Perluasan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 06 Jul 2021 12:01:40 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Perluasan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kes Positif Meningkat, Perluasan PKPD di Perkampungan Pulau Gaya https://sabahmedia.com/2021/07/06/kes-positif-meningkat-perluasan-pkpd-di-perkampungan-pulau-gaya/ https://sabahmedia.com/2021/07/06/kes-positif-meningkat-perluasan-pkpd-di-perkampungan-pulau-gaya/#respond Tue, 06 Jul 2021 12:01:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2633
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Pondo, Pulau Gaya yang dilaksanakan pada 30 Jun lalu kini diperluaskan ke beberapa buah Kampung sekitarnya.

Antara Kampung yang terlibat Kampung Kasuapan, Kampung Lok Urai dan Kampung Pulau Gaya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, perluasan Lokaliti PKPD Perkampungan Pulau Gaya, Kota Kinabalu berikutan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi semasa kes COVID-19 di perkampungan terbabit bahawa terdapat peningkatan kes yang ketara di mana 215 kes positif telah direkodkan hasil dari 1,339 ujian saringan yang dilakukan dengan 25 sampel saringan masih menunggu keputusan.

Kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri, setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Perkampungan Pulau Gaya, Kota Kinabalu, berkuat kuasa 8 Julai sehingga 21Julai 2021.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk menyekat pergerakan keluar dan masuk ke lokaliti ini sekaligus mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 keluar dari lokaliti tersebut,”jelasnya.

Turut dikenakan PKPD 14 hari bermula khamis ini iaitu Kampung Sri Menanti, Tawau, Sabah.

“KKM melaporkan terdapat peningkatan kes yang ketara di lokaliti ini di mana 15 kes positif telah direkodkan hasil dari 36 ujian saringan yang dilakukan dengan kadar positiviti 41.67%,” tambah Masidi.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/06/kes-positif-meningkat-perluasan-pkpd-di-perkampungan-pulau-gaya/feed/ 0 2633