persefahaman – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 26 Aug 2023 04:15:08 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png persefahaman – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hajiji ajak rakyat terus eratkan perpaduan & persefahaman https://sabahmedia.com/2023/08/26/hajiji-ajak-rakyat-terus-eratkan-perpaduan-persefahaman/ https://sabahmedia.com/2023/08/26/hajiji-ajak-rakyat-terus-eratkan-perpaduan-persefahaman/#respond Sat, 26 Aug 2023 04:14:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40746
Read Time:59 Second

TUARAN: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengajak rakyat berbilang kaum di negeri ini terus mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan perpaduan yang sedia terjalin.

Katanya, dalam kemeriahan menyambut Hari Kemerdekaan, perpaduan dan persefahaman dikalangan rakyat pelbagai suku kaum dan kepercayaan agama perlu
terus ditingkatkan.

Beliau berkata, ini penting bagi memastikan Sabah terus mengecapi kemajuan dan
Pembangunan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

“Rakyat perlu menghargai kemerdekaan yang dikecapi oleh negara dan negeri Sabah. Sebab itu pada tahun ini selain menyambut Hari Kebangsaan, kita juga akan menyambut Hari Sabah yang menandakan hari kemerdekaan negeri ini daripada penjajahan British yang akan disambut buat julung kalinya pada 31 Ogos ini”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Sukan “Lions Tuaran Merdeka Run & Cycling 2023” di Padang Pekan Tuaran pada Sabtu.

Hajiji berkata, semangat bersatu padu, setiakawan dan hormat menghormati mampu mewujudkan suasana harmoni, sejahtera dan bersatu padu.

Beliau berharap melalui karnival sukan yang dianjurkan oleh Lions Club Tuaran bukan sahaja memupuk budaya sukan, malah menyemarakkan semangat patriotik dan kemerdekaan dikalangan rakyat.

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Jahid Jahim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya dan Presiden Lions Club Tuaran, Kapitan Frankie Goh.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/26/hajiji-ajak-rakyat-terus-eratkan-perpaduan-persefahaman/feed/ 0 40746