Penunggang maut – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 01 Jan 2026 07:41:30 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Penunggang maut – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Penunggang maut, kemalangan motosikal–MPV di Kolombong https://sabahmedia.com/2026/01/01/penunggang-maut-kemalangan-motosikal-mpv-di-kolombong/ https://sabahmedia.com/2026/01/01/penunggang-maut-kemalangan-motosikal-mpv-di-kolombong/#respond Thu, 01 Jan 2026 07:41:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89056
Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di persimpangan lampu isyarat BSA Kolombong, dekat sini, pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 9.55 pagi tadi (1 Jan).

Menurut beliau, siasatan awal mendapati motosikal yang datang dari arah Inanam dipercayai bergerak lurus ketika lampu isyarat berwarna merah sebelum melanggar bahagian sisi kiri sebuah MPV jenis Perodua Alza yang sedang membelok ke kanan menuju ke BSA Kolombong selepas lampu isyarat bertukar hijau.

“Akibat kemalangan tersebut, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian pada jam 10.00 pagi oleh Pegawai Perubatan, manakala pembonceng motosikal serta pemandu MPV turut mengalami kecederaan dan telah menerima rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati motosikal mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan manakala kenderaan MPV rosak pada bahagian sisi kiri.

Tambahnya, polis telah menjalankan siasatan di lokasi kejadian termasuk mengambil gambar, membuat lakaran rajah kasar, mengesan saksi bebas, menahan kenderaan terlibat untuk pemeriksaan Puspakom serta mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi kejadian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di talian 088-529222 bagi membantu siasatan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/01/penunggang-maut-kemalangan-motosikal-mpv-di-kolombong/feed/ 0 89056
Penunggang motosikal maut rempuh sisi kenderaan keluar simpang https://sabahmedia.com/2024/12/27/penunggang-motosikal-maut-rempuh-sisi-kenderaan-keluar-simpang/ https://sabahmedia.com/2024/12/27/penunggang-motosikal-maut-rempuh-sisi-kenderaan-keluar-simpang/#respond Fri, 27 Dec 2024 03:34:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66024
Read Time:50 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh bahagian sisi sebuah kereta Proton Saga yang keluar simpang di Jalan Lintas, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa, seorang lelaki berusia lingkungan 20-an, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman parah.

Siasatan awal mendapati Proton Saga yang dipandu seorang wanita, juga berusia 20-an, sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kondominium Ria. Ketika memasuk simpang ke Jalan Khidmat, motosikal Honda Vario yang ditunggang mangsa dari arah bertentangan merempuh bahagian sisi kiri kenderaan tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda, berkata nahas itu berpunca daripada kecuaian pemandu kereta yang tidak memastikan keadaan selamat sebelum keluar simpang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menyeru pengguna jalan raya supaya lebih berwaspada dan mematuhi peraturan lalu lintas, khususnya ketika memasuki persimpangan.

“Langkah ini penting bagi mengelakkan insiden seumpama ini yang boleh meragut nyawa,” katanya lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/27/penunggang-motosikal-maut-rempuh-sisi-kenderaan-keluar-simpang/feed/ 0 66024
Dua motosikal berlanggar, penunggang maut, seorang cedera https://sabahmedia.com/2024/08/18/dua-motosikal-berlanggar-penunggang-maut-seorang-cedera/ https://sabahmedia.com/2024/08/18/dua-motosikal-berlanggar-penunggang-maut-seorang-cedera/#respond Sun, 18 Aug 2024 02:32:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59251
Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Seorang penunggang berusia 44 tahun maut manakala seorang lagi cedera selepas motosikal yang masing-masing ditunggang berlanggar di simpang pekan Menggatal, Jalan Tuaran dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisoner Kasim Muda ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian, katanya kejadian kemalangan maut itu berlaku kira-kira jam 10.20 malam tadi (17 Ogos) di simpang pekan Menggatal, Jalan Tuaran.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila penunggang motosikal lelaki berusia 28 tahun yang menuju ke arah pekan Menggatal telah berlanggar dengan motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki berusia 44 tahun dari arah Telipok menuju ke Inanam.

“Hasil siasatan awal mendapati punca kemalangan disebabkan motosikal yang ditunggang oleh mangsa yang telah cuba masuk jalan susur menggatal untuk menyeberang jalan lalu berlanggar dengan motosikal yang ditunggang oleh mangsa yang bergerak lurus dari arah Telipok ke Inanam.

