Perpaduan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 13 Jun 2026 11:17:36 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Perpaduan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 RM5 juta geran padanan hidupkan semula 10 Memorial Negarawan termasuk Sabah https://sabahmedia.com/2026/06/13/rm5-juta-geran-padanan-hidupkan-semula-10-memorial-negarawan-termasuk-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/06/13/rm5-juta-geran-padanan-hidupkan-semula-10-memorial-negarawan-termasuk-sabah/#respond Sat, 13 Jun 2026 11:17:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98182
Read Time:1 Minute, 30 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Kerajaan menyediakan geran padanan berjumlah RM5 juta bagi menghidupkan semula 10 Memorial Negarawan sebagai usaha menghargai jasa serta sumbangan tokoh-tokoh yang membentuk sejarah negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif itu merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh semangat patriotisme dan perpaduan rakyat dengan mengenang kembali perjuangan pemimpin terdahulu.

Beliau berkata, pembangunan memorial berkenaan penting bagi memastikan generasi masa kini dan akan datang memahami sejarah pembentukan negara serta pengorbanan tokoh-tokoh yang terdahulu.

“Untuk Belanjawan 2027, saya telah menambah mengikut keperluan Kementerian ini iaitu menanam semangat patriotisme dan perpaduan rakyat yang dikelola oleh Arkib Negara Malaysia.

“Kita akan menyediakan geran padanan berjumlah RM5 juta bagi menghidupkan 10 Memorial Negarawan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Minggu Perpaduan Kebangsaan di Kompleks Sukan Kota Kinabalu (KSKK), di sini pada Sabtu.

Anwar berkata, antara memorial yang akan diberi perhatian termasuk tokoh-tokoh utama negara seperti Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Hussein Onn.

Katanya, usaha sama itu turut melibatkan pembangunan Memorial Negarawan di Sabah dan Sarawak bagi menghargai tokoh yang mempunyai jasa besar dalam pembentukan sejarah negeri serta negara.

“Saya cadangkan supaya dihidupkan juga memorial tokoh-tokoh lain termasuk di Sabah dan Sarawak untuk menghargai jasa serta pengorbanan pemimpin yang telah membentuk sejarah negara,” katanya.

Menurut beliau, penghayatan terhadap sejarah negara penting bagi membentuk rakyat yang mempunyai rasa cinta kepada negara serta memahami nilai perpaduan.

Katanya, semangat patriotisme tidak boleh dipisahkan daripada usaha memperkukuh perpaduan kerana negara yang stabil memerlukan rakyat yang memahami sejarah dan menghargai kepelbagaian.

Beliau berkata, generasi muda perlu diberi ruang untuk mengenali tokoh terdahulu serta memahami bagaimana negara dibina melalui kebijaksanaan, toleransi dan semangat kebersamaan.

“Inilah usaha untuk memastikan warisan sejarah negara terus hidup dan menjadi panduan kepada generasi akan datang,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/13/rm5-juta-geran-padanan-hidupkan-semula-10-memorial-negarawan-termasuk-sabah/feed/ 0 98182
Amalan kunjung-mengunjung perlu diteruskan perkukuh perpaduan – Jamawi https://sabahmedia.com/2025/12/26/amalan-kunjung-mengunjung-perlu-diteruskan-perkukuh-perpaduan-jamawi/ https://sabahmedia.com/2025/12/26/amalan-kunjung-mengunjung-perlu-diteruskan-perkukuh-perpaduan-jamawi/#respond Fri, 26 Dec 2025 03:41:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88845
Read Time:58 Second

TENOM: Amalan kunjung-mengunjung sempena musim perayaan perlu diteruskan kerana ia menjadi medium penting dalam mengukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Sabah.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar berkata demikian ketika menyantuni rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap sempena sambutan Krismas di sini, semalam.

Beliau yang turut ditemani isterinya, Datin Zainatunnisa Ibrahim, meluangkan masa mengunjungi beberapa kediaman penduduk sebagai tanda keprihatinan dan kebersamaan pemimpin bersama rakyat.

Jamawi (lima dari kanan) bersama isteri bergambar kenangan ketika mengunjungi Rumah Terbuka Krismas di Kampung Pulong, kelmarin.

Antara lokasi yang dikunjungi termasuk kediaman Ketua Daerah Melalap, OKK Tusib Tulas, selain beberapa rumah pemimpin dan penduduk tempatan.

