persekutuan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 18 Nov 2025 15:08:24 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png persekutuan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hubungan Sabah, Persekutuan diperkukuh demi rakyat – Masidi https://sabahmedia.com/2025/11/18/hubungan-sabah-persekutuan-diperkukuh-demi-rakyat-masidi/ https://sabahmedia.com/2025/11/18/hubungan-sabah-persekutuan-diperkukuh-demi-rakyat-masidi/#respond Tue, 18 Nov 2025 15:03:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86329
Read Time:1 Minute, 50 Second

RANAU: Sabah adalah sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan, dan kedudukan ini membolehkan adanya kerjasama untuk memajukan negeri Sabah.

Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Masidi Manjun, berkata kerajaan pusat merupakan sebahagian daripada Sabah dan negeri ini berhak menuntut hak-haknya.

Masidi, calon GRS bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan, menyatakan bahawa adalah lebih baik hubungan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri diperkukuhkan.

“Sekarang, banyak pemimpin dari Sabah dalam Kerajaan Persekutuan memegang jawatan serta portfolio penting.

“Adalah lebih baik kita menjalin hubungan yang baik daripada bermusuh dengan Kerajaan Persekutuan kerana banyak manfaat dapat diperoleh dan kita juga berhak untuk merealisasikan usaha memajukan negeri ini,” kata Masidi ketika beramah mesra dengan penduduk di Dewan Kampung Kibbas, pada Selasa.

Pada hari yang sama, Masidi turut mengunjungi Dewan Kampung Kibbas Atas dan Dewan Kampung Lipasu Lama untuk bertemu dan beramah mesra dengan penduduk di kawasan tersebut.

Katanya lagi, dalam pilihan raya ini, GRS boleh membentuk kerajaan dengan mudah bila mempunyai majoriti dua pertiga, iaitu sebanyak 55 kerusi dengan kerjasama Pakatan Harapan (PH).

“Kita bekerjasama dengan PH, namun kitalah yang menetapkan syarat serta membuat keputusan sendiri dalam mentadbir negeri ini, GRS telah menunjukkan keupayaannya untuk melindungi dan memperkukuh hak-hak kita.

“Oleh itu, marilah kita bersatu untuk memastikan parti tempatan terus meraih kemenangan,“ kata Masidi.

Beliau turut menyatakan bahawa kejayaan menubuhkan SMJ Energy Sdn Bhd, syarikat minyak dan gas yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan negeri, merupakan pencapaian signifikan dalam usaha memperkasa ekonomi Sabah.

“SMJ Energy ditubuhkan dengan modal RM50 juta hasil rundingan dengan Petronas bagi memberi ruang lebih luas kepada Sabah untuk terlibat secara langsung dalam industri minyak dan gas, hari ini, syarikat itu sudah bernilai RM5 bilion dari segi aset, Ini kerana wujudnya hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Katanya lagi, kerajaan ini telah menetapkan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada orang tempatan, khususnya rakyat negeri ini, sejajar dengan peranan syarikat berkenaan sebagai entiti milik penuh kerajaan negeri Sabah dalam sektor minyak dan gas.

Masidi mahu pemimpin negeri ini mendahulukan suara rakyat dan menumpukan sepenuhnya kepada pembangunan bukannya terus berpolitik tanpa henti.

Beliau menegaskan kestabilan politik yang kukuh di negeri ini kerana hanya melalui suasana politik yang stabil, kerajaan dapat merancang dan melaksanakan pembangunan secara berkesan demi kepentingan rakyat.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/18/hubungan-sabah-persekutuan-diperkukuh-demi-rakyat-masidi/feed/ 0 86329
Hajiji terima kunjungan dua Menteri Persekutuan https://sabahmedia.com/2023/08/21/hajiji-terima-kunjungan-dua-menteri-persekutuan/ https://sabahmedia.com/2023/08/21/hajiji-terima-kunjungan-dua-menteri-persekutuan/#respond Mon, 21 Aug 2023 09:16:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40461
Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima
kunjungan hormat daripada dua orang Menteri Persekutuan di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Isnin.

Mereka ialah Menteri Kerja Raya Malaysia, Dato Sri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Sumber Manusia, V.Sivakumar.

Deligasi Alexander terdiri daripada Timbalan Menteri Kerja Raya, Dato Sri Abdul Rahman Mohamad, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad, Timbalan KSU, Dato’ Zahrul Hakim Abdullah dan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR), Datuk Ir.Ahmad Redza Ghulam Rasool.

