perikanan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 10 Sep 2025 01:22:48 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png perikanan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 RUU Perikanan 1985 (Pindaan) penting pulihkan kuasa Sabah – Bobby Suan https://sabahmedia.com/2025/09/10/ruu-perikanan-1985-pindaan-penting-pulihkan-kuasa-sabah-bobby-suan/ https://sabahmedia.com/2025/09/10/ruu-perikanan-1985-pindaan-penting-pulihkan-kuasa-sabah-bobby-suan/#respond Wed, 10 Sep 2025 01:16:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80928
Read Time:2 Minute, 27 Second

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Akta Perikanan 1985 (Pindaan) 2025 perlu menjadi titik perubahan dalam mengembalikan kuasa autonomi Sabah bagi merancang pembangunan industri perikanannya, sejajar dengan kedudukan negeri itu sebagai penyumbang utama hasil laut negara, kata Ahli Dewan Negara (Senator) Datuk Bobby Suan.

Menurutnya, meskipun Sabah menyumbang hampir 25 peratus pengeluaran ikan negara, negeri itu masih beroperasi dengan tangan terikat kerana kuasa perundangan dan dasar perikanan kekal tertakluk di bawah Kerajaan Persekutuan.

“Sejak Ordinan Perikanan Sabah 1963 dimansuhkan pada 1972 dan diganti dengan Akta Perikanan 1985, Sabah tidak lagi berkuasa merangka dasar sendiri. Lebih ironik, Jabatan Perikanan Malaysia tidak beroperasi di Sabah, menjadikan negeri ini seolah-olah ‘pengeluar utama tanpa kawalan’ terhadap sektor strategiknya,” katanya ketika membahaskan RUU itu di Dewan Negara pada Selasa.

Bobby berkata, kelemahan kuasa ini memberi kesan besar terhadap pembangunan infrastruktur perikanan Sabah. Setakat ini, negeri itu hanya memiliki satu kompleks pendaratan ikan rasmi di Kota Kinabalu, manakala kawasan penting lain seperti Kudat, Sandakan, Semporna, Papar dan Sipitang kekal tidak mencukupi.

“Jika dibandingkan, Semenanjung memiliki 48 kompleks pendaratan ikan dan Sarawak lima. Jurang ini menyumbang kepada ketirisan hasil dengan laporan menunjukkan kerugian ratusan juta ringgit setiap tahun akibat pendaratan tidak rasmi dan penyeludupan,” jelasnya.

Beliau menegaskan situasi itu bercanggah dengan kedudukan Sabah sebagai ‘basket protein laut’ negara, apatah lagi negeri itu sudah mencapai tahap SSL makanan laut melebihi 100 peratus.

Mengulas pindaan dalam RUU tersebut, Bobby menyokong langkah memperluas larangan penggunaan bom, racun dan arus elektrik yang kerap menjejaskan ekosistem laut Sabah, khususnya di pantai timur.

“Subseksyen 13(3A) yang melarang permohonan lesen selama lima tahun selepas pembatalan lesen adalah tindakan berani. Ia memberi mesej jelas bahawa pelaku jenayah marin tidak boleh lagi dipandang ringan,” katanya.

Beliau turut mengalu-alukan klausa baharu yang memperkukuh kuasa Ketua Pengarah Perikanan dalam mendepani isu pemindahan kapal (transhipment) serta pengawasan laut lepas menggunakan teknologi digital.

Dalam pada itu, Bobby menegaskan pindaan ini perlu disusuli dengan pengiktirafan terhadap struktur pentadbiran Sabah, termasuk penurunan kuasa mutlak kepada Jabatan Perikanan Sabah untuk menggubal perundangan subsidiari.

Katanya, cadangan penubuhan Majlis Perikanan Negara yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri II dan dianggotai Ketua Menteri Sabah, Premier Sarawak serta kementerian berkaitan, mampu menjadi platform strategik menyelaras dasar dan peruntukan secara adil.

