perlukan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 17 Oct 2023 08:15:33 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png perlukan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Rakyat Kinabatangan perlukan unit PPR – Johainizam https://sabahmedia.com/2023/10/17/rakyat-kinabatangan-perlukan-unit-ppr-johainizam/ https://sabahmedia.com/2023/10/17/rakyat-kinabatangan-perlukan-unit-ppr-johainizam/#respond Tue, 17 Oct 2023 08:15:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43762
Read Time:2 Minute, 6 Second

KINABATANGAN: Rakyat Kinabatangan menyambut baik dan mengalu-alukan rancangan kerajaan untuk membina unit Program Perumahan Rakyat (PPR) di Kinabatangan, kata Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, Johainizam Johari.

Katanya, kawasan parlimen Kinabatangan amat memerlukan unit PPR bagi membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah kediaman.

Beliau berkata, keperluan PPR telah lama disuarakan oleh pemimpin di kawasan itu memandangkan Kinabatangan masih belum mempunyai sebarang Unit PPR.

“Rakyat Kinabatangan menyambut baik cadangan Kerajaan untuk membina unit PPR di Kinabatangan. Pembinaan unit PPR ini juga adalah selaras dengan Rancangan Pembangunan Kinabatangan yang direstui oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam bahawa bagi tahun ini kerajaan telah mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Persekutuan untuk membina unit PPR di Putatan, Kinabatangan dan Kuala Penyu.

Menurutnya, Majlis Daerah Kinabatangan sebelum ini sukar untuk meneruskan agenda pembangunan disebabkan tidak memiliki tanah sendiri. Namun atas usaha semua pihak dan jabatan, pada 13 Oktober 2023, Jabatan Tanah Ukur Kota Kinabalu, telah mengeluarkan surat tawaran (Offer Letter) untuk tujuan Tapak Perumahan kepada Majlis Daerah Kinabatangan seluas 92.70 ekar.

Katanya, tanah itu telah mula dipohon sejak tahun 2003 lagi dan kini telah pun lulus mengikut prosedur yang sedia ada.

“Kita berharap Kerajaan Persekutuan dibawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi kelulusan pembiayaan segera cadangan Kerajaan Negeri itu agar rakyat Kinabatangan juga mendapat kemudahan unit PPR itu,” tambahnya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Lamag berkata, banyak daerah di Sabah masih belum mempunyai unit PPR terutama di kawasan luar bandar.

Katanya, membina unit PPR merupakan satu keperluan yang mendesak memandangkan ramai rakyat di kawasan luar bandar tidak mampu membina dan memiliki rumah sendiri.

“Kita berharap Kerajaan Persekutuan akan menyalurkan lebih banyak peruntukan untuk membiayai pembinaan lebih banyak unit PPR di Sabah”, tegasnya.

Dr.Joachim pada 4 September 2023 lalu berkatq, tiga permohonan yang dikemukakan kepada kerajaan Persekutuan untuk membina unit PPR di tapak yang dikenal pasti di Putatan, Kinabatangan dan Kuala Penyu, hanya tapak di Kuala Penyu baru-baru ini diluluskan untuk 100 unit.

Sebenarnya, katanya kerajaan Negeri memohon 200 unit dibina di Kuala Penyu tetapi disebabkan kajian kebolehlaksanaan yang telah dijalankan, hanya 100 unit diluluskan.

Joachim berkata baru-baru ini beliau bertemu dengan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Persekutuan, yang telah membangkitkan beberapa isu mengenai pembangunan perumahan di Sabah dan menteri berkenaan berkata kajian kemungkinan perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum mendapatkan dana.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/17/rakyat-kinabatangan-perlukan-unit-ppr-johainizam/feed/ 0 43762
Malaysia Madani perlukan pengisian terbaik mengikut konteks tempatan – Hajiji https://sabahmedia.com/2023/02/14/malaysia-madani-perlukan-pengisian-terbaik-mengikut-konteks-tempatan-hajiji/ https://sabahmedia.com/2023/02/14/malaysia-madani-perlukan-pengisian-terbaik-mengikut-konteks-tempatan-hajiji/#respond Tue, 14 Feb 2023 07:39:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29555
Read Time:2 Minute, 45 Second

KOTA KINABALU: Konsep Malaysia Madani sebagai satu acuan besar nasional, perlu diterjemah dalam secara lebih spesifik dengan pengisian terbaik mengikut konteks tempatan, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata, gagasan Membangun Malaysia Madani amat bersesuaian dengan suasana dan keperluan di negeri Sabah, termasuk dalam lanskap serta ekosistem tempatan negeri ini.

