Penubuhan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 07 Dec 2021 12:33:04 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Penubuhan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hajiji Umum Penubuhan Syarikat Minyak & Gas Milik Penuh Negeri Sabah – SMJ Petroleum Sdn Bhd https://sabahmedia.com/2021/12/07/hajiji-umum-penubuhan-syarikat-minyak-gas-milik-penuh-negeri-sabah-smj-petroleum-sdn-bhd/ https://sabahmedia.com/2021/12/07/hajiji-umum-penubuhan-syarikat-minyak-gas-milik-penuh-negeri-sabah-smj-petroleum-sdn-bhd/#respond Tue, 07 Dec 2021 09:59:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9493
Read Time:3 Minute, 50 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mencatatkan kejayaan bersejarah apabila Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan penubuhan syarikat minyak dan gas milik penuh negeri itu – SMJ Petroleum Sdn Bhd.

Penubuhan SMJ Petroleum Sdn Bhd adalah keputusan Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) yang dimeterai antara Kerajaan Negeri Sabah dan syarikat minyak nasional, Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) pada Selasa.

“CCA ini adalah dokumen yang paling penting antara Sabah dan PETRONAS sejak 16 Jun 1976, apabila perjanjian pembayaran tunai (royalti) dipersetujui, yang ditandatangani antara Sabah dan PETRONAS. Majlis menandatangani CCA hari ini sememangnya menandakan era baharu dalam industri minyak dan gas Sabah,” kata Hajiji.

“Sejajar dengan terma dan syarat CCA, kerajaan negeri berhasrat menubuhkan syarikat milik penuhnya untuk terlibat secara aktif dalam industri minyak dan gas.

“Sehubungan itu, saya berasa gembira mengumumkan penubuhan SMJ Petroleum Sdn Bhd yang akan menerajui penyertaan komersial negeri dalam industri minyak dan gas serta menyelaras semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri yang sedia ada bagi memastikan terma dan syarat CCA berjaya dilaksanakan untuk kepentingan Sabah dan rakyatnya,” katanya.

“Adalah menjadi aspirasi rakyat kita bahawa Sabah akan mendapat lebih banyak daripada industri minyak dan gasnya,” katanya.

Ketua Menteri berkata satu Jawatankuasa Bersama telah ditubuhkan oleh Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 untuk membincangkan penglibatan secara komersial Sabah dalam industri minyak dan gas antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan PETRONAS.

Sebelum penubuhan Jawatankuasa Bersama, beliau berkata kerajaan negeri dan PETRONAS telah pun mengambil inisiatif sendiri dengan mengadakan perbincangan bermula 8 Oktober 2021, dan dua bulan kemudian selepas beberapa mesyuarat diadakan, CCA dimuktamadkan.

“Ini menunjukkan PETRONAS dan kerajaan negeri boleh bekerjasama dalam pembangunan industri minyak dan gas di Sabah.

“Komitmen kedua-dua kerajaan negeri dan PETRONAS telah memudahkan Kerajaan Persekutuan kerana hanya satu Mesyuarat Jawatankuasa Bersama untuk kedua-dua pihak mencapai titik persamaan yang ditetapkan dalam CCA,” katanya.

Jawatankuasa Bersama telah diadakan pada 1 Disember 2021, yang mana Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk mengesahkan dan memudahkan penguatkuasaan CCA.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan negeri mengulangi kenyataannya ketika membentangkan Belanjawan 2022 Sabah pada Jumaat lalu, bahawa CCA akan membolehkan Sabah mendapat penyertaan perkongsian hasil yang lebih besar dalam perkara berkaitan minyak dan gas melalui rangka kerja perundingan komersial dengan PETRONAS pada masa yang sama memastikan Sabah mengekalkan hak perundangannya.

Beliau juga memberi jaminan bahawa CCA akan mewujudkan persekitaran yang lebih inklusif untuk industri minyak dan gas di Sabah termasuk luar pesisir dan darat.

“Bersama PETRONAS, Sabah akan membangunkan industri minyak dan gas dengan memastikan situasi menang-menang untuk negeri ini serta mewujudkan imej baharu bagi industri itu,” katanya.

“Kerajaan Negeri Sabah menerusi syarikatnya (SMJ Petroleum Sdn Bhd) akan mendapat bimbingan daripada PETRONAS supaya Sabah boleh menjadi antara pemain industri yang kukuh,” katanya.

Ketua Menteri juga mengumumkan penubuhan beberapa jawatankuasa di bawah kerjasama berkenaan iaitu Dialog Strategik Tahunan (ASD), Jawatankuasa Penyelarasan Bersama (JCC) serta jawatankuasa-jawatankuasa kecil dalam bidang `Upstream, Domestic Gas Supply, Equity Investments in LNG & Downstream businesses, Oil & Gas Services & Equipment Industry dan Human Captial Development & Other State matters’ akan ditubuhkan yang mana ahlinya adalah daripada kerajaan negeri dan PETRONAS.

Melalui jawatankuasa itu, Sabah akan memastikan penyertaan dan kawalan yang lebih besar dalam industri minyak dan gas melalui pelan pembangunan dan penyertaan dalam aktiviti minyak dan gas di negeri ini termasuk dalam Pelan Induk Gas Sabah, projek LNG serta penglibatan dalam Product Sharing Contract (PSC).

“Sebagai Ketua Menteri, saya akan bersama-sama mengetuai ASD dengan Pengerusi PETRONAS, Tan Sri Dato ’ Seri Mohd Bakke Salleh. ASD ialah platform perbincangan tertinggi bagi memastikan Sabah mendapat manfaat sepenuhnya daripada CCA pada masa hadapan,” katanya.

