Perhimpunan Aman – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 31 Dec 2024 12:03:11 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Perhimpunan Aman – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah Berlangsung Terkawal https://sabahmedia.com/2024/12/31/perhimpunan-aman-gempur-rasuah-berlangsung-terkawal/ https://sabahmedia.com/2024/12/31/perhimpunan-aman-gempur-rasuah-berlangsung-terkawal/#respond Tue, 31 Dec 2024 12:02:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66273
Read Time:25 Second

KOTA KINABALU: Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah yang dianjurkan oleh gabungan mahasiswa dan NGO berlangsung dengan lancar di hadapan Menara Kinabalu, sejak 1 petang tadi.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun ketika dihubungi pihak media, mengesahkan bahawa keadaan keselamatan berada dalam keadaan terkawal tanpa sebarang insiden tidak diingini dilaporkan.

Perhimpunan tersebut berlangsung sehingga jam 1 pagi, dengan kehadiran pihak polis memastikan kawalan keselamatan di kawasan sekitar.

Perhimpunan ini merupakan usaha kumpulan itu untuk menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap isu rasuah yang membelenggu negeri ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/31/perhimpunan-aman-gempur-rasuah-berlangsung-terkawal/feed/ 0 66273