Permudah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 31 Jan 2026 09:23:27 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Permudah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Institusi kewangan digesa permudah pembiayaan perumahan rakyat Sabah – Fairuz https://sabahmedia.com/2026/01/31/bank-digesa-permudah-pinjaman-perumahan-rakyat-sabah-fairuz/ https://sabahmedia.com/2026/01/31/bank-digesa-permudah-pinjaman-perumahan-rakyat-sabah-fairuz/#respond Sat, 31 Jan 2026 08:53:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90747
Read Time:2 Minute, 47 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Institusi kewangan digesa supaya memperkemas serta mempermudah syarat pembiayaan perumahan bagi membantu lebih ramai rakyat Sabah memiliki kediaman sendiri, khususnya di kawasan bandar yang mempunyai akses kepada kemudahan asas dan peluang ekonomi.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah (KKTP), Datuk Fairuz Renddan berkata, walaupun banyak projek perumahan mampu milik dibangunkan, kekangan utama yang sering dihadapi pembeli adalah kelulusan pinjaman daripada institusi kewangan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Grand Meridian, sebuah projek kondominium bertingkat tinggi oleh Skye Vista Development Sdn. Bhd., di sini, hari ini.

Menurutnya, Kerajaan Negeri melalui KKTP sentiasa menyokong pemaju swasta yang berkeupayaan serta mempunyai rekod baik dalam menyiapkan projek perumahan mengikut spesifikasi dan garis masa ditetapkan.

“Daripada pihak kerajaan, kita sentiasa bersedia membantu dan mempermudahkan urusan yang diperlukan pemaju, sama ada berkaitan tanah, deposit premium (DP) dan perkara-perkara lain, selagi ia mematuhi peraturan dan memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Fairuz berkata, pembangunan perumahan juga selari dengan aspirasi Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ), yang antara lain memberi penekanan kepada kesejahteraan rakyat dan keperluan asas termasuk pemilikan rumah.

“Kita mahu, dalam tempoh pentadbiran ini, lebih ramai rakyat Sabah dapat memiliki rumah sendiri. Jika boleh, satu keluarga, satu rumah, khususnya di kawasan bandar.

“Kita faham ramai yang masih menyewa dan ada juga yang beranggapan mereka tidak mampu membeli rumah, sedangkan sebenarnya harga yang ditawarkan bagi projek seperti ini adalah berbaloi dengan lokasi serta kemudahan sekitarnya,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan isu kelulusan pinjaman perlu diberi perhatian serius kerana ia boleh menjejaskan kadar jualan walaupun rumah yang dibina adalah mampu milik.

“Kalau unit rumah banyak dibina tetapi pinjaman bank terlalu sukar diluluskan, akhirnya rumah tidak terjual dan ini tidak memberi manfaat kepada mana-mana pihak,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan lanjut dengan institusi kewangan dan agensi berkaitan bagi mencari mekanisme yang lebih fleksibel, khususnya mengambil kira situasi ekonomi dan corak pendapatan rakyat di Sabah yang berbeza berbanding negeri lain.

“Saya akan mencadangkan kepada menteri saya supaya kita mengadakan perbincangan semula dengan pihak bank dan agensi berkaitan pinjaman perumahan. Kita faham, di Sabah ini keadaannya agak berbeza berbanding di Kuala Lumpur, dan perkara itu perlu diambil kira,” katanya.

Fairuz berkata, melalui Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) di bawah KKTP, kerajaan negeri turut menyediakan skim pinjaman serta membina pelbagai projek rumah mampu milik, termasuk inisiatif di bawah SMJ.

Beliau menjelaskan konsep rumah mampu milik tidak semestinya tertumpu kepada harga rendah semata-mata, sebaliknya bergantung kepada kemampuan kewangan pembeli untuk mendapatkan kelulusan pinjaman.

“Rumah mampu milik ini bukan hanya soal harga murah. Rumah berharga RM600,000 juga boleh dianggap mampu milik sekiranya pembeli berkemampuan, lokasinya strategik berhampiran bandar dan kemudahan lengkap,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menggalakkan kerjasama lebih luas antara kerajaan negeri dan pemaju, termasuk pemaju swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), bagi membangunkan lebih banyak projek perumahan berkualiti selaras dengan agenda SMJ.

Terdahulu, Fairuz merakamkan penghargaan kepada Skye Vista Development Sdn. Bhd. atas jemputan merasmikan pelancaran Grand Meridian, yang disifatkan sebagai simbol keyakinan sektor swasta terhadap potensi pertumbuhan Kota Kinabalu.

Beliau berkata, Grand Meridian melibatkan pembangunan dua blok kondominium setinggi 32 tingkat dengan keseluruhan 535 unit kediaman, yang direka untuk memenuhi keperluan gaya hidup moden tanpa mengabaikan aspek keselesaan, keselamatan dan kelestarian.

Hadir sama, Pengarah Urusan Skye Vista Development Sdn. Bhd., Pong Vui Seng dan Pengurus Pemasaran dan Jualan, Clement Chu.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/31/bank-digesa-permudah-pinjaman-perumahan-rakyat-sabah-fairuz/feed/ 0 90747
PPV KPJ Permudah Pemberian Vaksin Covid-19 https://sabahmedia.com/2021/06/29/ppv-kpj-permudah-pemberian-vaksin-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/06/29/ppv-kpj-permudah-pemberian-vaksin-covid-19/#respond Tue, 29 Jun 2021 09:48:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2217
Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Covid-19 di KPJ Sabah Specialist Hospital mempermudahkan pemberian vaksin Covid-19 bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Pengurus Besar hospital itu, Mohamad Faizal Mohamed berkata, pihak KPJ menyambut baik rancangan kerajaan untuk memberikan suntikan vaksin kepada 268,000 orang dalam fasa dua PICK.

“Suntikan vaksin diberikan secara berperingkat di mana warga emas berumur 80 tahun ke atas menerima suntikan pada hari pertama pembukaan PPV kelmarin, dan bagi 60 tahun ke atas dijadualkan pada hari ini.

“Bagi hospital ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyediakan 100 dos vaksin jenis Pfizer setiap hari bagi penerima yang mendaftar melalui aplikasi MySejahtera.

“Namun, terdapat kemungkinan jumlah penerima akan ditingkatkan kepada 200 orang setiap hari, bergantung kepada vaksin yang dibekalkan oleh KKM,” katanya ketika ditemui media dalam Lawatan ke PPV KPJ di sini, pada Selasa.

Tambah beliau, vaksin yang diberikan adalah percuma dan KPJ turut mengambil inisiatif menghubungi penerima yang dijadualkan mengenai temu janji mereka.

“Namun begitu, mereka yang hadir secara ‘walk-in’ tidak akan diberikan suntikan kerana ia terhad kepada senarai yang diberikan KKM sahaja,” katanya lagi.

Untuk rekod, sebanyak 22 buah hospital KPJ dibuka sebagai PPV di seluruh Malaysia.

Turut hadir, Pengarah Kesihatan KPJ Sabah, Datuk Dr. Ajaz Nabijan dan Timbalan Pengarahnya, Dr. Lim Keok Tang. – Jabatan Penerangan Sabah

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/29/ppv-kpj-permudah-pemberian-vaksin-covid-19/feed/ 0 2217