Perbanyakkan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 03 Apr 2022 04:09:52 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Perbanyakkan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Persatuan-persatuan Perfileman & Kreatif Sambut Baik Seruan Ketua Menteri Agar RTM Perbanyakkan Program Berkaitan Sabah https://sabahmedia.com/2022/04/03/persatuan-persatuan-perfileman-dan-kreatif-sambut-baik-seruan-ketua-menteri-agar-rtm-perbanyakkan-program-berkaitan-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/04/03/persatuan-persatuan-perfileman-dan-kreatif-sambut-baik-seruan-ketua-menteri-agar-rtm-perbanyakkan-program-berkaitan-sabah/#respond Sun, 03 Apr 2022 04:08:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13860
Read Time:2 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Persatuan-persatuan perfileman dan kreatif Sabah menyambut baik seruan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor agar RTM memperbanyakkan program berkaitan Sabah.

Presiden Persatuan Penggiat Perfileman Sabah (FILEMS) Datuk Deddy M.Borhan berkata, selama ini memang ada usaha yang dilakukan oleh penggiat-penggiat seni di Sabah agar diberikan ruang lebih besar untuk menampilkan karya mereka dalam stesyen RTM khususnya di siaran TV Okey tetapi hasil usaha tersebut akan berubah setiap kali apabila menteri bertanggungjawab bertukar.

Deddy berkata, dengan adanya perhatian daripada Kerajaan Sabah dibawah kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor, diharapkan industri kreatif dan perfileman Sabah dapat terus berkembang selaras dengan hala tuju pembangunan Sabah Maju Jaya dalam keluarga Malaysia.
 
Manakala Presiden Persatuan Penerbit Filem dan Televisyen Sabah (PROFIT) Norsahar Ahmad  mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah kerana mendengar rintihan penggiat-penggiat seni Sabah.

“Sabah mempunyai pelbagai khazanah peninggalan daripada pelbagai etnik di Sabah yang belum didokumentasikan yang semakin ditelan zaman. Dengan adanya peluang atau tawaran dari RTM maka sudah tentu akan dapat menambahbaik pengisian terbitan kami.

“Selaku Presiden PROFIT, beliau mencadangkan agar K-KOMM lebih tulus dan sudah tiba masa K-KOMM membuka tander pembekalan kandungan yang khusus untuk penerbit Sabah sahaja bagi menyahut seruan Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor.

“Seperti anda sedia maklum, pembekal-pembekal kandungan di Sabah kini semakin banyak dan mampu menghasilkan karya yang berkualiti yang bersesuaian dengan stesyen televisyen khususnya stesyen milik RTM,” kata Norsahar.
 
Sementara, Presiden Persatuan Filem dan Video Kota Kinabalu (KKFVA), Katak Chua turut melahirkan rasa syukur dan terima kepada Ketua Menteri Sabah diatas ucapan sempena Sambutan Hari RTM ke-76 Peringkat Negeri Sabah itu amat bertepatan dengan masa selaras dengan pembukaan sempadan untuk menarik lebih ramai pelancong dari luar negara.

“Ahli-ahli kami dan pembekal-pembekal program TV di Sabah sudah bersedia untuk bersama-sama menyahut seruan Ketua Menteri untuk membekalkan program berkualiti dan berinformasi untuk memperkenalkan kecantikkan alam fauna serta kebudayaan etnik untuk menarik lebih ramai pelancong dari luar Sabah sekiranya diberikan lebih banyak peluang oleh stesyen penyiar tempatan seperti RTM.

“Kerancakan penggambaran di Sabah akan dapat membantu penggiat-penggiat seni di belakang tabir untuk menjana pendapatan dan juga ekonomi setempat seperti pembekal makanan, penginapan, pengangkutan dan banyak lagi akan turut mendapat faedah,” ujarnya.
 
Persatuan perfileman dan kreatif di Sabah memberi respon positif apabila diminta mengulas  ucapan Datuk Seri Hajiji Noor, sempena Sambutan Hari RTM ke-76 Peringkat Negeri Sabah di lobi Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-Komm) pada Jumaat lepas.

