Perlembagaan Persekutuan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 18 Jun 2024 12:33:48 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Perlembagaan Persekutuan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Keputusan Mahkamah Rayuan, Artikel 112C & 112D Perlembagaan Persekutuan, berkepentingan perlembagaan tinggi https://sabahmedia.com/2024/06/18/keputusan-mahkamah-rayuan-artikel-112c-112d-perlembagaan-persekutuan-berkepentingan-perlembagaan-tinggi/ https://sabahmedia.com/2024/06/18/keputusan-mahkamah-rayuan-artikel-112c-112d-perlembagaan-persekutuan-berkepentingan-perlembagaan-tinggi/#respond Tue, 18 Jun 2024 12:33:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56204
Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Penasihat Undang-Undang kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Brenndon Keith Soh berkata, pihaknya memuji keputusan pihak Mahkamah Rayuan (COA) pada hari ini dalam mengekalkan kedudukan pihak Mahkamah Tinggi yang memberikan kebenaran kepada Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) untuk meneruskan perbicaraan substantif permohonan semakan kehakiman mereka berkenaan dengan Geran Pemberian Khas 40% yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Pihak Mahkamah Rayuan dalam menolak rayuan oleh pihak Jabatan Peguam Negara Persekutuan (FAGC) telah tidak bersetuju dengan kenyataan daripada pihak mereka bahawa SLS tidak mempunyai “locus standi” atau bahawa perkara itu adalah “non-justiciable”.

“Tiada sebarang kos yang dikeluarkan oleh pihak Mahkamah Rayuan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Brenndon, adalah penting untuk merekodkan bahawa sebelum menyampaikan keputusan itu.

“Pihak Kerajaan Negeri Sabah (yang diwakili oleh Peguam Besar Negeri Sabah dan saya sendiri) telah diminta dan telah pun mengesahkan pendiriannya secara lisan iaitu isu perlembagaan yang penting ini harus diselesaikan sepenuhnya berdasarkan merit dalam perbicaraan substantif permohonan oleh SLS di Mahkamah Tinggi.

“Sebagai tambahan, kami juga telah mengesahkan bahawa kami telah menarik balik penyerahan awal (earlier submission) yang dibuat pada 16 Mei 2024.

“Oleh itu, pihak kami tidak menyokong rayuan yang dibuat oleh pihak Jabatan Peguam Negara Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi untuk memberikan kebenaran kepada SLS.

“Selain itu, Kerajaan Negeri Sabah akan didengar sebagai pihak dalam prosiding di Mahkamah Tinggi.

“Seperti yang telah dinyatakan oleh pihak Mahkamah Rayuan, ini merupakan kepentingan perlembagaan yang tinggi (High Constitutional Importance) dan adalah wajar untuk ditafsir secara kehakiman dan ditetapkan sebagai perkara kepentingan awam (public interest),” ujarnya.

Tambah beliau lagi, dalam masa yang sama dan secara berasingan, sesi perundingan diantara Kerajaan Negeri Sabah dengan Kerajaan Persekutuan adalah dijangka berterusan mengenai dengan Pemberian Khas Hasil Bersih 40% di bawah Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan seperti yang telah dipersetujui mengikut “interim arrangement“ diantara kerajaan masing-masing.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/18/keputusan-mahkamah-rayuan-artikel-112c-112d-perlembagaan-persekutuan-berkepentingan-perlembagaan-tinggi/feed/ 0 56204
GRS terus perjuang pelaksanaan hak, kepentingan Sabah dalam perlembagaan persekutuan dan MA63 https://sabahmedia.com/2023/01/29/grs-terus-perjuang-pelaksanaan-hak-kepentingan-sabah-dalam-perlembagaan-persekutuan-dan-ma63/ https://sabahmedia.com/2023/01/29/grs-terus-perjuang-pelaksanaan-hak-kepentingan-sabah-dalam-perlembagaan-persekutuan-dan-ma63/#respond Sun, 29 Jan 2023 07:45:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28699
Read Time:2 Minute, 40 Second

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan terus perjuangkan, bukan sekadar pelaksanaan keseluruhan hak dan kepentingan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, malah yang hadir dan terjamin bersama Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, ini penting kerana kita perlu membina pemahaman dan membentuk penerimaan para penggubal dan pelaksana dasar di peringkat persekutuan mengenai MA63.

Justeru itu katanya, semasa Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian MA63 (MTPMA63) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri di Kuching, Sarawak pada 20 Januari 2023 lalu, beliau bertegas membawa beberapa isu untuk dibincang.

“Isu seperti rundingan susulan berkaitan formula dan semakan Pemberian Khas serta tuntutan 40% dibawah Perkara 112.D dapat disegerakan.

“Juga Hak Negeri Atas Pelantar Benua dan Akta Laut Wilayah 2012 yang Kerajaan Negeri tetap dengan pendirian untuk menolak, yang membatas sempadan Sabah kepada 3 batu Nautika”, katanya.

Beliau yang juga Pengerusi GRS berkata demikian pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Parti Maju Sabah (SAPP) Ke-29 di Dewan Hakka, hari ini.

Hajiji berkata, banyak lagi yang boleh dicapai andai kita mempunyai hala tuju yang sama dan bersatu dalam usaha kita.

