integriti, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan, serta mengamalkan budaya kerja berprestasi tinggi,” katanya.

Menurut beliau, kejayaan yang dikecapi organisasi seperti MPT adalah hasil kerjasama berpasukan, semangat setiakawan serta budaya kerja yang profesional dan bertanggungjawab.

Tegasnya, anugerah APC bukan sekadar bentuk penghormatan kepada individu terpilih, tetapi simbol pengiktirafan terhadap komitmen dan disiplin tinggi dalam menyampaikan perkhidmatan awam yang cemerlang.

“Saya percaya, kejayaan yang kita capai hari ini bukan hasil kerja seorang, tetapi hasil kerjasama berpasukan dan budaya kerja berintegriti yang menjadi teras kecemerlangan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa anugerah tersebut tidak seharusnya dianggap sebagai kemuncak pencapaian, sebaliknya menjadi dorongan untuk terus mencipta idea baharu dan memperluas sumbangan kepada kementerian, jabatan dan negara.

“Masih banyak yang boleh disumbangkan, idea bernas yang boleh dikupas dan khidmat bakti yang hendak dicurahkan demi kementerian dan jabatan,” katanya.

Pada majlis itu, beberapa penjawat awam MPT menerima pengiktirafan APC berdasarkan prestasi tahunan 2024 yang cemerlang serta sumbangan signifikan kepada organisasi dan komuniti.

Dr. Joachim turut menyampaikan penghargaan kepada pesara MPT 2024 atas jasa bakti mereka sepanjang berkhidmat dan menyifatkan pengorbanan mereka sebagai aset penting yang dikenang sepanjang zaman.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Presiden MPT yang juga Penasihat I, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025, Joseph Pang serta urus setia dan semua pihak yang menjayakan majlis berkenaan.

“Saya berharap segala kerjasama dan komitmen yang diberikan selama ini dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/18/penjawat-awam-perlu-tangkas-berdaya-saing-hadapi-cabaran-semasa/feed/ 0 77514
Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat https://sabahmedia.com/2025/07/13/penjawat-awam-dinasihat-amalkan-gaya-hidup-sihat/ https://sabahmedia.com/2025/07/13/penjawat-awam-dinasihat-amalkan-gaya-hidup-sihat/#respond Sun, 13 Jul 2025 10:50:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77252
Read Time:1 Minute, 17 Second

Kota Kinabalu : Penjawat awam dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Dr. Mohd Bakhari Ismail berkata, penjagaan kesihatan dalam kalangan penjawat awam adalah penting bagi meningkatkan tahap produktiviti dan mutu kerja.

“Penjawat awam ini ada yang bekerja mengikut waktu bekerja daripada 8 pagi hingga 5 petang atau 9 pagi hingga 6 petang, ada juga yang bekerja ikut syif.

“Tapi nasihat saya, carilah ruang untuk mengamalkan budaya hidup sihat seperti nasihatkan oleh ramai penasihat dari segi kesihatan,” katanya.

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Dr. Mohd Bakhari Ismail

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Perasmian Larian Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-20 (MAPPA XX) di Kompleks Sukan Likas di sini, pada Sabtu.

Mohd Bakhari berkata, penjawat awam perlu mendapatkan 10,000 langkah sehari selain melakukan ‘stretch out’ selepas dua jam duduk di pejabat.

Katanya, ini bagi memberikan kesihatan kepada tubuh badan.

Selain itu, beliau turut  menjelaskan penjawat awam yang memiliki minda dan tubuh badan yang sihat mampu melaksanakan tugas dengan lebih baik, sekali gus meningkatkan produktiviti organisasi.

Dalam pada itu, larian tersebut disertai lebih 2,500 peserta terdiri daripada penjawat awam dan orang awam yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

Tambahnya, penganjuran program berkenaan adalah bagi menjunjung nilai madani kesejahteraan untuk diterapkan dalam kalangan rakyat termasuklah penjawat awam agar mempunyai badan dan minda yang sihat.

