Penuh – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 04 Jan 2023 09:19:07 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Penuh – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah alu-alukan autonomi penuh projek di bawah RM50 juta https://sabahmedia.com/2023/01/04/sabah-alu-alukan-autonomi-penuh-projek-di-bawah-rm50-juta/ https://sabahmedia.com/2023/01/04/sabah-alu-alukan-autonomi-penuh-projek-di-bawah-rm50-juta/#respond Wed, 04 Jan 2023 09:19:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27386
Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengalu-alukan keputusan Kabinet Persekutuan memberi autonomi penuh kepada Sabah dan Sarawak untuk pembangunan projek di bawah RM50 juta.

“Ia adalah satu lagi berita baik yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas penyerahan kuasa pengawalseliaan sumber gas kita.

“Ia pasti akan membantu dalam kelulusan dan pelaksanaan projek pembangunan yang sentiasa dihalang oleh kerenah birokrasi yang rumit sebelum ini,” kata Hajiji.

Katanya, mengikut semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), ini sememangnya berita baik.

Hajiji turut memaklumkan bahawa beliau dan rakan sejawatannya di Sarawak akan bertemu dengan Perdana Menteri Menteri dan memuktamadkan beberapa perkara di bawah MA63, antaranya isu geran khas.

Beliau juga menyatakan bahawa jawatankuasa kerja dan kajian semula mengenai MA63 akan diteruskan di bawah pengerusi yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Berita baik lain dijangka, katanya ialah peruntukan tambahan untuk Projek Pan Borneo lebuh raya untuk Sabah mempercepatkan penyiapannya.

Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama tahun ini, Anwar mengumumkan bahawa autonomi penuh akan diberikan kepada Sabah dan Sarawak untuk projek di bawah RM50 juta dengan pematuhan yang sewajarnya terhadap peraturan kewangan yang ditetapkan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/04/sabah-alu-alukan-autonomi-penuh-projek-di-bawah-rm50-juta/feed/ 0 27386
Pindaan Perlembagaan Persekutuan Membuka Jalan Kepada Pemulihan Penuh MA63 – Hajiji https://sabahmedia.com/2021/12/15/pindaan-perlembagaan-persekutuan-membuka-jalan-kepada-pemulihan-penuh-ma63-hajiji/ https://sabahmedia.com/2021/12/15/pindaan-perlembagaan-persekutuan-membuka-jalan-kepada-pemulihan-penuh-ma63-hajiji/#respond Wed, 15 Dec 2021 04:03:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9895
Read Time:58 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan kelulusan Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan Persekutuan 2021 adalah penting dan ia akan membuka jalan kepada pemulihan sepenuhnya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), “Ia adalah detik penting dalam sejarah negara kita, terutama sekali apabila ia diluluskan sebulat suara oleh Parlimen.

“Kami sentiasa mempertahankan hal ini dan Majlis Khas MA63 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri telah sedia menerima permintaan yang dikemukakan oleh Sabah dan Sarawak,” katanya sambil menambah bahawa dengan asas-asas MA63 dilaksanakan, langkah-langkah kini boleh diambil untuk bergerak lebih jauh ke hadapan dalam memulihkan hak Sabah dalam Persekutuan Malaysia.

Hajiji mengulangi bahawa Majlis Khas MA63 adalah penting kerana ia adalah manifestasi kerajaan hari ini untuk duduk bersama dan menyelesaikan isu berkaitan sebagai satu Keluarga Malaysia.

Beliau memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri Sabah tidak akan berhenti setakat ini, sebaliknya akan meneruskan hak negeri seperti yang dipersetujui melalui Majlis Khas MA63.

Pada Selasa, Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan Persekutuan 2021 yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah diluluskan sebulat suara oleh Ahli Parlimen melalui pengundian pada bacaan akhir kali kedua dan ketiga.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/15/pindaan-perlembagaan-persekutuan-membuka-jalan-kepada-pemulihan-penuh-ma63-hajiji/feed/ 0 9895
JPKK Perlu Laksana Tanggungjawab Penuh Dedikasi, Jujur, Prihatin, Adil & Ikhlas https://sabahmedia.com/2021/11/04/jpkk-perlu-laksana-tanggungjawab-penuh-dedikasi-jujur-prihatin-adil-ikhlas/ https://sabahmedia.com/2021/11/04/jpkk-perlu-laksana-tanggungjawab-penuh-dedikasi-jujur-prihatin-adil-ikhlas/#respond Thu, 04 Nov 2021 07:29:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8178
Read Time:1 Minute, 57 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

TUARAN: Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) diseru agar menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh kerajaan dengan penuh dedikasi, jujur, prihatin, adil dan ikhlas.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pelantikan mereka menerajui JPKK adalah satu amanah dan tanggungjawab besar yang perlu dilaksanakan sebaiknya, bagi mewakili suara rakyat di peringkat akar umbi.

Hajiji (dua dari kiri) menyerahkan watikah pelantikan Pengerusi JPKK kepada salah seorang penerima di majlis itu.

Katanya, pemimpin JPKK juga perlu sentiasa turun padang untuk mengetahui masalah penduduk di kampung atau mukim masing-masing.

