pertanian – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 29 Feb 2024 05:41:31 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pertanian – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan Perlu Melihat Keseluruhan Rangkaian Sebelum buat Sesuatu Dasar https://sabahmedia.com/2024/02/29/kerajaan-perlu-melihat-keseluruhan-rangkaian-sebelum-buat-sesuatu-dasar/ https://sabahmedia.com/2024/02/29/kerajaan-perlu-melihat-keseluruhan-rangkaian-sebelum-buat-sesuatu-dasar/#respond Thu, 29 Feb 2024 05:40:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50283
Read Time:1 Minute, 24 Second

PARLIMEN – Kerajaan diminta melakukan satu pendekatan holistik sebelum mengumumkan sesuatu dasar ujar Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee

Katanya sesuatu dasar yang diumum tanpa mengira implikasinya  akan menyebabkan keseluruhan rantaian pengeluaran hasil pertanian negara terganggu dan boleh mengakibatkan kesan yang drastik kepada pengeluaran.

Mengambil contoh apabila beras putih  import dinaikkan harga daripada satu harga yang rendah iaitu RM 3.60, kerana mahu menyesuaikan harga beras di pasaran antarabangsa, ianya memberikan kesan kepada pengeluaran beras putih tempatan

“ Apa yang berlaku bila beras putih import dinaikkan harga ? ianya menyebabkan beras putih tempatan hilang dari pasaran”

“ apabila ia hilang dari pasaran, Sama ada berlakunya manipulasi atau tidak,  itulah tugasan kerajaan untuk menyemaknya katanya ketika membahaskan usul titak diraja di Parliman hari ini.

Tambah Ronald lagi apabila beras import dinaikan harga, tetapi beras putih tempatan dikekalkan harga, ianya menyebabkan manipulasi dan kehilangan beras putih tempatan di pasaran tempatan

Kerajaan tidak boleh mengolah dasar yang separuh masak, tidak boleh mengubah dasar yang piecemeal , tetapi apa juga tindakan kerajaan dan dasarnya harus melihat keseluruhan rantaian industri pengeluaran hasil tempatan negara kita.

” Begitu juga bila pengerusi taskforce mengumumkan satu pendekatan baharu, tanpa mengira dan membelakangkan Kementerian Pertanian dan keterjaminan makanan”

Dalam menguruskan kos sara hidup, kita tidak boleh melihat kos bersih keatas pengguna, tetapi harus melihat kepentingan industri pengeluaran pertanian itu secara keseluruhanya

Kita tidak boleh melihat harga beras perlu dikurangkan, harga produk pertanian harus rendah tanpa mengira kos operasi yang meningkat yang ditanggung oleh petani dan pengeluar hasil pertanian itu sendiri.

Sebab itu dalam melihat, mengurus kos sara hidup, aspek pengeluar aspek petani-petani di negara kita harus diambil kira bersama oleh kerajaan dalam mengolah satu dasar yang holistik katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/29/kerajaan-perlu-melihat-keseluruhan-rangkaian-sebelum-buat-sesuatu-dasar/feed/ 0 50283
Menoktahkan isu ‘Games’ Di Dalam Bernas Untuk Jaminan Keselamatan Makanan Negara https://sabahmedia.com/2024/01/26/menoktahkan-isu-games-di-dalam-bernas-untuk-jaminan-keselamatan-makanan-negara/ https://sabahmedia.com/2024/01/26/menoktahkan-isu-games-di-dalam-bernas-untuk-jaminan-keselamatan-makanan-negara/#respond Fri, 26 Jan 2024 02:51:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48544
Read Time:2 Minute, 34 Second

Oleh Nahar Tajri

Apabila Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memberi jaminan bahawa kerajaan menyiasat bahawa wujud ‘games’ (permainan) tertentu didalam Padiberas Nasional (Bernas) berkaitan isu stok beras putih tempatan ianya pasti mengundang seribu lagu persoalan mengenainya.

