Pertahan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 06 Dec 2024 06:51:52 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pertahan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pertahankan hak sabah, jangan terjebak naratif tidak berasas – Azizah https://sabahmedia.com/2024/12/06/pertahankan-hak-sabah-jangan-terjebak-naratif-tidak-berasas-azizah/ https://sabahmedia.com/2024/12/06/pertahankan-hak-sabah-jangan-terjebak-naratif-tidak-berasas-azizah/#respond Fri, 06 Dec 2024 06:16:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64971
Read Time:2 Minute, 2 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Ketua Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Azizah Mohd Dun, menegaskan pentingnya pemimpin dan rakyat Sabah berdiri teguh mempertahankan hak negeri tanpa mudah terpengaruh dengan dakwaan atau desakan yang tidak berasas.

Azizah yang juga bekas Ahli Parlimen Beaufort itu memuji usaha Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, yang dikatakannya telah membawa banyak perubahan positif walaupun berdepan pelbagai cabaran.

Menurut Azizah, tuduhan terhadap Ketua Menteri Sabah mengenai isu lesen mineral adalah tidak wajar kerana tindakan tersebut dibuat demi menjaga kepentingan tanah negeri dan sumber semula jadi Sabah.

“Lesen itu sendiri telah dibatalkan setelah laporan menunjukkan kawasan yang terlibat melibatkan satu juta ekar tanah negeri, termasuk kawasan tadahan air penting. Ini membuktikan keprihatinan Ketua Menteri dalam memastikan bumi Sabah dijaga demi generasi akan datang,” tegas Azizah.

Beliau juga mengkritik tindakan sesetengah pihak yang menurutnya lebih tertumpu kepada menjatuhkan pemimpin Sabah berbanding memperjuangkan hak rakyat negeri.

Justeru, Azizah menekankan bahawa pemimpin Sabah seharusnya mendukung usaha untuk memastikan hasil bumi negeri dikembalikan kepada rakyat Sabah.

“Adakah salah untuk mempertahankan hak Sabah? Kita memerlukan pemimpin yang berjiwa besar, yang berjuang untuk masa depan anak-anak Sabah dan kemajuan negeri kita,” katanya ketika ditemui Sabah Media selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran Kg Teguli di Dewan Sri Putatan di sini, hari ini.

Dalam pada itu Azizah turut mengingatkan pihak tertentu untuk tidak bersikap “double standard” dengan mendesak Ketua Menteri meletakkan jawatan, sedangkan pemimpin lain yang menghadapi tuduhan di mahkamah masih memegang jawatan tinggi.

“Pemimpin yang telah menghadapi tuduhan serius di mahkamah tidak pula diminta meletakkan jawatan. Mengapa ini tidak menjadi perhatian mereka?” soal beliau.

Sementara itu Azizah turut memuji pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri di bawah pimpinan Hajiji Noor, termasuk Program Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk golongan kurang mampu dan bantuan bulanan RM300 kepada keluarga yang memerlukan pada tahun hadapan. Para pesara negeri juga dijangka menerima bayaran khas RM1,000 sebelum sambutan Hari Rakyat Sabah.

“Ini adalah petunjuk seorang pemimpin yang baik. Semua hasil yang diperoleh digunakan untuk kebajikan rakyat Sabah. Kita harus bersyukur dan menyokong usaha ini, bukan sebaliknya,” tambah beliau.

Azizah juga menggesa generasi muda dan pemimpin baru untuk berfikir dengan matang dan menilai situasi secara rasional sebelum membuat kenyataan atau keputusan yang boleh memecahbelahkan negeri.

“Jika benar mahu menjadi pemimpin Sabah, tanamkan dalam jiwa untuk memperjuangkan hak rakyat Sabah. Jangan mudah terpedaya atau dipengaruhi pihak luar yang tidak memahami keperluan sebenar negeri ini,” ujar Azizah lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/06/pertahankan-hak-sabah-jangan-terjebak-naratif-tidak-berasas-azizah/feed/ 0 64971
GRS perlu dilindungi bagi pertahan mandat yang diberikan rakyat Sabah – Salleh https://sabahmedia.com/2021/08/07/grs-perlu-dilindungi-bagi-pertahan-mandat-yang-diberikan-rakyat-sabah-salleh/ https://sabahmedia.com/2021/08/07/grs-perlu-dilindungi-bagi-pertahan-mandat-yang-diberikan-rakyat-sabah-salleh/#respond Sat, 07 Aug 2021 12:11:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4238
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak berpandangan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu dilindungi bagi pertahan mandat yang diberikan rakyat Sabah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan itu berkata, ia sekaligus memastikan GRS dapat menjalankan pemerintahan yang bertanggungjawab untuk rakyat di negeri itu.

“Untuk mengelakkan keraguan, kita mesti memperkuat GRS sebagai entiti rasmi untuk Sabah, sama seperti GPS untuk Sarawak. Fokus kami adalah untuk mempercepat proses vaksinasi dan mengatasi masalah yang disebabkan oleh penyebaran Covid-19 di Sabah,” katanya di Facebooknya.

Semalam, Umno Sabah berkata kerajaan GRS pimpinan Hajiji Mohd Nor terus disokong walaupun Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi, mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin

Menerusi kenyataan, Umno Sabah berharap keputusan parti itu kekal bersama GRS yang diwakili Bersatu, Umno, Star, PBS, SAPP dan PAS, dihormati semua pihak.

Jelas kenyataan itu lagi, keputusan itu dibuat selaras dengan mandat diberi rakyat dalam Pilihan Raya Negeri Sabah.

Katanya, Umno Sabah juga berharap kemelut politik di Semenanjung dapat diselesaikan secara berhemah dan bijaksana selepas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) memutuskan menarik sokongan kepada kerajaan PN dan Muhyiddin.

Kemelut politik Semenanjung timbul selepas Umno memutuskan untuk menarik sokongan kepada kerajaan PN menyebabkan Ahli Parlimen dari parti berbelah bahagi.

Ia makin meruncing apabila beberapa menteri dari Umno meletak jawatan sebagai menteri menyaksikan keabsahan Muhyiddin sebagai perdana menteri dipersoal disaat negara sedang bergelut dengan Covid-19. – FMT

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/07/grs-perlu-dilindungi-bagi-pertahan-mandat-yang-diberikan-rakyat-sabah-salleh/feed/ 0 4238