Perahu naga – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 02 Nov 2025 09:41:40 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Perahu naga – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lumba Perahu Naga berpotensi masuk dalam kalendar pelancongan Sandakan – Khairul Firdaus https://sabahmedia.com/2025/11/02/lumba-perahu-naga-berpotensi-masuk-dalam-kalendar-pelancongan-sandakan-khairul-firdaus/ https://sabahmedia.com/2025/11/02/lumba-perahu-naga-berpotensi-masuk-dalam-kalendar-pelancongan-sandakan-khairul-firdaus/#respond Sun, 02 Nov 2025 09:41:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84783
Read Time:1 Minute, 8 Second

SANDAKAN: Pertandingan perlumbaan perahu naga berpotensi untuk dimasukkan dalam kalendar pelancongan daerah ini kerana budaya yang ditonjolkan dalam aktiviti sukan itu mampu menarik kedatangan pelancong.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, berkata sukan berkenaan yang membabitkan penyertaan daripada penduduk pulau mempunyai keunikan tersendiri.

Katanya, sukan berkenaan juga boleh diketengahkan ke peringkat kebangsaan, namun memerlukan pelaksanaan dan perancangan yang lebih rapi supaya ia tidak dilihat sekadar bentuk sukan kemasyarakatan.

“Kita tahu ini adalah sukan utama penduduk di kepulauan. Insya-Allah tahun hadapan mungkin perlumbaan perahu naga ini boleh dimasukkan dalam kalendar pelancongan.

“Saya percaya ia mampu menarik pelancong di luar sana untuk melihat keunikan yang ada terutama berkaitan masyarakat di pulau,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program MOTAC Bersama Komuniti @ Perlumbaan Perahu Naga Zon Kepulauan di pantai Pasir Putih, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Karamunting, Datuk George Hiew.

Program anjuran MOTAC bersama Pejabat Parlimen Batu Sapi dan Persatuan Penggiat Seni Kreatif Sandakan (PPSKS) itu disertai 20 perahu membabitkan kategori lelaki dan wanita.

Khairul yang juga Ahli Parlimen Batu Sapi berkata, penganjuran program berkenaan sekali gus merapatkan lagi silaturahim penduduk daripada pulau dan pesisir pantai.

Katanya, pihaknya juga merancang untuk melaksanakan lebih banyak program berkaitan kesenian dan budaya penduduk setempat pada tahun hadapan sebagai sebahagian usaha memperkasa sektor pelancongan di negeri ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/02/lumba-perahu-naga-berpotensi-masuk-dalam-kalendar-pelancongan-sandakan-khairul-firdaus/feed/ 0 84783
Pasukan Wanita KARAPAW cipta kejayaan luar biasa di Melaka https://sabahmedia.com/2025/06/26/pasukan-wanita-karapaw-cipta-kejayaan-luar-biasa-di-melaka/ https://sabahmedia.com/2025/06/26/pasukan-wanita-karapaw-cipta-kejayaan-luar-biasa-di-melaka/#respond Thu, 26 Jun 2025 09:38:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76218
Read Time:2 Minute, 35 Second

Kota Kinabalu : Pasukan Wanita KARAPAW yang mewakili Sabah berjaya membuktikan dominasi mereka dalam perlumbaan perahu naga apabila merangkul juara pada Festival Perahu Naga Antarabangsa Melaka ke-40 2025 di Melaka baru-baru ini.

Kemenangan itu diraih menerusi kategori 200 meter wanita akhir sekaligus menewaskan pasukan kuat termasuk KL Barbarians, Royal Malaysia Police (RMP) dan Z.W.L Phoenix.

Festival yang berlangsung selama dua hari berakhir 22 Jun lalu itu dianjurkan bersama Melaka Dragon Boat Association, Zheng He Duo Yun Xuan Art Gallery, Tourism Melaka dan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM).

Pasukan wanita KARAPAW itu menjadi pasukan wanita penuh pertama yang berjaya menamatkan perlumbaan bagi acara marathon 8,000 meter dengan masa 43:31.05, hanya lima minit di belakang pasukan lelaki juara.

Festival itu telag berlangsung di Sungai Melaka (Jeti Quayside bertentangan Casa del Rio Hotel).

Wakil pasukan, Rebecca Augustine berkata, kemenangan yang dicapai itu membolehkan pasukannya membawa pulang hadiah berupa piala; pingat bagi setiap ahli pasukan dan wang tunai.

Katanya, festival itu merupakan satu perjalanan yang amat bermakna buat pasukan wanita Karapaw apabila muncul satu-satunya pasukan yang dianggotai sepenuhnya wanita bagi menentang pasukan lelaki dan campuran.

“Walaupun fizikal dan strategi pasukan lawan jauh berbeza, kami mendayung dengan sepenuh tenaga dan semangat dipimpin oleh drummer Cynthia Paulin dan Juragan Jimmy David.

“Kami berjaya menamatkan perlumbaan dalam masa 43:31.05, hanya lima minit di belakang pasukan lelaki juara. Pada hari kedua menyaksikan perjuangan sebenar dalam acara 200m Women’s.

