Perbarisan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 27 Mar 2026 02:19:37 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Perbarisan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 2,500 peserta sertai Istiadat Perbarisan Sempena Ulang Tahun ke-75 TYT https://sabahmedia.com/2026/03/27/2500-peserta-sertai-istiadat-perbarisan-sempena-ulang-tahun-ke-75-tyt/ https://sabahmedia.com/2026/03/27/2500-peserta-sertai-istiadat-perbarisan-sempena-ulang-tahun-ke-75-tyt/#respond Fri, 27 Mar 2026 02:19:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93844
Read Time:45 Second

KOTA KINABALU: Kira-kira 2,500 peserta dijangka akan terlibat dalam Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Ulang Tahun ke-75 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 30 Mac ini.

Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Shamshor Jaafar berkata, sebanyak 62 kontinjen daripada pasukan keselamatan dan agensi kerajaan akan menyertai istiadat perbarisan berkenaan.

“Orang ramai disaran hadir lebih awal untuk menyaksikan perbarisan berkenaan memandangkan peserta dijangka mula berkumpul seawal jam 6.30 pagi.

“Ini merupakan detik bersejarah dan orang ramai dijemput hadir memeriahkan acara serta menyaksikan keunikan istiadat perbarisan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas taklimat perbarisan kepada Tun Musa Aman, di sini pada Khamis.

Menurut beliau, raptai penuh diadakan pada 27 Mac dan bagi memastikan kelancaran program, beberapa jalan akan ditutup sementara sepanjang acara berlangsung antaranya Lorong Dewan serta Jalan Padang (dari gerbang Jalan Istana hingga hadapan King Park Hotel).

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/27/2500-peserta-sertai-istiadat-perbarisan-sempena-ulang-tahun-ke-75-tyt/feed/ 0 93844
Perarakan perbarisan Hari Kebangsaan esok mungkin lewat dilaksanakan https://sabahmedia.com/2024/08/30/perarakan-perbarisan-hari-kebangsaan-esok-mungkin-lewat-dilaksanakan/ https://sabahmedia.com/2024/08/30/perarakan-perbarisan-hari-kebangsaan-esok-mungkin-lewat-dilaksanakan/#respond Fri, 30 Aug 2024 00:13:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59912
Read Time:1 Minute, 14 Second

Kota Kinabalu : Perarakan perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Sabah Sabtu ini mungkin akan lewat dilaksanakan dari jadual asal. 

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr. Sabin Samitah berkata, ia berikutan keadaan cuaca hujan yang tidak menentu sebelum ini.

“Berdasarkan cuaca dua hari yang berlaku sebelum ini, kita dapati ianya mula bertambah baik sekitar jam 9 pagi.

“Oleh itu, pada Sabtu ini, acara perbarisan kemungkinan akan dilewatkan sedikit pada masa yang akan dimaklumkan kepada para peserta kontinjen dan para jemputan,” katanya.

Datuk Seri Dr Sabin Samitah

Beliau berkata demikian kepada media selepas selesai upacara Raptai Penuh Sambutan Hari Kebangsaan 2024, di sini semalam 

Dalam pada itu, mengulas mengenai persiapan, Sabin berkata, ia berjalan lancar dan persiapan yang dibuat oleh ahli jawatankuasa hampir mencapai 95 peratus. 

“Ini disebabkan oleh cuaca yang tidak mengizinkan pada awal pagi dan mengakibatkan sebahagian daripada peralatan yang digunakan pada 31 Ogos nanti tidak digunakan ataupun dipasang pada hari ini untuk mengelakkannya daripada rosak.

“Kita akan mengadakan satu persembahan yang terbaik berdasarkan komitmen daripada semua peserta kontinjen dan terdapat 186 kontinjen yang menyertai perarakan Hari Kebangsaan yang ke-67 pada tahun ini,” katanya.

Menurutnya, untuk pertandingan, ianya akan diadili oleh mereka daripada pasukan beruniform dan pihaknya telah memaklumkan kepada semua peserta ataupun kontinjen.

“Persediaan yang mereka lakukan terutama sekali dari segi bilangan minimum peserta yang mesti ada dalam satu pasukan kontinjen.

“Jadi, sekiranya mereka tidak dapat memberikan bilangan yang minimum pada hari tersebut, kita akan batalkan penyertaan mereka,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/30/perarakan-perbarisan-hari-kebangsaan-esok-mungkin-lewat-dilaksanakan/feed/ 0 59912