Perlembagaan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 15 Dec 2021 05:14:00 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Perlembagaan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pindaan Perlembagaan Persekutuan Membuka Jalan Kepada Pemulihan Penuh MA63 – Hajiji https://sabahmedia.com/2021/12/15/pindaan-perlembagaan-persekutuan-membuka-jalan-kepada-pemulihan-penuh-ma63-hajiji/ https://sabahmedia.com/2021/12/15/pindaan-perlembagaan-persekutuan-membuka-jalan-kepada-pemulihan-penuh-ma63-hajiji/#respond Wed, 15 Dec 2021 04:03:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9895
Read Time:58 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan kelulusan Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan Persekutuan 2021 adalah penting dan ia akan membuka jalan kepada pemulihan sepenuhnya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), “Ia adalah detik penting dalam sejarah negara kita, terutama sekali apabila ia diluluskan sebulat suara oleh Parlimen.

“Kami sentiasa mempertahankan hal ini dan Majlis Khas MA63 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri telah sedia menerima permintaan yang dikemukakan oleh Sabah dan Sarawak,” katanya sambil menambah bahawa dengan asas-asas MA63 dilaksanakan, langkah-langkah kini boleh diambil untuk bergerak lebih jauh ke hadapan dalam memulihkan hak Sabah dalam Persekutuan Malaysia.

Hajiji mengulangi bahawa Majlis Khas MA63 adalah penting kerana ia adalah manifestasi kerajaan hari ini untuk duduk bersama dan menyelesaikan isu berkaitan sebagai satu Keluarga Malaysia.

Beliau memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri Sabah tidak akan berhenti setakat ini, sebaliknya akan meneruskan hak negeri seperti yang dipersetujui melalui Majlis Khas MA63.

Pada Selasa, Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan Persekutuan 2021 yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah diluluskan sebulat suara oleh Ahli Parlimen melalui pengundian pada bacaan akhir kali kedua dan ketiga.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/15/pindaan-perlembagaan-persekutuan-membuka-jalan-kepada-pemulihan-penuh-ma63-hajiji/feed/ 0 9895
Dewan Rakyat Lulus Pindaan Perlembagaan Persekutuan Berkaitan MA63 https://sabahmedia.com/2021/12/15/dewan-rakyat-lulus-pindaan-perlembagaan-persekutuan-berkaitan-ma63/ https://sabahmedia.com/2021/12/15/dewan-rakyat-lulus-pindaan-perlembagaan-persekutuan-berkaitan-ma63/#respond Wed, 15 Dec 2021 01:14:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9892
Read Time:2 Minute, 28 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini mencatat sejarah apabila Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diluluskan dengan majoriti lebih dua pertiga.

Rang undang-undang itu memperoleh sokongan 200 Ahli Parlimen pada bacaan kali kedua dan 199 undi menyokong ketika belah bahagian pada bacaan kali ketiga, sekali gus lebih dua pertiga persetujuan ahli Dewan Rakyat.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun memaklumkan undi belah bahagian dijalankan berikutan peruntukan 159 Perlembagaan Persekutuan menetapkan pindaan rang undang-undang itu pada bacaan kali kedua dan ketiga memerlukan undi tidak kurang dua pertiga daripada jumlah bilangan Ahli Parlimen.

Beliau berkata tiada yang tidak menyokong rang undang-undang itu selepas dua kali undi belah bahagian dilakukan.

Seramai 20 Ahli Parlimen tidak hadir pada undian bacaan kali kedua, manakala 21 tidak hadir pada bacaan kali ketiga.

Ketika membentangkan rang undang-undang itu untuk bacaan kali kedua hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pindaan Perlembagaan Persekutuan itu dibuat bagi mengukuhkan kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.

Sementara itu, Wan Junaidi ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu berkata isu Sabah dan Sarawak terutamanya berhubung keperluan asas seperti pendidikan, kesihatan dan infrastruktur asas sentiasa menjadi agenda utama kerajaan.