Hajiji diberi taklimat mengenai pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah, kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya persekutuan dan pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi dalam pembangunan dan pembinaan kemudahan infrastruktur di Sabah.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Ir.Shahelmey Yahya dan Pembantu-Pembantu Menteri iaitu Datuk Limus Juri dan Datuk Robert Tawiq.

Sementara itu, V.Sivakumar diiringi oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud dan Timbalan KSU (Dasar dan Antarabangsa) Dato’ Amran Ahmad.

Hajiji (tengah) mengadakan pertemuan bersama lima orang Ahli Parlimen GRS dan seorang Ahli Parlimen Bebas.

Hajiji turut mengadakan pertemuan bersama lima orang Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan seorang Ahli Parlimen Bebas, termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali dan Ahli Parlimen Tenom, Riduan Rubin.

Ahli Parlimen lain ialah Datuk Seri Panglima Dr.Jeffrey Kitingan (Keningau), Datuk Jonathan Yasin (Ranau), Datuk Matbali Musah (Sipitang), Lo Su Fui (Tawau).

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/21/hajiji-terima-kunjungan-dua-menteri-persekutuan/feed/ 0 40461
Ketua Jabatan Negeri, Persekutuan Perlu Pastikan Projek Pembangunan Dilaksanakan Segera – Hajiji https://sabahmedia.com/2022/03/04/ketua-jabatan-negeri-persekutuan-perlu-pastikan-projek-pembangunandilaksanakan-segera-hajiji/ https://sabahmedia.com/2022/03/04/ketua-jabatan-negeri-persekutuan-perlu-pastikan-projek-pembangunandilaksanakan-segera-hajiji/#respond Fri, 04 Mar 2022 09:02:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12703
Read Time:1 Minute, 57 Second

KOTA KINABALU: Semua ketua jabatan negeri dan persekutuan digesa memastikan semua projek yang mendapat kelulusan bajet untuk Rolling Plan 2, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dilaksanakan segera bagi membolehkan rakyat cepat mendapat manfaatnya.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, tiada lagi alasan kelewatan pelaksanaan sesuatu projek disebabkan situasi penularan COVID-19 seperti sebelum ini.

Katanya, kelewatan dalam melaksanakan projek-projek yang telah diluluskan akan merugikan rakyat dan kerajaan, serta menafikan hak rakyat terhadap manfaat yang sepatutnya mereka diterima, selain akan meningkatkan lagi kos pelaksanaan.

“Semua projek hendaklah dilaksanakan segera khususnya projek-projek yang berbentuk “touch points”. Semua agensi hendaklah cuba untuk ‘facilitate’ semua pelaksanaan projek yang telah diluluskan dan bukan sebaliknya”, katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Sabah Bil.1/2022 di Menara Kinabalu, hari ini.

Mesyuarat itu turut disertai oleh Timbalan Ketua Menteri ll / Menteri Pertanian dan Perikanan Negeri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim, Menteri Tugas-Tugas Khas,Datuk Haji Mohd Arifin bin Haji Mohd Arif, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ellron Angin, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong dan Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato’ Sarul Bahiyah Abu.

Hajiji berkata, aktiviti ekonomi perlu terus bergerak dan program/projek pembangunan perlu dirancakkan, selain sistem pendidikan perlu terus berjalan.

“Justeru kita perlu gandakan pemanduan, gariskan pelan tindakan yang mantap, rencanakan strategi yang ampuh, selusuri carta perbatuan yang munasabah yang memberikan impak yang tinggi bukan sahaja kepada organisasi tetapi kepada rakyat yang memerlukan”, tegasnya.

Katanya, terdapat beberapa penambahbaikan dalam strategi utama dan struktur Arahan No. 1, 2022, Antaranya ialah penubuhan semula Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri (JTPNg) Sabah yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, jawatankuasa bagi Focus Group Kesejahteraan Rakyat Peringkat Negeri (FGN) juga dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan Focus Group Kesejahteraan Rakyat Peringkat Daerah (FGD) yang dipengerusikan oleh pegawai-pegawai daerah.

Beliau menyeru semua Jawatankuasa memainkan peranan dan fungsi sewajarnya dalam memastikan pelaksanaan mesyuarat mengikut ketetapan Arahan No. 1, 2022.

“Sekiranya terdapat masalah atau isu dalam pelaksanaan program atau projek pembangunan yang tidak dapat diselesaikan di peringkat daerah, maka ianya hendaklah dikemukakan ke peringkat seterusnya seperti yang ditetapkan dalam struktur arahan tersebut”, tegasnya.