Menurut Jamawi, budaya saling ziarah-menziarahi tanpa mengira latar belakang agama dan kaum perlu terus dipelihara kerana ia mencerminkan identiti unik Sabah yang kaya dengan nilai toleransi dan saling menghormati.

“Amalan ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim, malah mengukuhkan persefahaman serta semangat kekitaan dalam kalangan rakyat,” katanya ketika ditemui media.

Dalam pada itu, beliau turut mengajak seluruh rakyat DUN Melalap untuk memeriahkan Rumah Terbuka Krismas DUN Melalap yang akan diadakan pada 28 Disember ini bermula jam 11.30 pagi di Dewan Datuk Sanggau Jalang.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/26/amalan-kunjung-mengunjung-perlu-diteruskan-perkukuh-perpaduan-jamawi/feed/ 0 88845
KKCC 2024 serlah semangat perpaduan Sabah – Dr. Joachim https://sabahmedia.com/2024/12/14/kkcc-2024-serlah-semangat-perpaduan-sabah-dr-joachim/ https://sabahmedia.com/2024/12/14/kkcc-2024-serlah-semangat-perpaduan-sabah-dr-joachim/#respond Sat, 14 Dec 2024 02:11:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65359
Read Time:2 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Kota Kinabalu Christmas Celebration (KKCC) 2024 menjadi lambang keharmonian masyarakat Sabah, menyerlahkan semangat kasih sayang dan perpaduan yang ditonjolkan sepanjang acara berlangsung.

Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, KKCC 2024 menonjolkan kepentingan menghormati perbezaan dan memperkukuhkan hubungan sesama komuniti.

Beliau berharap sambutan tahunan ini dapat meninggalkan kenangan manis serta mempereratkan lagi ikatan persaudaraan.

Berucap pada malam penutupan KKCC 2024, di Padang Merdeka, Kota Kinabalu malam tadi, (13 Dis) Dr. Joachim menekankan bahawa kejayaan acara ini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan padu daripada komuniti.

Antara pencapaian terbesar sambutan tahun ini ialah rekod baharu yang dicatatkan dalam Malaysia Book of Records bagi “Largest Distribution of Hand-Made Beads Necklace”, dengan lebih 10,000 kalung manik diagihkan secara percuma kepada semua yang hadir.

“Ia adalah simbol perpaduan dan kasih sayang yang kita raikan bersama,”katanya.

“Kita bersyukur kepada Kerajaan hari ini kerana kita dapat menganut agama kita tanpa sebarang halangan. Justeru, sebagai satu tanda yang Kerajaan hari ini mengamalkan kepelbagaian agama, peruntukan Kerajaan kepada semua penganut bukan Islam telah ditingkatkan tahun demi tahun iaitu sebanyak pada tahun hadapan (2025) peruntukan yang disalurkan ialah RM70 million berbanding tahun semasa (2024) RM56 million.

“Itu satu peningkatan terbaik dan kita amat menghargai Ketua Menter Datuk Seri Hajiji Noor,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang itu.

Acara lain yang turut menyerikan sambutan termasuk perarakan kereta berhias, konsert tradisi Krismas, penciptaan lagu baharu dalam album Krismas dan KKCC Fun Run. Program membersihkan pantai pula menonjolkan komitmen terhadap kelestarian alam sekitar.

Dr. Joachim turut mengucapkan tahniah kepada Sabah Council of Churches (SCC) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) atas kerjasama erat yang menjadi asas kejayaan sambutan tahun ini.

Tema KKCC 2024, “Love in Action” atau “Kasih Melalui Tindakan”, diharap dapat terus menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat Sabah.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jawatankuasa Pelaksana KKCC 2024, yang diketuai oleh Penatua Prof. Dr. Jidon Janaun, atas dedikasi dan usaha menjayakan acara yang penuh warna-warni ini.