“Akibat kemalangan ini, mangsa berusia 44 tahun itu telah mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala mangsa berusia 28 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian kaki.

“Mangsa yang cedera kini mendapat rawatan di zon kritikal Hospital Queen Elizabeth 1.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/18/dua-motosikal-berlanggar-penunggang-maut-seorang-cedera/feed/ 0 59251
Penunggang motosikal maut, tiga cedera ringan https://sabahmedia.com/2024/07/07/penunggang-motosikal-maut-tiga-cedera-ringan/ https://sabahmedia.com/2024/07/07/penunggang-motosikal-maut-tiga-cedera-ringan/#respond Sun, 07 Jul 2024 04:17:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57166
Read Time:1 Minute, 10 Second

TAWAU: Seorang penunggang motosikal maut manakala tiga lagi mangsa mengalami cedera ringan selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Lapangan Terbang, Tawau pada malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin mengesahkan kejadian menerima laporan maklumat kemalangan tersebut

Katanya, siasatan awal di tempat kejadian, mendapati kemalangan berlaku kira-kirq jam 10.30 malam tadi (6 Jul).

“Ketika kemalangan berlaku pemandu e-hailing seorang lelaki berumur 38 tahun memandu sebuah MPV Perodua Alza menuju ke Lapangan Terbang Tawau untuk mengambil penumpang manakala pemandu motokar Proton Saga seorang perempuan, 36, bersama seorang penumpang lelaki, 37, dari tempat kerja dan penunggang motosikal jenis Honda seorang lelaki , 33, dari arah yang sama iaitu dari Lapangan Terbang Tawau.

“Apabila tiba di tempat kejadian, penunggang motosikal cuba memotong motokar Proton Saga dengan memasuki laluan bertentangan namun jarak yang terlalu dekat mangsa telah melanggar bahagian depan kanan MPV lalu terhumban ke cermin hadapan kenderaan Proton Saga.

“Akibat perlanggaran mangsa tercampak sejauh 21.6 meter ke bahu jalan sebelah kiri dari arah Lapangan Terbang Tawau dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Manakala pemandu Proton Saga bersama penumpang dan pemandu e-hailing hanya mengalami cedera ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Jasmin, kemalangan telah mengakibatkan kerosakan di bahagian hadapan MPV dan Proton Saga manakala motosikal mengalami kerosakan teruk.

“Pihak polis masih meneruskan siasatan. Kes disiasat di bawah sek.41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/07/penunggang-motosikal-maut-tiga-cedera-ringan/feed/ 0 57166
Penunggang maut, motosikal dilanggar lori https://sabahmedia.com/2024/03/10/penunggang-maut-motosikal-dilanggar-lori/ https://sabahmedia.com/2024/03/10/penunggang-maut-motosikal-dilanggar-lori/#respond Sun, 10 Mar 2024 13:53:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50881
Read Time:1 Minute, 12 Second

PAPAR: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah lori dalam kejadian kemalangan jalan raya di Kilometer 5, Jalan Papar – Beaufort petang tadi.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, mangsa
berusia 48 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pembantu Pegawai Perubatan Hospital Papar.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 2.20 petang tadi (10 Mac) semasa pemandu lori iaitu seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun memandu kenderaannya bersama kelindannya (lelaki tempatan berusia 23 tahun) dari Lawas, Sarawak, menuju ke Kota Kinabalu.

“Pada masa itu, pemandu lori memandu di lorong sebelah kiri dan apabila sampai di tempat kejadian mendapati ada sebuah motosikal yang di tunggang oleh mangsa seorang diri tiba-tiba memotong lori tersebut dan terus berada di hadapan lori. Disebabkan motosikal tersebut terlalu hampir, lori berkenaan tidak sempat brek dan mengelak lalu melanggar belakang motosikal mangsa.

“Akibat perlanggaran tersebut, mangsa tercampak ke tengah jalan dan diseret di bawah lori. Kedua-dua kenderaan terbabas ke kiri bahu jalan dan melanggar tiang eletrik dengan kedudukan motosikal tersebut masih berada di depan lori.

“Mangsa dikatakan menunggang motosikal seorang diri menuju ke Papar dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori dan kelindannya tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Kamaruddin, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Papar untuk tujuan bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987 atas arahan KBSPTD,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/10/penunggang-maut-motosikal-dilanggar-lori/feed/ 0 50881