Perasmian sukan saga – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 14 Dec 2023 15:38:52 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Perasmian sukan saga – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SAGA X : Persiapan majlis perasmian berjalan lancar https://sabahmedia.com/2023/12/14/saga-x-persiapan-majlis-perasmian-berjalan-lancar/ https://sabahmedia.com/2023/12/14/saga-x-persiapan-majlis-perasmian-berjalan-lancar/#respond Thu, 14 Dec 2023 15:26:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46560
Read Time:50 Second

Kota Kinabalu : Persiapan bagi Majlis Perasmian Sukan Sabah (SAGA) edisi ke-10 yang dijangka akan dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor Sabtu ini berjalan lancar.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Fairuz Renddan berkata, semua yang terlibat telah memberikan kerjasama sepanjang persiapan diadakan.

“Setakat ini, persiapan bagi majlis perasmian hampir mencapai seratus peratus. Semua agensi yang terlibat seperti Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS), Majlis Sukan Negeri Sabah dan lain-lain memberikan komitmen yang baik bagi memastikan persiapan berjalan lancar.

“Kontinjen-kontinjen juga menunjukkan semangat yang kuat menjelang majlis perasmian yang akan berlangsung pada Sabtu ini bermula jam 7 malam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada sesi raptai majlis berkenaan di Stadium Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini malam ini.

Fairuz berkata, pihaknya menjemput seluruh masyarakat di sekitar Kota Kinabalu untuk hadir dan bersama-sama memeriahkan majlis perasmian berkenaan.

Beliau juga menyarankan agar semua rakyat termasuk atlet SAGA X agar terus berhati-hati dan mengamalkan penjagaan kendiri berikutan kes Covid-19 yang semakin meningkat.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/14/saga-x-persiapan-majlis-perasmian-berjalan-lancar/feed/ 0 46560