“Tujuan utama kita dan teras perjuangan telah meletakkan hak serta kepentingan Sabah sebagai keutamaan perjuangan, dan melonjakkan status Sabah pada kedudukan teratas dalam pelbagai aspek pembangunan.

“Teras Sabah Diutamakan menjadi pegangan kita dalam menyusul dengan teliti setiap perkara dalam siri perundingan yang sedang rancak berjalan di bawah MA63”, tegasnya.

Hajiji berkata, GRS yang lahir hasil permuafakatan parti-parti politik, atas tekad menghormati mandat rakyat, akan meneruskan komitmen melaksanakan Agenda Sayangi Sabah yang termaktub dalam Aku Janji GRS.

Katanya, pelaksanaan agenda Sayangi Sabah akan terus diperkukuhkan melalui empat teras perjuangan GRS yang meliputi –Sabah First (Sabah Diutamakan), Sabah Forward (Sabah Melangkah ke Hadapan), Sabah Prosper (Sabah Maju Jaya) dan Sabah United (Sabah yang Bersatu).

Menurutnya, beberapa kejayaan sudah kita capai termasuk yang terbaharu ialah penyerahan kuasa kawal selia gas oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri.

“Ini termasuk penyerahkan kuasa meluluskan projek-projek bernilai bawah RM50 juta peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Sabah dan Sarawak, manakala banyak lagi hak-hak Sabah yang sedang kita perjuangkan ketika ini”, tambahnya.

Hajiji yakin, pendekatan baharu Malaysia Madani sebagai kerangka dasar bagi memartabatkan semula negara sebagai negara makmur berupaya menangani isu-isu legasi yang melingkari hubungan negeri dan persekutuan.

“Kita yakin dan percaya, sebagai salah satu komponen penting negara, matlamat membina Sabah yang lebih maju dan berjaya perlu diangkat sebagai salah satu agenda nasional demi menjamin kemakmuran dan kelestarian Persekutuan Malaysia.

“Saya berasa gembira apabila dalam beberapa pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau memberi jaminan untuk meneliti semua isu-isu ini untuk mencari penyelesaian segera”, tegasnya.

Hajiji berkata, sejarah panjang politik Sabah sewajarnya membawa teladan dan menginsafkan semua untuk bangkit memperbaiki keadaan dengan strategi baharu.

“Marilah kita mengamalkan politik pembangunan yang lebih bermakna dan mempunyai nilai demi membina solidariti dan kesatuan rakyat. Prinsip ini mengajak kita mencari titik persamaan untuk permuafakatan yang menyatukan, bukan perbezaan dan persaingan yang memecahkan”, tambahnya.

Sehubungan itu beliau meminta semua barisan pimpinan SAPP dan GRS agar terus bersama, sehati merintis dan membina landasan perpaduan.

“Kita kuat apabila kita bersatu dan saya yakin kita Boleh! Permuafakatan ini amat bermakna untuk membina kesatuan dan kekuatan dalam memastikan kepentingan Sabah terus terbela dalam Persekutuan Malaysia”, ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/29/grs-terus-perjuang-pelaksanaan-hak-kepentingan-sabah-dalam-perlembagaan-persekutuan-dan-ma63/feed/ 0 28699
Utamakan pelaksanaaan Perkara 112C & 112D Perlembagaan Persekutuan untuk majukan Sabah – Anifah https://sabahmedia.com/2022/12/17/utamakan-pelaksanaaan-perkara-112c-112d-perlembagaan-persekutuan-untuk-majukan-sabah-anifah/ https://sabahmedia.com/2022/12/17/utamakan-pelaksanaaan-perkara-112c-112d-perlembagaan-persekutuan-untuk-majukan-sabah-anifah/#respond Sat, 17 Dec 2022 10:02:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=26469
Read Time:56 Second

KOTA KINABALU: Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Datuk Seri Anifah Aman hari ini menggesa kedua-dua Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah mengutamakan pelaksanaan Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, di bawah Perkara 112C dan 112D, Sabah berhak mendapat 40 peratus pemberian daripada semua hasil yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan daripada Sabah.

“Dalam penyerahan memorandum kepada Kerajaan Persekutuan hari ini, PCS mengingatkan kerajaan bahawa Perkara 112C dan Perkara 112D adalah sebahagian daripada jaminan perlembagaan yang diberikan kepada Sabah untuk membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Tanpa jaminan tersebut, Sabah tidak akan bersetuju,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Menurut Anifah, Kerajaan Persekutuan tidak membayar kelayakan 40 peratus pemberian hasil Sabah tersebut kepada Sabah sejak 1973, sekali gus menafikan dana yang amat diperlukan oleh Negeri Sabah untuk membangunkan negeri ini.

“Tambahan pula, kerajaan gagal mengadakan kajian semula pemberian yang dipersetujui sejak 1974 dengan Kerajaan Negeri yang melanggar Perlembagaan.

“Justeru, dengan jaminan Perdana Menteri YAB Dato Seri Anwar Ibrahim bahawa Kerajaan Persekutuan akan menghormati dan melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963, semua isu berkaitan MA63 harus diselesaikan menjelang 2023 untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada perpaduan dan kemajuan,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/17/utamakan-pelaksanaaan-perkara-112c-112d-perlembagaan-persekutuan-untuk-majukan-sabah-anifah/feed/ 0 26469