Beliau berkata perkara berkenaan sedang diteliti jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 dengan melibatkan isu seperti keselamatan negeri, sosioekonomi merangkumi penambahbaikan infrastruktur asas, pendidikan, kesihatan, infrastruktur digital serta perundangan.

Menjawab persoalan mengapa pindaan kepada Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan yang dibawa kerajaan Pakatan Harapan tidak mendapat sokongan majoriti dua pertiga pada 2019, Wan Junaidi berkata ia kerana tempoh yang singkat untuk Ahli Parlimen membentangkan cadangan mereka.

“Bantahan kita adalah supaya pindaan itu juga meminda Perkara 160 tetapi masalahnya ketika itu naskah biru dibentangkan di Dewan ini, kita ada hanya 10 hari sahaja sebelum bacaan kali kedua, jadi kita tidak berupaya membentangkan pindaan kita sendiri yang memerlukan 14 hari notis,” katanya.

Seramai 28 Ahli Parlimen terutamanya dari Sabah dan Sarawak mengambil bahagian pada sesi perbahasan rang undang-undang itu.

Menurut rang undang-undang itu, Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan dicadang dipinda dengan menggantikan Fasal (2) kepada Negeri-Negeri Persekutuan terdiri daripada:

(a) Negeri-negeri Tanah Melayu iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu; dan

(b) Negeri-Negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.

Pindaan juga dicadang pada Fasal 2 Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan takrif Hari Malaysia dan menggantikan takrif Persekutuan selaras semangat Perjanjian Malaysia bertarikh 9 Julai 1963 dan menurut perjanjian berhubung pemisahan Singapura daripada Malaysia sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat bertarikh 7 Ogos 1965.

Selain itu, rang undang-undang itu juga bertujuan meminda Perkara 161A Perlembagaan Persekutuan dengan menggantikan perenggan (a) Fasal 6 iaitu “berhubung dengan Sarawak, seseorang yang merupakan warganegara dan yang tergolong dalam salah satu daripada ras yang dinyatakan dalam undang-undang Negeri sebagai ras asli bagi Negeri itu” serta memotong Fasal 7. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/15/dewan-rakyat-lulus-pindaan-perlembagaan-persekutuan-berkaitan-ma63/feed/ 0 9892
PM Baharu Mesti Mengutamakan MA63, Hak Perlembagaan Sabah Disamping Pandemik COVID-19 https://sabahmedia.com/2021/08/17/pm-baharu-mesti-mengutamakan-ma63-hak-perlembagaan-sabah-disamping-pandemik-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/08/17/pm-baharu-mesti-mengutamakan-ma63-hak-perlembagaan-sabah-disamping-pandemik-covid-19/#respond Tue, 17 Aug 2021 13:09:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4801
Read Time:46 Second

KOTA KINABALU: Perdana Menteri yang baharu dan kabinetnya harus mengutamakan pemulihan hak perlembagaan Sabah dan Sarawak, serta memenuhi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, sebagai parti tempatan yang memperjuangkan hak-hak Sabah, STAR berharap Perdana Menteri (PM) baharu akan mengikuti jejak PM terdahulu Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang secara terbuka bersimpati dengan Perjuangan Sabah dan Sarawak.

“Sebaik-baiknya, semua parti tempatan di Sabah dan Sarawak harus bekerjasama menjadi satu. Ini adalah peluang kita untuk menyatukan suara politik kita dan membebaskan diri daripada bergantung kewangan dan politik kepada kerajaan persekutuan, ”katanya.

Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri, juga kecewa dengan pergolakan politik yang sedang berlaku di Tanah Melayu.

“Sangat tidak wajar dan tidak bertanggungjawab untuk bermain politik pada saat kita harus melakukan segala yang mungkin untuk meringankan penderitaan rakyat dan meningkatkan ekonomi.

“Malangnya, semuanya sudah berlaku. Saya mengharapkan hasil terbaik bagi Sabah dan Sarawak, ”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/17/pm-baharu-mesti-mengutamakan-ma63-hak-perlembagaan-sabah-disamping-pandemik-covid-19/feed/ 0 4801