Persatuan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 16 Jun 2025 02:05:29 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Persatuan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 12 presiden persatuan etnik terima anugerah peneraju etnik https://sabahmedia.com/2025/06/16/12-presiden-persatuan-etnik-terima-anugerah-peneraju-etnik/ https://sabahmedia.com/2025/06/16/12-presiden-persatuan-etnik-terima-anugerah-peneraju-etnik/#respond Mon, 16 Jun 2025 02:04:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75627
Read Time:1 Minute, 50 Second

Kota Kinabalu: Seramai 12 presiden persatuan etnik di negeri ini menerima Anugerah Peneraju Etnik tahun 2025 sempena sambutan perayaan Hari Etnik Sabah kali kelima tahun ini.

Sambutan yang diadakan sempena Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah itu disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Tun Musa Aman di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Ahad.

Hadir sama pada majlis itu isterinya Toh Puan Faridah Tussin dan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew serta Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib.

Antara yang menerima anugerah ialah Presiden Persatuan Dusun Sabah Bersatu (USDA) Datuk Dr. Ewon Ebin; Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Kebudayaan Masyarakat Tidung (PERTISA) Datuk Juslie Ajirol; Presiden Pertubuhan Bumis Bersatu (USBO) Datuk Salsidu Ibrahim; Presiden Pertubuhan Kimaragang Malaysia Datuk Abdul Latif Kandok dan Pengerusi Persatuan Kebudayaan Etnik Sukang Sabah (PEKESS) Abdul Rahman Bulinti.

Selain itu, turut menerima adalah Pengerusi Persatuan Etnik Molbog Tingkahan Tuoh; Presiden Pertubuhan Rungus Bersatu Sabah (PRBS) Mankinsos Nawai; Presiden Persatuan Kebudayaan dan Warisan Suluk Sandakan (PUSAKA) Hatta Sawabi; Presiden Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS) Prof. Dr. Arsiah Bahron dan Presiden Persatuan Etnik Idahan Sabah (PEIS) Abdul Karim Dakog

Turut menerima anugerah sama Pertubuhan Tindal Bersatu Sabah (USTO) James Baga dan Presiden Persatuan Tobilung Bersatu Sabah (TOBISA) Muji Ampau.

Terdahulu, Christina ketika berucap berkata, penganjuran Majlis Hari Etnik 5.0 merupakan tanda penghargaan dan pengikhtirafan kepada badan-badan kebudayaan khususnya persatuan berasaskan etnik yang terus memelihara dan mengangkat adat, budaya dan warisan negeri.

Katanya, ini sejajar dengan usaha Kerajaan untuk memastikan warisan budaya  terus hidup dan diwarisi generasi akan datang.

“Pada tahun ini, Kerajaan Negeri sekali lagi menzahirkan sokongan padu terhadap penganjuran majlis ini sebagai lambang komitmen berterusan dalam mengiktiraf dan menghargai kepelbagaian budaya ke arah pembangunan negeri yang progresif dan harmoni yang dimainkan oleh badan-badan kebudayaan di Sabah.

“Tema pada tahun ini, ‘Martabatkan Budaya Etnik Sabah Melalui Bahasa’, dipilih sebagai penegasan komitmen berterusan kita dalam memelihara dan memulihara kelestarian warisan budaya pelbagai etnik di negeri Sabah.

“Tema ini menyeru kita semua agar sentiasa menghormati, memartabatkan, dan menghayati tradisi serta budaya yang merupakan identiti dan kebanggaan rakyat negeri ini,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/16/12-presiden-persatuan-etnik-terima-anugerah-peneraju-etnik/feed/ 0 75627
Persatuan bantu komuniti kurang mampu lengkapkan usaha kerajaan tingkat kesejahteraan rakyat https://sabahmedia.com/2023/02/03/persatuan-bantu-komuniti-kurang-mampu-lengkapkan-usaha-kerajaan-tingkat-kesejahteraan-rakyat/ https://sabahmedia.com/2023/02/03/persatuan-bantu-komuniti-kurang-mampu-lengkapkan-usaha-kerajaan-tingkat-kesejahteraan-rakyat/#respond Fri, 03 Feb 2023 13:41:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29002
Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU: Usaha pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai matlamat sama untuk membantu masyarakat kurang berkemampuan, melengkapkan inisiatif kerajaan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat di negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata, ini kerana meningkatkan kesejahteraan rakyat adalah salah satu agenda pembangunan negeri di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang bertujuan memacu pembangunan menyeluruh rakyat dan negeri ini.

