perancis – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 01 Aug 2023 07:52:13 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png perancis – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Perancis harap kukuhkan hubungan dua hala dengan Sabah https://sabahmedia.com/2023/08/01/perancis-harap-kukuhkan-hubungan-dua-hala-dengan-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/08/01/perancis-harap-kukuhkan-hubungan-dua-hala-dengan-sabah/#respond Tue, 01 Aug 2023 07:48:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39348
Read Time:56 Second

KOTA KINABALU: Perancis adalah negara Kesatuan Eropah (EU) terbaharu yang dinanti-nantikan untuk memperkukuh hubungan ekonomi dua hala dengan Sabah.

Duta Besar Perancis ke Malaysia Axel Cruau berkata, Sabah mempunyai potensi yang sangat baik dalam industri minyak dan gas, selain pemuliharaan hutan serta sektor pelancongan untuk pelabur Perancis terokai secara mendalam.

“Kami mempunyai syarikat Perancis yang membuka Club Med Borneo tidak lama lagi, dan kami sangat teruja mengenainya,” kata Axel ketika bertemu Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu dekat sini hari ini.

Club Med Borneo adalah merupakan sebuah resort tepi pantai mempunyai 400 bilik mesra alam seluas 17 hektar di Kuala Penyu dan ia dijangka dibuka pada tahun hadapan.

Axel, yang memegang jawatan pada Februari tahun ini juga menyatakan bahawa ekonomi Sabah mempunyai potensi lagi dengan pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan.

Sementara itu Hajiji berkata, Sabah di bawah rancangan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), mengalu-alukan pelabur dan pelancong ke negeri ini.

“Kami ingin melihat lebih ramai pelancong Perancis datang ke Sabah. Sabah mempunyai banyak tawaran kepelbagaian bio yang kaya, terutamanya warisan dunia Gunung Kinabalu dan juga terdapat pelbagai budaya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/01/perancis-harap-kukuhkan-hubungan-dua-hala-dengan-sabah/feed/ 0 39348
Hubungan Bilateral Malaysia-Perancis Diperkukuh https://sabahmedia.com/2022/02/17/hubungan-bilateral-malaysia-perancis-diperkukuh/ https://sabahmedia.com/2022/02/17/hubungan-bilateral-malaysia-perancis-diperkukuh/#respond Thu, 17 Feb 2022 12:20:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12323
Read Time:52 Second

KOTA KINABALU : Hubungan bilateral Perancis – Malaysia dalam pelbagai bidang akan terus diperkukuh.

Duta Perancis ke Malaysia, Roland Galharague berkata, menerusi kerjasama dua hala itu Malaysia khususnya Sabah  berpotensi besar  menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara  dalam pelbagai bidang seperti pertanian, perindustrian dan perkhidmatan.

“Sabah mempunyai potensi yang tinggi terutama dalam bidang selain kepelbagaian budaya dan keharmonian juga menjadikan ianya sebuah negeri yang berpotensi besar.

“Kepelbagaian dan kekayaan alam semulajadi Sabah juga amat penting dan terasa dekat dengan kami kerana pemeliharaan biodiversiti merupakan salah satu aspek yang ditekankan dalam Dasar Luar Perancis” kata beliau.

Galharague ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu disini semalam.

Beliau yang pertama kali tiba di Sabah turut merakamkan penghargaan atas kesudian Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungannya itu.

Menurut beliau, kunjungan tersebut bertujuan  untuk meninjau dan membincangkan peluang kerjasama antara Sabah dan Perancis pada masa akan datang.

Turut hadir ialah  Kedutaan Perancis di Malaysia – Kuala Lumpur, Emmanuelle Mauchand dan Konsul Perancis di Sabah, Laurence Leizeroući.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/17/hubungan-bilateral-malaysia-perancis-diperkukuh/feed/ 0 12323