perak – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 02 Jan 2022 06:44:19 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png perak – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pemanah Raman Sinigi Raih Pingat Perak Acara Barebow Berpasukan Lelaki https://sabahmedia.com/2022/01/02/pemanah-raman-sinigi-raih-pingat-perak-acara-barebow-berpasukan-lelaki/ https://sabahmedia.com/2022/01/02/pemanah-raman-sinigi-raih-pingat-perak-acara-barebow-berpasukan-lelaki/#respond Sun, 02 Jan 2022 01:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10564
Read Time:1 Minute, 43 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Pemanah, Raman Sinigi memenangi pingat perak dalam acara Barebow Berpasukan Lelaki dalam Kejohanan Memanah Terbuka Gadek Alor Gajah, Melaka 2021 yang berlangsung pada 24 hingga 26 Disember 2021 di Melaka.

Presiden Persatuan Memanah Daerah Kota Kinabalu, Ram Singh.
Presiden Persatuan Memanah Daerah Kota Kinabalu, Ram Singh.

Presiden Persatuan Memanah Daerah Kota Kinabalu (PMDKK) Ram Singh berkata, Raman Sinigi adalah wakil tunggal PMDKK yang menyertai kejohanan memanah pada acara tersebut hanya mendapat pingat perak setelah bergandingan dengan Azha Ariffin dan Razyrul Hisham Ramli dari Kelantan, trio memanah menamakan pasukan mereka PMDKK 5 Arrows dan menyaksikan Pasukan Barebow Malaysia meraih pingat emas manakala pingat gangsa menjadi milik pasukan Studio Memanah KL.

“Pada acara itu, malangnya, Raman terpaksa memanah pada sesi petang, bergelut dengan angin kencang dan hujan namun berjaya mendapat tempat ke-17 daripada 78 peserta yang menyertai,” kata Ram Singh dalam kenyataannya.

Menurut Ram Singh, ramai pemanah Barebow dari PMDKK tidak dapat menghadiri kejohanan tersebut kerana majoriti daripada mereka baru sahaja menamatkan Kejohanan Memanah Piala Presiden yang diadakan di Padang SUKMA, Likas pada 17 hingga 20 Disember 2021 dan sebahagiannya kerana komitmen kerja.

Persatuannya turut gembira dengan pencapaian Jonson Soumin dalam Piala Presiden yang telah menetapkan penanda aras untuk pertandingan Barebow kebangsaan.

Katanya, terdapat kira-kira 80 pemanah Barebow berdaftar dengan PMDKK dan bilangannya semakin meningkat.

“Persatuan ini dari semasa ke semasa menaik taraf kemudahan rangkaiannya dan memperkenalkan pelbagai program untuk memberikan yang terbaik untuk ahli serta melatih potensi pemanah. Ini kebanyakannya dilakukan oleh ahli Persatuan sebagai satu pasukan.

“Kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada Persatuan Memanah Negeri kerana berjaya menganjurkan Kejohanan Memanah Piala Presiden 2021 baru-baru ini yang menyaksikan ramai pemain muda baharu kami muncul antaranya seperti Jayden Vun, Muhamad Zidane Farhan Roslee, Quik Chern Ee, Ewyn Rich Chong dan Valerie Tan.

“Selaras dengan komitmen PMDKK, kami akan menetapkan program/acara 2022 kami untuk menjadikan persatuan kami kukuh dalam negeri, dengan gaya kemenangan pemanah kami,”ujarnya.