Beliau turut mengumumkan pelantikan Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Nor Asiah binti Mohd Yusof sebagai ahli baharu MTPNg Sabah, selaras dengan Arahan No. 1 Tahun 2022.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/04/ketua-jabatan-negeri-persekutuan-perlu-pastikan-projek-pembangunandilaksanakan-segera-hajiji/feed/ 0 12703
Pindaan Perlembagaan Persekutuan Membuka Jalan Kepada Pemulihan Penuh MA63 – Hajiji https://sabahmedia.com/2021/12/15/pindaan-perlembagaan-persekutuan-membuka-jalan-kepada-pemulihan-penuh-ma63-hajiji/ https://sabahmedia.com/2021/12/15/pindaan-perlembagaan-persekutuan-membuka-jalan-kepada-pemulihan-penuh-ma63-hajiji/#respond Wed, 15 Dec 2021 04:03:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9895
Read Time:58 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan kelulusan Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan Persekutuan 2021 adalah penting dan ia akan membuka jalan kepada pemulihan sepenuhnya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), “Ia adalah detik penting dalam sejarah negara kita, terutama sekali apabila ia diluluskan sebulat suara oleh Parlimen.

“Kami sentiasa mempertahankan hal ini dan Majlis Khas MA63 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri telah sedia menerima permintaan yang dikemukakan oleh Sabah dan Sarawak,” katanya sambil menambah bahawa dengan asas-asas MA63 dilaksanakan, langkah-langkah kini boleh diambil untuk bergerak lebih jauh ke hadapan dalam memulihkan hak Sabah dalam Persekutuan Malaysia.

Hajiji mengulangi bahawa Majlis Khas MA63 adalah penting kerana ia adalah manifestasi kerajaan hari ini untuk duduk bersama dan menyelesaikan isu berkaitan sebagai satu Keluarga Malaysia.

Beliau memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri Sabah tidak akan berhenti setakat ini, sebaliknya akan meneruskan hak negeri seperti yang dipersetujui melalui Majlis Khas MA63.

Pada Selasa, Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan Persekutuan 2021 yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah diluluskan sebulat suara oleh Ahli Parlimen melalui pengundian pada bacaan akhir kali kedua dan ketiga.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/15/pindaan-perlembagaan-persekutuan-membuka-jalan-kepada-pemulihan-penuh-ma63-hajiji/feed/ 0 9895
Dewan Rakyat Lulus Pindaan Perlembagaan Persekutuan Berkaitan MA63 https://sabahmedia.com/2021/12/15/dewan-rakyat-lulus-pindaan-perlembagaan-persekutuan-berkaitan-ma63/ https://sabahmedia.com/2021/12/15/dewan-rakyat-lulus-pindaan-perlembagaan-persekutuan-berkaitan-ma63/#respond Wed, 15 Dec 2021 01:14:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9892
Read Time:2 Minute, 28 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini mencatat sejarah apabila Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diluluskan dengan majoriti lebih dua pertiga.

Rang undang-undang itu memperoleh sokongan 200 Ahli Parlimen pada bacaan kali kedua dan 199 undi menyokong ketika belah bahagian pada bacaan kali ketiga, sekali gus lebih dua pertiga persetujuan ahli Dewan Rakyat.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun memaklumkan undi belah bahagian dijalankan berikutan peruntukan 159 Perlembagaan Persekutuan menetapkan pindaan rang undang-undang itu pada bacaan kali kedua dan ketiga memerlukan undi tidak kurang dua pertiga daripada jumlah bilangan Ahli Parlimen.

Beliau berkata tiada yang tidak menyokong rang undang-undang itu selepas dua kali undi belah bahagian dilakukan.

Seramai 20 Ahli Parlimen tidak hadir pada undian bacaan kali kedua, manakala 21 tidak hadir pada bacaan kali ketiga.

Ketika membentangkan rang undang-undang itu untuk bacaan kali kedua hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pindaan Perlembagaan Persekutuan itu dibuat bagi mengukuhkan kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.

Sementara itu, Wan Junaidi ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu berkata isu Sabah dan Sarawak terutamanya berhubung keperluan asas seperti pendidikan, kesihatan dan infrastruktur asas sentiasa menjadi agenda utama kerajaan.

Beliau berkata perkara berkenaan sedang diteliti jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 dengan melibatkan isu seperti keselamatan negeri, sosioekonomi merangkumi penambahbaikan infrastruktur asas, pendidikan, kesihatan, infrastruktur digital serta perundangan.

