perpustakaan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 14 Sep 2025 23:38:28 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png perpustakaan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Program Kutubkhanah kukuhkan kerjasama sekolah, pustakawan dan komuniti https://sabahmedia.com/2025/09/15/program-kutubkhanah-kukuhkan-kerjasama-sekolah-pustakawan-dan-komuniti/ https://sabahmedia.com/2025/09/15/program-kutubkhanah-kukuhkan-kerjasama-sekolah-pustakawan-dan-komuniti/#respond Sun, 14 Sep 2025 23:38:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81267
Read Time:1 Minute, 39 Second

TUARAN: Program Jalinan Muhibbah Kutubkhanah mampu menyuburkan budaya ilmu serta memperkukuh jaringan kerjasama antara pustakawan, warga pendidik, komuniti sekolah dan masyarakat setempat.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, program yang dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Serusup itu merupakan inisiatif Persatuan Pustakawan Malaysia Kumpulan Sabah (PPMKS) dengan kerjasama pelbagai agensi.

Antara agensi terlibat ialah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Perpustakaan Negeri Sabah, Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Sabah serta pihak sekolah.

“Pustakawan bukan sekadar penjaga buku, tetapi agen perubahan minda yang menyampaikan ilmu dan maklumat kepada masyarakat.

“Program ini melambangkan semangat kebersamaan membina jambatan ilmu dan muhibbah antara komuniti sekolah dengan perpustakaan,” katanya semasa Majlis Perasmian program tersebut di SK Serusup, Tuaran di sini.

Teks ucapan beliau dibacakan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Datuk Dr. Kasim Mansor.

Hajiji berkata, empat siri gotong-royong telah diadakan sejak 13 Jun hingga 29 Ogos lepas selain pertandingan Bercerita Bahasa Melayu dan Spelling Bee melibatkan pelajar sekolah, hasil kerjasama dengan Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan UMS.

“Saya percaya melalui jalinan ini, anak-anak murid SK Serusup akan lebih dekat dengan budaya membaca, celik maklumat dan lebih bersedia menghadapi cabaran masa depan. Kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha meningkatkan literasi masyarakat,” katanya.

Beliau berkata budaya membaca harus dipupuk sejak kecil kerana ia asas kepada pembinaan modal insan berkualiti dan program seperti ini memberi ruang kepada generasi muda menanam minat membaca serta menggunakan perpustakaan sebagai sumber rujukan.

“Saya berharap ia akan menjadi contoh kepada sekolah lain di seluruh negeri untuk terus memperkukuh kerjasama dengan perpustakaan dan pustakawan.

“Kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha meningkatkan literasi masyarakat, budaya membaca harus dipupuk sejak kecil kerana ia asas kepada pembinaan modal insan berkualiti,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak terlibat dan berharap program itu menjadi contoh kepada sekolah-sekolah lain di seluruh negeri untuk terus memperkukuh hubungan dengan perpustakaan dan pustakawan.

Turut hadir, Guru Besar SK Serusup, Kamarudin Sisun serta Pengerusi PPMKS merangkap penganjur program, Mohd Sazali Mohd Salleh.-

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/15/program-kutubkhanah-kukuhkan-kerjasama-sekolah-pustakawan-dan-komuniti/feed/ 0 81267
Perpustakaan Negeri Sabah alu-alukan sumbangan buku penulis tempatan https://sabahmedia.com/2025/08/19/perpustakaan-negeri-sabah-alu-alukan-sumbangan-buku-penulis-tempatan/ https://sabahmedia.com/2025/08/19/perpustakaan-negeri-sabah-alu-alukan-sumbangan-buku-penulis-tempatan/#respond Tue, 19 Aug 2025 09:05:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79641
Read Time:2 Minute, 18 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Perpustakaan Negeri Sabah sentiasa mengalu-alukan sumbangan karya daripada penulis tempatan untuk memperkayakan koleksi bahan bacaan sekali gus memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat.

Pengarahnya, George Yih berkata, sumbangan penulis bukan sahaja menambah koleksi perpustakaan tetapi juga berperanan penting dalam mendokumentasikan kisah, budaya dan tradisi masyarakat Sabah untuk tatapan generasi akan datang.

