Perlindungan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 14 Jul 2026 09:53:49 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Perlindungan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pematuhan Akta 709 perlu jadi budaya kerja sektor kesihatan https://sabahmedia.com/2026/07/14/pematuhan-akta-709-perlu-jadi-budaya-kerja-sektor-kesihatan/ https://sabahmedia.com/2026/07/14/pematuhan-akta-709-perlu-jadi-budaya-kerja-sektor-kesihatan/#respond Tue, 14 Jul 2026 09:53:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99864
Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Semua organisasi dalam sektor Kesihatan diseru agar memperkukuh tadbir urus data peribadi dengan menjadikan pematuhan kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) sebagai sebahagian daripada budaya kerja.

Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi Shariffah Rashidah Syed Othman berkata, Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) merupakan pihak berkuasa yang mengawal selia pemprosesan data peribadi di Malaysia selain bertanggungjawab dalam aspek pemantauan dan penguatkuasaan.

Menurutnya, JPDP turut memainkan peranan dalam pendidikan, advokasi, bimbingan serta libat urus berterusan bersama pengawal data.

Katanya, pendekatan libat urus seperti PDPA Connect amat penting kerana pematuhan kepada Akta 709 memerlukan kefahaman yang jelas serta pelaksanaan yang praktikal di peringkat organisasi.

“Pengawal data perlu memahami tanggungjawab mereka dalam mengumpul, memproses, menyimpan, menzahirkan dan melindungi data peribadi.

“Dalam sektor kesihatan, tanggungjawab ini menjadi lebih kritikal kerana data yang diproses lazimnya melibatkan maklumat kesihatan dan perihal peribadi seseorang individu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program PDPA Connect Sabah 2026: Towards a Smart and Safe Healthcare Data Ecosystem yang berlangsung di Dewan Bankuasi, Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini, pada Selasa.

Shariffah berkata, perkembangan pesat teknologi dan pendigitalan perkhidmatan kesihatan telah menjadikan ekosistem data kesihatan semakin kompleks apabila perkhidmatan kini bergantung kepada sistem digital dan perkongsian data yang melibatkan pelbagai pihak.

Sehubungan itu, katanya, organisasi perlu memperkukuh tadbir urus data bagi memastikan pengurusan maklumat dilaksanakan secara selamat, telus dan berakauntabiliti.

Menurutnya, isu keselamatan maklumat, penyimpanan data, perkongsian data serta kesiapsiagaan menghadapi insiden pelanggaran data peribadi perlu diberi perhatian serius oleh setiap pengawal data.

Program itu turut menyediakan pelbagai sesi perkongsian termasuk Regulatory Keynote yang menyentuh aspek kepercayaan, perlindungan data peribadi dan akauntabiliti kawal selia dalam sektor kesihatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/14/pematuhan-akta-709-perlu-jadi-budaya-kerja-sektor-kesihatan/feed/ 0 99864
Individu Yang Layak Digalakkan Ambil Dos Penggalak Bertujuan Memberi Perlindungan Kesihatan – Shahelmey https://sabahmedia.com/2022/04/01/individu-yang-layak-digalakkan-ambil-dos-penggalak-bertujuan-memberi-perlindungan-kesihatan-shahelmey/ https://sabahmedia.com/2022/04/01/individu-yang-layak-digalakkan-ambil-dos-penggalak-bertujuan-memberi-perlindungan-kesihatan-shahelmey/#respond Fri, 01 Apr 2022 10:21:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13761
Read Time:1 Minute, 26 Second

PUTATAN: Orang ramai atau individu yang layak digalakkan mengambil suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 bertujuan memberi perlindungan kesihatan tertinggi dikalangan rakyat di negara ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, setakat ini tidak ada kesesakan mana-mana pusat penerimaan vaksin di Sabah untuk mengambil dos penggalak, namun bagi mereka yang hanya mendapat dua dos vaksin COVID-19 jenis Sinovac dan yang berumur 60 tahun ke atas, status mereka adalah tidak lengkap divaksin tertera di aplikasi MySejahtera, bagaimanapun tidak ada penalti atau sebagainya dikenakan.