Antara persoalan di minda rakyat kepada kerajaan hari ini adalah siapa atau agensi mana yang menjalankan siasatan, dari sudut mana atau apa pula skop siasatan yang dijalankan serta pastinya fokus akhir sekali yang rakyat mahu tahu apakah hasil siasatan dan cadangan penyelesaiannya dan jika berlaku pula ketirisan adakah pendakwaan akan dilakukan

Ini kerana ‘games’ yang dimaksudkan itu di mata rakyat sudah diperkatakan banyak pihak menjangkau bertahan tahun lamanya.

Wujudnya firma sepeti Bernas walaupun atas tujuan yang sangat positif namun sehingga hari ini ia masih dilihat sebagai pihak yang memonopoli industri padi beras dengan mendapat restu kerajaan walaupun terdapat banyak impak negatif berlaku terkait firma berkenaan .

Rakyat kebanyakan tidak melihat isu ini secara rumit dan lebih mudah untuk menuding jari kepada Bernas atas dasar monopoli yang diwujudkan dan dibenarkan kerajaan.

Soalnya perlukah kerajaan memecahkan monopoli itu atau meneruskannya dan apa perancangan kerajaan sebenarnya.

Boleh dikatakan bagi kebanyakan rakyat yang tiada pengetahuan mengenai pengurusan dan tata kelola kerajaan berkenaan isu ini, sasaran paling mudah untuk dipertanggungjawabkan adalah Bernas.

Sebagai firma yang diberi hak monopoli Bernas dilihat rakyat mendapat banyak keistimewaan namun masih belum mampu menyelesaikan banyak masalah berkaitan terutamanya berkait soal harga dan stok dalam pasaran.

Kerajaan sehingga kini juga dilihat belum mempunyai sebarang perancangan untuk mengubah polisi mengenai pengimportan beras dan Bernas masih merupakan pengimport tunggal dalam negara untuk tempoh sehingga 2031.

MENOKTAHKAN KEPUTUSAN

Sebenarnya tidak mudah bagi kerajaan untuk menamatkan monopoli Bernas kerana kontraknya baru sahaja diperbaharui oleh pentadbiran Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Januari 2021.

Benar jika ada pihak yang mengatakan bahawa pemberian lesen tunggal (monopoli) bukan semestinya punca masalah namun ia sebenarnya sentiasa dicurigai terkait dengan amalan nepotisme.

Istilah monopoli memberi gambaran struktur persaingan tidak sihat kerana firma yang memonopoli mempunyai kuasa mutlak menentukan harga dan bekalan atas tujuan memaksimunkan keuntungan.

Secara teorinya sistem monopoli ini cenderung melaksanakan diskriminasi ke atas pembeli dengan mengenakan harga berbeza kepada segmen pengguna berbeza berdasarkan keanjalan permintaan pengguna terhadap perubahan harga.

Pembeli yang tidak mempunyai pilihan lain, akhirnya mereka terpaksa membayar harga lebih tinggi dan membebankan.

Dari sudut ekonomi struktur monopoli mempunyai kewajarannya tersendiri maka ia dibenarkan untuk wujud.

Dalam sektor padi beras ini misalnya memerlukan skala pelaburan dan permintaan besar bagi membolehkan sesebuah firma mengeluarkannya tanpa mengalami kerugian.

Ada pihak yang berapandangan industri padi beras ini secara semula jadi tidak mampu menampung lebih daripada satu pengeluar dan dalam keadaan ini mewujudkan satu firma monopoli berdasarkan kepentingan strategik adalah wajar.

Sungguhpun begitu adalah wajar juga bagi kerajaan untuk melakukan siasatan berikutan isu yang berlarutan sejak puluhan tahun lamanya.

Tiada arah lain hala siasatan ini harus ditujukan melainkan Bernas kerana di mata dan minda rakyat mereka ingin mengetahui apa sebenarnya berlaku? Benarkah ada ruang atau kelompongan dalam isu monopoli oleh Bernas ini yang perlu ditambahbaik atau perlu diambil tindakan oleh kerajaan.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili SabahMedia

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/26/menoktahkan-isu-games-di-dalam-bernas-untuk-jaminan-keselamatan-makanan-negara/feed/ 0 48544