Hadir sama Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim; Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Richard Yong We Kong; Ahli Parlimen Tuaran yang juga Pengerusi Sabah Electricity Sdn Bhd, Datuk Seri Madius Tangau; Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Tan Lee Fat; Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Tan Lee Fat; Presiden Gereja-gereja Sabah selaku pengerusi bersama KKCI 2024, Bishop Datuk Melter Jiki Tais; Setiausaha Sidang Injil Borneo (SIB) Sabah mewakili Presiden SIB Sabah, Reverend Datuk Jerry Ir. Dusing, Ketua Pengarah Sektor Kewangan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Lifred Wong serta Setiausaha-setiausaha Tetap dan Pegawai-pegawai Kerajaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/14/kkcc-2024-serlah-semangat-perpaduan-sabah-dr-joachim/feed/ 0 65359
Perpaduan dalam GRS kukuh – Joniston https://sabahmedia.com/2024/10/04/perpaduan-dalam-grs-kukuh-joniston/ https://sabahmedia.com/2024/10/04/perpaduan-dalam-grs-kukuh-joniston/#respond Fri, 04 Oct 2024 05:40:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61665
Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU: Perpaduan dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kukuh dengan pengerusinya, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang kerap bertemu dengan pemimpin parti komponen.

Ketua Penerangan GRS Datuk Joniston Bangkuai berkata pertemuan ini bukan sahaja menangani isu negeri tetapi juga memberi tumpuan kepada isu parti. Ini mencerminkan perpaduan yang kukuh dalam gabungan itu.

Joniston turut memberi reaksi terhadap laporan tular yang mendakwa Parti Bersatu Sabah (PBS) berharap dapat bekerjasama dengan STAR dan pembangkang Warisan untuk pilihan raya negeri akan datang.

Beliau menolak dakwaan itu sebagai khabar angin tidak berasas yang bertujuan untuk menjejaskan perpaduan GRS.

“Apa yang dilaporkan tidak lebih daripada spekulasi yang dijaja oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan niat jahat untuk memecahkan perpaduan yang kukuh dalam GRS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata perlu diingat bahawa kedua-dua presiden STAR Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan pemangku presiden PBS Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam telahpun menjawab bahawa parti mereka sangat komited terhadap GRS.

Kenyataan oleh kedua-dua pemimpin itu sepatutnya menamatkan khabar angin dan spekulasi yang jelas bertujuan untuk mewujudkan ketidakharmonian dan perselisihan dalam GRS.

“Dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Bersama (JLC) PBS-STAR baru-baru ini, kedua-dua pihak turut menekankan keperluan untuk menyelaraskan usaha mereka untuk mengukuhkan pengaruh masing-masing dan kehadiran GRS di seluruh Sabah menjelang pilihan raya negeri,” kata Joniston yang juga ketua penerangan PBS dan ahli PBS-STAR JLC.

JLC PBS-STAR ditubuhkan selepas kedua-dua parti yang masing-masing memegang tujuh dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri memeterai perjanjian kerjasama.

Sebagai ahli komponen kedua terbesar dalam GRS, Joniston berkata PBS akan berada di barisan hadapan untuk memastikan kemenangan meyakinkan untuk GRS dalam pilihan raya negeri akan datang.

Beliau menggesa orang ramai supaya tidak terpedaya dengan propaganda politik.

“Mereka (pembangkang) iri hati dengan kekuatan GRS yang semakin meningkat maka mereka akan terus menyebarkan kepalsuan dan dakwaan tidak berasas terhadap kerajaan GRS-PH Plus,” ujar Joniston.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/04/perpaduan-dalam-grs-kukuh-joniston/feed/ 0 61665
Kaamatan wadah promosi perpaduan sosial, jambatan persefahaman – Dr. Joachim https://sabahmedia.com/2024/05/12/kaamatan-wadah-promosi-perpaduan-sosial-jambatan-persefahaman-dr-joachim/ https://sabahmedia.com/2024/05/12/kaamatan-wadah-promosi-perpaduan-sosial-jambatan-persefahaman-dr-joachim/#respond Sun, 12 May 2024 01:16:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54292
Read Time:3 Minute, 57 Second

SUBANG JAYA: Kaamatan merupakan satu wadah untuk mempromosikan perpaduan sosial dan sebagai jambatan persefahaman di antara masyarakat etnik yang berbeza.

Timbalan Ketua Menteri II Sabah, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam Dr. Joachim berkata, Pesta Kaamatan yang dirayakan setiap tahun merupakan satu wadah untuk bersyukur kepada Tuhan atas tuaian yang baik dan banyak dengan harapan tahun hadapan ianya akan lebih baik.