Ram Singh turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pasukan PMDKK yang diketuai oleh Setiausaha Agung Shiu Vay Leung dan semua jurulatih serta ahli PMDKK atas sokongan mereka.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/02/pemanah-raman-sinigi-raih-pingat-perak-acara-barebow-berpasukan-lelaki/feed/ 0 10564
Tular Video Kejadian Buli Di Sebuah Sekolah Asrama Penuh https://sabahmedia.com/2021/12/10/tular-video-kejadian-buli-di-sebuah-sekolah-asrama-penuh/ https://sabahmedia.com/2021/12/10/tular-video-kejadian-buli-di-sebuah-sekolah-asrama-penuh/#respond Fri, 10 Dec 2021 04:57:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9681
Read Time:57 Second

CYBERJAYA ~~Tidak serik! Begitulah yang boleh dilontarkan terhadap video yang menunjukkan sekumpulan pelajar melakukan aktiviti buli, dipercayai berlaku di sebuah asrama yang sedang tular ketika ini.

Beberapa video perbuatan terkutuk itu dikongsi di media sosial sejak Khamis malam.

Tidak dipastikan bila dan di mana kejadian tersebut berlaku, namun terdapat dakwaan ia berlaku di sebuah ‘maktab’.

Menerusi antara video yang tular, kelihatan seorang pelajar berbaju merah dijadikan ‘bahan uji kaji’ oleh beberapa pelajar lain dengan menumbuk perut mangsa.

“Mantap gila,” kedengaran suara di dalam video selepas seorang pelajar menumbuk perut mangsa.

“Hero hero Malaya sudah tunjuk taring guys… mak bapa hantar pergi sekolah asrama belajar bagus-bagus untuk menjadi orang yang berjaya, ni tak kot… nak menjadi gangster masing-masing nak tunjuk gangster ye… cukup la banyak kes yang telah jadi sebelum-sebelum ni. Harap cepat-cepat la insaf,” tulis di posting Facebook bernama Faez Hamzah, dengan lebih 37,000 perkongsian setakat pagi Jumaat.

Terdapat kira-kira tujuh pelajar yang kelihatan di dalam rakaman selain seorang pelajar dijadikan mangsa.

Rata-rata netizen berang dengan tindakan tidak berperikemanusiaan oleh sekumpulan pelajar itu, dan mengharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dengan segera.

.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/10/tular-video-kejadian-buli-di-sebuah-sekolah-asrama-penuh/feed/ 0 9681
MAFI Bangunkan Lembah Tenusu LMS https://sabahmedia.com/2021/11/11/mafi-bangunkan-lembah-tenusu-lms/ https://sabahmedia.com/2021/11/11/mafi-bangunkan-lembah-tenusu-lms/#respond Thu, 11 Nov 2021 10:05:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8378
Read Time:3 Minute, 16 Second

PERAK : Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menerusi Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) sedang membangunkan Lembah Tenusu Larut, Matang dan Selama (LMS).

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, ia akan dibangunkan di kawasan seluas 1200 ekar di Pondok Tanjung, Taiping yang bakal menjadi hub pengeluaran susu terbesar di Taiping, Perak.

Katanya, sebaik Lembah Tenusu LMS ini mula beroperasi sepenuhnya, ia dijangka berupaya mengeluarkan sehingga 13 juta liter susu segar yang menyumbang antara 19 hingga 20 peratus pengeluaran susu segar negara menjelang tahun 2025.

Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian dan Pecah Tanah, Taman Kekal Pengeluaran Ruminan (TKPR) Pondok Tanjung yang akan membangunkan sembilan unit kandang tenusu moden dan kawasan tanaman rumput seluas 400 ekar.

TKPR Pondok Tanjung merupakan antara komponen utama dalam Projek Pembangunan Lembah Tenusu LMS.

Menurut Dr Ronald, Projek Pembangunan melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) ini dengan peruntukan sebanyak RM 25 juta ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2023 dan akan diusahakan sendiri oleh sembilan penternak lembu tenusu dalam kalangan rakyat negeri Perak.

“Dalam konsep pembangunan Lembah Tenusu LMS, sembilan penternak tenusu tersebut akan menjadi vendor kepada ladang tenusu komersil yang dibangunkan oleh sebuah syarikat penternakan lembu tenusu terbesar negara yang akan berperanan sebagai anchor dilengkapi dengan kilang pemprosessan susu di kawasan Pondok Tanjung.

