Penyelidikan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 22 Sep 2023 12:39:52 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Penyelidikan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Warga pendidik digalak buat penyelidikan, tambah baik keberkesanan pengajaran dan pembelajaran – Dr. Kassim https://sabahmedia.com/2023/09/22/warga-pendidik-digalakkan-buat-penyelidikan-tambah-baik-keberkesanan-pengajaran-dan-pembelajaran-dr-kassim/ https://sabahmedia.com/2023/09/22/warga-pendidik-digalakkan-buat-penyelidikan-tambah-baik-keberkesanan-pengajaran-dan-pembelajaran-dr-kassim/#respond Fri, 22 Sep 2023 12:39:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42313
Read Time:2 Minute, 49 Second

KOTA KINABALU: Warga pendidik digalakkan membuat penyelidikan, membuat refleksi dan mengambil tindakan penambahbaikan serta meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Datuk Prof. Dr. Kassim Mansor berkata, sistem pendidikan sentiasa berubah, kebolehan, gaya pembelajaran pelajar berubah, kemudahan dan persekitan berubah. Dengan itu, para pendidik seharusnya peka dengan perubahan ini dan boleh menggunakan kaedah pengajaran dan pemudahcaraan yang sesuai dan berkesan.

“Justeru, warga pendidik digalakkan membuat penyelidikan, membuat refleksi dan mengambil tindakan penambahbaikan dan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran,” katanya semasa berucap pada majlis perasmian penutupan Kolokium Kajian Tindakan dan Pameran Inovasi Pendidikan Kebangsaan 2023, di sini, hari ini.

Kolokium selama dua hari bermula 21 hingga 22 September itu dikelola oleh Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Sabah anjuran bersama Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia dan Universiti Malaysia Sabah, bertemakan “Menanggapi Kesenjangan Digital Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab”.

Dr Kassim berkata, tema tersebut sangat bertepatan dengan kesediaan dan pencapaian yang diutamakan dalam memartabatkan bidang Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.

“Dalam era globalisasi masa kini, dunia pendidikan semakin mencabar dan bersifat kompetatif dalam menyediakan barisan generasi masa hadapan.

“Dunia pendidikan berhadapan dengan pelbagai cabaran baharu berbentuk ekonomi, kebendaan, intelektual, pemikiran, kerohanian, budaya, ideologi dan isu-isu semasa.

“Sehubungan itu, perkongsian penyelidikan-penyelidikan yang semasa dalam bidang kurikulum, pengurusan dan isu-isu semasa pendidikan menjadi satu keperluan kepada Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab bagi meningkatkan lagi kompetensi dalam mendepani tugasan dan cabaran semasa,” katanya.

Tegas beliau, penyelidikan dalam pendidikan dapat membantu meningkatkan kualiti pendidikan dan pembangunan potensi, intelek, rohani, emosi dan jasmani murid dan pelajar serta membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi di dalam dan luar sekolah.

“Kajian terhadap amalan pengajaran dan pedagogi yang di amal oleh guru dapat membantu guru menyelesaikan masalah dan meningkatkan keberkesanan pengajaran termasuk dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan,” ujarnya.

Dr Kassim turut merakamkan ucapan penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah kepada jawatankuasa penganjur atas sokongan, dorongan dan semangat untuk melestarikan bidang pendidikan secara holistik demi memartabatkan sistem pendidikan negara.

“Sesungguhnya program ini merupakan gabungan beberapa institusi mencerminkan kesepakatan dan komitmen semua terhadap peranan dan sumbangan dalam membangunkan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab dan menjadi tulang belakang dalam menentukan hasrat dan cita-cita murni kementerian tercapai.

“Saya difahamkan penyertaan sebanyak 33 pembentangan kajian tindakan dan 35 gerai pameran inovasi ini terdiri daripada warga pendidikan dari Semenanjung, Sabah, Sarawak Serta Wilayah Persekutuan Labuan. Syabas dan tahniah diucapkan,” tambah beliau.