“kita menggalakkan mereka untuk mendapatkan dos penggalak bertujuan untuk menjaga kesihatan mereka kerana kita dapat makluman dan kajian daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahawa bagi dos vaksin COVID-19 jenis Sinovac selepas beberapa bulan, tempoh ketahanan badan akan berkurang.

“Oleh yang demikian, kita menggalakkan mereka untuk mendapatkan dos penggalak bukannya untuk menafikan hak mereka bergerak tetapi untuk menjaga kesihatan mereka,” jelas Shahelmey semasa ditemubual pemberita selepas melancarkan program Kempen Bersih Putatan di perkarangan Pejabat Daerah Putatan pada Jumaat.

Ini adalah berikutan kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, lebih dua juta penerima vaksin Sinovac bakal kehilangan status vaksinasi lengkap menjelang 1 April ini kerana masih belum menerima dos penggalak.

Namun menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (KKM) KKM menerusi hantaran di Facebook pada Isnin, memaklumkan bahawa status digital vaksinasi hanya akan bertukar tidak lengkap di aplikasi MySejahtera bagi penerima vaksin primer Sinovac yang belum mendapatkan suntikan dos penggalak.

“Untuk makluman, status vaksinasi COVID-19 kepada semua penerima vaksin Sinovac berusia 18 tahun dan ke atas dan penerima semua jenis vaksin dos primer berusia 60 tahun ke atas yang masih belum mendapatkan dos penggalak hanya akan bertukar menjadi tidak lengkap.

“Ia bukan dihilangkan seperti yang dinyatakan dalam mesej tersebut,” kata kenyataan itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/01/individu-yang-layak-digalakkan-ambil-dos-penggalak-bertujuan-memberi-perlindungan-kesihatan-shahelmey/feed/ 0 13761
Perlindungan PERKESO Perlu Diambil Serius Semua Pihak https://sabahmedia.com/2021/10/01/perlindungan-perkeso-perlu-diambil-serius-semua-pihak/ https://sabahmedia.com/2021/10/01/perlindungan-perkeso-perlu-diambil-serius-semua-pihak/#respond Fri, 01 Oct 2021 11:59:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7085
Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU: Keselamatan dan kebajikan sosial pekerja perlu diambil serius oleh semua pihak.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Ir. Shahelmey Yahya meminta agar semua pihak untuk bersama memainkan peranan dalam memastikan semua individu mendapat perlindungan pekerjaan.

Jelasnya, ini termasuk mereka yang berkerja sendiri dan berniaga secara atas talian.

“Dalam kita mengharungi pandemik Covid- 19 ini banyak kejadian-kejadian atau isu-isu yang melibatkan pekerja telah terjadi.

“Pada zaman teknologi digital ini kita mempunyai lebih ramai pekerja-pekerja yang berkerja sendiri dan saya difahamkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mempunyai skim perlindungan untuk mereka yang bekerja sendiri dan mereka yang berniaga secara ‘online’.

“Bersama-sama berusaha untuk menyedarkan majikan dan juga pekerja agar tidak memandang rendah dan terus menyertai program perlindungan yang diadakan oleh PERKESO ini” katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun PERKESO di Wisma Perkeso pagi tadi.

Menurut Shahelmey, sejajar dengan jangkaan Malaysia ke arah Negara Warga Tua menjelang 2030, skim-skim faedah berkenaan warga emas perlu dipertimbangkan.

Katanya, skim-skim kebajikan ataupun perlindungan dan keselamatan sosial bagi warga emas perlu dilihat atau disediakan bermula dari sekarang bagi kita menghadapi tahun 2030 dan seterusnya nanti.

Sementara itu, selepas merasmikan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun PERKESO, Shahelmey bersama Pengarah PERKESO Negeri Sabah Dr. Mohd Ali Hindia ke Putatan untuk menziarahi beberapa pencarum PERKESO yang merupakan penerima faedah skim keilatan akibat daripada kemalangan dan sakit.

Penerima faedah mendapat pencen bulanan seumur hidup dan faedah pemulihan bulanan seperti susu, lampin pakai buang, kerusi roda dan keperluan-keperluan lain yang disarankan oleh pegawai perubatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/01/perlindungan-perkeso-perlu-diambil-serius-semua-pihak/feed/ 0 7085