Penunggang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 25 Oct 2025 13:28:26 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Penunggang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Sandakan https://sabahmedia.com/2025/10/25/penunggang-motosikal-maut-dalam-kemalangan-di-sandakan/ https://sabahmedia.com/2025/10/25/penunggang-motosikal-maut-dalam-kemalangan-di-sandakan/#respond Sat, 25 Oct 2025 13:28:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84154
Read Time:38 Second

SANDAKAN: Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Batu 5 Jalan Utara, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd Rakman berkata, kejadian berlaku sekitar jam 1.10 petang.

Siasatan awal mendapati, ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa telah tergesel dengan sebuah kereta Toyota Vios sebelum hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah kereta Perodua Myvi.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Duchess of Kent untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

George berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan lalu lintas bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/25/penunggang-motosikal-maut-dalam-kemalangan-di-sandakan/feed/ 0 84154
Penunggang warga emas maut tercampak 16 meter dari motosikal https://sabahmedia.com/2024/11/07/penunggang-warga-emas-maut-tercampak-16-meter-dari-motosikal/ https://sabahmedia.com/2024/11/07/penunggang-warga-emas-maut-tercampak-16-meter-dari-motosikal/#respond Thu, 07 Nov 2024 10:01:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63406
Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga emas maut tercampak sejauh 16 meter selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Kilometer 34, Jalan Kota Kinabalu – Papar, berhampiran lampu isyarat Sabindo dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton mengesahkan menerima laporan mengenai kemalangan tersebut hari ini pada jam 4.30 pagi.

Beliau berkata, hasil siasatan awal pihak polis di lokasi kejadian mendapati penunggang motosikal dari arah Kota Kinabalu menuju ke Papar dipercayai telah hlang kawalan lalu terbabas dan mangsa tercampak sejauh 16 meter dari jarak kedudukan motosikal.

“Akibat daripada kemalangan tersebut, penunggang motosikal seorang lelaki tempatan berumur 75 tahun telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan bertugas.

“Seterusnya mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat.

“Kes disiasat dibawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, Sammy meminta saksi kejadian untuk tampil memberi maklumat untuk membantu siasatan dan berhubung dengan pegawai penyiasat, Inspektor Saparia Ladoni di talian 019-8095133.

“Pihak polis ingin menasihatkan orang awam supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu di jalan raya dan meminta agar tidak menularkan sebarang imej atau klip video tempat kejadian di media sosial bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/07/penunggang-warga-emas-maut-tercampak-16-meter-dari-motosikal/feed/ 0 63406
Penunggang, pembonceng motosikal maut akibat elak tayar gantian lori tertanggal di tengah jalan raya https://sabahmedia.com/2024/05/12/penunggang-pembonceng-motosikal-maut-akibat-elak-tayar-gantian-lori-tertanggal-di-tengah-jalan-raya/ https://sabahmedia.com/2024/05/12/penunggang-pembonceng-motosikal-maut-akibat-elak-tayar-gantian-lori-tertanggal-di-tengah-jalan-raya/#respond Sun, 12 May 2024 08:39:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54311
Read Time:1 Minute, 21 Second

PENAMPANG: Dua lelaki berusia 27 dan 17 tahun maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas lalu masuk ke dalam longkang akibat mengelak sebiji tayar gantian milik sebuah lori yang tiba-tiba tertanggal di tengah jalan di Kilometer 7, Jalan Penampang ke Kota Kinabalu awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Erwansyah Abdul Basir mengesahkan telah menerima satu maklumat awam mengenai kes kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah lori komersial dan dua buah motosikal yang bergerak dari arah yang sama di KM 7, Jalan Penampang ke Kota Kinabalu berhampiran bulatan Towering, Penampang pada jam 6.30 pagi tadi (12 Mei).

Katanya, hasil siasatan awal pihak polis di lokasi kejadian mendapati kemalangan berpunca daripada tayar gantian milik lori komersial yang sedang dipandu ke destinasinya telah tertanggal di tengah jalan lalu dilanggar oleh sebuah motosikal dan sebuah motosikal yang lain cuba mengelak kemalangan tersebut telah terbabas masuk ke dalam longkang sebelah kiri jalan.

“Akibat daripada kejadian tersebut, penunggang dan pembonceng motosikal yang terbabas di dalam longkang telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan bertugas.

“Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth 1 untuk tujuan bedah siasat.

“Manakala terdapat empat lagi mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, pihak polis meminta saksi kejadian untuk tampil memberi maklumat untuk membantu siasatan.

Beliau turut menasihatkan orang awam supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu di jalan raya dan meminta agar tidak menularkan sebarang imej atau klip video tempat kejadian di rangkaian media sosial bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/12/penunggang-pembonceng-motosikal-maut-akibat-elak-tayar-gantian-lori-tertanggal-di-tengah-jalan-raya/feed/ 0 54311
MPT Sumbang Bakul Makanan kepada Penunggang Foodpanda dan GrabFood https://sabahmedia.com/2021/06/20/mpt-sumbang-bakul-makanan-kepada-penunggang-foodpanda-dan-grabfood/ https://sabahmedia.com/2021/06/20/mpt-sumbang-bakul-makanan-kepada-penunggang-foodpanda-dan-grabfood/#respond Sun, 20 Jun 2021 03:16:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1587
Read Time:1 Minute, 6 Second

[email protected]

PAPAR: Seramai 35 penunggang Foodpanda dan GrabFood menerima sumbangan bakul makanan daripada Tabung Makanan Masjid Puncak Taqwa (MPT) Pekan Kinarut dekat sini semalam. (19 Jun 2021)

Pengerusi MPT Prof Madya Dr Awang Setia Musleh berkata, pihak MPT memberi sumbangan tersebut kepada penunggang-penunggang Foodpanda dan GrabFood sebagai tanda solidariti kepada mereka yang sedikit sebanyak membantu masyarakat tatkala Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan.

“Kami menjemput mereka ke MPT untuk mengambil sumbangan secara “drive thru” atau pandu lalu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mereka gembira serta berterima kasih atas adanya program seperti ini.

“Saya mengalu-alu kepada semua jemaah yang ingin menginfaq atau bersedekah boleh berhubung terus kepada Penyelaras Tabung Makanan Ustaz Nor Azhar Alimin ditalian 011 58094921 atau Ahli Jawatankuasa (AJK) MPT,” kata Dr Awang Setia ketika dihubungi Sabah Media.

Menurut beliau lagi, setakat ini Tabung Makanan MPT telah menyumbangkan 1317 bakul makanan yang telah diagihkan kepada yang memerlukan iaitu penduduk dari 23 buah kampung sekitar Kinarut serta 35 penunggang Foodpanda dan GrabFood.

Tabung Makanan anjuran bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Ahli Jawatankuasa Masjid Puncak Taqwa (MPT) Pekan Kinarut dilancarkan pada 8 Jun yang lalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/20/mpt-sumbang-bakul-makanan-kepada-penunggang-foodpanda-dan-grabfood/feed/ 0 1587