pensiangan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 16 Mar 2022 07:28:42 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pensiangan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Anak Watan Pensiangan Akan Mewakili Malaysia Ke SEA Games Vietnam https://sabahmedia.com/2022/03/16/anak-watan-pensiangan-akan-mewakili-malaysia-ke-sea-games-vietnam/ https://sabahmedia.com/2022/03/16/anak-watan-pensiangan-akan-mewakili-malaysia-ke-sea-games-vietnam/#respond Wed, 16 Mar 2022 07:28:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13075
Read Time:56 Second

KOTA KINABALU: Seramai empat orang pemain wanita daripada Sabah terpilih mewakili Malaysia ke SEA Games Vietnam yang bakal berlangsung selama lima hari bermula pada 21 hingga 25 Mei ini.

Antaranya, Nazilatul Rosmahani Saidi yang merupakan anak jati Pensiangan, berasal daripada Nabawan baru sahaja terpilih pada tahun ini akan mewakili Malaysia dalam acara Berpasukan Sepak Takraw bersama-sama dengan seorang lagi pemain wanita berasal daripada Kg Biah, Sook iaitu Ramzah Anam.

Terdahulu, Nazilatul telah menerima sumbangan kewangan daripada Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin di pejabat Kementerian Belia dan Sukan Sabah. Sumbangan tersebut akan digunakan oleh Nazilatul sepanjang tempoh berlangsungnya sukan itu nanti.

Ellron dalam pada itu mengharapkan agar Nazilatul serta pasukannya akan memberikan prestasi yang terbaik semasa temasya itu nanti dan membawa khabar gembira buat rakyat Sabah.

“Saya mengharapkan agar adik Nazilatul dan pasukan Sepak Takraw Wanita Malaysia akan mengharumkan nama Malaysia dan Sabah khususnya. Kami rakyat Sabah mendoakan yang terbaik untuk anda semua” kata Ellron.

Sukan SEA Vietnam bakal berlangsung selama lima hari bermula pada 21 hingga 25 Mei ini. Kesemua negara di Asia Tenggara akan disaksikan berentap pada temasya itu nanti.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/16/anak-watan-pensiangan-akan-mewakili-malaysia-ke-sea-games-vietnam/feed/ 0 13075
48 Projek ‘People Centric’ Dilaksana Di Parlimen Pensiangan https://sabahmedia.com/2021/12/19/48-projek-people-centric-dilaksana-di-parlimen-pensiangan/ https://sabahmedia.com/2021/12/19/48-projek-people-centric-dilaksana-di-parlimen-pensiangan/#respond Sun, 19 Dec 2021 09:29:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10084
Read Time:1 Minute, 19 Second

KENINGAU : Sebanyak 48 projek berpusatkan rakyat (people centric) yang berimpak tinggi merangkumi pembaikan infrastruktur dan fasiliti rosak telah dilaksanakan di Parlimen Pensiangan sepanjang tahun 2020 dan 2021.

Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, projek itu merangkumi pembaikan Dewan Komuniti, jambatan, Balai Budaya, Sistem Bekalan Air Graviti dan pelbagai lagi.

Katanya, bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nabawan, sebanyak 24 projek pembaikan telah dilaksanakan bagi tahun 2020 dan 2021 dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM2.59 juta.

“Jeti Kampung Buntulon, Pagalungan yang dirasmikan pada hari ini mencerminkan Kerajaan yang cakna dan prihatin kepada pembangunan infrastruktur berdasarkan keperluan lokaliti setempat.

“Pembangunan tersebut turut diberi keutamaan kepada masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman selaras dengan semangat ‘keterangkuman’ di dalam Keluarga Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas merasmikian Jeti Buntulon Pagalungan disini hari ini.

Arthur yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata pembinaan jeti itu merupakan pembangunan infrastruktur asas yang signifikan kepada penduduk di sekitar kawasan Pagalungan yang menggunakan sungai sebagai kaedah pengangkutan utama untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Katanya, pembaikan jeti dengan peruntukan sebanyak RM200,000 akan memberi manfaat kepada penduduk di sekitar Kampung Buntulon dan kawasan berhampiran.

“Infrastruktur yang inklusif dan dapat dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob selari dengan hasrat ‘tiada yang tertinggal’ yang digariskan di dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Rancangan Malaysia Kedua Belas.

