Perpaduan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 16 Jun 2026 04:29:42 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Perpaduan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Penyebaran maklumat tidak tepat ancam perpaduan negara https://sabahmedia.com/2026/06/16/penyebaran-maklumat-tidak-tepat-ancam-perpaduan-negara/ https://sabahmedia.com/2026/06/16/penyebaran-maklumat-tidak-tepat-ancam-perpaduan-negara/#respond Tue, 16 Jun 2026 04:29:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98288
Read Time:1 Minute, 33 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Penyebaran maklumat tidak tepat, berita palsu, ucapan kebencian di media sosial serta provokasi berasaskan agama dan kaum merupakan antara cabaran utama yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat di Malaysia.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, cabaran tersebut semakin kompleks dalam dunia yang semakin terhubung melalui teknologi digital dan memerlukan pendekatan bijaksana bagi memastikan perpaduan negara terus dipelihara.

Beliau berkata, Malaysia merupakan sebuah negara yang sangat unik selain tidak banyak negara di dunia mempunyai kepelbagaian seperti yang negara miliki hari ini. 

“Kita terdiri daripada lebih

200 kumpulan etnik dan subetnik yang merangkumi Melayu, Cina, India, Orang Asli serta pelbagai etnik di Sabah dan Sarawak seperti Kadazan Dusun, Bajau, Murut, Iban, Bidayuh, Melanau dan banyak lagi.

“Dari sudut keagamaan pula, Malaysia menjadi rumah kepada penganut Islam, Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, Taoisme dan pelbagai kepercayaan lain yang hidup secara aman sejak sekian lama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Dialog Harmoni peringkat Kebangsaan 2026 di sini pada Selasa.

Aaron berkata, ini merupakan wajah sebenar Malaysia dimana kepelbagaian bukan kelemahan kerana ia adalah kekuatan yang menjadi asas kepada kestabilan dan kemajuan negara. 

Namun demikian katanya, kepelbagaian juga menuntut kebijaksanaan dalam pengurusan dan jika tidak diurus dengan baik, ia boleh menjadi punca salah faham dan perpecahan.

“Dalam dunia yang semakin terhubung melalui teknologi digital, cabaran terhadap keharmonian agama juga semakin kompleks. 

“Apa yang lebih membimbangkan ialah fenomena polarisasi sosial yang semakin ketara. Hari ini, ramai yang hanya bergaul dalam kelompok yang mempunyai latar belakang yang sama.

“Kita tinggal di kawasan berbeza, bersekolah dalam lingkungan tertentu, mengikuti kandungan media yang berbeza dan berinteraksi dalam ruang digital yang sering mengukuhkan pandangan sedia ada,” katanya.

Pada tahun ini Program Dialog Harmoni diadakan di enam buah lokasi iaitu Kedah (6 Jun), Sabah (16 Jun), Johor (20 Jun), Terengganu (27 Jun), Selangor (8 Julai) dan Sarawak (25 Julai). – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/16/penyebaran-maklumat-tidak-tepat-ancam-perpaduan-negara/feed/ 0 98288
Perpaduan rakyat Sabah perlu terus dipelihara – Julita https://sabahmedia.com/2026/05/10/perpaduan-rakyat-sabah-perlu-terus-dipelihara-julita/ https://sabahmedia.com/2026/05/10/perpaduan-rakyat-sabah-perlu-terus-dipelihara-julita/#respond Sun, 10 May 2026 07:59:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96442
Read Time:1 Minute, 36 Second

MATUNGGONG: Rakyat Sabah perlu terus menghargai dan memelihara keharmonian serta perpaduan yang dinikmati selama ini kerana tidak semua negara berbilang kaum mampu mengekalkan keadaan sedemikian.

Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Julita Majungki berkata, masyarakat Sabah mempunyai keistimewaan tersendiri kerana rakyatnya hidup dalam suasana saling menghormati walaupun terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan agama.

“Kita di Sabah biasanya memandang orang sebagai orang, sebagai saudara, bukan melihat kepada bangsanya. Itulah kelebihan kita yang perlu kita jaga,” katanya ketika merasmikan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kecil Matunggong, pada Sabtu.

Julita (tiga kanan) beramah mesra dengan rakyat yang hadir di sambutan pesta Kaamatan Matunggong pada Sabtu.

Menurut beliau, rakyat tidak boleh memandang ringan nilai perpaduan kerana terdapat negara lain yang pernah mengalami konflik dan pergolakan akibat perpecahan dalam masyarakat.