“Dengan garis pantai sepanjang 1,743 kilometer dan Zon Ekonomi Eksklusif yang kaya sumber, Sabah berpotensi menjadi hab eksport hasil laut bernilai tinggi rantau ini. Namun, hari ini dianggarkan 70 peratus hasil laut Sabah dihantar keluar tanpa diproses, menyebabkan peluang pekerjaan dan nilai tambah terlepas,” katanya.

Bobby menegaskan sektor perikanan bukan sahaja penyumbang ekonomi, malah berkait rapat dengan keterjaminan makanan negara.

“Walaupun Sabah pengeluar terbesar, harga ikan tempatan terus melonjak kerana dasar lama menafikan hak Sabah merancang pengurusan perikanannya sendiri. Jika pindaan ini disertai desentralisasi kuasa dan pelaburan infrastruktur strategik, ia mampu mengubah landskap ekonomi perikanan negara,” katanya.

Mengakhiri perbahasannya, Bobby menyatakan sokongan penuh terhadap RUU Akta Perikanan 1985 (Pindaan) 2025 dan berharap ia menjadi batu loncatan untuk memulihkan semula hak Sabah dalam merancang masa depannya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/10/ruu-perikanan-1985-pindaan-penting-pulihkan-kuasa-sabah-bobby-suan/feed/ 0 80928
Kerajaan teruskan program pelepasan benih hasil laut https://sabahmedia.com/2024/06/29/kerajaan-teruskan-program-pelepasan-benih-hasil-laut/ https://sabahmedia.com/2024/06/29/kerajaan-teruskan-program-pelepasan-benih-hasil-laut/#respond Sat, 29 Jun 2024 06:41:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56702
Read Time:1 Minute, 37 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan akan meneruskan  program pelepasan benih hasil laut sebagai usaha pemuliharaan sumber perikanan pantai dengan peruntukan RM400,000 pada tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan berkata bagi memulakan program tersebut, perairan Bandaraya Kota Kinabalu menjadi lokasi pertama pelepasan 10,000 ekor benih Siakap (Baramundi).

“Selain itu, 11 daerah pesisir pantai telah dipilih bagi program tersebut melibatkan pelepasan benih ikan Siakap (30,000 ekor), Timun Laut (10,000 ekor), Siput Sudu (2,000 kilogram) dan sejuta ekor Udang Harimau.

“Program pelepasan benih diharapkan dapat terus melestarikan sumber perikanan perairan pantai dan sungai di Sabah di samping dapat meningkatkan biomass dan biodiversiti perikanan melalui pengkayaan sumber serta pemuliharaan ekosistem.

“Pada tahun 2024 disasarkan 50,000 ekor ikan air tawar pelbagai spesies akan dilepaskan di perairan sungai yang telah dikenalpasti seluruh Sabah, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Pelepasan Benih Ikan Siakap 2024, di sini hari ini.

Jeffrey  yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata Jabatan Perikanan Sabah di bawah Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI), program Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) dan Inisiatif Sabah Maju Jaya (SMJ) melalui salah satu programnya memberi tumpuan kepada pemuliharaan sumber perikanan pantai.

“Program ini untuk meningkatkan stok ikan bagi menjamin bekalan protein dari sumber ikan sentiasa mencukupi kepada rakyat selain memastikan industri perikanan terus memberi sumbangan signifikan kepada Keluaran Dalam Negeri (KDN).

“Ini turut memberi impak dan manfaat kepada nelayan dan golongan sasar yang terdiri daripada  masyarakat luar bandar, pulau serta pedalaman bagi mendapatkan sumber protein murah dan meningkatkan pendapatan juga sosioekonomi,” katanya.

Sementara itu Pengarah Perikanan Sabah Azhar Kassim berkata berkaitan isu penangkapan ikan secara haram, Jawatankuasa Membanteras Pengeboman Ikan akan diaktifkan semula bagi mengekang kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 itu.