“Kita mengakui bahawa konsep Malaysia Madani sememangnya sudah pun berciri menyeluruh dan inklusif. Namun begitu, kita perlu juga sedar bahawa Malaysia Madani adalah sebuah kerangka kebangsaan yang bersifat sejagat dan terbuka.

“Justeru, adalah penting proses “localisation”, atau menterjemah gagasan besar kebangsaan kepada konteks tempatan secara lebih spesifik. Sebagai satu acuan besar nasional, Malaysia Madani perlukan pengisian-pengisian terbaik yang lebih khusus sifatnya, mengikut konteks tempatan,” katanya ketika merasmikan Seminar Membangun Malaysia Madani di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Selasa.

Ketua Menteri berkata, Sabah mempunyai keunikan tersendiri dari segi sosiobudaya, sosioekonomi dan sosiopolitik, selain aspirasi lokal yang masih belum mendapat tempat yang cukup kukuh dalam citra kebangsaan.

“Justeru, kita sudah tentu mempunyai keperluan yang unik dalam kerangka nasional
Malaysia Madani. Kesedaran inilah yang perlu digarap dalam seminar ini, supaya hasilnya nanti mencerminkan semangat nasional Malaysia Madani yang ditunjangi dengan ciri lokal.

“Dalam bahasa mudah, kita perlu memetakan dengan tepat konsep Malaysia Madani kepada lanskap dan ekosistem negeri Sabah. Saya percaya, dalam mewujudkan sebuah negara yang benar-benar Madani, proses itu haruslah dipacu oleh prinsip keadilan sosial, pemerkasaan ekonomi serta budaya, yang memperjuangkan hak asasi manusia, kebebasan bersuara,” katanya.

Sebagai sebuah negeri di Malaysia yang mempunyai latar etnik, geografi dan sejarah
yang pelbagai, katanya Sabah boleh mengambil posisi di hadapan bagi menterjemah ciri-ciri Madani ini.

Dalam pada itu, Hajiji berkata kedua-dua gagasan Malaysia Madani dan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) berkongsi aspirasi serta impian yang sama iaitu ingin melihat
sebuah negara atau negeri yang berjaya dan maju dengan acuan kemanusiaan yang murni.

“Justeru, konsep Membangun Malaysia Madani ini bertepatan dengan pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri
selepas menerajui kerajaan pada September 2020.

“Sebagai contoh, antara inisiatif Hala Tuju Sabah Maju Jaya adalah untuk mengukuhkan sosioekonomi rakyat dan membuat agihan kemakmuran yang lebih inklusif. Bagi konsep Malaysia Madani pula, antara matlamatnya adalah untuk mengurangkan kemiskinan dan mencipta peluang pekerjaan yang lebih baik.

“Dengan menggabungkan kedua-dua inisiatif ini, kerajaan mempunyai pendekatan yang lebih komprehensif dalam meningkatkan kemajuan serta pembangunan negeri, yang sejajar dengan kerangka kebangsaan dan hasrat tempatan,” katanya.

Beliau yakin melalui hubungan erat dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan
dengan kerajaan negeri, kedua-dua inisiatif ini boleh memainkan peranan penting dalam memacu pembangunan ekonomi dan sosial yang inklusif kepada rakyat di negara ini.

Sementara itu, Hajiji berkata seminar Membangun Malaysia Madani adalah satu
pendekatan yang amat relevan untuk menjelaskan secara terperinci konsep ini kepada rakyat hingga ke peringkat akar umbi.

Pembabitan semua pihak juga terutama rakyat katanya, adalah penting bagi mengelakkan konsep Malaysia Madani menjadi sia-sia dan hanya tinggal slogan
kosong semata-mata.

“Oleh itu, saya menganggap program pada hari ini adalah satu daripada pendekatan
yang sangat relevan dan tepat pada masanya bagi menjelaskan konsep ini secara meluas serta terperinci kepada peringkat akar umbi.

“Ini adalah usaha murni untuk kita di peringkat kerajaan negeri, penjawat awam negeri dan Persekutuan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli-ahli politik dan masyarakat awam menghayati konsep Malaysia Madani yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/14/malaysia-madani-perlukan-pengisian-terbaik-mengikut-konteks-tempatan-hajiji/feed/ 0 29555