“Dengan adanya karya-karya penulis tempatan, kita dapat menggalakkan minat membaca, bukan sahaja dalam kalangan anak muda tetapi juga semua lapisan masyarakat. Penulisan ini juga membantu memastikan generasi akan datang lebih mengenali asal-usul mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan buku oleh dua penulis tempatan, Anna Vivienne dan Kathirina Susanna Tati, di Ibu Pejabat Perpustakaan Negeri Sabah di sini, hari ini.

George berkata, penulis tempatan juga perlu menyerahkan tiga naskhah karya mereka kepada perpustakaan sebagaimana diperuntukkan di bawah akta.

Selain itu, Bahagian Pembangunan Koleksi perpustakaan turut akan mempertimbangkan pembelian karya tersebut untuk dijadikan koleksi rasmi.

Katanya, Perpustakaan Negeri Sabah ketika ini mempunyai 25 cawangan di seluruh negeri serta lebih 70 perpustakaan desa, sekali gus memberi peluang kepada masyarakat di kawasan luar bandar untuk turut sama mengakses karya-karya penulis tempatan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kedua-dua penulis berkenaan atas kesudian menyerahkan hasil karya masing-masing untuk dikongsi bersama pembaca di seluruh negeri.

Hari ini, Anna Vivienne menyerahkan dua buku dan sebuah buku daripada Kathrina. Karya tersebut adalah hasil karya terbaru mereka.

Anna Vivienne ialah seorang penulis yang menumpukan karyanya dalam genre seram dan misteri.

Berbekalkan pengalaman lebih 35 tahun sebagai wartawan, beliau mempunyai kepekaan tinggi terhadap jalan cerita dan perincian yang kini disalurkan dalam penulisan cerpen.

Perjalanan beliau ke dunia fiksyen bermula daripada cerita-cerita rakyat yang sering dikongsikan oleh kedua-dua neneknya pada waktu kecil.

Kisah tentang kampung purba, pahlawan, pemburu kepala, roh air, tanah ajaib dan kepercayaan tradisional menjadi pencetus imaginasi yang akhirnya menjadi asas karya beliau.

Dari situ, lahirlah naskhah yang bukan sekadar hiburan, tetapi juga sarat dengan nilai budaya dan warisan.

Antara karya yang telah diterbitkan ialah Strange Magic and Supernatural Encounters (2019), Hauntings and Ghostly Whispers (2020), Scary Tales and Uncanny Encounters, Scary Dark Highways, Haunted Hotels and Dark Doorways, Redemption: Love and Betrayal, dan Warp: The Hauntings.

Melalui buku-buku ini, termasuk dua karya terbaharu Redemption serta Warp, beliau berharap dapat menjangkau lebih ramai pembaca khususnya generasi muda.

Sementara itu, Kathirina mula menulis sejak di bangku sekolah lagi. Sehingga kini, beliau telah menulis lebih 20 buku yang terdiri daripada buku kanak-kanak, antologi puisi dan cerpen.

Buku pertamanya berjudul Sogit, manakala karyanya yang paling laris ialah Pugai Balabak dengan cetakan mencecah 1,500 naskhah.

Selain itu, beliau pernah mengurus dan menyunting antologi dengan penyertaan penulis lain.

Kini, beberapa lagi karyanya sedang dalam proses penilaian penerbit, dengan dua daripadanya dijangka diterbitkan tahun hadapan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/19/perpustakaan-negeri-sabah-alu-alukan-sumbangan-buku-penulis-tempatan/feed/ 0 79641
Perpustakaan masih relevan, tetap di hati masyarakat – Arifin https://sabahmedia.com/2024/08/12/perpustakaan-masih-relevan-tetap-di-hati-masyarakat-arifin/ https://sabahmedia.com/2024/08/12/perpustakaan-masih-relevan-tetap-di-hati-masyarakat-arifin/#respond Mon, 12 Aug 2024 14:03:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58917
Read Time:2 Minute, 21 Second

Oleh NORMIMIE.DIUN

KENINGAU: Program Minggu Perpustakaan 2024 merupakan agenda penting dalam kalendar perpustakaan kerana keupayaan program ini dalam menyatukan masyarakat di negeri ini.

Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi merangkap Exco Agama dan Exco Pendidikan Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, dalam era digital yang semakin pesat dan serba canggih ini, perpustakaan juga berfungsi sebagai ruang fizikal di mana orang ramai boleh berkumpul untuk menyertai pelbagai aktiviti literasi dan keseronokan membaca sama ada dalam kalangan kanak-kanak, remaja dan dewasa.

“Justeru, program-program yang dianjurkan Perpustakaan Negeri Sabah itu memudahkan interaksi bersemuka, membantu mengatasi pengasingan sosial dan menghidupkan semangat kekitaan dalam komuniti.

“Syabas dan tahniah kepada pengarah dan warga Perpustakaan Negeri Sabah kerana dapat melaksanakan program seumpama ini yang berpusat di Perpustakaan Cawangan Keningau pada tahun ini.

“Saya juga mengucapkan syabas dan tahniah perpustakaan seluruh negeri Sabah, di daerah-daerah kerana giat untuk memperkasa budaya membaca. Ini terbukti apabila setiap tahun lebih sejuta yang hadir berkunjung ke Perpustakaan Negeri Sabah.

“Ertinya perpustakaan masih relevan walaupun ada wadah-wadah yang lain, perpustakaan tetap menjadi tempat di hati masyarakat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Program Minggu Perpustakaan 2024 Peringat Negeri Sabah di Auditorium Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Perpustakaan Negeri Sabah, Fatimah Abdillah.

Mohd Arifin diiringi Pengarah Perpustakaan Negeri Sabah, Fatimah Abdillah (kiri) melancarkan penerbitan buku berkaitan etnik Murut.

Dalam program itu, Arifin turut menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Ketua-Ketua Komuniti di seluruh negeri Sabah dan turut melancarkan penerbitan sebuah buku berkaitan etnik Murut.

Mengulas lanjut mengenai program tersebut, Mohd Arifin berkata, selaras dengan tema “Perpustakaan Memperkasa Kehidupan”, pelbagai aktiviti telah dirancang sempena Minggu Perpustakaan pada tahun ini.

“Antaranya seperti Pertandingan Membaca, Aktiviti Cerita Berangkai, Apresiasi Sastera seperti Deklamasi Sajak dan Bengkel Penulisan Kreatif, Pertandingan Membaca Braille yang melibatkan Sekolah Pendidikan Khas, Pertandingan Membaca Berita, Scavenger Hunt dan Reading Challenge dalam Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris serta pelbagai aktiviti lagi.

” Jelas sekali Perpustakaan Negeri Sabah bergerak pada landasan yang tepat sebagai sebuah pusat pengumpulan dan penyebaran maklumat  kepada seluruh lapisan masyarakat bagi memperoleh kemahiran, meneroka minat baharu serta mendapat maklumat yang tepat, pantas dan terkini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan dua buah Pusat Sains lagi akan diwujudkan di Perpustakaan Tawau dan Sandakan dijangkakan pelaksanaannya bermula pada hujung tahun ini.

“Setakat ini Pusat Sains yang pertama telah diwujudkan di Perpustakaan Cawangan Keningau dilaksanakan pada tahun lalu.

“Pewujudan Pusat Sains ini adalah salah satu cara kita untuk menambah lagi minat anak-anak kita kecenderungan dalam bidang Sains dan Teknologi.

“Saya sudah berhubung dengan Presiden Petronas baru-baru ini termasuk juga Ketua Petronas Sabah dan Sarawak, mereka memberikan makluman bahawa pada tahun ini kita akan memulakan mewujudkan Pusat Sains di Perpustakaan Cawangan Tawau dan Sandakan selepas itu kita akan memohon lagi untuk daerah yang lain secara berperingkat-peringkat, insya Allah,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/12/perpustakaan-masih-relevan-tetap-di-hati-masyarakat-arifin/feed/ 0 58917
Perpustakaan Sekolah Perlu Diperkasa Untuk Kekal Relevan https://sabahmedia.com/2021/07/01/perpustakaan-sekolah-perlu-diperkasa-untuk-kekal-relevan/ https://sabahmedia.com/2021/07/01/perpustakaan-sekolah-perlu-diperkasa-untuk-kekal-relevan/#respond Thu, 01 Jul 2021 05:13:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2342
Read Time:2 Minute, 9 Second