“Sebenarnya kita baru sahaja selesai operasi seluruh Sabah (laut dan darat) bersama pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan memang agak serius di kawasan Pantai Timur,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/29/kerajaan-teruskan-program-pelepasan-benih-hasil-laut/feed/ 0 56702
DUN Sabah : CJN dikenakan ke atas komoditi perikanan yang dibawa ke luar Sabah https://sabahmedia.com/2022/03/24/dun-sabah-cjn-dikenakan-ke-atas-komoditi-perikanan-yang-dibawa-ke-luar-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/03/24/dun-sabah-cjn-dikenakan-ke-atas-komoditi-perikanan-yang-dibawa-ke-luar-sabah/#respond Thu, 24 Mar 2022 05:25:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13429
Read Time:1 Minute, 48 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah melalui Kementerian Kewangan telah mewartakan  Perintah Cukai Jualan Negeri (Kadar Cukai) 2021 bagi mengenakan Cukai Jualan Negeri (CJN) ke atas komoditi perikanan yang dibawa keluar dari negeri ini berkuatkuasa 1 Mei 2021.

Pembantu Menteri Kewangan Jasnih Daya berkata, namun Kerajaan Negeri bersetuju untuk melaksanakan penangguhan ke atas pembayaran CJN bermula 1 Mei 2021 sehingga 28 Disember 2021 dan perlu dibayar sepenuhnya sebelum 28 Januari 2022.

Katanya, penangguhan itu adalah mengambilkira rayuan yang diterima daripada pihak industri di negeri ini.

“Pada Januari 2022, Kementerian Kewangan telah memutuskan bahawa CJN ini akan mula dikutip dan justeru itu pembayaran CJN yang ditangguhkan bagi tempoh Mei hingga Disember 2021 juga perlu dibayar penuh oleh pihak syarikat terlibat sebelum penghujung bulan Januari 2022.

“Walaubagaimanapun, pada hari ini saya ingin memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah bersetuju ke atas tempoh penangguhan pembayaran CJN bagi bulan Mei hingga Disember 2021 dilanjutkan lagi sehingga 30 Jun 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Chong Chen Bin (DAP-Tanjong Kapor) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Jasnih  berkata, keputusan itu adalah muktamad dan perincian mengenai perkara itu akan diumumkan melalui notis pengumuman yang akan dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan kelak.

Katanya, cukai ini adalah dikenakan ke atas pihak syarikat yang terlibat dalam perniagaan komoditi perikanan yang dibawa keluar dari Sabah dan ianya bukan dikenakan ke atas pihak nelayan.

“Kerajaan Negeri sedar bahawa mana-mana cukai jualan yang dikenakan, peniaga pada lazimnya samada memilih untuk menyerap cukai tersebut atau peniaga memilih untuk menurunkan cukai itu kepada pihak yang lain seperti nelayan.

“Situasi seperti ini adalah di luar kawalan Kerajaan Negeri kerana ia berdasarkan amalan komersial iaitu “willing seller, willing buyer”,” katanya.

Sementara itu, Jasnih berkata, tujuan kutipan CJN ini diperkenalkan adalah untuk memastikan bekalan perikanan negeri kekal mampan berikutan aduan kurangnya ikan bernilai tinggi untuk penggunaan dalam negeri.

Katanya, disamping itu juga, kutipan Cukai ini dapat meningkatkan hasil negeri berikutan perbelanjaan operasi dan pembangunan negeri yang kian meningkat dari tahun ke tahun.

“Selain daripada itu, cukai-cukai yang dikutip oleh Kerajaan Negeri adalah digunakan untuk menyediakan infrastruktur dan kemudahan awam bagi meningkatkan taraf sosial ekonomi rakyat Sabah,termasuklah golongan nelayan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/24/dun-sabah-cjn-dikenakan-ke-atas-komoditi-perikanan-yang-dibawa-ke-luar-sabah/feed/ 0 13429
Usaha Kolaborasi Bersama IPT Sentiasa Disokong https://sabahmedia.com/2021/12/17/usaha-kolaborasi-bersama-ipt-sentiasa-disokong/ https://sabahmedia.com/2021/12/17/usaha-kolaborasi-bersama-ipt-sentiasa-disokong/#respond Fri, 17 Dec 2021 08:53:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10008
Read Time:2 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah sentiasa menyokong usaha agensi dan jabatan kerajaan negeri untuk berkolaborasi dengan pihak Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, ia termasuklah menjalin kerjasama dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi membantu meningkatkan produktiviti hasil perikanan akuakuktur melalui penggunaan sistem lebih moden.

