Perbendaharaan Malaysia Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 19 Aug 2023 10:18:35 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Perbendaharaan Malaysia Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kumpulan Yayasan Sabah sertai Perkhidmatan Komuniti Bergerak anjuran Perbendaharaan Malaysia Sabah https://sabahmedia.com/2023/08/19/kumpulan-yayasan-sabah-sertai-perkhidmatan-komuniti-bergerak-anjuran-perbendaharaan-malaysia-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/08/19/kumpulan-yayasan-sabah-sertai-perkhidmatan-komuniti-bergerak-anjuran-perbendaharaan-malaysia-sabah/#respond Sat, 19 Aug 2023 10:18:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40364
Read Time:39 Second

KALABAKAN : Seiring dengan kluster Kesejahteraan Rakyat di bawah konsep Malaysia Madani dan Sabah Maju Jaya, Kumpulan Yayasan Sabah turut menjayakan program Perkhidmatan Komuniti Bergerak (MCS) anjuran Perbendaharaan Malaysia Sabah.

Program ini melibatkan lebih 35 buah jabatan dan agensi diadakan di Dewan Terbuka Pejabat Daerah Kalabakan di sini hari ini.

Dalam program ini, Kumpulan Yayasan Sabah menawarkan beberapa perkhidmatan untuk orang ramai antaranya peluang melanjutkan pengajian di Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) dan University College Sabah Foundation (UCSF).

Manakala Sabah Softwoods Bhd. juga turut serta dengan mengadakan temuduga pengambilan pekerjaan dan Benta Edible Oil Sdn. Bhd. menjual minyak masak rahmah jenama Bess.

Program ini dihadiri oleh Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan merangkap Ahli Parlimen P191 Kalabakan dan Ahli Dewan Undangan Negeri N71 Tanjung Batu.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/19/kumpulan-yayasan-sabah-sertai-perkhidmatan-komuniti-bergerak-anjuran-perbendaharaan-malaysia-sabah/feed/ 0 40364