Perkasa – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 15 Sep 2023 12:29:02 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Perkasa – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Isu Beras: KPDN perkasa penguatkuasaan https://sabahmedia.com/2023/09/15/isu-beras-kpdn-perkasa-penguatkuasaan/ https://sabahmedia.com/2023/09/15/isu-beras-kpdn-perkasa-penguatkuasaan/#respond Fri, 15 Sep 2023 05:58:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41866
Read Time:2 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan terus memperkasakan penguatkuasaannya khususnya pemantauan dari aspek perlindungan hak kepenggunaan dan kawalan bekalan barangan.

Pemangku Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, menerusi kementerian KPDN, dari segi penguatkuasaan perlu diperkasakan daripada peringkat pengimport, pengilang, pemborong, sehingga ke peruncit.

“Baru-baru ini ada di Semenanjung Malaysia yang kita dapat tangkap dan sedang dalam tindakan selanjutnya apabila harga barangan yang dipamerkan, harga lain tetapi bila diimbas di kaunter harga lain malah meningkat harganya, jadi kita mempunyai pelbagai akta di KPDN dari aspek penguatkuasaan ini antaranya Akta Perlindungan Pengguna dan juga Kawalan Bekalan.

“Bila timbul isu berkenaan contohnya isu beras ini apa yang kita putuskan di KPDN untuk kita membantu di Kementerian Pertanian, kita mewujudkan penguatkuasaan yang lebih perkasa dari segi kekerapannya dan sebabnya daripada Julai sehingga semalam di Sabah ini sahaja 295 pemeriksaan telah dilakukan namun saya tidak berpuashati, saya mahu lebih banyak pemeriksaan secara harian di peringkat awal ini.

“Kita faham kenaikan harga baru diumumkan beras import baru diumumkan, sudah pastinya akan berlaku pelbagai aspek unsur-unsur risiko coding contohnya, akan berlaku stok lama dipamerkan dengan harga baru, risiko itu wujud sebab itu saya telah arahkan KPDN untuk perkasakan penguatkuasaan kita,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Jelajah Mini Karnival Barangan Malaysia 2023 Zon Sabah.

Karnival tersebut berlangsung bermula pada hari ini sehingga 17 September 2023 bertempat di Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu.

Armizan turut mengharapkan seluruh masyarakat memberi kerjasama untuk mengemukakan aduan bersama maklumat terperinci yang berkaitan kepada KPDN.

“Tolong bagi maklumat terperinci, di mana aduan itu dan masa, jadi mudah untuk kita lakukan penguatkuasaan. Kalau viral setakat gambar, video tapi tidak ada maklumat mungkin dari gap masa mencari maklumat itu pihak yang melakukan kesalahan itu akan ambil tindakan untuk tutup dan sembunyikan, jadi saya harap kita dapat kerjasama dari masyarakat. Lebih banyak aduan lagi kita suka, kerana inilah fungsi dan tanggungjawab kita dan untuk laksana tanggungjawab kita itu antara terasnya adalah kerjasama dengan masyarakat,” jelasnya.

Menurut Armizan, aduan secara rasmi diperingkat nasional melalui saluran yang sampai di KPDN adalah 142 dan setakat ini pihaknya belum mendapat maklumat di peringkat Sabah.

“Kita harap kerjasama ini akan berterusan dan kita telah menubuhkan Business Intelligence Unit (BIU) atau Unit Risikan Perniagaan di bahagian penguatkuasaan KPDN bermula 1 September lalu untuk memastikan dengan adanya unit ini bukan hanya kita akan bertindak responsif terhadap aduan yang dilakukan tetapi aspek risikan awal itu dapat kita buat dan kita dapat mengekang sebarang isu kartel yang berlindung dan sebagainya,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/15/isu-beras-kpdn-perkasa-penguatkuasaan/feed/ 0 41866
KPLB Bantu Perkasa Program Vaksinasi Bergerak Di Pedalaman Sabah https://sabahmedia.com/2021/11/29/kplb-bantu-perkasa-program-vaksinasi-bergerak-di-pedalaman-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/11/29/kplb-bantu-perkasa-program-vaksinasi-bergerak-di-pedalaman-sabah/#respond Mon, 29 Nov 2021 09:14:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9035
Read Time:2 Minute, 8 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PAPAR: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melaksanakan Operasi Vaksin Penilaian Pantas atau Rapid Assessment Vaccination Operation (RAVO) bagi mempercepatkan proses vaksinasi masyarakat luar bandar di Sabah.

