Penuhi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 16 Apr 2024 09:17:08 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Penuhi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Projek Pemuliharaan Hutan Hujan Kuamut penuhi piawaian diiktiraf peringkat antarabangsa https://sabahmedia.com/2024/04/16/projek-pemuliharaan-hutan-hujan-kuamut-penuhi-piawaian-diiktiraf-peringkat-antarabangsa/ https://sabahmedia.com/2024/04/16/projek-pemuliharaan-hutan-hujan-kuamut-penuhi-piawaian-diiktiraf-peringkat-antarabangsa/#respond Tue, 16 Apr 2024 09:11:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52640
Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Rakan kongsi Projek Pemuliharaan Hutan Hujan Kuamut (KRCP) iaitu perkongsian awam-swasta antara Jabatan Perhutanan Sabah, Yayasan Sabah, dan Permian Malaysia, anak syarikat Permian Global telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu di sini, hari ini.

Pada mesyuarat itu, Pengerusi Permian Global Stephen Rumsey memberi taklimat kepada Ketua Menteri mengenai projek tersebut.

Rumsey telah mengesahkan laporan pemantauan pertamanya bulan lepas mengenai projek itu yang menunjukkan bahawa ia memenuhi piawaian yang diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk kemajuan iklim, komuniti dan biodiversiti.

Pencapaian ini membolehkan inisiatif pemuliharaan, iaitu melindungi dan memulihkan 83,381 hektar hutan hujan tropika di daerah Tongod dan Kinabatangan, untuk menjana hasil pertamanya bagi Unit Karbon Disahkan (VCU).

Sehubungan dengan itu, Hajiji berkata KRCP adalah bukti bagaimana sektor awam dan swasta boleh bekerjasama dengan cara yang berkesan dan telus yang melibatkan dan memperkasakan penyertaan masyarakat setempat dari awal lagi.

“Sabah terkenal dengan hutan biodiversitinya dan adalah penting kita melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk memeliharanya.

“Saya mahu kita membina pencapaian KRCP, melindungi sebanyak mungkin hutan kita, dan memimpin dunia dalam usaha pemuliharaan berimpak tinggi, teguh dari segi saintifik yang bukan sahaja memberi manfaat kepada alam semula jadi tetapi juga negeri dan rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Permian Global telah menyediakan pelaburan untuk projek berkenaan dan turut melibatkan pihak berkuasa negeri dan rakan kongsi saintifik dan komuniti, South East Asia Rainforest
Research Partnership (SEARRP) dan organisasi berfokuskan komuniti, PACOS
Trust.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Permian Malaysia, Ivy Wong Abdillah, Pengarah Yayasan Sabah Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar, Ketua Konservator Perhutanan Negeri Datuk Frederick Kugan and Pengurus Besar anak syarikat milik penuh Yayasan Sabah, Rakyat Berjaya Sdn Bhd, Dr Esther Li.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/16/projek-pemuliharaan-hutan-hujan-kuamut-penuhi-piawaian-diiktiraf-peringkat-antarabangsa/feed/ 0 52640
Sabah bakal ada tambahan 800 bilik hotel, penuhi keperluan negeri https://sabahmedia.com/2024/02/09/sabah-bakal-ada-tambahan-800-bilik-hotel-penuhi-keperluan-negeri/ https://sabahmedia.com/2024/02/09/sabah-bakal-ada-tambahan-800-bilik-hotel-penuhi-keperluan-negeri/#respond Thu, 08 Feb 2024 16:20:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49219
Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU: Bandaraya Kota Kinabalu akan mempunyai tambahan 800 bilik hotel untuk memenuhi keperluan negeri dalam sektor pelancongan yang semakin pulih apabila The Peninsula Kota Kinabalu dijangka siap dibina pada 2028.

Melancarkan projek itu di daerah pusat perniagaan (CBD) di sini hari ini, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata pembangunan bercampur bersepadu pada tapak seluas 14.89 ekar juga menunjukkan keyakinan pemaju Trillium Development Sdn Bhd
dalam pasaran hartanah Sabah yang teguh.

Hajiji yakin perkembangan terkini dan pembangunan bercampur lain di sepanjang tepi pantai akan memberi keyakinan kepada pelabur untuk melabur dalam pembangunan hartanah di Sabah.