Katanya, kerajaan negeri juga komited untuk terus melahirkan insan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidang Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT).

Menurutnya, sebanyak RM61.8 juta telah diperuntukkan bagi latihan, kursus dan pembangunan ICT selain kerajaan akan memberi keutamaan kepada Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) untuk diadaptasi dalam pelbagai sektor utama negeri.

“Penggunaan teknologi canggih atau Internet of Things (IoT) selaras dengan pembangunan IR4.0 dalam ternakan ikan adalah elemen penting yang ditekankan dalam Perjanjian Penyelidikan.

“Antaranya adalah dalam mereka cipta, membangun, menganalisa dan mengujicuba penggunaan peralatan yang dapat membaca perubahan parameter air yang member kesan dan penilaian perubahan kelakuan ikan.

“Pihak KO NELAYAN telah menetapkan Objektif Kualiti ternakan iaitu 70 peratus kadar hidup minima ternakan. Melalui penggunaan sistem aplikasi Internet Of Things (IoT) dalam bidang ternakan diharap dapat menangani permasaalahan yang akan timbul,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani Perjanjian Penyelidikan antara Fakulti Komputeran dan Informatik UMS bersama Korporasi Kemajuan Perikanan Sabah (KO-NELAYAN) disini hari ini.

Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah berkata, KO NELAYAN juga telah merealisasikan usaha pemantapan IR4.0 iaitu melalui Program Nelayan Digital (Aplikasi e-SMART) iaitu program teknologi membantu nelayan dalam penangkapan ikan yang lebih moden melalui penggunaan aplikasi IoT.

Katanya, Program e-Kan (Elektronik – Komuniti Usahawan Nelayan) juga merupakan inisiatif untuk menerapkan ilmu keusahawan digital.

“Kolaborasi di antara UMS/Fakulti Komputeran dan Informatik dan KO NELAYAN ini diharap dapat menyelesaikan beberapa masaalah dalam bidang Perikanan Akuakultur khususnya dalam ternakan ikan dalam sangkar, ternakan ikan dalam kolam dan ‘Pen Culture’.

“Melalui penggunaan aplikasi IoT ini kita mengharapkan agar produktiviti Perikanan Akuakultur dapat dipertingkatkan seterusnya dapat menambah sumber pendapatan penternak.

“Menerusi IoT untuk Akuakultur Pintar ini kita dapat menyediakan informasi berkaitan kesesuaian air agar keselamatan ternakan lebih terjamin,” katanya.

Sementara itu, Jeffrey berharap agar kerjasama penyelidikan itu dapat mencapai objektif seperti yang diharapkan oleh semua pihak dan sekaligus memberi impak yang besar dalam industri perikanan akuakultur khususnya di Sabah.

“Menjadi harapan saya agar usaha murni ini terus diperkasa dalam membela penternak-penternak khususnya penternak kecil dalam memastikan usaha mereka berjaya dan tidak menghadapi kegagalan.

“Ini selari dengan hasrat Kerajaan dalam menjamin sekuriti bekalan makanan negeri khususnya dan bekalan makanan Negara amnya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/17/usaha-kolaborasi-bersama-ipt-sentiasa-disokong/feed/ 0 10008
Rakan Strategik Jabatan Perikanan Malaysia Laksana CSR MAFI Prihatin Sasar Kumpulan Sektor Perikanan https://sabahmedia.com/2021/08/12/rakan-strategik-jabatan-perikanan-malaysia-laksana-csr-mafi-prihatin-sasar-kumpulan-sektor-perikanan/ https://sabahmedia.com/2021/08/12/rakan-strategik-jabatan-perikanan-malaysia-laksana-csr-mafi-prihatin-sasar-kumpulan-sektor-perikanan/#respond Thu, 12 Aug 2021 05:15:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4500
Read Time:2 Minute, 6 Second

PUTRAJAYA:Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) terus komited dalam menyokong Pelan Pemulihan Negara (PPN) melalui pelaksanaan Program MAFI Prihatin.

