Peringkat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 21 Mar 2024 06:27:57 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Peringkat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Mesyuarat peringkat cawangan Gagasan Rakyat mulai 1 Jun ini https://sabahmedia.com/2024/03/21/mesyuarat-cawangan-cawangan-gagasan-rakyat-mulai-1-jun-ini/ https://sabahmedia.com/2024/03/21/mesyuarat-cawangan-cawangan-gagasan-rakyat-mulai-1-jun-ini/#respond Thu, 21 Mar 2024 05:31:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51375
Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU: Mesyuarat peringkat cawangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) akan bermula 1 Jun hingga 30 Julai 2024, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Mohamed Razali Mohamed Razi (gambar).

Katanya, mesyuarat peringkat bahagian parti itu akan diadakan mulai 17 Ogos hingga 30 September 2024.

Beliau berkata, Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) 2024 Gagasan Rakyat dijadualkan pada 9 dan 10 November 2024.

“Gagasan Rakyat kini mempunyai sebanyak 74 bahagian seluruh Sabah termasuk satu bahagian di Wilayah Persekutuan Labuan dan semua cawangan perlu mengadakan mesyuarat pada tarikh yang telah ditetapkan.

“Perkara ini telah diputuskan oleh Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat pada 17 Mac 2024 yang dipengerusikan oleh Presiden parti, Datuk Seri Hajiji Noor “, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamed Razali berkata, MT juga meminta agar bahagian-bahagian menggerakkan program menambah ahli parti termasuk pergerakan wanita, pemuda dan beliawanis.

“Memandangkan sambutan dan sokongan rakyat pelbagai kaum negeri ini terhadap Gagasan Rakyat terus meningkat, justeru bahagian-bahagian perlu menggiatkan program menambah ahli-ahli baharu”, katanya.

Beliau berkata, MT Gagasan Rakyat juga mahu semua bahagian memantapkan lagi jentera parti sebagai kesiapsiagaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Menurutnya, walaupun tempoh Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Pakatan Harapan (PH) Plus hanya akan berakhir pada September 2025, namun persiapan awal jentera pilihan raya bahagian perlu sentiasa dimantapkan.

Katanya, MT Gagasan Rakyat juga mahu kepimpinan parti itu di peringkat bahagian dan akar umbi menjalin persefahaman dan hubungan yang erat bersama para pemimpin dan ahli-ahli rakan-rakan parti dalam komponen GRS-PH Plus.

“Kerjasama dan perpaduan dalam kalangan pemimpin dan ahli-ahli Gagasan Rakyat bersama parti komponen GRS-PH Plus perlu dimantap dan dipadukan untuk kebaikan kerajaan dan rakyat”, jelasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/21/mesyuarat-cawangan-cawangan-gagasan-rakyat-mulai-1-jun-ini/feed/ 0 51375
Semua perayaan besar peringkat negeri dianjur secara rasmi oleh kerajaan negeri mulai tahun ini – Hajiji https://sabahmedia.com/2024/02/11/semua-perayaan-besar-peringkat-negeri-dianjur-secara-rasmi-oleh-kerajaan-negeri-mulai-tahun-ini-hajiji/ https://sabahmedia.com/2024/02/11/semua-perayaan-besar-peringkat-negeri-dianjur-secara-rasmi-oleh-kerajaan-negeri-mulai-tahun-ini-hajiji/#respond Sun, 11 Feb 2024 09:45:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49351
Read Time:2 Minute, 37 Second

SANDAKAN: Mulai tahun ini, kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan menganjurkan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina dan Krismas peringkat negeri, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Mengumumkan perkara itu sempena Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2024 Peringkat Daerah Sandakan, beliau berkata ini bermakna semua perayaan besar peringkat negeri di Sabah akan dikendalikan secara rasmi oleh kerajaan negeri.

“Kerajaan telah memutuskan penganjuran perayaan Tahun Baharu Cina peringkat negeri akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri, seperti juga sambutan perayaan Aidilfitri dan Pesta Kaamatan,” katanya sempena majlis itu di Dewan Hakka di sini pada Ahad.

Majlis Rumah Terbuka itu anjuran Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Papat dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sandakan.

Dalam pada itu, Ketua Menteri berkata rumah terbuka setiap perayaan di negara ini perlu menjadi platform untuk menyemai, memupuk dan mempertahankan keharmonian
serta kerjasama dalam kalangan rakyat berbilang bangsa dan agama di negeri ini.

Beliau berkata seperti juga perayaan-perayaan yang lain antaranya Krismas, Aidilfitri, Deepavali dan Pesta Kaamatan yang diraikan oleh semua rakyat Malaysia, Tahun Baharu Cina adalah satu lagi perayaan besar yang penting.

“Justeru, marilah kita memanfaatkan sambutan perayaan seperti ini, bukan saja untuk meraikan Tahun Baharu Cina, tetapi juga menjadi platform mengeratkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa dan agama di negeri ini.

“Sesungguhnya, semangat inilah ditambah dengan toleransi antara kaum adalah pengikat yang nyata untuk membawa negeri ini untuk terus maju ke hadapan.

“Berdepan dengan pelbagai cabaran untuk pemulihan dan kestabilan ekonomi, setiap daripada kita mempunyai tugas dan tanggungjawab yang amat besar. Saya menyeru kepada semua masyarakat Cina dan rakyat Sabah keseluruhannya untuk mengukuhkan jalinan kerjasama ini agar kita dapat menyediakan platform yang lebih kukuh dan terjamin untuk negeri ini,” katanya.

Hajiji berkata sambutan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2024 ini jelas membuktikan bahawa kerajaan negeri Sabah sentiasa mementingkan dasar kesaksamaan kepada semua perayaan tanpa mengira kaum dan agama di negeri ini.

“Inilah keistimewaan kita di Sabah, perbezaan agama, bangsa dan budaya tidak menghalang untuk kita bersama-sama meraikan setiap perayaan yang ada di negara ini. Malah, hubungan persaudaraan tetap utuh walaupun berbeza kepercayaan.

“Semoga tahun naga ini yang melambangkan kekuatan, kesihatan, harmoni dan tuah akan terus membawa Sabah terus maju ke hadapan dan rakyat hidup dalam keadaan aman damai.

“Saya berharap pada tahun ini juga kita dapat menangani pelbagai cabaran sama ada dalam aspek ekonomi dan kesihatan,” katanya.

Beliau juga meminta rakyat akan bersama-sama kerajaan negeri berganding bahu dalam menjayakan agenda pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Pelan ini yang dilancarkan pada tahun 2021 kini berada di landasan betul, dan diharapkan dengan sokongan berterusan daripada rakyat, ekonomi negeri akan terus kukuh sekali gus akan menarik lebih ramai lagi pelabur untuk datang ke negeri ini.

“Fokus kita tidak pernah lari dari meningkatkan pembangunan negeri dan ekonomi rakyat. Jika ini dapat diteruskan, saya yakin kita dapat melaksanakan pelbagai lagi program untuk kebaikan takyat di negeri ini pada masa akan datang,” katanya.

Turut hadir ADUN Tanjong Papat selaku Pengerusi Penganjur, Datuk Poon Ming Fung @ Frankie dan ADUN Karamunting merangkap Pengerusi bersama, Datuk George Hiew Vun Zin.

Ketua Menteri turut menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cuba bersama pimpinan masyarakat Tionghua Sandakan di Bukit Sentosa, Sandakan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/11/semua-perayaan-besar-peringkat-negeri-dianjur-secara-rasmi-oleh-kerajaan-negeri-mulai-tahun-ini-hajiji/feed/ 0 49351