Pembangunan itu akan menyaksikan pembinaan blok pangsapuri perkhidmatan, menara kediaman premium, blok pejabat, pusat beli-belah, tempat letak kereta bertingkat, suite komersial, hotel 4 bintang Grandis @The Peninsula dan hotel 5 bintang.

Hajiji berkata pembangunan The Peninsula KK memberi petanda baik bagi trend industri pelancongan negeri yang semakin meningkat dan mencatatkan 2.6 juta ketibaan pelancong tahun lepas berbanding 1.7 juta pada 2022.

Dengan pembangunan berterusan hotel baharu lain dalam pelbagai peringkat penyiapan, Sabah
akan melihat lebih daripada 3,000 bilik yang tersedia.

Ini termasuk Club Med di Kuala Penyu, Alila Resort di Tuaran, Intercontinental Hotels and Resorts, Papar, Avani Hotel, Crowne Plaza, Fairfield by Marriot dan Hotel Sheraton yang semuanya terletak di Kota Kinabalu.

Pada masa ini, Sabah mempunyai sejumlah 26,822 bilik hotel yang tersedia.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/09/sabah-bakal-ada-tambahan-800-bilik-hotel-penuhi-keperluan-negeri/feed/ 0 49219
Loji Rawatan Air Kogopon penuhi keperluan pengguna di pantai barat selatan https://sabahmedia.com/2023/11/27/loji-rawatan-air-kogopon-penuhi-keperluan-pengguna-di-pantai-barat-selatan/ https://sabahmedia.com/2023/11/27/loji-rawatan-air-kogopon-penuhi-keperluan-pengguna-di-pantai-barat-selatan/#respond Mon, 27 Nov 2023 10:29:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45775
Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Pelaksanaan projek Loji Rawatan Air Kogopon di Papar yang sedang dalam pelaksanaan, mampu memenuhi keperluan lebih 160,000 pengguna di pantai barat selatan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Datuk Seri Ghulam Haidar Khan Bahadar.

Beliau berkata ia meliputi pengguna di daerah Papar sehingga ke Putatan, Kinarut, Lok Kawi serta sekitarnya.

Sambil mengalu-alukan pelaksanaan projek air Kogopon itu, beliau berkata ia adalah bukti komitmen kerajaan menangani isu melibatkan keperluan rakyat.

Ketika berucap membahas Belanjawan Sabah 2024 di DUN Sabah, Ghulam berkata sejumlah RM679.85 juta diperuntukkan kerajaan menerusi belanjawan tahun depan untuk mengurus dan menangani masalah kekurangan bekalan air bersih yang kritikal.

Katanya, di bawah Program Bekalan Air Negeri biayaan Kerajaan Negeri, Jabatan Air Negeri Sabah diperuntukkan RM156.77 juta bagi melaksanakan program penyelesaian serta merta dan jangka pendek.

“Sementara bagi program penyelesaian jangka sederhana dan jangka panjang, peruntukan RM258.05 juta akan dibiayai di bawah Program Pinjaman Mudah Persekutuan sebagai tindakan penyelesaian bekalan air di daerah Tawau, Lahad Datu, Sandakan, Papar dan Kota Kinabalu,” katanya.

Ghulam juga berkata sementara menunggu beroperasinya Loji Rawatan Air Telibong dan Kogopon, kerajaan turut menstrukturkan semula Jabatan Air Negeri Sabah bagi memperkasa operasinya. Ini termasuk menangani isu Non Revenue Water (NRW) yang menyebabkan gangguan bekalan air kepada pengguna.

“Difahamkan dalam tempoh lima bulan ini, usaha itu sudah membuahkan hasil apabila kadar NRW ini berjaya dikurangkan daripada 60 peratus sebelum ini kepada 51 peratus setakat awal bulan ini,” katanya.

Beliau turut berkongsi satu lagi khabar gembira mengenai pelaksanaan projek empangan hidroelektrik bernilai RM4 bilion di Ulu Padas, Tenom, yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Menurutnya, projek itu adalah perancangan jangka panjang kerajaan dalam menangani isu bekalan air dan elektrik di negeri ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/27/loji-rawatan-air-kogopon-penuhi-keperluan-pengguna-di-pantai-barat-selatan/feed/ 0 45775