Beliau turut berharap lebih ramai akan menyertai program-program kesihatan seperti itu bagi membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/13/penjawat-awam-dinasihat-amalkan-gaya-hidup-sihat/feed/ 0 77252
Lebih 800 penjawat awam sertai seminar kukuh nilai integriti https://sabahmedia.com/2025/07/04/lebih-800-penjawat-awam-sertai-seminar-kukuh-nilai-integriti/ https://sabahmedia.com/2025/07/04/lebih-800-penjawat-awam-sertai-seminar-kukuh-nilai-integriti/#respond Fri, 04 Jul 2025 00:12:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76641
Read Time:2 Minute, 8 Second

Kota Kinabalu : Lebih 800 penjawat awam menyertai Seminar Tata Kelola Berintegriti: Transformasi Perkhidmatan Awam  sebagai usaha memperkukuh nilai integriti.

Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Seri Rosli Isa berkata seminar berkenaan merupakan platform penting dalam menyemai dan memperkukuh kefahaman berkaitan integriti serta tata kelola yang baik dalam kalangan penjawat awam negeri dan persekutuan.

“Sabah mempunyai kira-kira 126,000 penjawat awam Persekutuan dan 27,000 penjawat awam negeri.

“Justeru adalah penting untuk memastikan semua penjawat awam benar-benar memahami dan mengamalkan nilai integriti tinggi dalam perkhidmatan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Seminar Tata Kelola Berintegriti: Transformasi Perkhidmatan Awam, di sini baru-baru ini.

Rosli berkata, penjawat awam merupakan tulang belakang pentadbiran kerajaan dan perlu menjadi cerminan kepada rakyat menerusi sikap berakhlak, berkualiti, berintegriti dan manusiawi selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI.

Menurutnya, usaha membentuk tata kelola berintegriti bukan sahaja penting untuk mencorakkan pentadbiran yang cekap dan bersih malah selari dengan visi negara ke arah Malaysia yang maju dan dihormati di peringkat antarabangsa.

“Kita mahu kes-kes salah laku, disiplin dan rasuah dalam kalangan penjawat awam terus menurun. Nilai murni ini perlu disemai secara konsisten dan ketua jabatan perlu memastikan integriti menjadi asas dalam pentadbiran,” katanya.

 Tambah beliau, sebarang pelanggaran undang-undang atau tata kelola akan diserahkan kepada agensi penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Rosli turut mengingatkan bahawa keutuhan nilai integriti harus lahir daripada hati yang bersih serta jiwa yang kukuh berpegang kepada agama dan iman.

“Kalau hati baik, akhlak kita juga baik. Kita perlu memperkukuh iman dan takwa supaya nilai peribadi bukan sahaja mencerminkan akhlak mulia malah akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyeru semua ketua jabatan agar terus memainkan peranan aktif memastikan perkhidmatan awam kekal bersih dan telus seiring dengan agenda transformasi Kerajaan Persekutuan dalam membina kerajaan berintegriti tinggi.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA), Datuk Seri Hashim Paijan, berkata Sabah tidak terkecuali dalam memainkan peranan penting membanteras rasuah.

“Bagi menarik keyakinan pelabur dan membina masa depan yang mampan, kita perlu mewujudkan sistem tadbir urus yang bebas daripada salah guna kuasa.

“Dalam dunia digital tanpa sempadan, cabaran terhadap integriti semakin kompleks dan tidak boleh ditangani melalui dasar semata-mata.

“Kita perlu membina kekuatan dalaman organisasi, nilai kendiri, budaya kerja dan kepimpinan melalui teladan. Program seperti ini bukan sahaja menyemai kesedaran, tetapi mencipta gelombang perubahan yang mengangkat maruah dan wibawa perkhidmatan awam di Sabah,” katanya.

Kerajaan Negeri Sabah telah memperkenalkan inisiatif seperti Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) di beberapa jabatan dan agensi termasuk SEDIA sendiri sebagai bukti kesungguhan melaksanakan prinsip tadbir urus baik secara menyeluruh.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/04/lebih-800-penjawat-awam-sertai-seminar-kukuh-nilai-integriti/feed/ 0 76641
Dua penjawat awam didakwa di Mahkamah Khas Rasuah Tawau atas tuduhan terima suapan https://sabahmedia.com/2025/07/02/dua-penjawat-awam-didakwa-di-mahkamah-khas-rasuah-tawau-atas-tuduhan-terima-suapan/ https://sabahmedia.com/2025/07/02/dua-penjawat-awam-didakwa-di-mahkamah-khas-rasuah-tawau-atas-tuduhan-terima-suapan/#respond Wed, 02 Jul 2025 13:49:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76579
Read Time:1 Minute, 52 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Dua bekas penjawat awam hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Tawau atas dua pertuduhan berasingan cuba mendapatkan suapan wang tunai berjumlah RM66,000 berkaitan permohonan tanah skim pekebun kecil di Kunak dan Lahad Datu, Sabah.