“Jangan jadikan jawatan itu sebagai batu loncatan untuk memikir soal projek semata-mata, sehingga tidak mahu bekerjasama dengan penduduk kampung, termasuk meminggirkan mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan.

“Sebaliknya kita perlu peka dengan setiap masalah penduduk kampung dan menyampaikan maklumat berkaitan bantuan kerajaan tanpa pilih kasih,” Ujar Hajiji.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi, Setiausaha dan Biro JPKK bagi DUN N.12 Sulaman di Dewan Seri Sulaman, hari ini.

Seramai 47 Pengerusi JPKK menerima watikah pelantikan mereka iaitu 12 orang dari Mukim Serusup, 14 dari Mukim Indai dan 21 dari Mukim Tambalang.Terdapat penambahan seramai 13 JPKK di beberapa kampung dan mukim.

Hajiji turut menyatakan bahawa pelantikan pemimpin akar umbi termasuk JPKK juga adalah untuk membantu Kerajaan Negeri merealisasikan hasrat, aspirasi dan pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang bermatlamat memulihkan semula ekonomi dan untuk kesejahteraan rakyat di negeri ini.

“Ia termasuklah membantu kerajaan menyalurkan bantuan kepada penduduk kampung yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Kerajaan Negeri membelanjakan kira-kira RM1.2 billion untuk membantu rakyat akibat pandemik COVID-19, termasuk bantuan wang tunai RM300 seorang secara one-off, bantuan bakul makanan dan lain-lain”.

“JPKK juga memainkan peranan penting untuk memberi penerangan dan menjelaskan agenda pembangunan yang telah dirancang dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kepada rakyat di kawasan masing-masing,” tambahnya.

Justeru, Hajiji mahu JPKK menunaikan tugas dengan penuh bertanggungjawab agar rakyat mendapat manfaat daripada setiap bantuan dan pembangunan yang dibawa oleh kerajaan, selain memastikan perpaduan dan keharmonian rakyat sentiasa terjaga.

Turut hadir di majlis itu ialah Pembantu Menteri Kewangan Negeri, Jasnih Daya, Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Abdul Kassim Razali, Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Datuk Johari Saiman, Pegawai Daerah Tuaran, Sadan Hussin dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Sulaman, Murneh Lamsari.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/04/jpkk-perlu-laksana-tanggungjawab-penuh-dedikasi-jujur-prihatin-adil-ikhlas/feed/ 0 8178
PBPS Sokong Penuh Pelantikan Dr Jelani https://sabahmedia.com/2021/06/27/pbps-sokong-penuh-pelantikan-dr-jelani/ https://sabahmedia.com/2021/06/27/pbps-sokong-penuh-pelantikan-dr-jelani/#respond Sun, 27 Jun 2021 03:48:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2057
Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Bekas-Bekas Pemain Sabah (PBPS) hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap pelantikan Pengarah Sabah FC yang baharu, Datuk Dr Jelani Hamdan berkuatkuasa pada 10 Jun lepas.

Presiden PBPS Datuk James Wong berkata, PBPS mengalu-alukan pelantikan itu dan sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada kepimpinan kelab tersebut.

Katanya, secara peribadi, beliau menyokong sepenuhnya pelantikan beliau (Jelani) itu dan yakin beliau mampu melaksanakan tanggungjawab yang diamanah dengan baik.

“Pada saya, beliau seorang yang memiliki kesungguhan dan komited terhadap peranan yang diberikan kepadanya dan sentiasa mempunyai iltizam untuk memburu kejayaan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Pelantikan Jelani itu diumumkan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA), Datuk Seri Bung Moktar Radin baru-baru ini, bagi menggantikan tempat Benedict Asmat.

Bekas pemain penyerang negara itu percaya Jelani yang juga Naib Presiden SAFA mempunyai sikap kepimpinan yang berupaya menggerak Sabah FC dengan sokongan mereka yang mempunyai pengalaman dalam bolasepak.

“Walapun beliau (Jelani) mengakui kurang pengalaman dalam sukan ini namun sikap bersungguh-sungguh yang dimilikinya di samping komitmen dan sikap ambil tahu menjadi faktor yang dapat memastikan pentadbiran kelab itu diurus dengan lebih efektif,” tegasnya.

Menurut James, pengalamannya bersama Jelani yang menjadi Pengerusi Jawatankuasa Bolasepak Wanita SAFA dalam tempoh empat bulan lalu menarik perhatiannya mengenai komitmen dan kesungguhan Jelani dalam melaksanakan tugas yang diberikan kepadanya.

“Bagi pihak Persatuan Bekas-Bekas Pemain Sabah, saya mengucapkan syabas dan tahniah di atas pelantikannya dalam Sabah FC,” tambahnya.

Pada masa sama, kata beliau, tentunya pihak persatuan menghargai peranan baharu yang diamanahkan kepada beliau malah turut berasa senang hati.

Bekas-bekas pemain Sabah yang berusia 45 ke atas dan pernah mewakili Sabah dalam Kejohanan Piala Razak, Piala Borneo dan Piala Malaysia layak menganggotai PBPS.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/27/pbps-sokong-penuh-pelantikan-dr-jelani/feed/ 0 2057