Penjawat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 15 Jul 2021 06:29:04 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Penjawat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Penjawat Awam Negeri Menyumbang Kepada Tabung COVID-19 Sabah https://sabahmedia.com/2021/07/15/penjawat-awam-negeri-menyumbang-kepada-tabung-covid-19-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/07/15/penjawat-awam-negeri-menyumbang-kepada-tabung-covid-19-sabah/#respond Thu, 15 Jul 2021 06:29:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3073
Read Time:26 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menerima RM104,837 dari penjawat awam negeri sebagai sumbangan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Sabah.

Jumlah tersebut adalah daripada pemotongan elaun penjawat awam dari kategori Gred 29 dan ke atas.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong menyampaikan replika cek kepada Hajiji di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) disini pada hari Khamis.

Turut hadir di majlis itu, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Datu Rosmadi Sulai dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pentadbiran) Datuk Masnah Matsalleh.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/15/penjawat-awam-negeri-menyumbang-kepada-tabung-covid-19-sabah/feed/ 0 3073
Penjawat Awam Negeri Sumbang Tabung Bencana Covid-19 https://sabahmedia.com/2021/06/10/penjawat-awam-negeri-sumbang-tabung-bencana-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/06/10/penjawat-awam-negeri-sumbang-tabung-bencana-covid-19/#respond Thu, 10 Jun 2021 09:06:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=946
Read Time:51 Second

KOTA KINABALU: Selaras dengan pengumuman sumbangan penjawat awam oleh Ketua Setiausaha Negara pada 01 Jun 2021 telah mendapat sokongan dari kerajaan negeri Sabah.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong hari ini mengumumkan, Pengurusan Tertinggi di Perkhidmatan Awam Negeri Sabah memutuskan penjawat awam negeri Gred 29 hingga Gred Turus turut menyumbang kepada Tabung Bencana Negeri (COVID-19) Sabah melalui pengurangan sebahagian dari Imbuhan Tetap Keraian (ITK) atau Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) untuk tempoh dua (2) bulan iaitu Jun dan Julai 2021.

Katanya, “pelaksanaan sumbangan ini sama seperti penjawat awam persekutuan iaitu potongan 50% daripada ITK untuk Gred Turus I hingga Turus III, 50% daripada ITK untuk Gred JUSA A, 20% daripada ITK untuk Gred JUSA B, 10% daripada ITK untuk Gred JUSA C, 5% daripada ITK/ITKA untuk Gred 44 hingga 54 dan RM10.00 daripada ITKA untuk Gred 29 hingga 41.

Sumbangan ini tidak melibatkan kakitangan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri.

“Pelaksanaan sumbangan ini tanda keprihatinan penjawat awam negeri kepada rakyat Sabah yang terkesan akibat pandemik COVID-19,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/10/penjawat-awam-negeri-sumbang-tabung-bencana-covid-19/feed/ 0 946