Program dibawah Tanggungjawab Sosial Korporat Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan anak syarikatnya, MARA Liner Sdn Bhd, menjalin kerjasama dengan Pusat Kesihatan Daerah Papar, bergerak dari rumah ke rumah penduduk.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid (tengah) menyerahkan kerusi roda kepada wakil penerima untuk kegunaan Klinik Kesihatan Kinarut semasa majlis pelancaran Pasukan Bergerak Vaksinasi KPLB/MARA/PKD Wheel RAVO hari ini, sambil diperhatikan oleh Ketua Pengarah MARA Dato Azhar Abdul Manaf (kiri) dan Pengarah KPLB Sabah, Johar Julasbi.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid (tengah) melancarkan majlis Pasukan Bergerak Vaksinasi KPLB/MARA/PKD Wheel RAVO sambil diperhatikan oleh Ketua Pengarah MARA Dato Azhar Abdul Manaf (kiri) dan Pengarah KPLB Sabah, Johar Julasbi (kanan).

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pelaksanaan program vaksinasi secara mobil itu adalah bagi memudahkan urusan logistik masyarakat tempatan untuk menerima vaksin.

“Keprihatinan KPLB dan MARA ini merupakan komitmen kementerian dan agensi kita dalam mendokong pelan Imunisasi Kebangsaan COVID-19 bagi membolehkan semua masyarakat di luar bandar khususnya hari ini di Dun Pantai Manis untuk menerima suntikan vaksin sebelum hujung tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan media selepas simbolik pelancaran Pasukan Bergerak Vaksinasi KPLB/MARA/PKD Wheel RAVO dan lawatan ke Pusat Vaksinasi Papar bagi meninjau sendiri proses pemberian suntikan vaksin kepada masyarakat luar bandar di sini ini hari ini.

Menurut Mahdzir, program RAVO melibatkan 21 buah perkampungan di Papar meliputi 1,500 orang masyarakat luar bandar yang masih belum menerima suntikan vaksin.

Katanya, selain Papar, program ini juga akan meliputi kawasan Kinabatangan, Beaufort dan Tawau dengan sasaran tujuh ribu penduduk akan divaksin.

Dalam pada itu, enam buah bas MARA Liner diubah suai menjadi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dengan sembilan buah kaunter vaksinasi termasuk untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Manakala proses suntikan akan dilaksanakan selama satu minggu bermula 1 hingga 7 Disember 2021.

Program tersebut akan menggunakan tujuh unit kenderaan pacuan empat roda dan satu unit van sebagai kemudahan pengangkutan.

Dalam lawatan itu, Mahdzir turut menyampaikan sumbangan pelitup muka, panel pelindung muka, cecair sanitasi tangan dan lima buah kerusi roda bagi kegunaan penerima vaksin di pusat vaksinasi PKD Pengalat Besar Papar serta turut disampaikan bantuan kemudahan lain kepada pasukan petugas PKD dan sukarelawan kesihatan.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Ketua Pengarah MARA Dato Azhar Abdul Manaf, Pengarah KPLB Sabah, Johar Julasbi, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pantai Manis, Tamin Zainal dan ADUN Kawang Datuk Ghulamhaidar Khan Bahadar.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/29/kplb-bantu-perkasa-program-vaksinasi-bergerak-di-pedalaman-sabah/feed/ 0 9035
FPP UMS Anjur Wacana, Perkasa Kelestarian Pendidikan Sains Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/10/21/fpp-ums-anjur-wacana-perkasa-kelestarian-pendidikan-sains-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/10/21/fpp-ums-anjur-wacana-perkasa-kelestarian-pendidikan-sains-di-sabah/#respond Thu, 21 Oct 2021 12:32:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7765
Read Time:2 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan wacana bertajuk Kelestarian Pendidikan Sains di Sabah: Hasrat, Realiti dan Masa Depan baru-baru ini.

