perayaan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 26 Dec 2024 04:33:53 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png perayaan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah sinonim dengan perpaduan, keharmonian dalam meraikan perayaan https://sabahmedia.com/2024/12/26/sabah-sinonim-dengan-perpaduan-keharmonian-dalam-meraikan-perayaan/ https://sabahmedia.com/2024/12/26/sabah-sinonim-dengan-perpaduan-keharmonian-dalam-meraikan-perayaan/#respond Thu, 26 Dec 2024 04:33:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65982
Read Time:1 Minute, 6 Second

Beaufort : Sambutan Hari Natal yang diraikan setiap tahun mampu meningkatkan keharmonian rakyat berbilang kaum dan agama khususnya di negeri ini.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, rakyat di negeri ini amat terkenal dan sinonim dengan perpaduan yang diraikan dalam pelbagai perayaan yang disambut setiap tahun.

“Melalui sambutan Krismas yang kita sama-sama raikan pada hari ini (semalam) sudah tentu kita dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim diantara kalangan masyarakat yang berbilang suku kaum dan agama.

“Di Sabah memang sinonim, apa juga perayaan kita akan raikan bersama, bukan saja Krismas tetapi dimasa Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri kita juga bersama-sama dengan masyarakat yang bukan muslim.

“Jadi ini adalah menjadi satu kekuatan kita di Sabah kerana kita hidup dalam berbilang suku kaum masyarakat dan juga agama, kita boleh makan semeja dan kita boleh meraikan dalam satu perayaan berbilang bangsa dan agama,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Krismas Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Lumadan di sini semalam.

Hadir sama, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Aliasneh dan Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, keharmonian itu adalah asas yang perlu di pupuk pada generasi muda kini.

Beliau berharap perpaduan yang terjalin akan dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/26/sabah-sinonim-dengan-perpaduan-keharmonian-dalam-meraikan-perayaan/feed/ 0 65982
Kerajaan sokong dan bantu perayaan pelbagai kaum di Sabah https://sabahmedia.com/2023/01/14/kerajaan-sokong-dan-bantu-perayaan-pelbagai-kaum-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/01/14/kerajaan-sokong-dan-bantu-perayaan-pelbagai-kaum-di-sabah/#respond Sat, 14 Jan 2023 09:33:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27904
Read Time:1 Minute, 31 Second

RANAU: Kerajaan negeri komited untuk terus memberikan sokongan dan bantuan kepada masyarakat pelbagai kaum dan agama di negeri ini untuk meraikan perayaan masing-masing.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata sejajar dengan itu kerajaan negeri telah memperuntukkan bantuan sebanyak RM1.5 juta pada tahun ini untuk membekal kepala singa di seluruh Sabah.

“Bantuan itu akan diagih-agihkan kepada pelbagai persatuan dan tokong-tokong yang berkaitan melalui Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di Negeri Sabah.

“Penyerahan bantuan kepala singa sempena Tahun Baharu Cina pada tahun ini, jelas menunjukkan komitmen kerajaan yang sentiasa menekankan dasar keadilan dan kesaksamaan dalam semua aspek.

“Kerajaan juga sentiasa membantu rakyatnya tanpa mengira bangsa dan agama, bagi memastikan rakyat dapat meraikan perayaan masing-masing,” katanya sempena ketika Majlis Penyerahan Kepala Singa kepada Masyarakat Tionghua Sabah sempena Tahun Baharu Cina di Dewan Persatuan Hakka, Ranau di sini pada Sabtu.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Menteri Pembangunan Perindustrian, Phoong Jin Tze.

Ketua Menteri berharap bantuan kepala singa ini akan memberi manfaat dan memupuk semangat kesaudaraan serta meningkatkan perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama di negeri ini.

“Sumbangan ini juga diharap akan memeriahkan lagi sambutan Tahun Baharu Cina dalam kalangan masyarakat Tionghua di daerah ini,” katanya.

Sementara itu, dalam Belanjawan 2023 Sabah, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM176.16 juta untuk melaksanakan program keagamaan dan kerohanian di negeri ini.

Sebanyak RM54.05 juta merupakan pemberian kepada sekolah-sekolah dan perkembangan badan-badan keagamaan bukan Islam iaitu dengan peningkatan peruntukan sebanyak RM7.05 juta pada tahun ini.

Hajiji berkata peningkatan ini juga menunjukkan bahawa kerajaan negeri amat prihatin dan serius dalam membantu masyarakat di negeri Sabah tanpa mengira bangsa dan agama.

“Justeru, sempena tahun baharu ini saya mahu semua rakyat negeri ini termasuk masyarakat Tionghua akan terus bersama-sama kerajaan untuk membangun dan memajukan negeri ini, agar Sabah terus maju jaya ke hadapan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/14/kerajaan-sokong-dan-bantu-perayaan-pelbagai-kaum-di-sabah/feed/ 0 27904
LPKP Setuju Naikkan Kadar Tambang Khas Bas Ekspress Sepanjang Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2022 https://sabahmedia.com/2022/04/08/lpkp-setuju-naikkan-kadar-tambang-khas-bas-ekspress-sepanjang-musim-perayaan-hari-raya-aidilfitri-2022/ https://sabahmedia.com/2022/04/08/lpkp-setuju-naikkan-kadar-tambang-khas-bas-ekspress-sepanjang-musim-perayaan-hari-raya-aidilfitri-2022/#respond Fri, 08 Apr 2022 08:45:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14060
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Selaras dengan keputusan Jemaah Menteri yang meluluskan kenaikan kadar tambang 10% daripada kadar tambang asal perkhidmatan Bas Ekspres, Mesyuarat Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah bersetuju untuk menaikkan kadar tambang khas sebanyak 14.3 sen (RM0.143) bagi setiap kilometer sepanjang tempoh dari 29 April 2022 hingga 8 Mei 2022 berbanding 13 sen bagi setiap kilometer sebelumnya.

Pengerusi LPKP Sabah, Dato’ Chin Kim Hiung berkata, LPKP Sabah juga mengambil maklum akan keperluan bas tambahan bagi menampung keperluan pengguna di sepanjang musim perayaan Aidilfitri yang dijangka akan meningkat disebabkan oleh kelonggaran SOP COVID-19 oleh kerajaan.

“Mesyuarat Lembaga LPKP Sabah juga bersetuju untuk membuka permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2022 bagi mana-mana syarikat pengendali Bas Ekpres yang layak untuk memohon bagi menampung keperluan ini,” katanya semasa mempengerusikan mesyuarat LPKP di sini , hari ini.

Tarikh permohonan LPS akan dibuka bermula 11 hingga 22 April 2022 dan borang boleh didapati di Ibu Pejabat LPKP Sabah, Kota Kinabau, LPKP Sabah Cawangan Tawau dan LPKP Sabah Cawangan Sandakan manakala tempoh sah laku LPS yang telah diluluskan adalah dari 29 April 2022 hingga 8 Mei 2022.

“Saya percaya keputusan ini akan mendapat pelbagai maklum balas dari pihak yang terkesan. Namun demikian saya percaya keputusan ini adalah keputusan menang-menang bagi memastikan kebajikan semua pihak terjaga selaras dengan konsep Keluarga Malaysia.

“Saya juga berharap agar semua pihak yang terlibat akan terus menjaga dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar kita semua dapat membendung penularan COVID-19,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/08/lpkp-setuju-naikkan-kadar-tambang-khas-bas-ekspress-sepanjang-musim-perayaan-hari-raya-aidilfitri-2022/feed/ 0 14060