Teks ucapan Hajiji telah dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri II/ Menteri Pertanian dan Perikanan, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/03/persatuan-persatuan-perfileman-dan-kreatif-sambut-baik-seruan-ketua-menteri-agar-rtm-perbanyakkan-program-berkaitan-sabah/feed/ 0 13860
RTM Perlu Perbanyakkan Program Berkaitan Sabah – Hajiji https://sabahmedia.com/2022/04/01/rtm-perlu-perbanyakkan-program-berkaitan-sabah-hajiji/ https://sabahmedia.com/2022/04/01/rtm-perlu-perbanyakkan-program-berkaitan-sabah-hajiji/#respond Fri, 01 Apr 2022 14:03:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13778
Read Time:2 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU: RTM perlu perbanyakkan program berkaitan Sabah bagi membantu kerajaan menarik lebih ramai pelancong ke Sabah, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, program-program berkaitan negeri Sabah termasuk budaya dan etnik dapat membantu mempromosikan Sabah, terutama dengan pembukaan semula sempadan negara bermula hari ini.

Menurutnya, sebagai badan penyiar yang masih relevan, RTM memainkan peranan penting dalam membantu usaha kerajaan menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini.

“Saya berharap lebih banyak lagi program yang berkaitan dengan Sabah termasuk budaya dan etnik diterbitkan atau ditambahbaik pengisiannya. Ini kerana program tersebut, bukan sahaja masih relevan kepada penduduk di negeri ini, malah dapat membantu mempromosikan budaya rakyat berbilang kaum menerusi saluran radio atau televisyen milik RTM”, katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Sambutan Hari RTM ke-76 Peringkat Negeri Sabah di lobi Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-Komm), hari ini
.
Teks ucapan Hajiji dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri II/ Menteri Pertanian dan Perikanan, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G.Kitingan.

Katanya, Kerajaan Negeri menyambut baik usaha dan komitmen RTM untuk memperkasa keupayaannya dalam menerbitkan kandungan rancangan dalam pelbagai medium bahasa, seperti Inggeris, Cina, malah bahasa-bahasa etnik Kadazan, Dusun, Murut, Bajau Pantai Barat serta Bajau Pantai Timur.

“Kita yakin, pemerkasaan bahasa etnik khususnya di Sabah dapat memastikan penyampaian maklumat yang lebih jelas dan berkesan kepada masyarakat pelbagai kaum di negeri ini”, tegasnya.

Menurutnya, RTM merupakan jenama stesen penyiar yang tidak asing di negara ini, malah turut dikenali di merata dunia terutama dalam kalangan negara-negara jiran, kerana peranannya sebagai penyiar rasmi Kerajaan Malaysia telah merentasi zaman sejak penubuhannya.

“Walaupun dalam usia 76 tahun, RTM terus bersemangat, semakin aktif mencipta lebih banyak kemajuan termasuk penyiaran menerusi platform media digital, sama ada internet mahupun aplikasi mudah alih.

“Justeru, tidak hairanlah, stesen radio dan saluran televisyen RTM kini bukan sahaja dapat didengari khalayak menerusi corong radio semata-mata, malahan menerusi media digital seperti rtmklik, dan media-media sosial”, tambahnya.

Hajiji yakin, usaha RTM menjalin kerjasama strategik dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menerusi penubuhan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Angkatan Pertahanan Awam (CDERT) RTM di seluruh negara, mampu mempertingkatkan lagi keberkesanan dalam menyampaikan maklumat mutakhir yang sahih kepada masyarakat terutama dalam menghadapi situasi bencana dan kecemasan.

Katanya, RTM juga akan melaksanakan Program Jelajah Keluarga Malaysia RTM, terdiri daripada Jelajah Ramadan, Jelajah Raikan Syawal dan Jelajah Kami Prihatin bermula April hingga Jun ini, sebagai tanggungjawab sosial terhadap masyarakat khususnya yang kurang bernasib baik.

“Kerajaan negeri juga ingin merakamkan terima kasih kepada semua warga RTM Sabah yang terus bertungkus lumus memberi maklumt berkaitan pandemik COVID-19 kepada rakyat, menerusi pelbagai bidang penerbitan sama ada radio atau televisyen, sejak lebih dua tahun lalu”, katanya.

Hajiji turut mengucapkan tahniah kepada seluruh warga RTM sempena Sambutan Hari RTM ke-76 Peringkat Negeri Sabah dan Penubuhan CDERT RTM Sabah, berharap RTM terus gah sebagai agensi penyiaran negara menerusi penerbitan rancangan dan program berkualiti tinggi selaras tema sambutan iaitu ‘Terus Unggul’.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/01/rtm-perlu-perbanyakkan-program-berkaitan-sabah-hajiji/feed/ 0 13778