“Dengan sokongan rakyat yang utuh, landskap politik yang stabil yang menjurus kepada pemulihan ekonomi yang lancar akan dapat merealisasikan aspriasi Kerajaan memakmurkan negara dan rakyat di setiap pelusuk kawasan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/19/48-projek-people-centric-dilaksana-di-parlimen-pensiangan/feed/ 0 10084
Naik Taraf Jalan Mudahkan Urusan Logistik Usahawan Pasarkan Produk Perniagaan https://sabahmedia.com/2021/12/04/naik-taraf-jalan-mudahkan-urusan-logistik-usahawan-pasarkan-produk-perniagaan/ https://sabahmedia.com/2021/12/04/naik-taraf-jalan-mudahkan-urusan-logistik-usahawan-pasarkan-produk-perniagaan/#respond Sat, 04 Dec 2021 08:50:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9306
Read Time:1 Minute, 27 Second

KENINGAU: Penaiktarafan jalan dari Sapulut ke Pekan Pagalungan seterusnya ke Pekan Pensiangan kini telah diusahakan dan sedang dalam pelaksanaan.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, pelaksanaan menaik taraf jalan berkenaan akan mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan.

“Apabila siap, kita akan menikmati jalan berturap yang lebih selesa dan selamat serta dapat memendekkan jarak perjalanan dari 3 jam kepada 1 jam.

“Pastinya kemudahan ini akan memudahkan urusan logistik semua peniaga kecil dan sederhana selain Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan juga pejabat AIM Cawangan Nabawan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Kelab Sahabat AIM Cawangan Nabawan di sini hari ini.

Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, beliau turut menyatakan komitmen untuk membantu usahawan perniagaan termasuk Sahabat AIM untuk menceburi perniagaan atas talian.

Katanya, antara usaha yang telah dan sedang dilaksanakn termasuklah pembinaan 46 menara telekomunikasi yang baharu dan menaik taraf 44 menara sedia ada kepada rangkaian 4G.

“Kerja-kerja ini sedang dalam proses pelaksanaan dan dijangka siap pada penghujung tahun 2022.

“Saya percaya apabila menara ini siap sepenuhnya, kita akan dapat menikmati rangkaian telekomunikasi yang lebih baik serta akses kepada capaian internet yang lebih pantas.

“Pastinya nanti usahawan Sahabat AIM akan dapat bergiat dan bersaing di dalam arena ekonomi digital,” katanya.

Dalam pada itu, Arthur berkata, untuk jangkamasa panjang, apabila Ibu Negara Indonesia berpindah ke Kalimantan, beliau menjangkakan masyarakat di Parlimen Pensiangan akan mendapat limpahan ekonomi apabila akses kepada Ibu Negara tersebut dibuka.

Namun katanya, persiapan awal haruslah dilakukan bermula sekarang termasuklah menyediakan infrastruktur yang baik, mewujudkan persekitaran perniagaan kondusif, melahirkan para peniaga yang berdaya saing dan sebagainya.

“Persiapan-persiapan tersebut tidak mampu saya lakukan secara berseorangan. Sejujurnya saya memerlukan sokongan daripada semua pihak bagi memastikan Parlimen Pensiangan tidak terpinggir daripada arus pembangunan negara,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/04/naik-taraf-jalan-mudahkan-urusan-logistik-usahawan-pasarkan-produk-perniagaan/feed/ 0 9306
100 Pelajar Di Parlimen Pensiangan Terima Sumbangan Pendidikan https://sabahmedia.com/2021/10/01/100-pelajar-di-parlimen-pensiangan-terima-sumbangan-pendidikan/ https://sabahmedia.com/2021/10/01/100-pelajar-di-parlimen-pensiangan-terima-sumbangan-pendidikan/#respond Fri, 01 Oct 2021 10:00:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7076
Read Time:1 Minute, 39 Second

KENINGAU: Seramai 100 orang pelajar di kawasan Parlimen Pensiangan yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S) menerima sumbangan pendidikan.

Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, ia merupakan program tahunan yang telah diadakan sejak 11 tahun lalu.

“Dalam tempoh ini pelbagai pendekatan telah saya laksanakan contohnya bantuan yuran pengajian, biasiswa pendidikan, bantuan pakaian serta peralatan sekolah dan sebagainya.