Menjawab persoalan mengapa pindaan kepada Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan yang dibawa kerajaan Pakatan Harapan tidak mendapat sokongan majoriti dua pertiga pada 2019, Wan Junaidi berkata ia kerana tempoh yang singkat untuk Ahli Parlimen membentangkan cadangan mereka.

“Bantahan kita adalah supaya pindaan itu juga meminda Perkara 160 tetapi masalahnya ketika itu naskah biru dibentangkan di Dewan ini, kita ada hanya 10 hari sahaja sebelum bacaan kali kedua, jadi kita tidak berupaya membentangkan pindaan kita sendiri yang memerlukan 14 hari notis,” katanya.

Seramai 28 Ahli Parlimen terutamanya dari Sabah dan Sarawak mengambil bahagian pada sesi perbahasan rang undang-undang itu.

Menurut rang undang-undang itu, Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan dicadang dipinda dengan menggantikan Fasal (2) kepada Negeri-Negeri Persekutuan terdiri daripada:

(a) Negeri-negeri Tanah Melayu iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu; dan

(b) Negeri-Negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.

Pindaan juga dicadang pada Fasal 2 Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan takrif Hari Malaysia dan menggantikan takrif Persekutuan selaras semangat Perjanjian Malaysia bertarikh 9 Julai 1963 dan menurut perjanjian berhubung pemisahan Singapura daripada Malaysia sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat bertarikh 7 Ogos 1965.

Selain itu, rang undang-undang itu juga bertujuan meminda Perkara 161A Perlembagaan Persekutuan dengan menggantikan perenggan (a) Fasal 6 iaitu “berhubung dengan Sarawak, seseorang yang merupakan warganegara dan yang tergolong dalam salah satu daripada ras yang dinyatakan dalam undang-undang Negeri sebagai ras asli bagi Negeri itu” serta memotong Fasal 7. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/15/dewan-rakyat-lulus-pindaan-perlembagaan-persekutuan-berkaitan-ma63/feed/ 0 9892
Hajiji Gesa Kerajaan Persekutuan Segera Salur Peruntukan Banjir Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/09/23/hajiji-gesa-kerajaan-persekutuan-segera-salur-peruntukan-banjir-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/09/23/hajiji-gesa-kerajaan-persekutuan-segera-salur-peruntukan-banjir-di-sabah/#respond Thu, 23 Sep 2021 03:38:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6767
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menggesa Kerajaan Persekutuan segera menyalurkan peruntukan banjir di Sabah, antara perbincangan semasa beliau menerima kunjungan hormat daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad di kediaman rasminya di Sri Gaya, semalam.

Kedua-dua pihak berbincang mengenai bencana banjir yang berlaku di Sabah dan bantuan untuk mangsa banjir serta peruntukan untuk pembaikan infrastruktur yang akan disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Hajiji menggesa Kerajaan Persekutuan membina semula infrastruktur yang rosak dan musnah akibat bencana banjir, selain menaiktaraf sungai dan sistem pengairan dan saliran sedia ada.

Katanya, Kerajaan Persekutuan juga perlu segera menyalurkan peruntukan untuk baik pulih rumah yang terkesan oleh bencana banjir, selain pembaikan kemudahan infrastruktur sedia ada.

Dr. Latiff berada di Sabah pada Rabu, bagi meninjau dan melawat kawasan bencana di Penampang termasuk kawasan tanah runtuh dan banjir di Kampung Maang, Kampung Sugud Maang dan Kampung Timpagoh.

Beliau juga menghadiri Taklimat Pengurusan Bencana Negeri di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Menara Kinabalu dan melawat pejabat APM.

Hajiji semasa melawat dan meninjau keadaan banjir di Kampung Sugud pada Selasa lalu berkata, Kerajaan akan memberi bantuan RM1,000 kepada 937 mangsa yang terjejas banjir di daerah Penampang termasuk penduduk Kampung Sugud.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/23/hajiji-gesa-kerajaan-persekutuan-segera-salur-peruntukan-banjir-di-sabah/feed/ 0 6767
DUN Sabah : Kerajaan Negeri & Persekutuan Laksana Beberapa Pakej Bantu Rakyat Terjejas Pandemik COVID-19 https://sabahmedia.com/2021/09/21/dun-sabah-kerajaan-negeri-persekutuan-laksana-beberapa-pakej-bantu-rakyat-terjejas-pandemik-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/09/21/dun-sabah-kerajaan-negeri-persekutuan-laksana-beberapa-pakej-bantu-rakyat-terjejas-pandemik-covid-19/#respond Tue, 21 Sep 2021 03:53:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6677
Read Time:1 Minute, 50 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri dan Persekutuan telah melaksanakan beberapa pakej rangsangan dan pelan pemulihan ekonomi serta menyalurkan pelbagai bantuan kepada rakyat dan komuniti perniagaan yang terjejas ekoran pandemik COVID-19.

Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin berkata,ia termasuklah Pakej Rangsangan Ekonomi Sabah, dana Bantuan Prihatin COVID-19 Sabah dan pembukaan sektor-sektor ekonomi secara berfasa oleh Kerajaan Negeri.

Katanya, Kerajaan Persekutuan turut melaksanakan beberapapa pelan pemulihan ekonomi untuk rakyat.

“Antaranya seperti Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) serta Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

“Saya optimis usaha-usaha tersebut akan membantu mempercepatkan pemulihan ekonomi di negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Kerajaan sempena Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 disini hari ini.

Tun Juhar turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas perhatian,sokongan dan bantuan yang diberikan kepada Sabah termasuk dalam pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di negeri ini.

Katanya, peruntukan besar yang diberikan kepada negeri ini yang berjumlah RM5.1 bilion di bawah Belanjawan Negara 2021 untuk pelaksanaan projek-projek pembangunan, termasuk pelbagai bantuan bagi menangani pandemik COVID-19, mencerminkan keprihatinan Kerajaan Persekutuan terhadap negeri Sabah dan rakyat keseluruhannya.

“Bagi Pakej Bantuan Prihatin COVID-19 Sabah 2.0 dan Pakej Bantuan Prihatin COVID-19 Sabah 3.0, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sejumlah RM324 juta bagi membantu rakyat dan semua sektor yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Bantuan ini merangkumi bantuan tunai secara one-off, pengecualian bayaran sewa rumah Program Perumahan Rakyat (PPR), program imunisasi dan bantuan bakul makanan,” katanya.

Dalam pada itu, Tun Juhar berkata, kerajaan telah menyasarkan 60 peratus penduduk dewasa Sabah akan lengkap divaksinasi menjelang penghujung bulan September ini dan 80 peratus penduduk dewasa Sabah akan lengkap di vaksinasi pada akhir bulan Oktober depan.

“Dengan komitmen penghantaran bekalan vaksin oleh Kerajaan Persekutuan serta kapasiti Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negeri dan pelaksanaan program outreach luar bandar yang berkeupayaan memberi suntikan vaksin kepada lebih 80,000 individu sehari, saya yakin sasaran berkenaan akan dapat dicapai.

“Saya berharap penduduk dewasa Sabah akan lengkap vaksinasi sebelum akhir tahun 2021,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/21/dun-sabah-kerajaan-negeri-persekutuan-laksana-beberapa-pakej-bantu-rakyat-terjejas-pandemik-covid-19/feed/ 0 6677
Kerajaan Persekutuan Salur Lebih Banyak Peruntukan Untuk Tangani Bencana Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/09/19/kerajaan-persekutuan-salur-lebih-banyak-peruntukan-untuk-tangani-bencana-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/09/19/kerajaan-persekutuan-salur-lebih-banyak-peruntukan-untuk-tangani-bencana-di-sabah/#respond Sun, 19 Sep 2021 02:40:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6573
Read Time:49 Second

KOTA KINABALU: Sabah menjangkakan menerima lebih RM200 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi pengurusan bencana di negeri ini.

Pembantu Menteri Kewangan negeri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, berkata Kerjaan Negeri telah mengemukakan permintaan peruntukan untuk pengurusan bencana di negeri ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara pada awal minggu ini.

Permintaan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM147 juta untuk baik pulih infrastruktur yang rosak akibat banjir manakala sebanyak RM83 juta lagi untuk pengurusan bencana COVID-19.

Jumlah RM18 juta yang disampaikan Perdana Menteri baru-baru ini adalah untuk penggunaan segera pengurusan bencana termasuk COVID-19.

Sebelum ini Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri telah menerima RM8 juta untuk bantuan bencana.

“Ahli Parlimen Kota Kinabalu perlu memeriksa fakta sebenar sebelum membuat sebarang kenyataan dengan niat tidak baik demi kepentingan politiknya,” katanya menerusi satu kenyataannya di sini.

