pertandingan seni suara murai batu point – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 21 Oct 2024 07:40:56 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pertandingan seni suara murai batu point – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pertandingan seni suara murai terima penyertaan membanggakan https://sabahmedia.com/2024/10/21/pertandingan-seni-suara-murai-terima-penyertaan-membanggakan/ https://sabahmedia.com/2024/10/21/pertandingan-seni-suara-murai-terima-penyertaan-membanggakan/#respond Mon, 21 Oct 2024 07:40:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62538
Read Time:49 Second

Menumbok : Seramai 160 peserta dari pelbagai daerah di Sabah, Sarawak dan Labuan menyertai pertandingan seni suara murai batu point bagi siri ketiga di sini baru-baru ini.

Pertandingan yang berlangsung di Anjung Nelayan Mempakul itu adalah bagi mengumpul para peminat kicauan merdu burung murai dari pelbagai tempat.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Beaufoet Ak Yazri Ak Yahya berkata, pihaknya amat memuji dan mengucapkan tahniah atas penganjuran program seumpama itu.

“Selain kita dapat memupuk semangat kekeluargaan, program seumpama ini juga dapat mengumpul para peminat kicauan merdu burung murai dari pelbagai tempat di Sabah, Sarawak dan Labuan.

“Disamping menjadi hobi, aktiviti ini jiga mampu untuk menjana pendapatan dalam kalangan masyarakat khususnya di daerah kecil Menumbok,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan dan menyampaikan hadiah pemenang pertandingan seni suara murai batu point bagi siri ketiga di sini baru-baru ini.

Ak Yazri berkata, pihaknya berharap agar program seumpama itu akan dapat dilaksanakan pada masa akan datang.

Pertandingan itu dianjurkan Komuniti Murai Batu Menumbok 2024– SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/21/pertandingan-seni-suara-murai-terima-penyertaan-membanggakan/feed/ 0 62538