“Namun dalam era yang moden ini di mana kita tidak lagi menanam padi sebagai kerja utama untuk kelangsungan kehidupan kita, kita raikan lamai Kaamatan ini untuk memberi syukur kepada Tuhan atas kerjaya kita sama ada jadi penjawat awam, swasta atau sebagai usahawan untuk mencari nafkah meneruskan kehidupan yang lebih baik dan selesa bagi kita dan keluarga tersayang.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) gembira dengan kehadiran rakyat Sabah di sekitar Klang Valley yang terdiri daripada Kadazan Dusun Murut dan Rungus (KDMR) serta tetamu jemputan pada Majlis Penutupan Acara Kemuncak Sambutan Lamai Kaamatan Peringkat KDCA Klang Valley (KDCA KV) kali Ke-29 di Grand Dorsett Subang, di sini, malam tadi.

“Apabila kita mengadakan lamai Kaamatan, selain bersyukur kepada Tuhan, kita juga memanggil saudara yang dekat dan jauh serta kawan rapat untuk bersyukur dengan kita, maka jadilah apa yang kita panggil “Moginakan (majlis makan)”. Dan di sinilah kita mempamerkan budaya kita yang unik menjadikan atau memperlihatkan identiti kita sebagai satu kaum yang berbeda dari kaum yang lain.

“Dalam era yang moden, kita mempunyai pelbagai kebudayaan yang membuatkan kita unik. Kita ada pelbagai tarian, alat muzik, sugandoi (pertandingan nyanyian), pakaian tradisi yang dapat tonjolkan persamaan di antara suku suku kaum di Sabah yang boleh menggambarkan persamaan kami dan menunjukkan perbezaan kami antara kumpulan etnik yang berbeza yang terdapat di Sabah.

“Kita juga dapat mempamerkan kearifan setempat (local wisdom), adat tradisi, melalui tarian, muzik, makanan, bahasa, cara hidup, busana tradisi dan sebagainya. Kepelbagaian budaya dan warisan serta keharmonian pelbagai etnik dan sub-etnik di Sabah telah menjadikan ‘Negeri Di Bawah Bayu’ sebagai bumi yang unik bagi setiap rakyat serta tetamu yang bertandang ke Sabah.

“Mari kita tunjukkan budaya kita yang amat toleransi dan ingin berdamai dengan semua kaum yang terdapat di Malaysia. Semoga program seumpama ini mampu membawa kemakmuran, kesejahteraan, dan kedamaian kepada semua yang menyambutnya.

“Marilah kita bersama-sama menyemarakkan dan   merakyatkan semangat perpaduan dalam  kalangan seluruh masyarakat Malaysia bagi mengukuhkan semangat setiakawan dan solidariti sesama kita,” katanya.

Beliau yang turut ditemani oleh isterinya Datin Seri Linda Ewit berkata, kemuncak perayaan Kaamatan adalah pertandingan Unduk Ngadau, di mana peserta yang tercantik dari segi penampilan mereka di depan juri profesional akan dinobatkan sebagai Unduk Ngadau.

“Jika kita melihat ini sebagai satu lagi pertandingan ratu cantik maka kita tidak memahaminya. Peserta dan terutama pemenang sepatutnya mencontohi Lagenda Huminodun, yang secara peribadi mengorbankan dirinya untuk mengelakkan kebuluran dan kelaparan dengan mengubah dirinya menjadi pelbagai tumbuhan yang boleh dimakan yang menjadi tunjang utama sumber makanan kita dan sudah tentu rezeki kita hari ini.

“Inilah sebabnya kita mahukan semua yang bergelar Unduk Ngadau agar mempunyai kelakuan yang baik semasa dan di luar pertandingan, terutama mereka yang akan memenangi kelak. Gadis yang dinobatkan sebagai Unduk Ngadau harus menjiwai pesona dan sunduan Huminodun secara holistik, menghayati nilai nilai murni tradisi dan mempraktikkan ilmu yang dipelajari agar menjadi tauladan dan ikon yang dihormati di kalangan masyarakat,” jelasnya.

Mengucapkan syabas kepada KDCA Klang Valley kerana melaksanakan aktiviti CEPA (Communication, Education and Public Awareness) melalui pelbagai aktiviti interaktif di reruai pameran dan sesi perkongsian ilmu yang secara tidak langsung menyentuh isu mengenai keterjaminan makanan dan serta mendukung Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), Dr. Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata, kesemua ini adalah untuk meningkatkan talian persaudaraan di kalangan pelajar Sabah yang belajar di sekitar Klang Valley.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Senator Datuk Noraini Idris yang merasmikan pembukaan sambutan Pesta Kaamatan peringkat Klang Valley yang mempamerkan elemen keterjaminan makanan melalui pendekatan agropertanian; pemeliharaan warisan, seni dan budaya; keusahawanan, agropelancongan; pemerkasaan golongan belia dan tumpuan terhadap komponen SDG yang menyokong usaha Kerajaan dalam konsep kelestarian. 

