Pepasangan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 14 Dec 2024 11:23:19 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pepasangan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Semua kerja-kerja berdekatan pepasangan Sabah Electricity perlu maklum kepada Sabah Electricity sebelum dilaksana https://sabahmedia.com/2024/12/14/semua-kerja-kerja-berdekatan-pepasangan-sabah-electricity-perlu-maklum-kepada-sabah-electricity-sebelum-dilaksana/ https://sabahmedia.com/2024/12/14/semua-kerja-kerja-berdekatan-pepasangan-sabah-electricity-perlu-maklum-kepada-sabah-electricity-sebelum-dilaksana/#respond Sat, 14 Dec 2024 11:23:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65399
Read Time:42 Second

KOTA KINABALU: Sabah Electricity menasihati kontraktor yang ingin melaksanakan kerja-kerja melibatkan pendawaian elektrik di pepasangan Sabah Electricity untuk berwaspada dan menghubungi pejabat Sabah Electricity berdekatan bagi mendapatkan kebenaran sebelum melakukan kerja-kerja sedemikian.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset), Ir. Mohd Yusmanizam Mohd Yusof mengulas susulan kejadian yang berlaku di Ranau kelmarin oleh kontraktor lantikan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk pemasangan lampu solar.

Justeru beliau ingin memaklumkan orang awam serta semua pihak untuk menghubungi pejabat Sabah Electricity berdekatan sebelum melakukan kerja-kerja melibatkan pepasangan elektrik.

“Tindakan ini adalah untuk memastikan pihak Sabah Electricity dapat menutup bekalan sekiranya perlu dan pendekatan ini perlu diambil serius bagi memastikan aspek-aspek keselamatan diberikan keutamaan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Kita tidak mahu kejadian-kejadian yang boleh menjejaskan keselamatan diri dan kerosakan aset berlaku,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/14/semua-kerja-kerja-berdekatan-pepasangan-sabah-electricity-perlu-maklum-kepada-sabah-electricity-sebelum-dilaksana/feed/ 0 65399
Kontraktor Pendawaian Dilarang Melakukan Kerja Di Pepasangan Milik SESB https://sabahmedia.com/2022/01/31/kontraktor-pendawaian-dilarang-melakukan-kerja-di-pepasangan-milik-sesb/ https://sabahmedia.com/2022/01/31/kontraktor-pendawaian-dilarang-melakukan-kerja-di-pepasangan-milik-sesb/#respond Mon, 31 Jan 2022 10:00:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11799
Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menasihati kontraktor yang ingin melaksanakan kerja-kerja melibatkan pendawaian elektrik di pepasangan SESB untuk berwaspada dan menghubungi pejabat SESB berdekatan bagi mendapatkan kebenaran sebelum melakukan kerja-kerja sedemikian.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, Ir. Idris Mohd Noor berkata kontraktor pendawaian elektrik adalah tidak dibenarkan untuk melakukan kerja-kerja di pepasangan milik SESB tanpa kebenaran pihak SESB.

Menurut beliau, pendekatan ini perlu diambil serius bagi memastikan aspek-aspek keselamatan diberikan keutamaan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Kita tidak mahu kejadian-kejadian yang boleh menjejaskan keselamatan diri dan kerosakan aset berlaku ,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau membuat kenyataan tersebut sebagai mengulas mengenai kejadian renjatan elektrik ke atas seorang kontraktor pendawaian yang berlaku di Tawau pada Ahad lalu.

Ir. Idris berkata Pusat Pengurusan Bekalan (PBB) Tawau telah menerima aduan daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau untuk membuat penutupan bekalan elektrik dengan segera di Jalan Bunga Raya disebabkan seorang awam dipercayai pekerja kontraktor pendawaian telah terkena renjatan elektrik pada tiang elektrik Low Voltan.

“Ketika pasukan SESB tiba di lokasi mendapati seorang pekerja pendawaian berada dalam keadaan tergantung pada tiang elektrik akibat terkena renjatan elektrik dan penutupan bekalan dilakukan segera,” katanya.

Beliau menjelaskan mangsa bukan kontraktor yang dilantik oleh SESB untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut tetapi kontraktor pendawaian yang dilantik oleh pemilik premis.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/31/kontraktor-pendawaian-dilarang-melakukan-kerja-di-pepasangan-milik-sesb/feed/ 0 11799