Katanya, Perdana Menteri dalam lawatannya ke Sabah baru-baru ini juga memberi jaminan bahawa kerajaan Persekutuan akan memberi lebih banyak bantuan kepada Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/19/kerajaan-persekutuan-salur-lebih-banyak-peruntukan-untuk-tangani-bencana-di-sabah/feed/ 0 6573
Ismail Sabri Umum Kabinet Baharu 11 pagi Esok https://sabahmedia.com/2021/08/26/ismail-sabri-umum-kabinet-baharu-11-pagi-esok/ https://sabahmedia.com/2021/08/26/ismail-sabri-umum-kabinet-baharu-11-pagi-esok/#respond Thu, 26 Aug 2021 09:38:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5292
Read Time:24 Second

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal mengumumkan pembentukan Kabinet baharu pada pukul 11 pagi esok.

Memetik laporan Utusan Online berkata, perkara itu disahkan Pejabat Perdana Menteri sebentar tadi.

Ia selepas Ismail Sabri menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang pagi tadi bagi mempersembah senarai nama anggota Kabinet baharu.

Majlis angkat sumpah menteri dan timbalan menteri Persekutuan pula akan berlangsung pada pukul 2.30 petang, Isnin depan.

Bagaimanapun, liputan pengumuman tersebut hanya melibatkan media rasmi.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/26/ismail-sabri-umum-kabinet-baharu-11-pagi-esok/feed/ 0 5292
Hajiji Mohon Kerajaan Persekutuan Naik Taraf Hospital Tuaran https://sabahmedia.com/2021/08/21/hajiji-mohon-kerajaan-persekutuan-naik-taraf-hospital-tuaran/ https://sabahmedia.com/2021/08/21/hajiji-mohon-kerajaan-persekutuan-naik-taraf-hospital-tuaran/#respond Sat, 21 Aug 2021 08:10:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5009
Read Time:1 Minute, 39 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

TUARAN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor memohon kepada kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf Hospital Tuaran sebagai hospital pakar.

Hajiji berkata, kedudukan Hospital Tuaran di jalan utama bagi pembinaan jalan Pan Borneo dan laluan utama yang menghubungkan Bandaraya Kota Kinabalu, pantai barat utara dan pantai timur Sabah, amat sesuai untuk dinaik taraf sebagai hospital pakar.

“Selain itu, hospital ini masih mempunyai kawasan tapak pembinaan yang mencukupi. Justeru, usaha menaiktaraf ke hospital pakar amat penting.

“Ini juga adalah permintaan tinggi daripada rakyat untuk mempunyai satu hospital pakar yang dilengkapi dengan kemudahan perubatan.

“Terutama ketika pandemik COVID-19 ini, usaha menaiktaraf Hospital Tuaran ini amat perlu dan kita berharap ia dapat direalisasikan,” katanya dalam sidang media selepas melakukan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Sri Sulaman di sini pada Sabtu.

Menurut Hajiji lagi, dengan menaiktaraf Hospital Tuaran menjadi hospital pakar ini akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada kepakaran kawalan infeksi (jangkitan) kerana belum ada hospital di Sabah yang memfokuskan kepakaran dalam bidang ini dan juga menjadi surgical base.

Selain hospital pakar, Hajiji yang juga Menteri Kewangan negeri berkata kerajaan negeri juga berharap kerajaan Persekutuan dapat membantu membina klinik kesihatan di dua kawasan di Tuaran iaitu Sulaman dan Pantai Dalit.

“Dengan adanya kemudahan kesihatan ini, ia membolehkan penduduk setempat mendapat rawatan awal selain di hospital kerajaan,” katanya.

Terdahulu dalam lawatan kerja sehari ke Tuaran, Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman turut melakukan lawatan ke Hospital Tuaran dan menerima bakul makanan daripada Persatuan Jurutera Malaysia Cawangan Sabah ( ACEM) dan Syarikat Forever Living, untuk diserahkan kepada penduduk yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Beliau turut menerima taklimat berkaitan Hospital Tuaran yang disampaikan oleh Pengarahnya, Dr G Mohan Gopal Naidoo.

Hajiji juga melawat pusat ternakan udang galah di Kampung Shabandar, di sini.

Turut hadir semasa lawatan itu ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim; Pembantu Menteri Kewangan negeri, Jasnih Daya dan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Joniston Bangkuai serta Pegawai Daerah Tuaran, Sadan Hussain.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/21/hajiji-mohon-kerajaan-persekutuan-naik-taraf-hospital-tuaran/feed/ 0 5009