Beliau berharap dan menyokong agar momentum kolaborasi di antara semua pihak yang terlibat serta KDCA Klang Valley dapat diteruskan dengan pelbagai lagi aktiviti seperti ini pada masa yang akan datang.

Turut hadir, Menteri Pelancongan Malaysia, Dato Sri Tiong Ken Sing; Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Noraini Idris; Penasihat KDCA Klang Valley, Datuk Toisin Gantor; Pengerusi KDCA Klang Valley, Julie Jidwin; Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sambutan Pesta Kaamatan KDCA Klang Valley, Stevie Sebol; Ketua Pegawai Eksekutif, Agape Superior Living Sdn. Bhd., selaku rakan kolaborasi Utama, Dato’ Sri Dr. How Kok Choong; Profesor Datuk TS. Dr. Ramzah Dambul; Pengasas dan Penasihat Titijaya Land Bhd, Tan Sri Lim Soon Peng; Penasihat, Persatuan Kebudayaan dan Warisan Malaysia Borneo (MANTRA), Azizah Abas serta Pegawai-pegawai Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/12/kaamatan-wadah-promosi-perpaduan-sosial-jambatan-persefahaman-dr-joachim/feed/ 0 54292
Kerajaan Sedia Tambah Baik Hal Ehwal Islam Di Malaysia Agar Beri Manfaat Kepada Semua – PM Anwar https://sabahmedia.com/2023/08/28/kerajaan-sedia-tambah-baik-hal-ehwal-islam-di-malaysia-agar-beri-manfaat-kepada-semua-pm-anwar/ https://sabahmedia.com/2023/08/28/kerajaan-sedia-tambah-baik-hal-ehwal-islam-di-malaysia-agar-beri-manfaat-kepada-semua-pm-anwar/#respond Mon, 28 Aug 2023 08:06:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40905
Read Time:57 Second

BERNAMA

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan Perpaduan terus siapsiaga menambah baik hal ehwal Islam di Malaysia agar inklusif, bukan sahaja memberi manfaat kepada umat Islam, malah rahmat kebaikan Islam juga dirasai masyarakat bukan Islam.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Anwar berkata beliau menjunjung kasih atas kesudian Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan mencemar duli mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) ke-70 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.

Anwar yang juga Timbalan Pengerusi Majlis itu berkata mesyuarat MKI berkenaan jelas menzahirkan keprihatinan Tuanku terhadap pengurusan hal ehwal Islam di negara ini.

“Patik dan seluruh jentera Kerajaan Perpaduan khususnya agensi Islam menjunjung duli dan beriltizam untuk memastikan tadbir urus hal ehwal Islam dilaksanakan dengan sebaik-baiknya seperti mana yang dihasratkan oleh Majlis Raja-raja.

“Patik meyakini dengan perkenan dan restu Duli-Duli Tuanku jua, usaha memperkukuhkan institusi pengurusan hal ehwal Islam di peringkat persekutuan dan negeri-negeri dapat dilaksanakan secara bersepadu dan berkesan,” katanya.

Anwar turut merakamkan sekalung penghargaan kepada ahli MKI dan wakil negeri-negeri yang hadir pada mesyuarat itu.

— BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/28/kerajaan-sedia-tambah-baik-hal-ehwal-islam-di-malaysia-agar-beri-manfaat-kepada-semua-pm-anwar/feed/ 0 40905
Hajiji ajak rakyat terus eratkan perpaduan & persefahaman https://sabahmedia.com/2023/08/26/hajiji-ajak-rakyat-terus-eratkan-perpaduan-persefahaman/ https://sabahmedia.com/2023/08/26/hajiji-ajak-rakyat-terus-eratkan-perpaduan-persefahaman/#respond Sat, 26 Aug 2023 04:14:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40746
Read Time:59 Second

TUARAN: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengajak rakyat berbilang kaum di negeri ini terus mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan perpaduan yang sedia terjalin.