“Program seumpama ini akan diteruskan setiap tahun sebagai motivasi kepada pelajar untuk mereka terus berusaha.  Saya mengambil tanggungjawab untuk menyediakan yang terbaik demi masa depan anak-anak Pensiangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan pelajaran kepada pelajar cemerlang Parlimen Pensiangan disini hari ini.

Arthur yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata, bagi mengatasi masalah capaian internet di Parlimen Pensiangan, sebanyak 46 menara telekomunikasi yang baharu sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada penghujung tahun 2022.

Katanya, apabila menara ini siap kelak penduduk akan dapat menikmati rangkaian telekomunikasi yang lebih baik serta akses kepada capaian internet yang lebih pantas.

“Selain itu, kerja-kerja menaik taraf jalan Sapulut ke Pekan Pagalungan secara berperingkat sehingga ke Pekan Pagalungan telah mula dilaksanakan. Ianya mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan.

“Dengan kerja-kerja menaik taraf jalan ini, jarak perjalanan dari Sapulut ke Pekan Pagalungan akan dapat disingkatkan dari 3 jam kepada 1 jam.

“Pastinya ia akan memberikan kegembiraan kepada ibu bapa dan guru kerana usaha ini pasti akan memudahkan urusan persekolahan anak-anak selepas ini,” katanya.

Dalam pada itu, Arthur berkata, pihaknya juga sedang dalam usaha menaik taraf beberapa buah sekolah daif di Parlimen Pensiangan antaranya ialah SK Pekan Nabawan, SK Pekan Pensiangan, SK Sepulot, SK Ponontomon dan banyak lagi.

Katanya, ini bagi memastikan para pelajar serta guru mendapat kemudahan dan fasiliti yang lebih selesa.

“Tugas dan tanggungjawab kita adalah untuk menyediakan yang terbaik agar generasi yang cemerlang dapat dilahirkan demi pembinaan sebuah budaya bangsa.

“Kecemerlangan yang dikecapi hari ini pastinya akan membuahkan hasil untuk membawa perubahan terhadap ekonomi dan sosial masyarakat kita,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/01/100-pelajar-di-parlimen-pensiangan-terima-sumbangan-pendidikan/feed/ 0 7076
Mesin ATM BSN Mula Beroperasi di Sook, Lebih Mudah Penduduk Laksana Urusan Perbankan https://sabahmedia.com/2021/07/22/mesin-atm-bsn-mula-beroperasi-di-sook-lebih-mudah-penduduk-laksana-urusan-perbankan/ https://sabahmedia.com/2021/07/22/mesin-atm-bsn-mula-beroperasi-di-sook-lebih-mudah-penduduk-laksana-urusan-perbankan/#respond Thu, 22 Jul 2021 04:25:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3417
Read Time:1 Minute, 29 Second

KENINGAU : Penduduk di kawasan Daerah Kecil Sook dan sekitarnya kini boleh mendapatkan perkhidmatan perbankan selepas kiosk ATM Bank Simpanan Nasional (BSN) mula beroperasi sepenuhnya bermula kelmarin.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, ia merupakan hari bersejarah bagi penduduk di kawasan berkenaan kerana tidak perlu pergi jauh ke Pekan Keningau untuk mengeluarkan duit.

“Saya telah usahakan untuk membawa kemudahan mesin ATM ini sejak tahun lalu. Lebih lagi sekarang dalam masa pandemik COVID-19 di mana sukar untuk penduduk keluar ke Keningau bagi mengunakan ATM di sana.

“Lagipun mesin BSN di Keningau sentiasa sesak dan orang terpaksa berbaris berjam-jam dalam keadaan yang panas menunggu giliran mengunakan mesin ATM bagi mengeluarkan duit termasuk menunaikan bantuan kewangan dari kerajaan,” katanya.

Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, pembukaan mesin ATM BSN di Pekan Sook sangat tepat pada masanya untuk memberi kemudahan yang sangat dinantikan oleh penduduk di sini.

Katanya, dengan adanya mesin ATM itu, penduduk Sook, Tulid dan Nabawan tidak perlu lagi keluar ke Pekan Keningau untuk mengunakan mesin ATM kerana ia boleh menerima semua kad bank.