“Pelbagai program yang dilaksanakan oleh NGO termasuk inisiatif “Jom Balik Sekolah” oleh Persatuan Sumber Harapan Sabah, telah membantu kanak-kanak kurang berkemampuan atau miskin di negeri ini amat baik. Ia melengkapi usaha kerajaan menerusi agenda SMJ.

“Malah, konsep Malaysia Madani oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga memberi tumpuan kepada usaha yang lebih baik untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat,” katanya sempena Majlis Makan Malam Amal Tahun Baharu Cina Persatuan Sumber Harapan Sabah, di Dewan Hakka di sini pada Jumaat.

Sehubungan itu, Hajiji mahu lebih ramai NGO di negeri ini tampil untuk saling bekerjasama supaya dengan bersama-sama akan memberi manfaat kepada lebih ramai komuniti yang memerlukan bantuan di negeri ini.

“Persatuan Sumber Harapan Sabah telah berjaya mengagihkan bantuan pendidikan kepada sekolah di 20 daerah di negeri ini antaranya di Ranau, Kudat, Tuaran, Pitas, Kota Marudu dan Tawau.

“Justeru, saya mahu lebih banyak lagi NGO akan tampil dan saling bekerjasama supaya dapat membantu lebih ramai komuniti yang memerlukan bantuan.

Beliau turut berharap agar lebih ramai komuniti yang memerlukan bantuan, turut mendapat manfaat dalam setiap aktiviti amal yang dilaksanakan NGO di negeri ini.

Hadir sama Menteri Pelancongan, Kebudayan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew; Presiden Persatuan Sumber Harapan Sabah, Josephine Hadikusumo, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud; Konsul Jeneral Republik Indonesia di Sabah, Rafael Walangitan; Konsul Jeneral, Republik Rakyat China di Kota Kinabalu, Huang Shi Fang dan Ketua Pejabat Konsular Jepun di Kota Kinabalu, Shiho Kako.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/03/persatuan-bantu-komuniti-kurang-mampu-lengkapkan-usaha-kerajaan-tingkat-kesejahteraan-rakyat/feed/ 0 29002
Kebajikan bekas pemain bola sepak, atlet sukan terjaga menerusi persatuan – Ellron https://sabahmedia.com/2023/01/15/kebajikan-bekas-pemain-bola-sepak-atlet-sukan-terjaga-menerusi-persatuan-ellron/ https://sabahmedia.com/2023/01/15/kebajikan-bekas-pemain-bola-sepak-atlet-sukan-terjaga-menerusi-persatuan-ellron/#respond Sun, 15 Jan 2023 05:14:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27914
Read Time:1 Minute, 37 Second

KOTA KINABALU: Penubuhan persatuan khusus untuk bekas pemain bola sepak ataupun atlet sukan lain telah memudahkan Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) bagi menyalurkan bantuan-bantuan yang sewajarnya untuk menjaga kebajikan ahli.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ellron Angin berkata, The Sabah Ex-State Footballers Association merupakan salah satu persatuan bekas atlet sukan yang ditubuhkan pada tahun 2016 untuk tujuan menjaga kebajikan ahli-ahlinya yang suatu ketika dulu pernah menjadi bualan masyarakat dalam arena sukan Bola Sepak.

“Persatuan ini mempunyai sejumlah 137 ahli yang berdaftar dan berumur 45 tahun ke atas.

