pertimbang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 16 Mar 2024 12:16:03 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pertimbang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Rayu pertimbang kelulusan segera bina muka sauk alternatif di Kg Kabang – Armizan https://sabahmedia.com/2024/03/16/pertimbang-kelulusan-segera-bina-muka-sauk-alternatif-di-kg-kabang-armizan/ https://sabahmedia.com/2024/03/16/pertimbang-kelulusan-segera-bina-muka-sauk-alternatif-di-kg-kabang-armizan/#respond Sat, 16 Mar 2024 11:50:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51153
Read Time:2 Minute, 8 Second

PAPAR: Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali merayu kepada kerajaan negeri agar dapat memberikan pertimbangan khas supaya projek membina muka sauk (water intake) alternatif diluluskan dengan kadar segera untuk mengatasi masalah bekalan air terawat di daerah itu.

Katanya, ini adalah musim kemarau di Papar telah menghampiri dua bulan, dan ditambah teruk lagi dengan kesan fenomena el-nino. Cuaca kemarau ini dijangka berterusan di Papar sehingga hujung bulan Mac ini.

“Impak paling teruk adalah dua loji rawatan air iaitu Loji Rawatan Air (LRA) EWSS dan LRA Jetama di Kampung Limbahau, Papar telah terpaksa dihentikan (shutdown) operasi merawat air sejak 17 Februari 2024, iaitu sejak 29 hari lalu.

“Ini kerana sumber air mentah yang sampai ke muka sauk kedua-dua LRA tersebut mempunyai kadar kemasinan yang amat tinggi. Standard piawaian kadar kemasinan yang dibenarkan untuk air mentah dirawat adalah 120 miligram per liter (mg/L) ke bawah.

“Namun sejak hampir sebulan, kadar kemasinan sumber air yang sampai ke muka sauk kedua-dua LRA tersebut adalah jauh melebihi standard yang ditetapkan dengan bacaan terkini pada pukul 8 pagi tadi, 16 Mac 2024 adalah telah mencecah 4,277 mg/L,” katanya pada sidang media selepas meninjau Program Jualan Rahmah Ramadan dan Bazar Ramadan di Tapak Tamu Mingguan di sini hari ini.

Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, turut menjelaskan bahawa pemberhentian operasi kedua-dua LRA ini telah menyebabkan gangguan bekalan air kepada lebih 50 ribu penduduk.

“Saya melihat adalah menjadi keperluan supaya mencari alternatif kepada muka sauk sedia ada bagi kedua-dua LRA ini. Ini kerana sungguhpun kesan kali ini adalah yang paling teruk, tetapi semakan saya mendapati isu ini kerap berulang.

“Pada tahun 2023 contohnya, kedua-dua LRA ini terpaksa dihentikan operasi sementara untuk selama 26 hari dari keseluruhan 365 hari setahun kerana isu yang sama iaitu kadar kemasinan air yang melebihi piawaian untuk rawatan. Ini bermakna tempoh 26 hari tersebut berlaku gangguan bekalan air,” jelas beliau.

Berikutan dengan masalah itu, beliau berkata, antara solusi yang dikenalpasti adalah membina muka sauk alternatif, dan kawasan yang sesuai adalah di Kampung Kabang, Papar.

“Ini bermakna muka sauk kedua perlu dibina untuk kedua-dua LRA ini supaya sekiranya muka sauk sedia ada bermasalah, maka sumber air mentah dari water intake kedua di Kg Kabang boleh digunakan.

“Perkara ini telah sampai kepada perhatian Menteri Kerja Raya Sabah. Anggaran kasar kos yang diperlukan adalah mencecah RM20 juta.

