pentadbiran – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 21 Mar 2024 13:30:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pentadbiran – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Suhaimi kurang bijak terjemah isu babitkan pentadbiran negeri Sabah – Zulkarnain https://sabahmedia.com/2024/03/21/suhaimi-kurang-bijak-terjemah-isu-babitkan-pentadbiran-negeri-sabah-zulkarnain/ https://sabahmedia.com/2024/03/21/suhaimi-kurang-bijak-terjemah-isu-babitkan-pentadbiran-negeri-sabah-zulkarnain/#respond Thu, 21 Mar 2024 13:29:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51401
Read Time:2 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) amat kecewa dengan kenyataan Datuk Suhaimi Nasir yang mempersoalkan kejayaan program Hala Tuju Sabah Maju Jaya di Sabah.

Pengerusinya, Datuk Zulkarnain Mahdar dalam kenyataan media hari ini berkata, Suhaimi kelihatan semakin kurang bijak dalam menterjemah isu membabitkan pentadbiran negeri Sabah.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Suhaimi yang juga Ketua Penerangan UMNO Sabah dalam satu kenyataan media semalam, meminta Kerajaan Sabah menjelaskan kepada rakyat berhubung Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya yang dilancarkan pada 2021, yang disifatkan sebagai gagal berikutan isu kemudahan asas dan kemiskinan masih berlarutan.

Zulkarnain berkata, salah satu pengisian program Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) sebenarnya telah berjaya menunjukkan hasil yang cukup positif apabila Kerajaan Negeri Sabah telah berjaya menarik begitu banyak pelabur luar datang melabur ke Sabah.

“Sebagai contoh apabila Kerajaan Negeri Sabah berjaya membawa masuk Syarikat SK Nexilis Co Ltd (SK Nexilis), salah satu pengeluar kerajang tembaga terbesar di dunia yang telah membina kilang operasi pengeluaran kerajang tembaga di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), Sabah bernilai RM2.3 billion.

“Kilang yang telah memulakan operasinya sebenarnya telah membuka peluang pekerjaan untuk anak-anak Sabah.

“Selain itu kilang pembuatan kaca fotovolta suria (PV) yang dikendalikan oleh SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd bernlai RM3 billion yang sedang dibina di KKIP juga bakal mewujudkan 1,400 pekerjaan baharu, dengan komitmen sekurang-kurangnya 90 peratus jawatan untuk diisi oleh rakyat Sabah,” jelasnya.

Zulkarnain menyifatkan Suhaimi seumpama meludah ke langit terkena muka sendiri apabila mempersoalkan keadaan jalan di Sabah termasuk elektrik dan air dalam masa yang sama Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah sebelum ini dipegang oleh Pengerusi UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.

“Harus diingat individu yang diberikan tanggungjawab oleh Hajiji untuk menyelesaikan masalah jalan, air dan elektrik di Sabah adalah Bung sebelum dilucutkan jawatan menteri pada bulan Jan 2023.

“Bung sepatutnya tidak berdiam diri membabitkan isu ini kerana punca kegagalan masalah jalan, air dan elektrik ada mengena dengan kementerian yang diterajui oleh Bung selama hampir dua tahun,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, Suhaimi juga sepatutnya bersikap adil dan turut bertanya kepada Shafie Apdal sepanjang mentadbir Sabah selama 26 bulan kenapa kadar Keluaran dalam negara kasar (KDNK) Negeri Sabah jatuh menjunam kepada 0.5 peratus.

“Antaranya kadar pengangguran meningkat, rizab kewangan negeri berkurangan, kegagalan membawa masuk pelabur luar ke Sabah dan pelabur luar gagal membeli kilang Sabah Forest Industries (SFI) sehingga menyebabkan ratusan pekerja telah hilang pekerjaan,” tambah beliau lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/21/suhaimi-kurang-bijak-terjemah-isu-babitkan-pentadbiran-negeri-sabah-zulkarnain/feed/ 0 51401
Kg Kilimu Ranau dijadikan contoh pentadbiran dan pengurusan kampung terbaik – Faimin https://sabahmedia.com/2023/08/01/kg-kilimu-ranau-dijadikan-contoh-pentadbiran-dan-pengurusan-kampung-terbaik-faimin/ https://sabahmedia.com/2023/08/01/kg-kilimu-ranau-dijadikan-contoh-pentadbiran-dan-pengurusan-kampung-terbaik-faimin/#respond Tue, 01 Aug 2023 03:22:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39321
Read Time:1 Minute, 44 Second

RANAU: Kampung Kilimu Ranau adalah kampung contoh yang boleh dijadikan sebagai penanda aras kepada pentadbiran dan pengurusan kampung terbaik oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), kata Pegawai Khas Kepada Menteri Kewangan Datuk Faimin Kamin.

Menurut Faimin, kampung berkenaan bukan sahaja cantik dan bersih, tetapi juga mempunyai landskap lokaliti yang menarik, tersusun dan teratur, sesuai dengan imej sebuah kampung yang pernah merangkul beberapa pencapaian terbaik di peringkat negeri dan kebangsaan.

“Antara pencapaian Kg Kilimu ialah Johan Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia (ADS1M) Peringkat Negeri Tahun 2014, Anugerah Desa Harapan peringkat Kebangsaan tahun 2014, Anugerah Desa Lestari peringkat Kebangsaan Tahun 2015, Johan Anugerah kejiranan Hijau peringkat Kebangsaan Tahun 2019 dan Johan Pertandingan Aspirasi Kampung Sejahtera (PAKS) Peringkat Negeri Tahun 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis penyampaian watikah pelantikan kepada 47 Pengerusi JPKK baru Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan, bertempat di Pejabat Pusat Khidmat Rakyat DUN Karanaan di sini pada Isnin (31 Julai).

Sehubungan dengan itu, Faimin berkata, dengan pencapaian sedemikian, pengurusan dan pentadbiran kampung berkenaan kini menikmati keistimewaan di mana pelbagai agensi dan kementerian berlumba-lumba untuk menawarkan bermacam bentuk bantuan tanpa perlu bersusah payah memohon sebagaimana kampung-kampung lain.

“Semua itu dapat dicapai kerana mereka ada kesungguhan dan model pengurusan dan pentadbiran kampung yang baik. Semua penduduk kampung berkenaan tahu peranan mereka dan mereka mempunyai rasa tanggungjawab terhadap kampung mereka.

“Ikon bagi sesebuah kampung ialah Ketua Kampung dan Pengerusi JPKK. Tanpa ada hubungan yang baik antara keduanya dengan penduduk kampung atau sesama Ketua Kampung dengan Pengerusi JPKK, pengurusan dan pentadbiran kampung yang baik pasti tidak akan dapat dicapai,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa pengerusi JPKK harus tahu had tanggungjawab masing-masing semasa menjalankan tugas.

“Sebagai asas, Pengerusi JPKK seharusnya tahu had tanggungjawab masing-masing dan jangan sama sekali mencampuri urusan atau peranan Ketua Kampung. Begitu juga dengan Ketua Kampung, elakkan sama sekali untuk campurtangan dalam had tanggungjawab seorang Pengerusi JPKK,” jelasnya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat Ranau, Rosdi Abdul Ghani, Pegawai Khas ADUN Karanaan Jupirin Ruhimin, Pegawai Pembangunan Masyarakat Karanaan, Suhaimi Manjun dan Penyelia Kemajuan Masyarakat Jardern Datuk Jirin.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/01/kg-kilimu-ranau-dijadikan-contoh-pentadbiran-dan-pengurusan-kampung-terbaik-faimin/feed/ 0 39321