“Pembangunan Lembah Tenusu LMS di Pondok Tanjung juga akan membuka dimensi baru di Taiping yang selama ini terkenal dengan nilai sejarah dan pelancongan.

“Sekaligus ia dapat merancakkan ekonomi penduduk setempat yang dijangka dapat menyediakan 300 peluang pekerjaan baharu di ladang ternakan tenusu dan kilang pemprosesan susu. Inisiatif ini selaras dengan asprasi ‘Keluarga Malaysia’ yang digagaskan oleh Kerajaan,” katanya.

Menurutnya, pembangunan Lembah Tenusu LMS adalah sebahagian daripada Pelan Strategik Pembangunan Industri Tenusu Negara yang digariskan oleh DVS, selaras dengan matlamat Dasar Agromakanan Negara (DAN 2.0) ke arah meningkatkan pengeluaran susu segar kepada Tahap Sara Diri (SSL) 100 peratus pada tahun 2025 bagi mengurangkan kebergantungan import.

Untuk rekod, penggunaan susu segar di Malaysia bagi tahun 2020 berjumlah 69.4 juta liter. Daripada jumlah tersebut, 43.3 juta liter dihasilkan dalam negara sementara bakinya 26.1 juta liter diimport daripada negara-negara luar seperti Australia, New Zealand dan lain-lain negara. SSL susu segar dalam negara pada masa kini adalah sebanyak 62.4% dengan nilai di ladang RM 108.23 juta.

Dalam majlis yang sama, Dr Ronald turut menyampaikan bantuan bakul makanan MAFI Prihatin dan Geran Pertanian Organik (Penternakan).

Sebanyak 200 bakul makanan diagihkan kepada penternak yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dari 9 Daerah di negeri Perak. Manakala, Geran Pertanian Organik (Penternakan) yang bernilai RM400,000 pula diagihkan kepada 8 komuniti penternak organik yang melibatkan 32 orang peserta dimana setiap komuniti akan menerima menerima RM50,000 untuk Projek Ayam Piru Organik, Projek Arnab Organik dan Projek Ayam Kampung Organik.

Dalam pada itu, YB Menteri MAFI juga telah melawat Institut Penyelidikan Veterinar (VRI) di Ipoh yang merupakan sebuah institusi penyelidikan di bawah DVS, MAFI.

VRI berfungsi menjalankan penyelidikan berkaitan penyakit haiwan serta menjalankan diagnostik penyakit zoonotik haiwan seperti selsema burung (HPAI) Highly Pathogenic Avian Influenza), Nipah virus, Japanese Encephalitis (JE), Anthrax, Tuberculosis (TB), Rabies serta penyakit haiwan berkepentingan ekonomi seperti penyakit Hawar Berdarah (HS), Salmonellosis dan Selesema babi (Swine Influenza). VRI telah diiktiraf sebagai makmal rujukan bagi rantau ASEAN dan peringkat kebangsaan bagi tujuh (7) makmal veterinar (termasuk Sabah dan Sarawak).

VRI juga menjalankan penyelidikan berkaitan penyakit zoonotik haiwan menerusi jaringan kerjasama penyelidikan bersama Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam membangunkan nyahaktif vaksin COVID-19 tempatan.

Menerusi peruntukan Projek Pembangunan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), VRI akan terus menjalankan penyelidikan dalam membangunkan teknologi-teknologi diagnostik sejajar dengan perkembangan teknologi terkini mengikut piawaian antarabangsa.

Turut hadir YB Tuan Haji Razman bin Zakaria, ADUN Semanggol merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri Perak, YB Tuan Mohd Akmal bin Kamaruddin, ADUN Selama merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau dan YBhg. Dato’ Dr. Norlizan bin Mohd Noor, Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/11/mafi-bangunkan-lembah-tenusu-lms/feed/ 0 8378