Dalam prosiding yang dijalankan di hadapan Hakim, Jason Juga, tertuduh pertama Smith A. Lewas @Simon, 56, seorang penolong juruukur yang bertugas di Pejabat Penolong Pemungut Hasil Tanah Kunak pada ketika kejadian, mengaku tidak bersalah terhadap satu pertuduhan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009.

Menurut pertuduhan, Smith didakwa cuba memperoleh suapan wang tunai sebanyak RM54,000 daripada seorang individu bernama Goefle Joseph sebagai dorongan untuk memproses permohonan tanah bagi Goefle dan 26 peserta lain selepas bancian tanah dilakukan di bawah Skim Pekebun-Pekebun Kecil Madai Baturong (SPPKMB), Kunak.

Mahkamah difahamkan, kejadian itu didakwa berlaku sekitar penghujung Mei 2016 di sebuah studio milik Thomas Salong di Kunak.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Nurul Izzati Sapifee, manakala tertuduh diwakili oleh peguambela Vivian Thien.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan RM3,000 deposit serta seorang penjamin tempatan manakala tertuduh turut diarahkan melapor diri di pejabat SPRM Cawangan Lahad Datu setiap dua bulan, tidak mengganggu saksi pendakwaan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Tertuduh kedua, Lusiwoi Kisa, 62, seorang pesara dan bekas pembantu tadbir di Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Tanah dan Ukur Kota Kinabalu, turut mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan di bawah akta yang sama.

Lusiwoi didakwa cuba mendapatkan RM12,000 daripada Cornilius Jomol @ Terence sekitar Jun 2016 sebagai balasan untuk melakukan bancian ke atas lot tanah bagi 16 peserta yang belum memiliki lot dalam permohonan tanah di kawasan sama, iaitu SPPKMB Kunak.

Tertuduh diwakili oleh peguambela Jhasarry P. Kang dan turut dikenakan jaminan sebanyak RM6,000 dengan RM2,000 deposit serta seorang penjamin tempatan.

Mahkamah menetapkan syarat sama seperti tertuduh pertama, termasuk larangan mengganggu saksi dan keperluan melapor diri di SPRM Lahad Datu setiap dua bulan. Tarikh sebutan semula bagi kedua-dua kes tersebut ditetapkan pada 11 September 2025.

Sekiranya disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 17(a) ASPRM 2009, kedua-dua tertuduh berdepan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/02/dua-penjawat-awam-didakwa-di-mahkamah-khas-rasuah-tawau-atas-tuduhan-terima-suapan/feed/ 0 76579
Penjawat awam dan pesara ditahan berhubung rasuah RM66,000 https://sabahmedia.com/2025/06/17/penjawat-awam-dan-pesara-ditahan-berhubung-rasuah-rm66000/ https://sabahmedia.com/2025/06/17/penjawat-awam-dan-pesara-ditahan-berhubung-rasuah-rm66000/#respond Tue, 17 Jun 2025 10:18:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75736
Read Time:45 Second

KOTA KINABALU: Seorang penjawat awam dan seorang pesara sebuah Jabatan Kerajaan Negeri ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah berhubung rasuah berjumlah RM66, 000 melibatkan isu tanah.

Kedua-dua suspek dipercayai menerima suapan masing-masing kira-kira RM54,000 dan RM12,000 daripada beberapa individu, bagi tujuan memproses permohonan tanah serta menjalankan bancian lot tanah di bawah skim milik kerajaan negeri.

Perbuatan itu dipercayai dilakukan sekitar tahun 2016, walaupun kedua-dua suspek tidak mempunyai kelayakan untuk memproses permohonan, dan tidak memiliki sebarang lot tanah untuk tujuan bancian.

Kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 50 hingga 60-an itu telah ditahan kira-kira antara jam 10 hingga 11 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy, yang mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Tambah beliau, kedua-dua suspek akan didakwa dalam masa terdekat.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/17/penjawat-awam-dan-pesara-ditahan-berhubung-rasuah-rm66000/feed/ 0 75736