Perfileman – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 07 Apr 2022 05:09:31 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Perfileman – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Promosi Sabah Melalui Industri Perfileman https://sabahmedia.com/2022/04/07/promosi-sabah-melalui-industri-perfileman/ https://sabahmedia.com/2022/04/07/promosi-sabah-melalui-industri-perfileman/#respond Thu, 07 Apr 2022 05:30:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14013
Read Time:2 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Pihak Lembaga Pelancongan Sabah memuji usaha pembikin filem tempatan mempromosikan negeri dan destinasi luar bandar dalam karya mereka.

Pada Rabu, rombongan yang diketuai penerbit filem Chester Pang bertemu dengan pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah, Datuk Joniston Bangkuai, untuk membincangkan potensi pelancongan filem di negeri itu.

Rombongan itu juga membincangkan perancangan mereka untuk mempamerkan daya tarikan Sabah melalui filem dan pembikinan video promosi yang mampu menarik minat orang ramai melawat Sabah.

Antara karya tersebut ialah video pendek ‘Discover Kiulu’ dan filem komedi dalam bahasa Mandarin ‘Craze Below The Wind’.

“Ini adalah usaha yang baik untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pelbagai tarikan yang ada di Sabah, dan merangsang rasa ingin tahu mereka terhadap negeri ini,” kata Joniston, yang juga Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.

“Kiulu, sebagai contoh, telah dipilih oleh Kerajaan Negeri sebagai model pelancongan luar bandar. Tidak lama lagi Kiulu akan mempunyai pusat informasi pelancongan, di mana klip video seperti ini boleh dipaparkan.

“Kita juga berharap agar destinasi-destinasi lain menjadi inspirasi para pembikin filem untuk dipaparkan dalam karya produksi filem. Kebanyakan produk luar bandar adalah hampir sama. Oleh itu, pembikin filem juga harus mencari tarikan baharu untuk ditonjolkan,” tambahnya.

Sebagai sebahagian daripada Borneo, Joniston berkata Sabah perlu membezakan dirinya daripada Sarawak dan Kalimantan, di mana pembangunan ibu negara baru Nusantara sedang dilaksanakan.

Tambah beliau, Lembaga Pelancongan Sabah sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan penerbit filem tempatan untuk mempromosikan elemen and aspek pelancongan Sabah tersendiri.

Turut hadir pada pertemuan itu adalah penerbit dan pengarah Froggy Planet, Katak Chua, timbalan presiden Persatuan Pelancongan Kiulu Lasmen Lopuk, wakil Pro-Merge Vision, dan pengarah filem tempatan Ramli Carlo.

Penggambaran untuk ‘Discover Kiulu’ dijangka siap pada penghujung bulan ini, kata Chester, yang merupakan penerbit dari Can Bah Production.

Katanya, video promosi berdurasi 90 saat itu juga bakal dipaparkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah.

Bagi filem ‘Craze Below The Wind’ yang berdurasi 90 minit, ia bakal ditayangkan pada bulan Mei.

Diterbitkan oleh Can Bah Production, ‘Craze Below The Wind’ mengisahkan tentang dua beradik yang berdepan dengan masalah dan terpaksa mengembara ke seluruh Sabah dengan membawa beg pakaian misteri.

Chester berkata bahawa filem itu, yang ditangguh sejak 2020 akibat pandemik, akan ditayangkan di 53 pawagam, termasuk di Brunei.

Sementara itu, Katak berkata filem tersebut telah mendapat sambutan positif semasa ujian tayangan, dengan tujuh daripada 10 responden menyatakan minat untuk melawat Sabah.