Wacana secara dalam talian itu antara lain bertujuan untuk mewujudkan platform kepada pembuat dasar, penyelidik, ahli akademik, wakil industri, para pendidik, badan korporat dan komuniti untuk berkongsi pendapat serta harapan dan strategi dalam mengatasi isu pendidikan sains di Sabah.

Ia juga bagi menghimpunkan perspektif pelbagai pemegang taruh yang berkepentingan bagi menyenaraikan kaedah-kaedah, cadangan serta strategi yang sesuai untuk diutarakan sebagai kertas dasar pendidikan sains di negeri ini.

Perasmiannya disempurnakan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin di sini.

Dalam ucapannya, Taufiq memaklumkan bahawa Sains dan Teknologi terbukti mampu memangkin pembangunan seluruh negara, termasuklah Sabah.

“Justeru, pendidikan sains harus diperkasakan selari dengan dasar mengukuhkan inisiatif pendidikan sains yang telah digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, iaitu untuk memastikan pelajar dilengkapi dengan kemahiran yang relevan dalam menghadapi cabaran global yang kompetitif.

“Pemerkasaan proses pengajaran dan pembelajaran sains di bilik darjah perlu ditingkatkan demi melahirkan pelajar berkualiti yang seterusnya akan menjadi modal insan dan tenaga kerja yang berdaya saing dalam berdepan dengan cabaran arus ekonomi global semasa,” katanya.

Terdahulu, Dekan FPP, Profesor Madya Dr. Sabariah Sharif dalam ucapan aluannya berkata, pendidikan sains di Sabah ketika ini berdepan dengan cabaran-cabaran yang unik mengikut konteks setempat.

“Justeru, pensyarah bidang sains sebulat suara berpendapat bahawa pelaksanaan program wacana ini mampu bertindak sebagai medium dan platform efektif dalam mengumpulkan perspektif dari pelbagai pihak tentang cabaran-cabaran dan cadangan-cadangan yang bakal menggariskan panduan kepada pemerkasaan pendidikan sains di negeri ini.

“Diharapkan agar wacana ini mampu bertindak sebagai platform perkongsian pintar yang menghimpunkan pelbagai cadangan yang diutarakan.

“Pada masa sama, ia juga mampu mewujudkan jaringan kerjasama antara pemegang taruh yang berkepentingan di Sabah,” jelas beliau yang juga merupakan Ketua Penganjur wacana tersebut.

Berlangsung secara dalam talian wacana itu mengetengahkan tokoh dan pakar bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam penyampaian tiga ucaptama.

Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Dr. Latip Muhammad menyampaikan ucaptama berkaitan Hasrat, Realiti dan Masa Depan Pendidikan Sains.

Pengerusi Persatuan STEM Kebangsaan, Profesor Dato’ Dr Noraini Idris, pula menyampaikan ucaptama berkaitan Cabaran Pendidikan STEM.

Profesor Dr. Lilla Halim dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyampaikan ucaptama bertajuk Pemilihan Kerjaya STEM: Apa kata pelajar?

Program yang julung-julung kalinya itu turut menyaksikan empat sesi perbincangan meja bulat melibatkan 29 ahli panel daripada pelbagai organisasi termasuk pegawai KPM dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, guru-guru, murid, wakil pihak industri dan komuniti.

Perbincangan itu mengupas isu kebolehpasaran graduan Sains di Sabah, meneroka isu Pendidikan Guru Sains di Sabah, menelusuri senario Kurikulum dan Iklim Sekolah dalam Pendidikan Sains di Sabah serta mendalami bagaimana Sokongan Keluarga dan Komuniti dalam Pendidikan Sains di Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/21/fpp-ums-anjur-wacana-perkasa-kelestarian-pendidikan-sains-di-sabah/feed/ 0 7765