“Bekas-bekas pemain bola yang pernah mewarnai arena sukan bolasepak negeri sehingga mengharumkan nama Sabah ke persada antarabangsa dan kebangsaan wajar mendapat pengiktirafan menerusi bantuan-bantuan yang disalurkan,” katanya.

Ellron berkata demikian semasa berucap di Majlis 3rd Reunion Jasamu Dikenang The Sabah Ex- State Footballers Association, di Hotel Shangri-La di sini semalam.

Menurut Ellron, atas jasa-jasa dan penglibatan dalam sukan bolasepak, mereka wajar diberikan penghargaan kerana telah memberikan prestasi terbaik semasa mereka mewakili Sabah ke peringkat yang lebih tinggi.

“Sebagai salah seorang bekas atlet juga, saya amat memahami apa yang dihadapi oleh bekas atlet lain sekiranya sudah bersara dan tidak aktif lagi dalam dunia sukan, justeru itu saya menerusi KBSS akan sedaya upaya membantu mereka yang terkesan dengan bantuan-bantuan yang disalurkan,” kata Ellron yang juga merupakan atlet kebangsaan pada tahun 80’an.

Tambah beliau, selain itu atas keprihatinan kepada warga atlet yang bakal bersara mahupun tidak lagi aktif dalam dunia Sukan, Kerajaan Negeri akan melaksanakan Program Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk atlet Sabah bermula pada tahun ini.

“Caruman ini juga memberikan satu batu loncatan untuk warga sukan untuk berlatih lebih gigih dan pastinya menjadi kesinambungan caruman apabila sudah beralih ke fasa alam pekerjaan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ellron bersama-sama pegawai tertinggi KBSS dijangkakan akan bertolak pada ke Kuala Lumpur hari ini, dijadualkan akan bertemu dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh isnin ini di Menara KBS, Putrajaya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/15/kebajikan-bekas-pemain-bola-sepak-atlet-sukan-terjaga-menerusi-persatuan-ellron/feed/ 0 27914
Persatuan & Kapitan Cina Daerah Tuaran Terima “Ang Pau” CNY Dari Ketua Menteri https://sabahmedia.com/2022/01/23/persatuan-kapitan-cina-daerah-tuaran-terima-ang-pau-cny-dari-ketua-menteri/ https://sabahmedia.com/2022/01/23/persatuan-kapitan-cina-daerah-tuaran-terima-ang-pau-cny-dari-ketua-menteri/#respond Sun, 23 Jan 2022 08:18:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11461
Read Time:1 Minute, 34 Second

TUARAN: Persatuan Komuniti Cina dan Ketua Masyarakat Cina (Kapitan) daerah Tuaran hari ini menerima “ang pau” Tahun Baharu Cina (CNY) daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman mengumumkan Persatuan Masyarakat Cina di Tuaran masing-masing akan menerima peruntukan sebanyak RM5,000.00, manakala Kapitan Cina akan menerima RM2,000.00 seorang.

Katanya, Kawasan Tuaran termasuk DUN Dalit, Tamparuli dan Kiulu kini mempunyai seramai tujuh orang Kapitan Cina dan bilangannya akan ditambah sekiranya ada keperluan.

“Bantuan Kewangan yang diberikan ini sebagai tanda kemesraan dan kasih sayang saya selaku Ketua Menteri sempena Tahun Baharu Cina”, katanya pada Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin Masyarakat Cina Daerah Tuaran di Tembara Ku, Kampung Serusop, hari ini.

Turut hadir isteri Hajiji, Datin Seri Juliah Salag, Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Sabah (SEAC), Tan Sri David Chew, Pengerusi Perhubungan Parti Gerakan Sabah, Datuk Alexander Lo Su Hyen dan Setiausaha Politik Menteri Kewangan Negeri, Datuk Johari Saiman.

Hajiji berharap tahun Harimau 2022 (mengikut zodiak Cina) keadaan ekonomi Sabah dan negara akan pulih dan bertambah baik.