Sementara itu, Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Raisin Saidin dalam ucapannya turut berkata, Selaras dengan hasil resolusi International Borneo Islamic Education And Arabic Language Convention 2021, iaitu disyorkan agar dipertingkatkan lagi usaha untuk memajukan penghasilan bahan inovasi dalam bilik darjah yang berkualiti dan berimpak tinggi bagi meningkatkan lagi kualiti penyampaian pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

“Saya yakin dan percaya bahawa penganjuran kolokium ini mampu mengumpulkan penyelidik dalam berkongsi pengalaman mengenai kajian tindakan dan inovasi yang telah dijalankan mengenai permasalahan, pengurusan, perkhidmatan dan sebarang isu berkaitan pembelajaran dan pemudahcaraan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.

“Selain itu, penganjuran kolokium ini juga diharap mampu membentuk budaya penyelidikan dalam kalangan Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab dalam melaksanakan tugas sebagai mudarris, mu’allim, murabbi, muaddib dan mursyid dalam usaha mendidik generasi masa kini, selain cakna dengan keperluan kemahiran yang pelbagai bagi mendepani cabaran-cabaran kontemporari.

“Semoga penganjuran kolokium ini dapat memberi kesan dan pengalaman yang bermakna kepada semua hadirin,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/22/warga-pendidik-digalakkan-buat-penyelidikan-tambah-baik-keberkesanan-pengajaran-dan-pembelajaran-dr-kassim/feed/ 0 42313
UMS-STB Realisasikan Kerjasama Penyelidikan Pelancongan Di Semporna https://sabahmedia.com/2022/01/14/ums-stb-realisasikan-kerjasama-penyelidikan-pelancongan-di-semporna/ https://sabahmedia.com/2022/01/14/ums-stb-realisasikan-kerjasama-penyelidikan-pelancongan-di-semporna/#respond Fri, 14 Jan 2022 04:19:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11077
Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Lembaga Pelancongan Sabah (STB) dan penyelidik Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan kunjungan ke Semporna baru-baru ini bagi merealisasikan kerjasama penyelidikan.

Pensyarah di Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) UMS, Rosle Mohidin berkata, penyelidikan merangkumi pengumpulan maklumat profil pelancong dan kajian kemampanan Pulau Mabul sebagai destinasi pilihan pelancong di kawasan Pantai Timur.

“Kajian ini dijalankan melalui geran penyelidikan yang disediakan khas oleh STB kepada UMS.

“Selain berada di Pulau Mabul, kami juga telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pejabat Daerah Semporna.

“Disini kami telah diberi taklimat tentang peranan Pejabat Daerah Semporna dalam usaha membangunkan Pulau Mabul sebagai destinasi pelancongan oleh Pegawai Pejabat Daerah, Juraimin Jadil,” kata Rosle dalam kenyataannya kelmarin.

Rosle yang juga ketua penyelidik memaklumkan bahawa rombongan UMS dan STB turut melawat satu tarikan pelancongan yang diusahakan dua alumni UMS di Semporna.

“Pusat pelancongan yang dikenali sebagai Twin Hill Park baru sahaja ditubuhkan pada tahun 2019.

“Di bukit ini, pelancong boleh menikmati pemandangan menarik yang terdiri daripada pulau-pulau di sekitar perairan Semporna,” katanya sambil memaklumkan latar belakang kedua-dua pengusaha yang terdiri daripada bekas graduan Program Pengurusan Pelancongan UMS.

Hadir sama, Pengurus Penyelidik Kanan STB, Fenella Edna.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/14/ums-stb-realisasikan-kerjasama-penyelidikan-pelancongan-di-semporna/feed/ 0 11077
UMS-Yayasan Sabah Jalin Kerjasama Penyelidikan Tangani Isu Perubahan Iklim dan Spesis ikonik tempatan https://sabahmedia.com/2021/11/22/ums-yayasan-sabah-jalin-kerjasama-penyelidikan-tangani-isu-perubahan-iklim-dan-spesis-ikonik-tempatan/ https://sabahmedia.com/2021/11/22/ums-yayasan-sabah-jalin-kerjasama-penyelidikan-tangani-isu-perubahan-iklim-dan-spesis-ikonik-tempatan/#respond Mon, 22 Nov 2021 09:32:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8735
Read Time:2 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) meneroka potensi penyelidikan dan pemindahan ilmu konservasi bersama Yayasan Sabah melalui kerjasama mewujudkan kepakaran tempatan dalam bidang Ekologi berkaitan perubahan iklim, penyerapan/sekuestrasi dan penyimpanan karbon dan Nic Kajian Mengenai Spesies Ikonik Tempatan (Ecological Function on climate change in regards to carbon sequestration and stock dan Niche Studies on Local Iconic Species).