LABUAN: Pusat Sumber Sekolah (PSS) perlu diperkasa dengan mempelbagaikan lagi bahan dan kegunaannya selain menerapkan penggunaan teknologi baharu bagi memastikan fungsinya sebagai pusat sumber pendidikan yang menjadi rujukan murid dan pelajar terus kekal relevan.

Perkara itu ditekankan Pengerusi Persatuan Pustakawan Malaysia, Datin Che Normadiah Che Abbas ketika mengupas senario PSS di Malaysia dalam Bicara Ilmu Kali Kelima anjuran Pertubuhan Guru Perpustakaan Media Malaysia (PGPMM), pada 25 Jun lalu.

Program secara maya melalui pelantar Streamyard dan siaran secara langsung di Youtube PGPMM serta laman Facebook PGPMM itu dijayakan dengan kerjasama Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM).

Che Normadiah berkata perubahan perlu dilakukan ke arah memperkasa PSS berikutan situasi kebanyakan perpustakaan sekolah ketika ini berada di bawah paras memuaskan dengan tumpuan dan bimbingan perlu diberikan kepada sekolah yang mencapai satu dan dua bintang.

“Bagi menangani masalah ini, kita perlu melaksanakan beberapa langkah,  antaranya mempelbagaikan bahan pengajaran dan pembelajaran (PDP) serta merancang, melaksana dan mengawal selia projek inovasi, projek rintis atau projek khas.

“Kita juga perlu menyelaras penggunaan premis sebagai pusat latihan serta merancang, menyelaras, mengurus, melaksana, memantau dan menilai pengintegrasian teknologi pendidikan, literasi digital, pusat sumber sekolah serta menyelaras aktiviti khidmat bantu dan bimbingan penerbitan bahan multimedia,” katanya.

Beliau berkata kewujudan PSS dalam sistem pendidikan penting untuk memastikan transformasi pendidikan seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 mencapai matlamatnya.

Selain itu, katanya PSS juga perlu selari dengan perkembangan semasa dan dapat terus menyokong pelaksanaan kurikulum selain menerapkan penggunaan teknologi digital secara inovatif dalam ekosistem pendidikan bagi melahirkan generasi fasih digital yang berdaya saing.

Che Normadiah berkata, beberapa cadangan boleh dilaksanakan pengurusan PSS termasuk melaksanakan jaringan dan perkongsian strategik di antara Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dengan perpustakaan universiti atau Fakulti Pengajian Maklumat di mana-mana universiti.

“Cadangan kedua pula ialah membantu meningkatkan kompetensi GPM dalam pengurusan PSS dan literasi media serta maklumat, manakala cadangan ketiga ialah meningkatkan koleksi bahan bacaan sumber pendidikan melalui usaha secara kolaboratif.

“Seterusnya, cadangan keempat adalah memberi khidmat bimbingan dan kepakaran untuk meningkatkan perkhidmatan PSS termasuk bacaan, manakala cadangan kelima menekankan perkongsian teknologi terkini dalam bidang pengurusan maklumat selaras dengan peredaran zaman,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pustakawan Universiti Malaya, Dr Khasiah Zakaria, menekankan keperluan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan PSS bagi memenuhi kehendak murid dan pelajar selaku penggunanya, selain untuk membentuk Pusat Sumber Bestari.

Katanya, kemahiran berkaitan pengurusan perpustakaan di sekolah juga dapat membantu mempromosikan kerjaya sebagai pustakawan dalam kalangan murid dan pelajar dengan memupuk minat mereka dari peringkat awal persekolahan.

Turut berkongsi pandangan dan pengalaman berhubung kepentingan GPM ialah Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Maklumat Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana, Dr Shamila Mohamed Shuhidan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/01/perpustakaan-sekolah-perlu-diperkasa-untuk-kekal-relevan/feed/ 0 2342