Perkeso Sandakan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 18 Dec 2024 09:18:03 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Perkeso Sandakan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Dua Pencarum PERKESO Sandakan Terima Alat Pemulihan dan Sumbangan Kotak Prihatin https://sabahmedia.com/2024/12/18/dua-pencarum-perkeso-sandakan-terima-alat-pemulihan-dan-sumbangan-kotak-prihatin/ https://sabahmedia.com/2024/12/18/dua-pencarum-perkeso-sandakan-terima-alat-pemulihan-dan-sumbangan-kotak-prihatin/#respond Wed, 18 Dec 2024 09:15:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65642
Read Time:48 Second

SANDAKAN: Dua pencarum PERKESO yang kini terlantar (bed ridden) akibat insiden dan masalah kesihatan menerima bantuan alat pemulihan serta Kotak Prihatin daripada PERKESO Sandakan dalam satu lawatan khas, Selasa lalu.

Penyerahan bantuan itu turut disaksikan oleh Ketua Masyarakat Cina, Kapitan James Leong, bersama pegawai-pegawai PERKESO Sandakan di rumah masing-masing kedua-dua pencarum di Taman Indah Jaya.

Seorang penerima, lelaki berusia 25 tahun, mengalami masalah mobiliti selepas terlibat dalam insiden yang menyebabkan beliau lumpuh. Beliau menerima kerusi roda, suction machine, dan ripple mattress bagi membantu kehidupan seharian.

Seorang lagi penerima, wanita berusia 53 tahun yang menghidap strok sehingga tidak dapat bekerja, dibekalkan lampin dewasa bagi keperluan penjagaan diri.

Berikutan sambutan Hari Krismas yang bakal tiba, kedua-dua penerima turut menerima Kotak Prihatin berisi barangan makanan asas sebagai tanda sokongan bagi meringankan beban mereka untuk menyambut perayaan tersebut.

“Bantuan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan PERKESO untuk memastikan pencarum yang memerlukan mendapat sokongan yang sewajarnya,” kata salah seorang pegawai PERKESO Sandakan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/18/dua-pencarum-perkeso-sandakan-terima-alat-pemulihan-dan-sumbangan-kotak-prihatin/feed/ 0 65642