“Dengan adanya mesin ATM pengeluaran duit di kawasan kita juga bererti duit itu akan dibelanjakan di daerah kita sendiri dan bukan di Keningau.

“Ini secara langsung akan meningkatkan pengaliran wang dan meningkatkan ekonomi di daerah kita.  Kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa kegiatan ekonomi di kawasan Sook, Tulid dan Nabawan dijangka akan meningkat sebanyak 28% akibat daripada kemudahan ATM yang baru ini,”katanya.

Dalam pada itu, Arthur berkata, beliau akan membawa mesin ATM Bank Rakyat yang akan dibuka di Stesen Petron Sook dan pembinaan sedang dilaksanakan sekarang dan akan siap dalam tahun ini.

“Saya bangga kerana berjaya membawa pelbagai kemudahan ke Sook. Inilah usaha saya untuk meningkatkan kemudahan rakyat di bawa kawasan jagaan saya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/22/mesin-atm-bsn-mula-beroperasi-di-sook-lebih-mudah-penduduk-laksana-urusan-perbankan/feed/ 0 3417
Projek Menaik Taraf Jalan Sinaron, Sook Ke Linayukan, Tongod, Sabah Tingkat Ekonomi Setempat – Arthur Joseph Kurup https://sabahmedia.com/2021/07/13/projek-menaik-taraf-jalan-sinaron-sook-ke-linayukan-tongod-sabah-tingkat-ekonomi-setempat-arthur-joseph-kurup/ https://sabahmedia.com/2021/07/13/projek-menaik-taraf-jalan-sinaron-sook-ke-linayukan-tongod-sabah-tingkat-ekonomi-setempat-arthur-joseph-kurup/#respond Tue, 13 Jul 2021 06:49:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2969
Read Time:1 Minute, 29 Second

Kota Kinabalu — Projek menaik taraf jalan Sinaron, Sook, Keningau ke Linayukan, Tongod, Sabah yang merentasi daerah Keningau dan Tongod serta berada dalam kawasan DUN N44 Tulid (P182 Pensiangan) dan N57 Kuamut (P187 Kinabatangan) akan bermula pada Julai 2021.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata Projek ini bernilai lebih daripada RM320 juta dan telah diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, Rolling Plan Kedua (RMKe- 11, RP2) Tahun 2017 tetapi tergendala selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada tahun 2018. Namun, projek ini sekarang disambung semula dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) dan akan mengambil masa selama 36 bulan untuk disiapkan.

Jajaran jalan sejauh 40 kilometer dengan pembinaan 7 buah jambatan baharu ini menghubungkan Sook ke Tongod melalui Kampung Monggorimot, Lalampas dan Linayukan yang akan memberi manfaat kepada penduduk di sekitar 19 buah kampung seperti kampung Sinaron, kampung Sinaron Tengah, kampung Sinua, kampung Mansiat, kampung Lalapakon, kampung Widudun, kampung Maliau, kampung Bibilod, dan kampung Langkabong. Pembinaan jalan baharu ini akan mengurangkan jarak dan memendekkan masa perjalanan yang menghubungkan Pekan Sook ke Tongod katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Tambah Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan, Pelaksanaan projek ini akan membangun serta menggalakkan sektor pertanian dan pelancongan setempat. Impak ekonomi secara keseluruhannya akan dapat dinikmati oleh penduduk khususnya di Keningau, Sook, dan Tongod. Ini sekali gus dapat meningkatkan taraf sosial ekonomi penduduk kampung yang tinggal di sepanjang jajaran jalan tersebut. Selain itu, kerja-kerja menaik taraf jalan kepada jalan berturap ini juga akan mengurangkan kos penyelenggaraan rutin jalan yang ditanggung oleh Kerajaan.

Ini menunjukkan bahawa Kerajaan Persekutuan sedang berusaha menyediakan kemudahan infrastruktur jalan raya yang lebih baik bagi menghubungkan antara kawasan di pedalaman Sabah supaya pembangunan yang lebih seimbang akan di nikmati oleh semua rakyat.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/13/projek-menaik-taraf-jalan-sinaron-sook-ke-linayukan-tongod-sabah-tingkat-ekonomi-setempat-arthur-joseph-kurup/feed/ 0 2969