Penunggang motosikal maut – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 22 Nov 2026 11:32:30 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Penunggang motosikal maut – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Penunggang motosikal maut kemalangan di Jalan Tuaran https://sabahmedia.com/2026/11/22/penunggang-motosikal-maut-kemalangan-di-jalan-tuaran/ https://sabahmedia.com/2026/11/22/penunggang-motosikal-maut-kemalangan-di-jalan-tuaran/#respond Sun, 22 Nov 2026 11:32:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=107233
Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 22 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta Perodua Axia di Jalan Tuaran Batu 7, berhampiran Inanam Taipan, semalam (21 Nov).

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner, Shahrudin Mat Husain berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 1.20 petang itu, apabila motosikal Suzuki yang ditunggang mangsa dipercayai melanggar bahagian belakang kanan sebuah Perodua Axia yang sedang bergerak lurus di lorong kiri jalan.

Katanya, kereta berkenaan dipandu lelaki berusia 59 tahun.

“Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Hospital Likas. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahrudin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Brymenedren Godon di talian 010-7768802 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau turut menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati, memandu dan menunggang dengan cermat serta mematuhi peraturan lalu lintas demi keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/11/22/penunggang-motosikal-maut-kemalangan-di-jalan-tuaran/feed/ 0 107233
Penunggang motosikal maut terbabas di Bulatan 360 https://sabahmedia.com/2026/09/12/penunggang-motosikal-maut-terbabas-di-bulatan-360/ https://sabahmedia.com/2026/09/12/penunggang-motosikal-maut-terbabas-di-bulatan-360/#respond Sat, 12 Sep 2026 05:33:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=103260
Read Time:1 Minute, 3 Second

PENAMPANG: Seorang lelaki warga tempatan berusia 22 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer 1.8, Bulatan 360, Jalan Bundusan, di sini, awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Penampang, Asisten Superintenden Arisanti Aziz, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 4.10 pagi ketika mangsa menunggang motosikal seorang diri dari arah Donggongon menuju ke Jalan Bundusan.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan ketika melalui bulatan sebelum terbabas.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth I bagi tujuan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Arisanti berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Saparia Ladoni di talian 019-809 5133 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, polis menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mengutamakan keselamatan, mematuhi peraturan dan had laju ditetapkan serta meningkatkan kewaspadaan, khususnya ketika melalui selekoh dan bulatan.

Penunggang motosikal juga dinasihatkan memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/12/penunggang-motosikal-maut-terbabas-di-bulatan-360/feed/ 0 103260