“Keamanan dan keharmonian yang kita kecapi di Sabah hari ini perlu terus dipelihara supaya negeri ini kekal stabil dan mampu berkembang dengan lebih baik pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata, keharmonian dan perpaduan yang kukuh dalam kalangan rakyat turut memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan politik negeri terus terpelihara, sekali gus membolehkan agenda pembangunan dan kebajikan rakyat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Kalau masyarakat kita terus bersatu dan hidup dalam keadaan harmoni, negeri juga akan kekal stabil dari segi politik. Bila keadaan stabil, kerajaan dapat memberi tumpuan kepada pembangunan dan keperluan rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata sambutan Pesta Kaamatan merupakan antara contoh terbaik bagaimana rakyat Sabah mampu meraikan kepelbagaian budaya dalam suasana aman dan harmoni.

Katanya, tema Kaamatan tahun ini, “Menuai Perpaduan, Merayakan Keharmonian”, amat bertepatan dengan identiti masyarakat Sabah yang hidup dalam keadaan saling menghormati dan menghargai antara satu sama lain.

“Kaamatan bukan sekadar perayaan kebudayaan, tetapi juga lambang perpaduan masyarakat Sabah yang hidup bersama dalam keadaan aman dan saling menghargai,” katanya.

Sementara itu, Pertandingan Unduk Ngadau Peringkat Daerah Kecil Matunggong 2026 menyaksikan Crizzelbellkah Lorris dinobatkan sebagai johan, diikuti Wiwielian Phang sebagai naib johan, manakala Ellyzzie Casey Epson meraih tempat ketiga.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/10/perpaduan-rakyat-sabah-perlu-terus-dipelihara-julita/feed/ 0 96442
Masidi ingatkan rakyat kekalkan perpaduan menjelang pilihan raya https://sabahmedia.com/2025/10/27/masidi-ingatkan-rakyat-kekalkan-perpaduan-menjelang-pilihan-raya/ https://sabahmedia.com/2025/10/27/masidi-ingatkan-rakyat-kekalkan-perpaduan-menjelang-pilihan-raya/#respond Mon, 27 Oct 2025 09:26:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84279
Read Time:2 Minute, 2 Second

RANAU: Rakyat di daerah ini diingatkan supaya terus menjaga persahabatan dan kekeluargaan, khususnya menjelang musim Pilihan Raya yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, rakyat perlu menghormati perbezaan fahaman politik masing-masing dan tidak membiarkan perbezaan itu memecah-belahkan perpaduan masyarakat setempat.

“Kita tidak boleh paksa orang untuk mengundi kita. Tapi satu perkara yang kita harus pegang ialah, jangan biarkan perbezaan politik mengakibatkan negara dan negeri kita berpecah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Ukhwah Madani Komuniti Kampung Liposu Baru anjuran Akademi Kenegaraan (AKM) Malaysia di bawah Pejabat Perdana Menteri, yang diadakan di sini baru-baru ini.

Masidi turut memuji kredibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas kehadiran para pemimpin dunia termasuk bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di Kuala Lumpur untuk menghadiri Persidangan ASEAN baru-baru ini.

“Bukan senang dapat mempelawa para pemimpin dunia hadir bersama dalam satu venue, apatah lagi di Malaysia. Ini menunjukkan bahawa para pemimpin dunia yakin dengan keupayaan negara kita mengekalkan keharmonian.

“Kita sudah berada di landasan yang cukup baik dan dikenali di seluruh dunia dengan reputasi yang positif. Justeru, kita harus kekalkan perpaduan dan jangan biarkan ia rosak kerana pilihan raya,” katanya.

Menurut beliau, Malaysia merupakan antara negara terbaik untuk didiami, manakala Sabah pula adalah negeri terbaik di Malaysia kerana rakyatnya memiliki sikap toleransi tinggi yang menjadi asas kepada perpaduan mantap.

Masidi turut menegaskan bahawa Sabah mempunyai pelbagai kelebihan tersendiri, termasuk Skim Insurans Kemalangan Percuma yang dinikmati oleh semua rakyat negeri ini.

Tambahnya, kerajaan negeri juga telah membelanjakan berbilion ringgit bagi menyediakan pelbagai bantuan pembelajaran kepada anak-anak Sabah.

“Insya-Allah, pada tahun hadapan kita akan memperkenalkan pengajian percuma kepada semua anak Sabah yang melanjutkan pengajian ke kolej-kolej milik Kerajaan Negeri.

“Kenapa kita lakukan semua ini? Kerana kita mampu, hasil kejayaan mengurus kewangan negeri dengan baik. Hari ini kita mempunyai simpanan sebanyak RM86 bilion, dan kita mampu menyediakan kemudahan kepada rakyat,” katanya.