“Dalam saringan pertama, kami berada di tempat kedua, hanya dipisahkan milisaat daripada KL Barbarians. Kami bangkit semula di repechage dan memenangi saingan tersebut untuk melayakkan diri ke separuh akhir, di mana kami sekali lagi bertarung rapat dengan KL Barbarians.

“Pada peringkat akhir, kami berdepan pasukan-pasukan kuat termasuk KL Barbarians, Royal Malaysia Police (RMP) dan Z.W.L Phoenix. Dengan setiap kayuhan yang penuh semangat, kami akhirnya berjaya muncul sebagai juara 200m Women’s, membawa pulang piala dan kemenangan yang tidak ternilai,” katanya.

Sementara itu, Rebecca berkata, pihaknya berbangga kerana dapat mengangkat identiti negeri Sabah melalui jersey perlumbaan bercorak etnik yang memaparkan motif Pinokol, Sinimpung dan Linangkit melambangkan ketelitian, kekuatan dan jalinan perpaduan.

Katanya, pasukan yang diketuai ketua pasukan KARAPAW, Tonny Gudang dan pasukan wanita, Siti Sakinah Mohd Aslam itu dilengkapkan dengan rilit kepala tradisi bermotifkan Linangkit Sabah yang ditaja oleh Chanteek Borneo.

“Setiap titisan peluh, setiap kayuhan, dan setiap detik bersama menjadi kisah yang akan terus kami kenang dan kongsikan bukan dengan rasa megah, tetapi dengan rasa syukur dan semangat yang tidak akan pernah padam,” katanya.

Beliau turut merakamkan setinggi penghargaan kepada semua ahli pasukan dan pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan pasukan itu berjaya meraih kemenangan berganda.

Selain kejayaan di Melaka, Pasukan Karapaw turut mencatatkan pencapaian membanggakan dalam beberapa kejohanan baru-baru ini.

Pada 18 Mei 2025 semasa Sabah FCAS Dragon Boat Race 2025, kami muncul sebagai Johan Women’s 200m (Kinabalu Phoenix Trophy) dan pada hujung tahun lalu semasa Penang International Dragon Boat Regatta 2024, pasukan wanita Karapaw mendapat tempat ke-enam dalam Premier Women’s 400m. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/26/pasukan-wanita-karapaw-cipta-kejayaan-luar-biasa-di-melaka/feed/ 0 76218
Pasukan N82 Bukit Sari Lawas menang piala TYT di Perlumbaan Perahu Naga FCAS Ke-10 https://sabahmedia.com/2025/05/18/pasukan-n82-bukit-sari-lawas-menang-piala-tyt-di-perlumbaan-perahu-naga-fcas-ke-10/ https://sabahmedia.com/2025/05/18/pasukan-n82-bukit-sari-lawas-menang-piala-tyt-di-perlumbaan-perahu-naga-fcas-ke-10/#respond Sun, 18 May 2025 10:07:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74056
Read Time:2 Minute, 42 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Pasukan N82 Bukit Sari Lawas mengungguli saingan merebut kejuaraan Piala Tuan Yang Terutama Sabah (Pasukan Lelaki Antarabangsa & Malaysia Terbaik) apabila meninggalkan tujuh pasukan lain pada peringkat akhir Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa FCAS Ke-10 di Teluk Likas pagi tadi.

Perlumbaan perahu naga di Teluk Likas, hari ini.

Lautan Biru SLDB Dragon Boat Team Tuaran dan Jetama Entulon Family DBT masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan ketiga.

N82 Bukit Sari Lawas membawa pulang piala, wang tunai RM10,000 dan pingat. Tempat kedua dan ketiga pula menerima masing-masing RM5,000 dan RM3,000 beserta pingat.

Meskipun hujan lebat melanda pada awal pagi, pasukan tempatan dan antarabangsa tetap turun beraksi dengan penuh semangat kesukanan dan komitmen tinggi.

Acara yang dianjurkan oleh Persekutuan Persatuan Cina Sabah (FCAS) ini menampilkan 11 piala utama yang dipertandingkan dalam kategori lelaki, wanita, campuran, remaja dan veteran, merangkumi jarak perlumbaan sejauh 800 meter dan 200 meter.

Pasukan Jetama Entulon Family Senior memenangi Piala Ketua Menteri menerima hadiah mereka. -Foto Sabah Media/ Florieta Diet

Dalam kategori pasukan lelaki tempatan, Jetama Entulon Family Senior muncul juara bagi Piala Ketua Menteri Sabah, diikuti oleh Landas Kasihnya Warisan di tempat kedua dan Sri Sundar di tempat ketiga.

Bagi kategori campuran yang turut melibatkan penyertaan wanita, pasukan RMP Paddlers menjuarai Piala Naga FCAS Sabah selepas menewaskan DBKL dan Sabah River Raptors ITCC.