Beliau yakin sempadan negara akan dibuka tidak lama lagi, agar aktiviti pelancongan dapat digerakkan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi.

“Apabila sempadan negara dibuka kelak, kita mahu aktiviti pelancongan ditingkatkan. Kedatangan ramai pelancongan asing akan membawa kebaikan kepada negeri ini, terutamanya peluang-peluang pekerjaan untuk rakyat kita dan aktiviti ekonomi setempat,” katanya.

Menyentuh perayaan Tahun Baharu Cina yang akan disambut oleh masyarakat Tionghua pada 1 dan 2 Februari 2022, beliau berkata keunikan di Sabah ialah perayaan itu turut diraikan bersama oleh masyarakat dan kaum lain di negeri ini.

Sambil mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Cina, Hajiji berharap rakyat terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang masih dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa, bagi mengekang menularan semula COVID-19, khususnya dengan kemunculan varian baharu.

“Meskipun kes COVID-19 semakin menunjukkan penurunan, rakyat sama sekali tidak boleh alpa, sebaliknya perlu sentiasa kekal mematuhi SOP,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/23/persatuan-kapitan-cina-daerah-tuaran-terima-ang-pau-cny-dari-ketua-menteri/feed/ 0 11461
Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pedalaman hulur sumbangan https://sabahmedia.com/2021/08/31/gabungan-persatuan-belia-bahagian-pedalaman-hulur-sumbangan/ https://sabahmedia.com/2021/08/31/gabungan-persatuan-belia-bahagian-pedalaman-hulur-sumbangan/#respond Tue, 31 Aug 2021 09:09:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5602
Read Time:1 Minute, 19 Second

BEAUFORT: Prihatin dengan nasib penduduk yang terjejas ketika pandemik Covid-19, Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pedalaman Bawah Sabah tampil menyampaikan bakul makanan dan pelbagai keperluan lain menerusi Program Outreach Komuniti di bahagian pedalaman bawah Sabah.

Pengerusinya, Mazlan @ Joehari Manan berkata, program yang diusahakan itu dilaksanakan di empat daerah di kawasan pedalaman bawah iaitu Beaufort, Sipitang, Membakut dan Kuala Penyu.

Katanya, program itu bertujuan untuk mengeratkan hubungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) gabungan persatuan belia bersama agensi kerajaan serta meningkatkan nilai aktiviti kesukarelawan di kalangan belia bersama komuniti.

“Hari ini, kami menyampaikan sebanyak 100 bakul makanan, 400 kit saya sudah divaksin, 500 bendera tangan, 500 sanitizer, masing-masing sebanyak 100 kotak pelitup separuh muka, apron dan pelindung muka selain 1,500 biji roti bun dari Kim Teck Cheong Berhad.

“Penyerahan bakul makanan diberikan kepada golongan yang memerlukan seperti ibu tunggal dan golongan orang kurang upaya (OKU) serta keluarga yang terjejas pendapatan akibat Covid-19,” katanya ketika ditemui selepas penyerahan bakul makanan kepada penduduk di Kampung Batandok Lubak, hari ini.

Sementara itu, seorang warga emas, Daineh Ojeh, 69, berterima kasih dengan sumbangan bakul makanan yang disampaikan Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pedalaman Bawah Sabah.

“Bantuan yang diberikan itu amat membantu penduduk yang terjejas berikutan kesukaran untuk keluar mendapatkan barang makanan kerana akur dengan prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan kerajaan ketika ini.

“Saya bersyukur kerana keluarga kami antara yang menerima sumbangan ini,” katanya yang turut menjaga isterinya yang menghidap strok sejak tujuh tahun lalu.

Hadir sama, Timbalan Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah, Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS), Siti Norhaini Osli dan Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Beaufort, Tseu Nyuk Yin.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/31/gabungan-persatuan-belia-bahagian-pedalaman-hulur-sumbangan/feed/ 0 5602