Hajiji berkata PETRONAS juga bersetuju menyerahkan hak untuk mengakses data dalam industri minyak dan gas Sabah yang akan memudahkan perbincangan dalam ASD, JCC dan jawatankuasa teknikal di bawahnya.

Selain itu, CCA akan membenarkan penyertaan syarikat atau kontraktor dari Sabah dalam Program Pembangunan Vendor dan PETRONAS akan berusaha untuk memberikan lebih banyak kontrak kepada rakyat Sabah dalam proses tender, katanya.

Apa yang penting, beliau berkata PETRONAS juga komited untuk membayar tunai royalti minyak dan Cukai Jualan Negeri sebagai sebahagian daripada perjanjian perkongsian hasil yang lebih besar.

“Adalah penting untuk dinyatakan di sini bahawa CCA akan memelihara hak perundangan negeri dengan menyediakan perlindungan menyeluruh demi kepentingan negeri,” katanya.

Dalam konteks ini, Hajiji berkata kerajaan negeri merakamkan terima kasih atas komitmen Kerajaan Persekutuan dan PETRONAS yang sentiasa mendengar tuntutan Sabah dari segi hak minyak dan gasnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada jawatankuasa teknikal CCA yang diketuai oleh Datuk Seri Masidi Manjun untuk kerajaan negeri bersama Ir. Mohamed Firouz Asnan dari PETRONAS serta Datuk Sri Lim Haw Kuang, anak kelahiran Sabah yang merupakan bekas pengerusi Shell Malaysia atas usaha mereka untuk memastikan CCA menjadi kenyataan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/07/hajiji-umum-penubuhan-syarikat-minyak-gas-milik-penuh-negeri-sabah-smj-petroleum-sdn-bhd/feed/ 0 9493
PM Setuju Mempercepatkan Penubuhan Hospital Medan Tawau https://sabahmedia.com/2021/09/13/pm-setuju-mempercepatkan-penubuhan-hospital-medan-tawau/ https://sabahmedia.com/2021/09/13/pm-setuju-mempercepatkan-penubuhan-hospital-medan-tawau/#respond Mon, 13 Sep 2021 10:11:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6256
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersetuju mempercepatkan penubuhan Hospital Medan Tawau untuk membantu negeri ini dalam memerangi pandemik COVID-19.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab kepada permintaan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, semasa mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan secara maya di sini pada Isnin.

Hajiji sebelumnya mengatakan bahawa Hospital Medan sebelumnya yang dikendalikan oleh Angkatan Tentera telah berhenti beroperasi.

“Pembukaan semula Hospital Medan di Tawau sangat mendesak sejak kerja-kerja menaiktaraf untuk Hospital Daerah Tawau hanya 60 peratus siap,”katanya.

Hajiji juga turut memaklumkan dalam mesyuarat tersebut bahawa 302 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dikenal pasti di Sabah dan 14 agensi melibatkan 6,800 anggota telah diaktifkan dan menjangkakan musim tengkujuh akan tiba.

Dalam hal ini, katanya Sabah telah mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana berikutan beberapa kes bencana alam yang melanda dan menyebabkan kerosakan besar infrastruktur dan harta benda di beberapa daerah seperti Beaufort dan Penampang serta kawasan lain di seluruh Sabah.

“Dianggarkan RM147 juta diperlukan untuk memperbaiki kerosakan,” katanya, sambil menambah bahawa Kerajaan Negeri berharap bantuan akan datang dari Kerajaan Persekutuan.

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/13/pm-setuju-mempercepatkan-penubuhan-hospital-medan-tawau/feed/ 0 6256
Penubuhan Majlis Profesional Sabah, Aspirasi Pelan Pembangunan Kerajaan – Hajiji https://sabahmedia.com/2021/07/16/penubuhan-majlis-profesional-sabah-aspirasi-pelan-pembangunan-kerajaan-hajiji/ https://sabahmedia.com/2021/07/16/penubuhan-majlis-profesional-sabah-aspirasi-pelan-pembangunan-kerajaan-hajiji/#respond Fri, 16 Jul 2021 04:53:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3099
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Cadangan penubuhan Majlis Profesional Sabah (SPC) adalah tindakan yang dialu-alukan untuk mewujudkan penyelarasan antara profesional dan kerajaan negeri dalam membangunkan strategi sejajar dengan aspirasi pelan pembangunan kerajaan iaitu Halatuju Sabah Maju Jaya.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, berkata semua sektor pembangunan memerlukan sumbangan dan kepakaran profesional dalam pelbagai bidang serta majlis yang dicadangkan itu relevan dalam mewujudkan sinergi idea dan usaha untuk memacu pembangunan Sabah.

Beliau berkata demikian dalam pertemuan dengan jawatankuasa ad-hoc SPC yang diketuai Pengerusinya, Ar Rizal Ahmad Banjar di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di sini pada Khamis.

Dalam pertemuan itu, Rizal turut memberi penerangan kepada Hajiji mengenai cadangan SPC dan menyerahkan memorandum kepada ketua menteri yang antara lain meminta agar golongan profesional di Sabah terlibat dalam hal inisiatif kerajaan untuk menghidupkan kembali pembangunan ekonomi dan sosial negeri.

Rizal berkata menerusi SPC, golongan profesional ingin melibatkan diri dan membantu kerajaan serta agensi berkaitan dalam penyusunan dasar dan garis panduan.

Pada masa ini, Sabah mempunyai kira-kira 5,000 golongan profesional yang berdaftar dalam pelbagai bidang termasuk arkitek, jurutera, juru ukur, peguam, akauntan dan doktor.

Turut hadir, ahli Majlis Penasihat Negeri Sabah (SEAC) yang diketuai Pengerusinya, Tan Sri David Chu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/16/penubuhan-majlis-profesional-sabah-aspirasi-pelan-pembangunan-kerajaan-hajiji/feed/ 0 3099