Katanya, dalam kemeriahan menyambut Hari Kemerdekaan, perpaduan dan persefahaman dikalangan rakyat pelbagai suku kaum dan kepercayaan agama perlu
terus ditingkatkan.

Beliau berkata, ini penting bagi memastikan Sabah terus mengecapi kemajuan dan
Pembangunan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

“Rakyat perlu menghargai kemerdekaan yang dikecapi oleh negara dan negeri Sabah. Sebab itu pada tahun ini selain menyambut Hari Kebangsaan, kita juga akan menyambut Hari Sabah yang menandakan hari kemerdekaan negeri ini daripada penjajahan British yang akan disambut buat julung kalinya pada 31 Ogos ini”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Sukan “Lions Tuaran Merdeka Run & Cycling 2023” di Padang Pekan Tuaran pada Sabtu.

Hajiji berkata, semangat bersatu padu, setiakawan dan hormat menghormati mampu mewujudkan suasana harmoni, sejahtera dan bersatu padu.

Beliau berharap melalui karnival sukan yang dianjurkan oleh Lions Club Tuaran bukan sahaja memupuk budaya sukan, malah menyemarakkan semangat patriotik dan kemerdekaan dikalangan rakyat.

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Jahid Jahim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya dan Presiden Lions Club Tuaran, Kapitan Frankie Goh.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/26/hajiji-ajak-rakyat-terus-eratkan-perpaduan-persefahaman/feed/ 0 40746
Perpaduan nikmat kemerdekaan yang tidak ternilai harganya – Dr Joachim https://sabahmedia.com/2023/08/16/perpaduan-nikmat-kemerdekaan-yang-tidak-ternilai-harganya-dr-joachim/ https://sabahmedia.com/2023/08/16/perpaduan-nikmat-kemerdekaan-yang-tidak-ternilai-harganya-dr-joachim/#respond Wed, 16 Aug 2023 07:52:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40199
Read Time:2 Minute, 48 Second

RANAU: Hidup dalam perpaduan antara kaum dan etnik merupakan nikmat yang amat berharga dan tidak ternilai harganya, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Beliau berkata, perpaduan itu perlu dibelai, dipupuk dan dipelihara dalam setiap insan agar nikmat daripada kemerdekaan Malaysia yang dikecapi ini dapat dipertahankan sampai bila-bila walaupun jasad, nyawa dan maruah menjadi taruhan.
 
“Marilah kita sama-sama melakarkan usaha berterusan bagi memupuk, mengukuh dan memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat untuk melestarikan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.
 
“Jadikanlah tanah air kita ini sebagai sebuah negara yang bersatu padu, harmoni dan makmur dalam usaha untuk mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional,” katanya ketika merasmikan pelancaran program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2023 Negeri Sabah peringkat Daerah Ranau di Pentas Budaya Kundasang, di sini, hari ini.
 
Dr. Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan turut menyeru orang ramai agar membeli dan mengibarkan Jalur Gemilang di premis masing-masing.
 
“Buanglah sikap hanya menunggu dan mengharap pemberian Jalur Gemilang percuma daripada pihak kerajaan mahupun badan bukan kerajaan (NGO), setiap individu di negara ini perlulah mengubah persepsi bahawa hanya agensi kerajaan sahaja yang meraikan sambutan gah ini,” katanya.
 
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang mengingatkan semua agar lebih peka mengenai Jalur Gemilang di sekeliling mereka di mana sekiranya ada ternampak Jalur Gemilang yang telah lusuh atau koyak, ambillah inisiatif untuk membeli dan menggantikannya dengan yang baharu atau maklumkan kepada pemilik premis agar Jalur Gemilang tersebut dapat diturunkan dan ditukar baharu.
 
“Marilah kita bersama-sama untuk menerap mentaliti dan menyuntik sikap peduli dalam kalangan masyarakat supaya memandang tinggi dan menghormati Jalur Gemilang sebagai lambang identiti negara yang gah ini.
 
“Janganlah kita mengambil mudah perihal menjaga martabat identiti dan imej negara dan sama-samalah kita memelihara perpaduan sebagai sebuah keluarga besar Malaysia.
 
“Didiklah anak-anak kita akan kepentingannya supaya semangat cinta dan sayangkan negara bukan sahaja kepada generasi masa kini tapi juga kepada generasi yang akan datang,” ujarnya.

