perlu agihan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 09 Apr 2023 06:56:22 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png perlu agihan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah perlu agihan peruntukan pembangunan kesihatan lebih besar https://sabahmedia.com/2023/04/09/sabah-perlu-agihan-peruntukan-pembangunan-kesihatan-lebih-besar/ https://sabahmedia.com/2023/04/09/sabah-perlu-agihan-peruntukan-pembangunan-kesihatan-lebih-besar/#respond Sun, 09 Apr 2023 06:55:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32431
Read Time:42 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Zaliha Mustafa di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya, disini hari ini.

Hajiji diberi taklimat program dan projek pembangunan kesihatan yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan di Sabah.

Dalam pada itu, Hajiji mahu Menteri Kesihatan memberi keutamaan kepada Sabah dari segi agihan peruntukan pembangunan dan menaiktaraf fasiliti kesihatan di Sabah.

Katanya, Sabah merupakan antara negeri yang mempunyai jumlah hospital dan klinik kesihatan yang terbanyak di negara ini, dan kebanyakannya dalam keadaan usang dan daif.

“Justeru, Sabah amat memerlukan agihan peruntukan pembangunan yang saksama
dan lebih besar berbanding negeri-negeri lain, termasuk untuk pembinaan baharu dan
menaik taraf infrastruktur dan fasiliti kesihatan sedia ada di negeri ini”, tegasnya.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Norhayati Rusli dan
Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Rose Nani Mudin.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/09/sabah-perlu-agihan-peruntukan-pembangunan-kesihatan-lebih-besar/feed/ 0 32431