Persatuan Pengguna – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 14 Aug 2023 09:02:15 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Persatuan Pengguna – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Persatuan pengguna lega usaha projek naik taraf loji air sedang giat dijalankan – David https://sabahmedia.com/2023/08/14/persatuan-pengguna-lega-usaha-projek-naik-taraf-loji-air-sedang-giat-dijalankan-david/ https://sabahmedia.com/2023/08/14/persatuan-pengguna-lega-usaha-projek-naik-taraf-loji-air-sedang-giat-dijalankan-david/#respond Mon, 14 Aug 2023 09:02:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40077
Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah berharap masalah gangguan bekalan air di sekitar bandar raya negeri ini bakal berakhir berikutan projek naik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Telibong II Fasa II siap sepenuhnya kelak.

Presidennya, David Chan berkata, pengumuman Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ir. Shahelmey Yahya di Dewan Undangan Negeri baru-baru ini amat dialu-alukan oleh persatuan.

“Kita ingin melahirkan rasa lega dan berterima kasih dengan kenyataan mengenai projek naik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Telibong II Fasa II.

“Apa yang kita harapkan ialah gangguan bekalan air akan dapat diatasi memandangkan sebelum ini masalah ini sering mengganggu kehidupan seharian penduduk, khususnya peniaga,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Ir. Shahelmey mengenai projek berkenaan pada sidang DUN baru-baru ini sekali gus mengatasi masalah kadar permintaan air terawat semasa di kawasan terlibat sebanyak 221 Juta Liter Sehari (JLH) yang telah melebihi kapasiti rekabentuk logi sedia ada iaitu sebanyak 171 JLH.

Menurut Ir. Shahelmey, kekurangan bekalan ke kawasan berkenaan adalah sebanyak 50 JLH ataupun 29.2 peratus, manakala projek yang dijangkakan siap pada awal September ini akan dapat membekalkan tambahan air terawat sebanyak 20 peratus.

David dalam pada itu menggesa supaya peruntukan bagi menambah baik kemudahan bekalan air dan elektrik di Sabah disegerakan bagi menyelesaikan masalah yang sekian lama berlarutan.

Beliau turut menyentuh mengenai bantuan subsidi dan menambah baik prasarana bagi membantu golongan petani termasuk penanam padi yang berdepan banyak kerugian akibat faktor cuaca.

“Petani sukar untuk meneruskan sawah padi kerana sukar untuk memperoleh keuntungan akibat cuaca selain kekurangan kemudahan prasana,” ujar beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/14/persatuan-pengguna-lega-usaha-projek-naik-taraf-loji-air-sedang-giat-dijalankan-david/feed/ 0 40077
Persatuan Pengguna sambut baik kadar tarif elektrik kekal – David Chan https://sabahmedia.com/2023/01/06/persatuan-pengguna-sambut-baik-kadar-tarif-elektrik-kekal-david-chan/ https://sabahmedia.com/2023/01/06/persatuan-pengguna-sambut-baik-kadar-tarif-elektrik-kekal-david-chan/#respond Fri, 06 Jan 2023 07:01:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27466
Read Time:1 Minute, 53 Second

KOTA KINABALU:  Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah (PPBS) menyambut baik pengumuman oleh kerajaan mengenai pengekalan kadar tarif elektrik untuk pengguna domestik dan pengguna bukan domestik.

Presidennya, David Chan berkata, pengumuman itu ternyata melegakan rakyat khususnya mereka yang terlibat dalam Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

Katanya, pengekalan tarif yang dilaksanakan di negeri Sabah dan Labuan untuk tempoh enam bulan pertama iaitu I Januari hingga 30 Jun ini merupakan satu tindakan yang dapat membantu rakyat dalam menangani kos sara hidup ketika ini.

“Kita turut menyokong keputusan Kerajaan memberikan subsidi tambahan bagi membantu pengguna domestik dan bukan domestik di bawah kategori tarif CM1 dan ID1 sebanyak RM212 juta bagi tempoh enam bulan bermula Januari 2023 sehingga Jun 2023,” katanya.

Suruhanjaya Tenaga (ST) mengumumkan di bawah mekanisme ICPT, kos bahan api dan kos penjanaan elektrik akan disemak setiap enam (6) bulan dan dilepaskan kepada pengguna elektrik dalam bentuk rebat atau surcaj bergantung kepada penjimatan atau peningkatan kos yang terlibat setelah mengambil kira subsidi oleh kerajaan.  

Peningkatan kos penjanaan adalah rentetan daripada kenaikan kos bahan api diesel dan medium fuel oil yang merupakan sebahagian daripada bahan api penjanaan elektrik di Sabah dan Labuan selain daripada gas asli di pasaran global dan ianya adalah diluar kawalan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Kerajaan.

Adalah dianggarkan 99 peratus atau lebih daripada 656,000 daripada keseluruhan pengguna elektrik tidak akan mengalami peningkatan kos penjanaan ini.

David membuat kenyataan demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pegawai Eksekutif SESB Ir Ts Mohd Yaakob Hj Jaafar di sini pada Khamis.

Turut hadir, Timbalan Pengurus Besar Perkhidmatan Pelanggan SESB Fauziah K Hamid, Ketua Komunikasi Korporat Jamdin Abdul Razik, Ketua Regulatory Economics and Management SESB Nor Nasaliza Abdul Rafar, Setiausaha PPBS Thecla Oswald, Ketua Penerangan PPBS, Liza Din serta pegawai-pegawai kanan SESB

Sementara itu, David meminta rakyat agar mengambil kesempatan di atas tolak ansur dan pertimbangan kerajaan itu untuk mengambil langkah-langkah bijak bagi menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.

“Persatuan Pengguna Bijak juga bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak, khasnya SESB dan Suruhanjaya Tenaga untuk memulakan kempen penjimatan tenaga agar kesedaran dapat disebarkan di dalam kalangan pengguna dan rakyat,” katanya.

Katanya, langkah kerajaan itu sekurang-kurangnya membantu meringankan beban rakyat ekoran kenaikan pelbagai harga barang sejak akhir-akhir ini selain keadaan ekonomi yang tidak menentu.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/06/persatuan-pengguna-sambut-baik-kadar-tarif-elektrik-kekal-david-chan/feed/ 0 27466