Dr. Joachim turut merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas khususnya kepada Jabatan Penerangan Negeri Sabah dan semua yang terlibat di atas usaha dan dedikasi dalam merancang, mengkoordinasi dan menzahirkan program hari ini.
 
“Saya juga difahamkan banyak pihak yang bersama-sama bekerjasama dalam menjayakan program ini termasuklah Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Komunikasi Dan Digital, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Imigresen,  Pejabat Daerah Ranau (PDR), Majlis Daerah Ranau (MDR),  Agensi Anti Dadah Kebangsaan Ranau (AADK), Angkatan Pertahanan Awam (APAM), Pusat Ekonomi Digital (PEDi), Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar Kundasang (JKDB) dan lain-lain. Syabas dan tahniah sekali lagi.
 
“Setinggi penghargaan diucapkan kepada Pegawai Daerah Ranau di atas penglibatan dan penyelarasan yang mantap dan padu dalam menjayakan program pada hari ini.

“Bersempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 bertemakan “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”, marilah kita bersama-sama menyemai semangat patriotisme dan nasionalisme dalam diri kita.
 
“Selaras dengan usaha menjadi Malaysia sebagai negara yang lebih makmur dan maju berteraskan kepercayaan antara kerajaan dengan rakyat bertonggakkan enam Nilai Teras Malaysia MADANI iaitu Kemampanan; Kesejahteraan; Daya Cipta; Hormat; Keyakinan dan Ihsan.
 
“Marilah kita bersama-sama mencorak masa hadapan dan mengemudi Malaysia berlandaskan laras bahasa, konsep dan budaya kearifan tempatan.

Turut hadir Ahli Parlimen Ranau; Datuk Jonathan Yasin, Adun dilantik, Datuk Amisah Yassin; Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah, Jainisah Mohd Noor, Ketua-ketua Jabatan daerah Ranau serta pemimpin setempat.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/16/perpaduan-nikmat-kemerdekaan-yang-tidak-ternilai-harganya-dr-joachim/feed/ 0 40199
Tujuh Sebab Prestasi Perpaduan Lebih Baik Berbanding Perikatan https://sabahmedia.com/2023/08/15/tujuh-sebab-prestasi-perpaduan-lebih-baik-berbanding-perikatan/ https://sabahmedia.com/2023/08/15/tujuh-sebab-prestasi-perpaduan-lebih-baik-berbanding-perikatan/#respond Tue, 15 Aug 2023 08:25:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40147
Read Time:1 Minute, 40 Second

KUALA LUMPUR: Menurut Penganalisis Politik Mulia Muhammad terdapat tujuh sebab prestasi perpaduan lebih baik berbanding perikatan.

Pertama, mengikut rekod dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Perpaduan mendapat sejumlah 9,243,988 undi dengan 148 kerusi berbanding Perikatan yang hanya dapat 74 kerusi dengan 4,667,429 undi. Beza kira-kira 4.6 juta undi.

Kedua, dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Perpaduan mendapat 1,599,534 undi dengan 235 kerusi berbanding Perikatan yang dapat hanya 1,012,543 dan 208 kerusi. Beza setengah juta undi dan 27 kerusi.

Ketiga, tidak ada satu calon Perpaduan yang hilang deposit, tetapi Perikatan ada 18 calon yang kalah teruk dan hilang deposit.

Keempat, secara keseluruhan, negeri yang ditadbir Perpaduan lebih banyak iaitu 10 negeri berbanding Perikatan iaitu hanya empat negeri sahaja (Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kelima, empat negeri yang ditadbir oleh Perikatan ini adalah yang terbawah dalam senarai KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) negara. Sedangkan tiga negeri yang ditabdir Perpaduan iaitu Pulau Pinang (13.1%), Selangor (11.9%) dan Pahang (10.8%) mencatat pertumbuhan ekonomi lebih tinggi dan mengatasi pertumbuhan ekonomi nasional iaitu 8.7% pada tahun 2022. Perikatan masih lagi gagal menjadi suatu parti yang mewakili masyarakat majmuk dan berbilang bangsa di negara ini. Kegagalan Gerakan adalah yang terburuk sekali iaitu hanya menang satu dan kalah 36 kerusi (2.7%).

Keenam, Perikatan sudah mencapai tahap maksimum (syiling) untuk kerusi-kerusi Melayu sahaja dan tidak mendapat kepercayaan langsung daripada masyarakat lain. Komposisi masyarakat Malaysia adalah berbilang bangsa dan kaum termasuklah di Sabah dan Sarawak. Model politik Perikatan bukannya “people-centric” tetapi lebih kepada “race-centric”, cara ini tidak sesuai di negara majmuk seperti Malaysia.