“Pembikinan filem itu melibatkan seramai 52 krew, dan 80 peratus daripada mereka adalah rakyat Sabah. Kami mahu mempromosikan pelancongan melalui industri perfileman kerana ia boleh memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

“Kami berharap Lembaga Pelancongan Sabah dapat bekerjasama dengan pembikin filem untuk menjayakan industri pelancongan filem di negeri ini,” kata pengarah filem itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/07/promosi-sabah-melalui-industri-perfileman/feed/ 0 14013
Persatuan-persatuan Perfileman & Kreatif Sambut Baik Seruan Ketua Menteri Agar RTM Perbanyakkan Program Berkaitan Sabah https://sabahmedia.com/2022/04/03/persatuan-persatuan-perfileman-dan-kreatif-sambut-baik-seruan-ketua-menteri-agar-rtm-perbanyakkan-program-berkaitan-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/04/03/persatuan-persatuan-perfileman-dan-kreatif-sambut-baik-seruan-ketua-menteri-agar-rtm-perbanyakkan-program-berkaitan-sabah/#respond Sun, 03 Apr 2022 04:08:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13860
Read Time:2 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Persatuan-persatuan perfileman dan kreatif Sabah menyambut baik seruan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor agar RTM memperbanyakkan program berkaitan Sabah.

Presiden Persatuan Penggiat Perfileman Sabah (FILEMS) Datuk Deddy M.Borhan berkata, selama ini memang ada usaha yang dilakukan oleh penggiat-penggiat seni di Sabah agar diberikan ruang lebih besar untuk menampilkan karya mereka dalam stesyen RTM khususnya di siaran TV Okey tetapi hasil usaha tersebut akan berubah setiap kali apabila menteri bertanggungjawab bertukar.

Deddy berkata, dengan adanya perhatian daripada Kerajaan Sabah dibawah kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor, diharapkan industri kreatif dan perfileman Sabah dapat terus berkembang selaras dengan hala tuju pembangunan Sabah Maju Jaya dalam keluarga Malaysia.
 
Manakala Presiden Persatuan Penerbit Filem dan Televisyen Sabah (PROFIT) Norsahar Ahmad  mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah kerana mendengar rintihan penggiat-penggiat seni Sabah.

“Sabah mempunyai pelbagai khazanah peninggalan daripada pelbagai etnik di Sabah yang belum didokumentasikan yang semakin ditelan zaman. Dengan adanya peluang atau tawaran dari RTM maka sudah tentu akan dapat menambahbaik pengisian terbitan kami.

“Selaku Presiden PROFIT, beliau mencadangkan agar K-KOMM lebih tulus dan sudah tiba masa K-KOMM membuka tander pembekalan kandungan yang khusus untuk penerbit Sabah sahaja bagi menyahut seruan Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor.

“Seperti anda sedia maklum, pembekal-pembekal kandungan di Sabah kini semakin banyak dan mampu menghasilkan karya yang berkualiti yang bersesuaian dengan stesyen televisyen khususnya stesyen milik RTM,” kata Norsahar.
 
Sementara, Presiden Persatuan Filem dan Video Kota Kinabalu (KKFVA), Katak Chua turut melahirkan rasa syukur dan terima kepada Ketua Menteri Sabah diatas ucapan sempena Sambutan Hari RTM ke-76 Peringkat Negeri Sabah itu amat bertepatan dengan masa selaras dengan pembukaan sempadan untuk menarik lebih ramai pelancong dari luar negara.

“Ahli-ahli kami dan pembekal-pembekal program TV di Sabah sudah bersedia untuk bersama-sama menyahut seruan Ketua Menteri untuk membekalkan program berkualiti dan berinformasi untuk memperkenalkan kecantikkan alam fauna serta kebudayaan etnik untuk menarik lebih ramai pelancong dari luar Sabah sekiranya diberikan lebih banyak peluang oleh stesyen penyiar tempatan seperti RTM.

“Kerancakan penggambaran di Sabah akan dapat membantu penggiat-penggiat seni di belakang tabir untuk menjana pendapatan dan juga ekonomi setempat seperti pembekal makanan, penginapan, pengangkutan dan banyak lagi akan turut mendapat faedah,” ujarnya.
 
Persatuan perfileman dan kreatif di Sabah memberi respon positif apabila diminta mengulas  ucapan Datuk Seri Hajiji Noor, sempena Sambutan Hari RTM ke-76 Peringkat Negeri Sabah di lobi Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-Komm) pada Jumaat lepas.

Teks ucapan Hajiji telah dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri II/ Menteri Pertanian dan Perikanan, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/03/persatuan-persatuan-perfileman-dan-kreatif-sambut-baik-seruan-ketua-menteri-agar-rtm-perbanyakkan-program-berkaitan-sabah/feed/ 0 13860