“Saya akan bawa perkara ini kepada Ketua Menteri Sabah dan berharap kerajaan negeri dapat memberikan pertimbangan khas supaya projek ini dapat dilaksanakan pada kadar segera untuk mengelakkan isu ini daripada berulang,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/16/pertimbang-kelulusan-segera-bina-muka-sauk-alternatif-di-kg-kabang-armizan/feed/ 0 51153
KPM digesa pertimbang isu pendidikan kanak-kanak lahir di luar negara, ibu warga Malaysia, bapa warga asing https://sabahmedia.com/2023/10/17/kpm-digesa-pertimbang-isu-pendidikan-kanak-kanak-lahir-di-luar-negara-ibu-warga-malaysia-bapa-warga-asing/ https://sabahmedia.com/2023/10/17/kpm-digesa-pertimbang-isu-pendidikan-kanak-kanak-lahir-di-luar-negara-ibu-warga-malaysia-bapa-warga-asing/#respond Tue, 17 Oct 2023 09:53:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43770
Read Time:1 Minute, 51 Second

KOTA KINABALU: Cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengembangkan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) ke Sabah bulan depan disambut baik Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah Bahagian Api-Api, Yee Tsai Yiew.

Beliau berkata usaha ini bukan saja akan memastikan kanak-kanak yang terpinggir dapat menghadiri kelas pembelajaran, tetapi juga menghormati hak asasi manusia untuk mendapatkan pendidikan seperti yang telah diiktiraf secara universal di bawah Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia pada tahun 1948.

“Cadangan ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam memberikan jaminan bahawa kanak-kanak yang tinggal di Malaysia mendapat hak untuk memperoleh pendidikan formal tanpa sebarang rintangan,” kata Tsai Yiew.

Namun, perkara ini tidak dipraktikkan apabila membabitkan isu pendidikan kanak-kanak yang lahir di luar negara, dimana ibu adalah warganegara Malaysia dan bapa warganegara asing.

Tsai Yiew mendesak KPM untuk menangani isu ini dimana disebabkan status kelahiran mereka di luar negara, kanak-kanak ini terpaksa menghadapi proses permohonan visa yang rumit, serta kesulitan mendaftar di sekolah tempatan.

“Pada masa ini, masa pemprosesan permohonan visa mengambil masa sehingga hampir enam bulan, yang bukan saja menyukarkan ibubapa, tetapi juga menjejaskan pendidikan kanak-kanak terlibat,” katanya.

Tsai Yiew menambah bahawa birokrasi kerajaan dan prosedur yang pelbagai menyebabkan pendaftaran kanak-kanak ini di sekolah tertangguh, dan boleh dianggap sebagai pelanggaran hak asasi mereka untuk mendapatkan pendidikan.

Beliau percaya proses visa perlu dipercepatkan bagi memastikan kanak-kanak ini dapat memasuki sekolah dan menerima pendidikan yang sewajarnya.

Kerajaan persekutuan sebelum ini juga menyatakan hasratnya untuk mengemukakan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan mengenai hak kewarganegaraan dalam persidangan parlimen yang akan datang, iaitu untuk membenarkan kanak-kanak yang dilahirkan kepada ibu warganegara Malaysia dan bapa warganegara asing untuk secara automatik menjadi warganegara Malaysia, jika mereka memilih untuk berbuat demikian.

Oleh itu, Tsai Yiew menggesa kerajaan persekutuan untuk memberi keutamaan kepada perkara ini dan tidak menangguhkannya, kerana ia berkaitan dengan hak pendidikan kanak-kanak.

“Bagaimanapun, kerana perkara ini belum diluluskan, saya menggesa kerajaan untuk memyediakan dasar pendidikan yang inklusif untuk memastikan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara dapat sama-sama menikmati hak pendidikan seperti kanak-kanak Malaysia lain,” katanya.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek baru-baru ini mengumumkan bahawa SBJK akan diperluaskan ke Sabah pada bulan depan untuk membantu kanak-kanak jalanan dan kanak-kanak tanpa dokumen memperoleh pendidikan formal.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/17/kpm-digesa-pertimbang-isu-pendidikan-kanak-kanak-lahir-di-luar-negara-ibu-warga-malaysia-bapa-warga-asing/feed/ 0 43770