Program yang dirancang khusus bagi membantu golongan sasar yang terkesan akibat pandemik COVID-19 di samping menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus memerangi pandemik tersebut.

Pelaksanaan program itu melibatkan semua jabatan dan agensi di bawah MAFI dan telah diperkasakan lagi dengan penglibatan pihak swasta dan pemain industri sebagai rakan strategik selaras dengan pendekatan whole-of-nation yang menggembleng kerjasama seluruh anggota masyarakat dan kerajaan dalam usaha memerangi pandemik COVID-19.

Hari ini, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee telah menyempurnakan simbolik penyerahan Program MAFI Prihatin ‘CSR Rakan Strategik Jabatan Perikanan Malaysia’ di perkarangan Wisma Tani, Putrajaya.

Seramai enam wakil daripada 11 Rakan Strategik Jabatan Perikanan Malaysia hadir menyerahkan bakul makanan sebagai simbolik sumbangan kepada Program MAFI Prihatin.

Hadir sama, Timbalan Menteri MAFI 1 Datuk Seri Ahmad Hamzah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) MAFI Datuk Badrul Hisham Mohd dan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Ahmad Tarmidizi Ramly.

Penglibatan rakan strategik dalam kalangan usahawan dan projek bimbingan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) yang berminat untuk menyumbang adalah sebagai program Corporate Social Responsibility (CSR) syarikat.

Bakul makanan ini akan diserahkan kepada sebahagian kumpulan sasar sektor perikanan di seluruh negara.

Lokasi pertama program penyerahan bakul makanan MAFI Prihatin DOF akan diadakan di Pulau Tioman, Pahang yang melibatkan golongan sasar di pulau tersebut.

Program seterusnya akan dijalankan di Port Dickson, Negeri Sembilan; Gugusan Kepulauan Lima; Johor; Pulau Pinang; Pulau Redang dan Pulau Perhentian, Terengganu, Melaka dan Selangor.

Secara keseluruhan, sebanyak 630 bakul makanan akan diserahkan kepada kumpulan sasar sektor perikanan bagi pelaksanaan program MAFI Prihatin melalui DOF.

Sehingga kini, sebanyak 11 Rakan Strategik yang terdiri daripada 10 Agropreneur Perikanan dan satu Persatuan telah menyampaikan sumbangan bernilai RM34,500.00.

Program MAFI Prihatin yang dilancarkan sejak bulan Januari 2021 akan diteruskan melalui semua jabatan dan agensi di bawah MAFI serta dengan kerjasama strategik bersama pihak swasta khususnya pemain-pemain industri agromakanan bagi membolehkan lebih ramai lagi golongan sasar yang memerlukan mendapat manfaat dan menerima bantuan bagi meringankan beban.

Bantuan melalui MAFI Prihatin juga diberikan kepada golongan yang terkesan akibat banjir dan bencana alam yang lain serta kepada badan kebajikan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang memerlukan.

Secara keseluruhannya, sejak 1 Jun 2021 hingga 8 Ogos 2021 sahaja, seramai 71,491 orang penerima di 400 buah lokasi seluruh negara telah menerima manfaat daripada bantuan MAFI Prihatin yang disampaikan melalui pelbagai jabatan dan agensi di bawah MAFI dengan nilai bantuan mencecah lebih RM5.4 juta.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/12/rakan-strategik-jabatan-perikanan-malaysia-laksana-csr-mafi-prihatin-sasar-kumpulan-sektor-perikanan/feed/ 0 4500