Dalam sesi taklimat kepada UMS, Pengurus Kumpulan Pengurusan Kawasan Konservasi dan Alam Sekitar (CEMD) Yayasan Sabah (YS) Dr. Waidi Sinun berkata, kebanyakan kepakaran yang diperolehi dalam bidang ini adalah daripada kepakaran luar yang banyak menjalankan penyelidikan di lokasi konservasi Sabah dan oleh itu, telah tiba masanya Sabah mempunyai pakar tempatan dalam bidang ini agar ianya dapat menjadi pusat rujukan di seluruh dunia.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk ChM Ts. Dr Taufiq Yap Yun Hin berkata, UMS dan Yayasan Sabah juga bercadang untuk mengembangkan jalinan Kerjasama yang telah lama terjalin dengan melahirkan lebih ramai pakar tempatan dalam bidang dengan menyediakan peluang pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran.

“Ia bagi melahirkan pakar tempatan yang boleh memberi implikasi dalam menangani isu-isu alam sekitar seperti Fungsi Ekologi berkaitan perubahan iklim, penyerapan/sekuestrasi dan penyimpanan karbon jangka panjang dan Nic Kajian Mengenai Spesies Ikonik Tempatan seperti Orang Utan, termasuklah mewujudkan sekali gus mentransformasikan makmal yang bersesuaian bagi tujuan pengekstrakan tumbuhan semula jadi untuk dianalisis.

“Impak daripada kerjasama ini, kedua pihak juga bercadang menerbitkan buku berkaitan dengan Herba Perubatan (Medicinal Herbal) dari kawasan Ulu Kinabatangan yang bakal menjadi sumber rujukan setempat dan seluruh dunia,” katanya.

Taufiq berkata demikian semasa sesi lawatan kerja UMS selama tiga hari ke Imbak Kanyon, Kinabatangan baru-baru ini.

Hadir sama Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UMS, Profesor Dr. Coswald Stephen Sipaut @ Mohd Nasri.

Dr. Waidi dalam taklimatnya memaklumkan bahawa kebanyakan kepakaran yang diperolehi CEMD Yayasan Sabah sebelum ini adalah daripada pakar-pakar luar negara yang pernah menjalankan penyelidikan di kawasan-kawasan konservasi Yayasan Sabah seperti Kawasan Konservasi Danum Valley, Kawasan Konservasi Maliau Basin dan Kawasan Konservasi Imbak Kanyon.

“Oleh itu, usahasama antara UMS dan Yayasan Sabah adalah tepat pada masanya bagi melahirkan pakar tempatan dalam bidang ini sekali gus boleh dijadikan sebagai pusat rujukan di seluruh dunia kelak,” jelasnya.

Dalam pada itu, Dr. Coswald menyatakan bahawa jalinan kolaborasi UMS dengan Yayasan Sabah ini turut membuka ruang dan peluang kepada pembangunan komuniti setempat di bawah Pusat Kelestarian dan Libatsama Masyarakat (PKLM), dan Pusat Kolaborasi dan Libatsama Industri (PKLI) UMS.

“Ia meliputi program-program kelestarian masyarakat melalui aktiviti pemindahan dan asimilasi ilmu serta cadangan mewujudkan pusat pengumpulan bekalan dan barangan asas yang bersesuaian.

“Ini juga selaras dengan saranan Kementerian Pengajian Tinggi agar semua universiti awam merealisasikan pendekatan University for Society (U4S),” katanya.

Turut hadir Timbalan Pengarah PKLM UMS, Dr. Elia Godoong; Pengurus Kanan CEMD Yayasan Sabah, Dr. Hamzah Tangki; dan Pemangku Pengurus Kawasan Konservasi Imbak Kanyon (ICCA), Pius Pansang.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/22/ums-yayasan-sabah-jalin-kerjasama-penyelidikan-tangani-isu-perubahan-iklim-dan-spesis-ikonik-tempatan/feed/ 0 8735