Perkenalkan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 21 Dec 2021 00:37:37 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Perkenalkan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 MAF Akan Perkenalkan Varieti Padi Baharu Hasil Tinggi https://sabahmedia.com/2021/12/21/maf-akan-perkenalkan-varieti-padi-baharu-hasil-tinggi/ https://sabahmedia.com/2021/12/21/maf-akan-perkenalkan-varieti-padi-baharu-hasil-tinggi/#respond Tue, 21 Dec 2021 00:37:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10144
Read Time:45 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Pertanian dan Perikanan (MAF) akan bekerjasama dengan Agensi Nuklear Malaysia (MNA) untuk memperkenalkan varieti padi NMR152 di Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata sebagai permulaan, varieti padi itu akan diperkenalkan di kawasannya di Tambunan.

“Ini adalah varieti hasil tinggi yang mampu menghasilkan 10 metrik tan padi sehektar, berbanding hanya dua hingga tiga tan dengan benih biasa.

“Ia juga tahan kepada pelbagai jenis penyakit termasuk tungro yang berleluasa di Sabah,” katanya.

Jeffrey, yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan, berkata di bawah kerjasama ini, MNA akan menyediakan benih dan bio-baja dan racun perosak yang diperlukan serta menjalankan pemprofilan tanah untuk memastikan pertumbuhan optimum.

“Projek ini berpotensi untuk membantu kita menangani masalah tahap kelestarian diri (SSL) kita yang rendah, dan sebagai bonus, ia memerlukan kurang racun perosak dan menggunakan baja mesra alam.

“Kita perlu memastikan bahawa pertanian kita semakin bergerak ke arah pertanian organik,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/21/maf-akan-perkenalkan-varieti-padi-baharu-hasil-tinggi/feed/ 0 10144
Perkenalkan Menu Masakan Tradisional Ke Seluruh Negara – Isteri KM https://sabahmedia.com/2021/12/15/perkenalkan-menu-masakan-tradisional-ke-seluruh-negara-isteri-km/ https://sabahmedia.com/2021/12/15/perkenalkan-menu-masakan-tradisional-ke-seluruh-negara-isteri-km/#respond Wed, 15 Dec 2021 10:33:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9912
Read Time:1 Minute, 17 Second

TUARAN: Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag turut melakukan demo masakan sempena pertandingan kulinari `Dari Dapur Peladangnita’ peringkat negeri Sabah di perkarangan Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Tuaran, di sini pada Rabu.

Dalam pertandingan itu yang disertai sebanyak 18 kumpulan yang terdiri daripada 36 ahli Peladangnita dari seluruh negeri Sabah, Juliah turut berharap program itu mampu meningkatkan kemahiran wanita di negeri ini khususnya dalam masakan tradisional.

Isteri Ketua Menteri yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag melakukan demo masakan ketika hadir pada Majlis Perasmian dan Penutupan Program Dari Dapur PeladangNita, Lembaga Pertubuhan Peladang Peringkat Negeri Sabah 2021 di perkarangan Bangunan Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Tuaran pada Rabu.
Isteri Ketua Menteri yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Juliah Salag melakukan demo masakan ketika hadir pada Majlis Perasmian dan Penutupan Program Dari Dapur PeladangNita, Lembaga Pertubuhan Peladang Peringkat Negeri Sabah 2021 di perkarangan Bangunan Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Tuaran pada Rabu. – Foto Ihsan Jabatan Ketua Menteri.

Beliau juga berharap Peladangnita yang berkumpul pada program ini dapat bertukar- tukar idea dan pandangan dalam usaha menjana serta meningkatkan semula pendapatan untuk membangun ekonomi keluarga dan negara.

“Saya berharap wakil dari Sabah akan dapat memperkenalkan menu masakan tradisional negeri ini di seluruh negara menerusi pertandingan kulinari `Dari Dapur Peladangnita di peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Kuala Lumpur, bermula pada 21 hingga 23 Disember ini.

Sementara itu, kumpulan peladangnita dari Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tuaran telah memenangi pertandingan itu sekali gus mewakili negeri Sabah ke pertandingan peringkat Kebangsaan sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan di Kuala Lumpur.

Juliah yang merasmikan majlis itu turut merakamkan tahniah kepada Peladangnita PPK Tuaran dan berharap mereka dapat mengharumkan nama negeri Sabah sekali gus memperkenalkan menu tradisi rakyat negeri ini ke seluruh negara.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/15/perkenalkan-menu-masakan-tradisional-ke-seluruh-negara-isteri-km/feed/ 0 9912