Pasukan KKCCCI pula membuktikan keunggulan mereka apabila menggondol dua kejuaraan menerusi Piala FCAS bagi Pasukan Campuran Ahli FCAS Kota Kinabalu dan Piala FCAS untuk Pasukan Campuran Cina Malaysia yang mewajibkan sekurang-kurangnya lapan peserta wanita.

Sementara itu, pasukan KKCCC merangkul kejuaraan dalam kategori Lelaki Cina Malaysia menerusi Piala FCAS, selepas menewaskan Kuching Dragon Boat Club (KDB) dan KK Hakka Dragon Boat Team.

Dalam kalangan pasukan remaja, Sibling Performance Team menonjol sebagai juara Piala Junior Kinabalu, mengatasi cabaran Lentuong Junior SLDB Team dan Jetama Entulon Family Junior.

Saingan dalam kategori 200 meter turut berlangsung sengit. PS Dragon Boat Team muncul juara Piala Naga Kinabalu bagi kategori Lelaki Terbuka, manakala Dragon Boat Club dari Universiti CUHK, Hong Kong, menjuarai Piala Campuran Kinabalu.

Dalam perlumbaan wanita pula, pasukan Karapaw berjaya memenangi Piala Phoenix Kinabalu setelah mengatasi KKCCCI dan Kuching Dragon Boat Club.

Kategori veteran atau “master” turut menjadi tumpuan apabila pasukan PNK Master Dragon Boat meraih Piala Master Kinabalu bagi peserta lelaki berumur 45 tahun ke atas, meninggalkan DBKL dan Lela Cheteria di belakang.

Pengerusi penganjur, Tan Sri T.C. Goh, berkata perlumbaan tahun ini sekali lagi membuktikan bahawa sukan perahu naga bukan sahaja menjadi acara tahunan yang dinanti-nantikan, malah terus menjadi simbol semangat perpaduan dan kekuatan komuniti pelbagai kaum dan negara melalui kerjasama berpasukan dan semangat kesukanan yang tinggi.

Beliau yang juga Presiden FCAS menambah, perlumbaan kali ini turut disertai peserta dari luar negara seperti Hong Kong, Singapura dan Brunei Darussalam, dan pihaknya berharap lebih banyak penyertaan antarabangsa diterima pada edisi akan datang, bukan sahaja untuk bertanding, tetapi juga sebagai satu bentuk pelancongan sukan.

“Pada tahun hadapan, acara ini sekali lagi akan berlangsung selama tiga hari iaitu pada 15, 16 dan 17 Mei. Kita berharap penyertaan akan bertambah,” katanya.

Turut hadir Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Datuk Phoong Jin Zhe bagi mewakili TYT Tun Datuk Seri Musa Aman dan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/18/pasukan-n82-bukit-sari-lawas-menang-piala-tyt-di-perlumbaan-perahu-naga-fcas-ke-10/feed/ 0 74056
140 pasukan sertai perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa 17 Mei ini https://sabahmedia.com/2025/05/06/140-pasukan-sertai-perlumbaan-perahu-naga-antarabangsa-17-mei-ini/ https://sabahmedia.com/2025/05/06/140-pasukan-sertai-perlumbaan-perahu-naga-antarabangsa-17-mei-ini/#respond Tue, 06 May 2025 12:03:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73309
Read Time:1 Minute, 8 Second

Kota Kinabalu: Sebanyak 140 buah pasukan dari dalam dan luar negara termasuk Hong Kong, Brunei dan Filipina dijangka akan menyertai perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa edisi ke-10 pada tahun.

Perlumbaan bertaraf antarabangsa itu akan berlangsung selama dua hari bermula 17 Mei dan kemuncak serta perasmian sukan tahunan itu disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.

Pengerusi penganjur, Tan Sri Dr T.C. Goh yang juga Presiden Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) berkata, pertandingan itu menawarkan jumlah hadiah wang tunai keseluruhan melebihi RM90,000 melibatkan 11 kategori perlumbaan. 

“Kategori utama iaitu Piala TYT yang menawarkan ganjaran wang tunai sebanyak RM10,000 kepada pasukan juara. 

“Selain itu, pelbagai kategori lain turut dipertandingkan bagi memberi peluang kepada lebih ramai penyertaan dari pelbagai lapisan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Tun Musa di Istana Seri Kinabalu, di sini pada Selasa.

Katanya, acara itu sekali gus menjadikannya antara acara sukan air terbesar di rantau ini. 

Beliau turut mempelawa seluruh rakyat Sabah khususnya dari sekitar Pantai Barat dan Kota Kinabalu untuk hadir memeriahkan acara yang turut berkonsepkan karnival itu, lengkap dengan gerai jualan, makanan dan hiburan keluarga. 

“Kami menjangkakan kehadiran lebih 10,000 pengunjung ke Teluk Likas sepanjang penganjuran dan berharap acara ini bukan sahaja mengukuhkan semangat perpaduan, malah menyumbang kepada sektor pelancongan tempatan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/06/140-pasukan-sertai-perlumbaan-perahu-naga-antarabangsa-17-mei-ini/feed/ 0 73309