Penunggang motosikal – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 03 Jun 2026 09:08:33 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Penunggang motosikal – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Penunggang motosikal maut, kemalangan di Jalan Papar-KK https://sabahmedia.com/2026/06/03/penunggang-motosikal-maut-kemalangan-di-jalan-papar-kk/ https://sabahmedia.com/2026/06/03/penunggang-motosikal-maut-kemalangan-di-jalan-papar-kk/#respond Wed, 03 Jun 2026 09:08:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97656
Read Time:1 Minute, 8 Second

PENAMPANG: Seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Papar-Kota Kinabalu, Kilometer 14.6 berhampiran Kampung Meruntum, Putatan, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Erwansyah Abdul Basir berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 11.10 malam, Selasa.

Beliau berkata, siasatan awal di lokasi mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa melanggar bahagian belakang kenderaan pacuan empat roda berkenaan.

“Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal tercampak ke lorong paling kanan jalan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan bertugas dari Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I untuk tujuan bedah siasat.

Dalam kejadian itu, pemandu dan seorang penumpang kenderaan pacuan empat roda terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bagaimanapun, siasatan polis turut mendapati kenderaan pacuan empat roda itu telah ditinggalkan oleh pemandunya kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi kemalangan sebelum dibakar oleh individu yang tidak dikenali.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sehubungan itu, polis meminta mana-mana saksi kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Saparialadoni di talian 019-809 5133.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan gambar lokasi kejadian bagi menghormati sensitiviti keluarga mangsa.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/03/penunggang-motosikal-maut-kemalangan-di-jalan-papar-kk/feed/ 0 97656
Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Penampang https://sabahmedia.com/2025/08/29/penunggang-motosikal-maut-dalam-kemalangan-di-penampang/ https://sabahmedia.com/2025/08/29/penunggang-motosikal-maut-dalam-kemalangan-di-penampang/#respond Fri, 29 Aug 2025 03:50:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80273
Read Time:1 Minute, 7 Second

PENAMPANG: Seorang penunggang motosikal lelaki maut selepas tercampak ke dalam longkang pembinaan apabila motosikalnya bergesel dengan sebuah pacuan empat roda di Jalan Pintas, berhampiran Bulatan Datuk Peter Mojuntin dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.50 tengah malam ketika pacuan empat roda dari arah Plaza 333 menuju ke Kota Kinabalu memasuki bulatan berkenaan sebelum bergesel dengan motosikal mangsa yang datang dari arah sama.

“Akibat pergeselan itu, motosikal mangsa terbabas sejauh kira-kira 30 meter sebelum mangsa tercampak ke dalam longkang pembinaan di bahu jalan. Mangsa, lelaki tempatan berusia 32 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth I untuk tujuan bedah siasat.

Sammy berkata, pemandu serta penumpang pacuan empat roda tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya hingga menyebabkan kematian.

Beliau turut menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati ketika memandu serta mengutamakan keselamatan pengguna jalan raya lain bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Saparia Ladoni di talian 019-8095133.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/29/penunggang-motosikal-maut-dalam-kemalangan-di-penampang/feed/ 0 80273
Penunggang motosikal maut tersepit bawah lori https://sabahmedia.com/2025/06/12/penunggang-motosikal-maut-tersepit-bawah-lori/ https://sabahmedia.com/2025/06/12/penunggang-motosikal-maut-tersepit-bawah-lori/#respond Thu, 12 Jun 2025 03:30:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75421
Read Time:50 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di hadapan Puri Warisan Inanam, Jalan Tuaran Bypass, petang Rabu (11 Jun).

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada jam 5.30 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas digerakkan ke lokasi kejadian sejauh tiga kilometer.

Setibanya di lokasi pada jam 5.39 petang, komander operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Lawrence Matusin memaklumkan kejadian melibatkan perlanggaran antara sebuah lori lapan tan dengan sebuah motosikal.

“Mangsa, seorang lelaki berusia lingkungan 40 tahun, didapati tersepit di bawah lori. Bagaimanapun, mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Pemeriksaan lanjut dilakukan oleh anggota bomba bagi memastikan tiada bahaya lain di kawasan kejadian sebelum menamatkan operasi sepenuhnya pada jam 7.30 malam.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/12/penunggang-motosikal-maut-tersepit-bawah-lori/feed/ 0 75421
Penunggang motosikal lelaki maut terlibat kemalangan di Jalan Lintas https://sabahmedia.com/2025/01/18/penunggang-motosikal-lelaki-maut-terlibat-kemalangan-di-jalan-lintas/ https://sabahmedia.com/2025/01/18/penunggang-motosikal-lelaki-maut-terlibat-kemalangan-di-jalan-lintas/#respond Sat, 18 Jan 2025 01:45:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67093
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan jenis Perodua Axia di lampu isyarat pusingan U berhampiran OUM Jalan Lintas pada Jumaat (17 Jan).

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, kemalangan yang berlaku pada jam 1.10 petang itu melibatkan tiga kenderaan termasuk sebuah motosikal Honda RSX 150, Perodua Axia, dan Toyota Hilux.

Katanya, menurut siasatan awal, penunggang motosikal, lelaki berusia sekitar 30-an, dipercayai datang dari arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) menuju ke Jalan Lintas.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, penunggang tersebut didapati mengubah haluan secara tiba-tiba dari kanan ke kiri, mengakibatkan perlanggaran dengan Perodua Axia yang dipandu seorang wanita lingkungan usia 30-an,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Jelas Kasim, perlanggaran itu juga menyebabkan Perodua Axia teranjak ke hadapan lalu melanggar Toyota Hilux yang berhenti di lampu isyarat merah. Pemandu Toyota Hilux adalah seorang lelaki berusia sekitar 60-an.

“Akibat insiden tersebut, penunggang motosikal tercampak ke jalan raya sebelum terperosok di bawah Perodua Axia.

“Mangsa mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I untuk rawatan. Namun, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 9 malam hari yang sama,” jelasnya.

Menurut Kasim, kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan dengan itu, beliau turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan memandu dengan berhati-hati.

“Penunggang motosikal juga dinasihatkan supaya lebih cermat semasa berada di jalan raya bagi mengelakkan insiden sebegini berulang,” tegas beliau lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/18/penunggang-motosikal-lelaki-maut-terlibat-kemalangan-di-jalan-lintas/feed/ 0 67093