Ketujuh, Perikatan menang 12 kerusi di Selangor dengan majoriti 3,000 undi ke bawah. Berbanding Perpaduan yang ada 22 kerusi yang dimenangi dengan majoriti lebih 10,000 undi. Perpaduan juga ada 30 kerusi yang dimenangi dengan majoriti selesa lebih 3,000 undi. Statistik ini dengan jelas membuktikan prestasi Perpaduan adalah lebih baik daripada Perikatan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/15/tujuh-sebab-prestasi-perpaduan-lebih-baik-berbanding-perikatan/feed/ 0 40147
Semangat Perpaduan Tunjang Kejayaan Masyarakat Foochow https://sabahmedia.com/2023/01/08/semangat-perpaduan-tunjang-kejayaan-masyarakat-foochow/ https://sabahmedia.com/2023/01/08/semangat-perpaduan-tunjang-kejayaan-masyarakat-foochow/#respond Sun, 08 Jan 2023 14:29:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27592
Read Time:1 Minute, 54 Second

KOTA KINABALU: Semangat perpaduan merupakan tunjang kejayaan masyarakat Foochow dalam pelbagai bidang, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, pepatah menyebut “memakmurkan jiran anda” (Prosper Your Neighbour) dengan menjaga dan menyokong diantara satu sama lain telah menjadi asas kejayaan masyarakat Foochow.

“Ramai yang boleh belajar daripada masyarakat Foochow, bahawa perpaduan adalah tunjang kejayaan dan kemakmuran. Malah Foochow juga amat terkenal sebagai masyarakat yang tabah serta pintar dalam perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina 2023 Gabungan Persatuan-Persatuan Foochow Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan (The Federation of Foochow Association of Sabah & W.P. Labuan) di Dewan Hakka Sabah, malam tadi.

Teks ucapan Hajiji disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan.

Hajiji berkata, masyarakat Foochow di Sabah yang kebanyakannya datang dari negeri Sarawak, mempunyai hubung kait dengan perkembangan ekonomi dan pembangunan
negeri Sabah.

Menurutnya, pada awalnya mereka bekerja sebagai petani, guru dan menjawat awam, selain turut terlibat dalam industri perkayuan, pertanian, pembinaan, percetakan dan media, perdagangan dan kewangan.

Contohnya, Hock Hua Bank merupakan antara institusi kewangan yang ditubuhkan oleh masyarakat Foochow.

Katanya, kini generasi baharu Foochow terlibat dalam bidang profesional seperti menjadi peguam, jurutera, kontraktor, akauntan, ahli farmasi dan lain-lain.

Beliau gembira mengetahui Gabungan Persatuan-Persatuan Foochow Sabah telah banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri ini, melalui perdagangan dan perniagaan.

“Masyarakat Foochow di Sabah juga terlibat secara aktif dalam pembangunan ekonomi, pendidikan, budaya, masyarakat, politik dan lain-lain sejak sekian lama. Saya berharap masyarakat Foochow akan terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang yang diceburi, terutama dalam membantu pemulihan ekonomi selepas Pandemik COVID-19.

“Saya ingin melihat gabungan anda melakukan lebih banyak lagi dan terus menyokong usaha kerajaan negeri untuk memulihkan ekonomi negeri ini. Berikanlah sokongan dan kerjasama kepada Kerajaan Negeri bersama-sama bantu merealisasikan misi dan visi menjadikan Sabah sebuah negeri yang membangun, makmur, maju dan berjaya demi kepentingan rakyat serta negeri ini”, tegasnya.

Hajiji juga memuji masyarakat Foochow kerana telah mewujudkan beberapa lagi cawangan baru persatuan itu di beberapa daerah di negeri ini, seperti Penampang,
Sipitang dan Lahad Datu.

“Sudah tentu dengan adanya cawangan baharu ini, hubungan dan kerjasama dalam kalangan masyarakat Foochow bersama masyarakat lain akan lebih erat lagi, terutamanya dalam bidang ekonomi, perdagangan, pendidikan, budaya dan lain-lain”, tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/08/semangat-perpaduan-tunjang-kejayaan-masyarakat-foochow/feed/ 0 27592