Beliau menegaskan, semua pencapaian itu adalah hasil daripada kestabilan politik, yang tidak akan dapat dicapai sekiranya kerajaan sering bertukar setiap lima tahun.

Masidi turut memuji inisiatif AKM yang berjaya menganjurkan program itu dengan baik serta memilih Kampung Liposu Baru sebagai lokasi pelaksanaan.

Beliau berharap para peserta memperoleh manfaat daripada pengisian program tersebut yang bukan sahaja memberikan input berguna, malah mempererat silaturahim antara komuniti setempat.

Turut hadir, Ketua Pengarah AKM, Datuk Dr Roslan Hussein, Adun Dilantik, Datuk Amisah Yassin, para peserta, penduduk dan pemimpin kampung setempat.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/27/masidi-ingatkan-rakyat-kekalkan-perpaduan-menjelang-pilihan-raya/feed/ 0 84279
Perpaduan GRS-PH perlu diteruskan pada pilihan raya akan datang – Armizan https://sabahmedia.com/2024/02/18/perpaduan-grs-ph-perlu-diteruskan-pada-pilihan-raya-akan-datang-armizan/ https://sabahmedia.com/2024/02/18/perpaduan-grs-ph-perlu-diteruskan-pada-pilihan-raya-akan-datang-armizan/#respond Sun, 18 Feb 2024 04:29:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49680
Read Time:1 Minute, 45 Second

KOTA MARUDU: Ahli Parlimen daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Armizan Mohd Ali berpandangan perpaduan sedia ada antara GRS dengan Pakatan Harapan (PH) perlu diteruskan dalam pilihan raya akan datang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Papar berkata, walaupun kepimpinan tertinggi GRS belum membuat sebarang perbincangan mengenai formula kerjasama dalam pilihan raya akan datang namun beliau mempunyai pendiriannya sendiri.

Namun menurutnya, Sabah dan Sarawak mempunyai formula masing-masing di mana pada hakikatnya kerajaan negeri di Sabah pada hari ini adalah sebuah kerajaan Perpaduan dengan acuan sendiri yang melibatkan gabungan GRS-PH Plus.

Sehubungan itu, beliau berkata, tidak wajar timbul soal kerajaan negeri tidak ikut atau sebaliknya mengenai formula kerajaan Perpaduan di peringkat nasional.

“Pertama, Perjanjian Persefahaman (MoU) yang ditandatangani melalui Kerajaan Perpaduan Malaysia pada 16 Disember 2022 adalah untuk penubuhan kerajaan Persekutuan sahaja.

“Tidak ada dalam MoU tersebut yang berbicara tentang mana-mana kerajaan negeri, apatah lagi mewajibkan komposisi yang sama dibentuk di peringkat negeri,” katanya dalam ucapan sempena Majlis Pelancaran Jelajah Wanita GRS Zon 1A, di Dewan Komuniti Kota Marudu di sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu berkata, keduanya pula komposisi kerajaan Sabah hari ini iaitu GRS-PH Plus dibentuk selepas pembentukan kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

“Inilah formula kerajaan Perpaduan di Sabah, kerajaan GRS-PH Plus. Ia terbentuk pasca ‘kudeta’ yang gagal. Selain Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) GRS, semua ADUN PH dan beberapa ADUN daripada parti lain membuat keputusan supaya Datuk Seri Hajiji Noor kekal sebagai Ketua Menteri Sabah dan GRS amat menghargai sokongan dan kebersamaan mereka.

“Ketiga, pembentukan sesebuah kerajaan tidak seharusnya berdasarkan faktor ikut-ikutan atau paksaan, tetapi hasil muafakat dan saling kepercayaan.

“Sekiranya sesebuah parti tidak selesa bekerjasama dengan GRS dan dizahirkan dengan cubaan ‘kudeta’, tidak adil dan tidak wajar untuk memaksa mereka untuk memilih GRS hanya kerana faktor kewujudan kerajaan Perpaduan di peringkat nasional.

“Di pihak GRS, kita juga mahu mengelakkan risiko sejarah berulang. Tiba pilihan raya, kita mahu membentuk kerajaan yang stabil melalui permuafakatan. Bukan sahaja GRS perlu percaya kepada rakan kongsi, tetapi mereka juga perlu selesa dan yakin dengan kita,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/18/perpaduan-grs-ph-perlu-diteruskan-pada-pilihan-raya-akan-datang-armizan/feed/ 0 49680