Pertanian moden – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 17 Aug 2026 01:00:15 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pertanian moden – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pertanian moden mampu jana pendapatan, perkukuh ekonomi luar bandar https://sabahmedia.com/2026/08/17/pertanian-moden-mampu-jana-pendapatan-perkukuh-ekonomi-luar-bandar/ https://sabahmedia.com/2026/08/17/pertanian-moden-mampu-jana-pendapatan-perkukuh-ekonomi-luar-bandar/#respond Mon, 17 Aug 2026 01:00:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101748
Read Time:1 Minute, 13 Second

RANAU: Masyarakat di Sabah digalak melihat sektor pertanian dengan perspektif baharu menerusi pemanfaatan teknologi dan ilmu pengetahuan bagi menjadikan bidang itu sebagai kerjaya serta peluang keusahawanan yang mempunyai masa depan.

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata pertanian kini bukan lagi sekadar pekerjaan tradisional, sebaliknya mampu berkembang sebagai bidang moden yang berpotensi menjana pendapatan dan memperkukuh ekonomi luar bandar.

Beliau turut menyeru masyarakat memanfaatkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh menerusi kursus serta program berkaitan pertanian untuk dikembangkan dalam aktiviti yang lebih produktif dan bernilai komersial.

“Dengan lebih ramai menceburi bidang ini, kita mampu memperkukuh ekonomi luar bandar dan memajukan sektor pertanian Sabah,” katanya ketika merasmikan Kursus Inovasi Pembuatan Baja Organik Peringkat Mukim Tambiau Mohimboyon di Kampung Kibbas Sokid, di sini, Sabtu lalu.

Teks ucapan beliau dibacakan Setiausaha Politiknya, Johari Suhaimin.

Masidi berkata, Kerajaan Negeri Sabah sentiasa membuka ruang kepada golongan belia menerusi pelbagai bantuan dan sokongan keusahawanan, termasuk Skim Jaya Usahawan Belia Sabah (SYABAS) dan Program Agropreneur Muda.

“Usaha ini menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk melahirkan bukan sahaja belia yang aktif dalam bidang pertanian, tetapi juga usahawan muda yang mampu menggerakkan industri pertanian Sabah,” katanya.

Kursus berkenaan dilaksanakan bagi memberi pendedahan dan kemahiran kepada masyarakat setempat dalam menghasilkan baja organik untuk kegunaan pertanian, selain menggalakkan pemanfaatan bahan organik yang sebelum ini dianggap sebagai sisa.

Seramai 30 peserta daripada pelbagai peringkat umur menyertai kursus itu dan masing-masing menerima sijil penyertaan sebagai pengiktirafan atas penglibatan mereka dalam program berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/17/pertanian-moden-mampu-jana-pendapatan-perkukuh-ekonomi-luar-bandar/feed/ 0 101748
160 belia sertai program pertanian moden di Melalap https://sabahmedia.com/2026/05/18/160-belia-sertai-program-pertanian-moden-di-melalap/ https://sabahmedia.com/2026/05/18/160-belia-sertai-program-pertanian-moden-di-melalap/#respond Sun, 17 May 2026 23:06:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96867
Read Time:1 Minute, 29 Second

TENOM: Seramai 160 belia menyertai Program Perpaduan Sosial (Turun Padang) anjuran Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah yang memberi pendedahan menyeluruh mengenai peluang dalam sektor pertanian moden, khususnya di kawasan pedalaman.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, Jamawi Jaafar berkata, program selama tiga hari dua malam itu memberi fokus kepada penglibatan belia dan warga sekolah menerusi pelbagai aktiviti berteraskan pertanian serta pembangunan kemahiran.

Beliau berkata, program berkenaan turut memberi penekanan kepada pendedahan berkaitan pertanian moden, selain membuka peluang kerjaya dan latihan kepada golongan muda dalam bidang tersebut.

“Saya merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah atas penganjuran program ini, khususnya untuk belia di kawasan Melalap.

“Latihan yang dijalankan melibatkan kerjasama Pusat Latihan Pertanian dan GIATMARA Tenom, iaitu satu-satunya institusi di Sabah yang menawarkan latihan teknologi pertanian berasaskan mekanisasi selama enam bulan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis penutupan program itu, di sini, pada Ahad.

Menurutnya, selain latihan di ladang, peserta turut didedahkan dengan penggunaan teknologi moden seperti dron dalam sektor pertanian.

“Di Pusat Latihan Pertanian, peserta diajar bagaimana menjadi petani yang berdaya saing dan memiliki idea baharu, sekali gus menggalakkan lebih ramai anak muda menceburi bidang ini pada masa hadapan,” katanya.

Jamawi berkata, peserta juga diberikan pendedahan dalam penghasilan kopi berkualiti tinggi selaras dengan reputasi Tenom sebagai pengeluar kopi terkenal di Sabah.

“Hari ini masih ada kumpulan yang menjalani latihan menghasilkan kopi terbaik. Pendedahan seperti ini penting bagi melahirkan lebih ramai usahawan baharu dalam industri kopi tempatan.

“Program ini membuktikan peranan kementerian bukan sahaja tertumpu kepada sukan, tetapi turut membantu membangunkan ekonomi belia melalui sektor pertanian,” katanya.

Beliau berharap program seumpama itu dapat diteruskan bagi membuka minda golongan muda untuk melihat pertanian sebagai kerjaya yang berpotensi serta berdaya maju.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/18/160-belia-sertai-program-pertanian-moden-di-melalap/feed/ 0 96867