Perobohan penempatan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 07 Jan 2025 01:16:29 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Perobohan penempatan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 DBKK roboh tiga rumah setinggan di Sembulan Tengah https://sabahmedia.com/2025/01/07/dbkk-roboh-tiga-rumah-setinggan-di-sembulan-tengah/ https://sabahmedia.com/2025/01/07/dbkk-roboh-tiga-rumah-setinggan-di-sembulan-tengah/#respond Tue, 07 Jan 2025 01:16:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66583
Read Time:1 Minute, 22 Second

Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berjaya merobohkan tiga buah rumah setinggan atas air di sekitar kawasan Sembulan Tengah dalam satu operasi perobohan bersepadu di sini semalam.

DBKK dalam satu kenyataan berkata, pemeriksaan mendapati rumah berkenaan strukturnya telah usang dan tidak selamat untuk didiami, selain tempoh pajakan tanah yang telah tamat dan rumah telah disewakan kepada warga asing.

“Pada operasi itu, DBKK telah mengenal pasti empat buah rumah yang mana strukturnya telah usang dan tidak selamat untuk didiami, selain tempoh pajakan tanah yang telah tamat dan rumah telah disewakan kepada warga asing.

“Bagaimanapun setakat ini DBKK telah merosakkan tiga buah rumah setinggan di kawasan berkenaan,” menurut kenyataan itu di sini.

Menurut kenyataan itu DBKK telah memaklumkan lebih awal kepada penyewa rumah-rumah usang tersebut sebelum tindakan perobohan dilaksanakan semalam.

Operasi yang bermula seawal jam 9 pagi itu dilaksanakan oleh 150 anggota dari pelbagai agensi Kerajaan.

Antaranya Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Jabatan Tanah dan Ukur (JTU), Sabah Electricity, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Tanjung Aru dan DBKK yang terdiri daripada Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya dan Jabatan Pengurusan Harta.

Sebanyak lima aset logistik telah digerakkan bagi membantu operasi perobohan ini yang melibatkan dua buah lori, dua buah van dan satu kenderaan pacuan empat roda.

Hadir sama bagi memastikan operasi berjalan dengan lancar dan mematuhi prosedur kerja yang ditetapkan adalah Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah.

Turut mengiringi beliau Ketua Pengarah DBKK Sr. Lifred Wong, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) DBKK Robert Lipan dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Luar Bandar dan Penguatkuasaan) DBKK Karim Rahim. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/07/dbkk-roboh-tiga-rumah-setinggan-di-sembulan-tengah/feed/ 0 66583
Perobohan penempatan atas air penduduk Kg Sembulan Tengah ditangguhkan – Shahelmey https://sabahmedia.com/2024/10/20/perobohan-penempatan-atas-air-penduduk-kg-sembulan-tengah-ditangguhkan-shahelmey/ https://sabahmedia.com/2024/10/20/perobohan-penempatan-atas-air-penduduk-kg-sembulan-tengah-ditangguhkan-shahelmey/#respond Sun, 20 Oct 2024 04:39:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62492
Read Time:2 Minute, 39 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menangguhkan perobohan penempatan atas air penduduk Kampung Sembulan Tengah yang terlibat dalam kawasan Skim Pembangunan Semula Bandar Sembulan.

Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, notis perobohan yang sepatutnya pada 1 November ini namun atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap beberapa isu yang dibangkitkan penduduk terlibat, perobohan itu ditangguhkan.

“Isu ini menjadi sedikit hangat apabila pada awal bulan atau pada bulan lepas pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah mengeluarkan notis perobohan dan perpindahan kepada unit-unit yang terlibat yang mana semua tempoh pajakannya telah pun tamat.

“Daripada kesan pengeluaran notis tersebut ada dua kali sesi perbincangan secara rasmi telah diadakan, pertama kali di Dewan Sembulan ini dan yang terkini pada 8 Oktober dibuat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu.

“Hasil daripada perbincangan yang telah dilakukan dan juga komunikasi berterusan saya bersama Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah, kita bersetuju bahawa notis perobohan yang pada mulanya dijadualkan pada 14 Oktober dan 1 November itu, kita tangguhkan. Jadi tidak ada perobohan dalam tempoh yang terdekat,” jelas Shahelmey ketika ditemui pemberita selepas melawat kawasan penempatan atas air Kg Sembulan di sini, hari ini.

Bagaimanapun Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan berkata, perobohan struktur yang uzur dan tidak selamat akan tetap dilaksanakan.

“Namun demikian pihak DBKK juga memaklumkan saya ada beberapa pemilik lot yang walaupun tempoh pajakan telah tamat mereka melihat bahawa beberapa struktur rumah di lot-lot mereka yang terlibat itu adalah dalam keadaan agak uzur yang mungkin boleh mengundang risiko keselamatan. Jadi mereka bersetuju untuk dirobohkan sekiranya perlu dirobohkan,” katanya.

Beliau turut memberitahu bahawa perobohan itu juga tidaklah dilaksanakan secara serta merta tetapi akan memaklumkan kepada penduduk terlibat terlebih dahulu.

“Jadi ini adalah satu tindakan yang akan dilakukan oleh pihak DBKK namun demikian sebagaimana yang telah kita berbincang perobohan bukan akan dilakukan secara serta-merta, secara mengejut secara tidak ada makluman tetapi jika ada keperluan untuk meroboh pihak DBKK akan memaklumkan penduduk kampung yang terlibat terhadap tindakan susulan yang akan mereka lakukan,” ujarnya.

Sehubungan dengan itu, Shahelmey berkata, mengenai pembangunan semula Sembulan itu, pelantikan pemaju belum dimuktamadkan.

“Isu berkenaan dengan pembangunan semula ini keputusan ataupun pelantikan pemaju belum lagi muktamad itu nanti akan dimuktamadkan oleh pihak DBKK.

“Selain itu, kita juga mendengar suara-suara daripada pemilik-pemilik lot yang terlibat, penduduk kampung yang terlibat yang mereka begitu khuatir sekiranya pembangunan semula Sembulan ini diteruskan maka mereka akan hilang tempat tinggal.

“Justeru itu, kerajaan kita adalah kerajaan yang prihatin terhadap isu rakyat, kita tidak akan membiarkan satu tindakan yang drastik yang menghalau ataupun membiarkan penduduk yang terlibat dalam pembangunan hilang tempat tinggal, jadi pihak kerajaan melalui DBKK dan beberapa agensi sedang memikirkan formula bagaimana apabila pembangunan semula sembulan ini akan digerakkan mereka yang terlibat akan mendapat penempatan yang berpatutan.

“Dalam hal ini saya berasa lega mendengar daripada penglibatan sesi dialog sama ada yang rasmi atau kunjungan-kunjungan mereka ke pejabat saya bahawa secara dasar penduduk Sembulan bersetuju untuk adanya pembangunan semula dengan syarat bahawa mereka dapat penempatan yang setimpal dan juga pampasan.

“Itu nanti akan kita rundingkan dengan antara pihak orang kampung yang terlibat pemilik tanah dan pihak DBKK dan juga pemaju yang terlibat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/20/perobohan-penempatan-atas-air-penduduk-kg-sembulan-tengah-ditangguhkan-shahelmey/feed/ 0 62492